Recent Post

Sunday, December 13, 2015

Agong rai pasukan Kedah selaku naib juara Piala Malaysia 2015

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis santapan malam meraikan pasukan bola sepak Kedah.
Read more ...

Almy Nadia Percaya Fizz Fairuz Tidak Pernah Curang

Tentu anda semua masih ingat lagi akan pendedahan seorang aktres baharu iaitu Fara Mendonza yang mendakwa Fizz Fairuz cuba untuk menggoda dirinya menerusi satu perbualan melalui aplikasi WeChat. Boleh dikatakan ia merupakan kontroversi yang cukup hangat diperkatakan sehingga kini.

Dikala seorang isteri pasti akan merasa marah dan sedih mendengar berita tentang kecurangan suaminya, Almy Nadia bagaimanapun tidak cepat melatah dan cukup tenang menjawab segala persoalan berhubung isu hangat itu.

Buat Almy, beliau meletakkan kepercayaan kepada suaminya terlebih dahulu dan tidak mahu mendengar sebarang percakapan orang luar.

Orang tengok saya sabar, sebenarnya apa yang berlaku saya cuba untuk tidak mendengar kata orang. Sebab orang akan bercakap macam-macam, tetapi bila kita berada dalam kesusahan, mereka tidak akan berada di situ yang akhirnya kita sahaja yang akan hadap.

Sebab itu saya tidak mahu dengar kata-kata orang, selain kata suami. Kita kenal suami kita macam mana. Kenapa saya perlu meletakkan rumah tangga dalam keadaan goyah sebab orang lain juga?.

Almy mengakui ada terasa sedikit sakit hati ketika mengetahui gosip melibatkan suaminya itu tetapi beliau memilih untuk berbincang mengenai perkara tersebut bersama Fizz sebelum membuat sebarang kesimpulan mengenainya.

Kalau ikut rasa hati, semuanya juga akan kucar-kacir. Tetapi saya kekal dengan prinsip untuk menimbang perkara ini dengan perasaan paling tenang. Saya tidak mahu terus melayan perkara yang tidak menguntungkan kami. Kalau mahu teruskan menjadikan perkara ini panjang dan terus bermasalah, memang boleh buat, tetapi saya fikirkan soal maruah orang lain.

Normal sebenarnya sebagai isteri kita akan sakit hati kalau perkara sebegini timbul. Malah sewaktu berbincang dengan suami juga, sukar mahu digambarkan keadaan saya ketika itu. Sebab itu kalau boleh para isteri di luar sana, percayakan suami dahulu bukan orang luar. Dan saya, saya sepenuhnya percaya bahawa suami sendiri.

Bukan semua wanita mampu untuk menghadapi perkara seperti ini dengan tenang. Kami percaya Almy sudah banyak belajar daripada pengalaman sewaktu beliau bercinta dengan Fizz dahulu dan ia membuatkan beliau lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. Dugaan  dalam berumah tangga itu banyak apatalah lagi jika bergelar artis.

Sumber Berita: Utusan Online

Related Related Category : Malay 14 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

APA RANCANGAN FINALIS GV2 SEKIRANYA MENANG RM100,000

Tinggal hanya beberapa jam sahaja lagi konsert akhir Gegar Vaganza 2 (GV2) akan berlangsung.

Pada konsert akhir itu, enam finalis iaitu Siti Nordiana, Nassier Wahab, Acong Sweetchild, Haiza, Farahdhiya dan Ezad Lazim akan berentap menyanyikan sebuah lagu secara solo dan di pusingan 'battle' bagi merebut gelaran juara sekaligus memenangi hadiah wang tunai RM100,000.

Bergelar juara merupakan impian setiap peserta, tetapi tahukah anda, apa rancangan mereka sekiranya memenangi hadiah wang tunai RM100,000?

Ini rancangan enam finalis jika berjaya membawa pulang RM100,000 pada malam Ahad ini:

Siti Nordiana "RM100,000 itu saya akan gunakan untuk membantu ibu dan bapa serta untuk simpanan anak saya, Ryyan Nakhaei. Saya juga akan mengadakan majlis kesyukuran sekiranya bergelar juara pada musim ini. Selebihnya akan saya gunakan sebagai modal untuk membesarkan lagi perniagaan saya sekarang."

Nassier Wahab "Ada beberapa perkara yang ingin saya lakukan sekiranya bergelar juara dan memenangi hadiah wang tunai RM100,000. Yang pertama, saya ingin adakan kenduri kesyukuran, kedua membawa ahli keluarga menunaikan umrah, ketiga membantu anak-anak yatim dan fakir miskin dan yang selebihnya dijadikan simpanan untuk hari tua."

