Recent Post

Sunday, July 03, 2016

Kit Siang jelajah negara tinjau isu letak jawatan atau tak - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau sendiri akan menjelajah ke seluruh negara bagi meninjau pendapat sama ada Lim Guan Eng patut bercuti atau meletakkan jawatan selaku ketua menteri Pulau Pinang susulan proses pendakwaan yang didepani pada masa ini.

"Saya akan mengadakan lawatan ke seluruh negara untuk mendengar pandangan sama ada Guan Eng perlu meletak jawatan atau atau mengambil cuti sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Atau (jika beliau) kekal dalam jawatannya dan tidak tunduk kepada kuasa yang bermaharajalela dan tekanan dalam pertempuran terbaru ini," ujar Kit Siang dalam kenyataan, hari ini.

Walaupun Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dan DAP Pulau Pinang telah membuat keputusan bahawa Guan tidak perlu meletakkan jawatan, beliau masih mahu mendengar pandangan luar, ujar Kit Siang.

Dalam pada itu, Kit Siang menambah, jika Datuk Seri Najib Razak diberi layanan yang sama oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), perdana menteri itu akan disoal selama 16.4 tahun membabitkan dakwaan skandal 'derma' RM4.2 bilion yang diterimanya.

"Ini kerana dakwaan skandal 'derma' RM4.2 bilion melibatkan Najib itu adalah 1,500 kali lebih besar daripada dakwaan bango RM2.8 juta ke atas Guan Eng.

"Dan jika Najib diberi layanan yang sama oleh SPRM seperti Guan Eng dengan beliau telah disoalsiasat selama kira-kira 30 jam untuk empat hari, Najib pula perlu disoal siasat selama 6,000 hari.

"Bayangkan Najib keluar masuk pejabat SPRM untuk disoal siasat selama 16 tahun dan 4 bulan, dari bangun tidur waktu pagi sehingga tidur pada waktu malam dan tidak dapat berbuat apa-apa lagi," tambahnya.

Terdahulu, MCA mengingatkan Guan Eng bahawa rakyat sedang memerhati sama ada beliau cakap serupa bikin dengan bercuti sementara menunggu kes pendakwaan rasuah terhadapnya selesai.

"Sebelum ini, dia minta orang lain letak jawatan dan bercuti.

"Sekarang giliran kamu, rakyat akan lihat apa dia mahu buat," kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Perkara yang sama turut disuarakan oleh Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang berkata, keputusan DAP supaya Guan Eng tidak melepaskan jawatan menunjukkan pendirian parti itu yang mementingkan jawatan semata-mata.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata berbeza dengan pendekatan Barisan Nasional (BN), sekiranya seseorang pemimpin yang memegang jawatan apabila didakwa di mahkamah, mereka akan bercuti sementara atau berhenti.

"Tetapi berbeza pula dengan DAP di mana mereka ingin kekalkan jawatan mereka. Apabila DAP ambil keputusan supaya Guan Eng tidak melepaskan jawatan, rakyat boleh menilai antara pendirian DAP dan BN," katanya.

Read more ...

Tiga Jenis Kuih Raya Kegemaran Remy Ishak

Pelakon Remy Ishak memberitahu tiga jenis kuih yang menjadi kegilaannya pada Hari Raya adalah tat nanas, almond London dan semperit. 

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak, 34, berkata, tiga jenis kuih raya itu mampu dihabiskannya berbalang-balang tanpa sedar kerana makanan berkenaan anatara yang mempu membuka seleranya setiap kali Aidilfitri."Kalau sesiapa tahu saya nak datang beraya, pesan saya tolong sorok ketiga-tiga kuih ini kerana saya akan makan dengan kuantiti yang banyak tanpa sedar dalam waktu yang singkat sahaja.

"Pernah waktu kecil dulu sambil menonton televisyen saya habiskan kuih-kuih ini membuatkan saya dibebel oleh emak.

"Bila ingatkan semula kenangan tu, saya boleh tersenyum sendiri," katanya.

Berkongsi tentang persiapan dan sambutan rayanya pula, Remy bercadang untuk bercuti selama seminggu dan akan pulang ke kampung halamannya di Masjid Tanah, Melaka.

"Lazimnya itulah rutin bila tiba Hari Raya selagi masih berstatus solo ni. Kami sekeluarga akan berkumpul dan sama-sama menyiapkan juadah seperti rendang ayam, lontong, nasi himpit dan lemang.

"Mengikut pengalaman raya sudah-sudah, tetamu yang bertandang memang ramai dan di situlah makna 'open house' yang sebenar pada saya tanpa perlu mengadakan satu hari khas untuk tujuan itu," katanya.

Tambahnya lagi, dia akan peruntukkan RM1,000 untuk kanak-kanak kerana baginya selain menjadi satu budaya di musim perayaan, pembahagian duit