Ezad Lazim "Niat saya sejak awal lagi jika menang RM100,000 ingin pergi menunaikan haji bersama isteri. Kami sudah daftar haji, kalau ada rezeki... Insya-Allah. Saya juga akan gunakan wang tersebut untuk rumah yang baru dibooking baru-baru ini. Niat satu lagi ialah, ingin buat kenduri kesyukuran kepada semua penyokong dan peminat yang banyak memberi semangat kepada saya selama ini."

Acong Sweetchild "Jika saya menang RM100,000 saya ingin gunakan wang itu untuk membeli rumah. Selebihnya akan dijadikan simpanan untuk kegunaan pada masa hadapan. Insyaallah, kalau ada rezeki saya akan buat majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran."

Haiza "Sejujurnya saya hanya fikirkan tentang persembahan malam itu nanti dan belum lagi terfikir tentang wang kemenangan RM100,000. Tetapi kalau dah tanya, saya jawab jugalah. Saya ingin beli aset, buat simpanan untuk diri sendiri, keluarga dan anak."

Farahdhiya "Menang RM100,000...Insyaallah nak adakan majlis kesyukuran dan kenduri doa selamat."

Untuk makluman, naib juara GV2 akan memenangi wang tunai sebanyak RM50,000. Manakala tempat ketiga dan keempat pula masing-masing akan memenangi RM30,000 dan RM15,000.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Pernah Cuba Nasi Lemak Sushi, Nasi Lemak Bungkus Sekecil Ini?

Sudah menjadi kebiasaan bagi warga Malaysia untuk menikmati nasi lemak biasa atau nasi lemak berlauk, samada yang dibungkus atau dihidangkan di pinggan tanpa mengira waktu.

Tapi, pernahkah anda membayangkan atau merasai pengalaman menikmati hidangan nasi lemak paling kecil yang mana kuantitinya hanya sekadar cukup untuk satu suapan mulut?

Mungkin, ia kedengaran pelik buat anda. Namun, percaya atau tidak team Suudu telah menemui dua hidangan nasi lemak paling kecil dan paling comel ini di Lembah Klang. 

Nasi Lemak @Bijan 

Menggunakan bahan yang segar dan terbaik, nasi lemak yang disediakan di restoran Bijan ini boleh diklasifikasikan sebagai nasi lemak bungkus yang paling kecil dan paling comel sekali. 

Menariknya, ia tetap mengekalkan warisan dan tradisi asal nasi lemak apabila dibungkus menggunakan daun pisang. Malah, sambalnya diletakkan di atas dan ditabur dengan ikan bilis kecil goreng serta sebiji kacang tanah goreng yang dibelah dua. 

Rasanya memang sedap dan sebungkus nasi lemak Bijan yang kecil dan comel ini tidak akan membuatkan tekak anda berasa puas dan anda akan mahu menikmatinya lagi dan lagi. Paling penting, hidangan ini juga 100% bebas MSG. 

Bijan. Bar & Restaurant No 3 Jalan Ceylon 50200 Kuala LumpurMalaysia Tel + 603 2031 3575Waktu Beroperasi: Isnin hingga Ahad: 4.30pm -11.00pm

Sushi Nasi Lemak @Ruyi and Lyn 

Adakah Sushi nasi lemak Ruyi and Lyn ini paling kecil jika dibandingkan dengan nasi lemak Bijan? Apa yang pasti, Sushi nasi lemak ini sudah pun menjadi trending sebagai hidangan ikonik paling kecil di dunia. 

Biarpun menyuntik elemen fusion masakan Jepun iaitu Sushi yang dihidangkan sebagai nasi lemak, namun asas nasi lemaknya tetap dikekalkan yang mana kacang, ikan bilis goreng serta sambalnya tetap disediakan. 

Malah, telur mata kerbau pun ada tetapi ia dihasilkan sekecil saiz Sushi nasi lemak tersebut. Menarikkan? Anda pasti tidak akan puas menatap Sushi nasi lemak ini kerana ia terlalu comel sangat. Namun, rasanya juga sedap! 

Ruyi and Lyn Bangsar Shopping Complex,59000 Kuala Lumpur, Malaysia Telefon: +60 3-2083 0288Waktu beroperasi: 12 tengahari dan ke atas Facebook: https://www.facebook.com/ruyilyn/

Read more ...

'Berhutang RM50 Selama 3 Bulan, TNB Tetap Akan Potong Juga' - Rony

Baru aku tahu yang deposit RM500 pada Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu rupa-rupanya bukan bertujuan sebagai had penggunaan maksimum yang jika sesiapa yang melebihi had penggunaan barulah elektrik akan dipotong.  Korang berhutanglah RM50 selama tiga bulan, mereka tetap datang untuk potong elektrik juga. Bila saya tanya mengapa mereka mengambil deposit kalau tak ada gunanya kepada pengguna? Maka jawab seorang pegawai yang bermuka hodoh dengan jawapan yang sangat bodoh. "Duit itu kita simpan bila buka akaun dengan TNB dan bila kita tak nak gunakan elektrik nanti, kita akan pulangkan semula," katanya. "Duit deposit yang disimpan itu buat apa?" aku tanya lagi. Pegawai itu memberikan jawapan yang sama lagi.  Pada hal dalam kepala aku sedang mencongak, kalau ada 5 juta pengguna elektrik di mana TNB 'simpan' setiap duit pengguna sebanyak RM500, maka 5 juta didarab dengan 500, TNB bekukan duit sebanyak RM2.5 bilion pengguna dalam akaun mereka.  Mana ada orang pasang meter dan buka meter setiap bulan. Malahan ada yang sampai owner asal meninggal, disambung ke anak sampailah ke cucu tak pernah ambil deposit itu.  Banyak syarikat-syarikat di negara ini mengenakan syarat-syarat dan menyimpan deposit yang hampir tidak dipulangkan kepada pengguna. Tetapi kerajaan mendiamkan perkara ini tanpa mengambil apa-apa tindakan.  Duit deposit yang mereka ambil sebenarnya akan digunapakai atau dilaburkan oleh syarikat tanpa persetujuan kita secara diam-diam. Jika TNB memulangkan duit tersebut 30 tahun dari sekarang, maka nilai RM500 pada masa itu mungkin hanya mampu membeli 2 kampit beras seberat 10 kita setiap satu.  Syarikat-syarikat utiliti di negara ini serupa dengan Yahudi zionist juga. Lanjiaoo. - Rony Finster Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.

Read more ...

#PAU2015 : Perwakilan Tegur 'kain tak jahit' Pramugari MAS

Perhimpunan Agung Umno (PAU) hari ini turut menjadi tempat luahan perwakilan Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus yang menyuarakan pandangannya berkenaan isu pakaian petugas-petugas perempuan dalam penerbangan MAS.

"(Pekerja) lelaki pakai dalam bentuk yang lebih sopan.

"Tetapi perempuannya kita biarkan pakai kain tak jahit," kata wakil Pulau Pinang Datuk Ahmad Darus memetik laporan MalaysiaKini.

Ahmad berkata jika pihak yang berkenaan memperjuangkan Islam, mereka harus menyediakan pakaian yang lebih sopan kepada petugas MAS.

"Kalau kita melihat ini (Islam) sebagai perjuangan kita, kita (pihak berkenaan perlu) sediakan bukan orang lain sediakan.

"Bukan kita beri kebebasan kepada mereka untuk pakai ikut suka tetapi kita sediakan pattern yang sama," katanya.

Selain dari itu, Ahmad turut mempersoalkan pemakaian pakaian sukan atlit wanita negara.

Beliau mengambil contoh pemakaian dalam sukan bola tampar dimana pemakaian atlet lelaki dili hat lebih sopan dimana memakai seluar pendek sedangkan perempuan pula berpakaian seperti seluar dalam.

"Ini cara orang putih, cara Yahudi. Tengoklah sukan lain, sama juga.

"Sukan tenis pun sama, lelaki pakai sopan sikit, kadangkala seluar sampai ke lutut, tapi perempuan pakai apa?

"Apakah kita nak samakan penerbangan MAS dengan apa yang dibawa Yahudi ini?" katanya. - Siakapkeli.my

Read more ...

Ku Nan kata Muhyiddin 'angkuh'

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menganggap timbalan presidennya sebagai "angkuh" kerana tidak menunjukkan semangat kebersamaan ketika Datuk Seri Najib Razak menggulung perbahasannya.

"Itulah masalahnya, angkuh, nak buat macam mana," katanya.

Menurut Tengku Adnan perdana menteri telah menunjukkan bahawa apa yang dikehendakkan oleh Perhimpunan Agung Umno telah diketengahkan.

Perhimpunan Agung Umno 2015 melabuhkan tirai sebentar tadi sebaik Najib selesai menyampaikan ucapan penggulungannya dan bergerak ke pentas utama menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Muhyiddin.

Najib semasa ucapannya berkata beliau seorang berjiwa besar dan membuka hati untuk menyelesaikan kemelut dalam parti.

Najib juga berkata, beliau mahu melihat Umno bersatu semula dan gesaan itu dengan disambut sorakan perwakilan.

Bagaimanapun beberapa sumber memberitahu Malaysiakini, Muhyiddin sebenarnya bangun bersama pimpinan lain ketika Najib mengumumkan beliau "berjiwa besar" terhadap pengkritiknya.

Kata sumber, Muhyiddin kemudian duduk semula ketika yang lain masih berdiri dan memberikan tepukan gemuruh kepada presiden mereka.

Ku Nan: Muhyiddin tidak seharusnya tolak... oleh kinitv

[Baca berita asal]

Read more ...

Najib umum diskaun perkhidmatan ERL, Komuter

KUALA LUMPUR: Pelajar, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas akan menikmati diskaun 30 peratus bagi perkhidmatan ERL Transit, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *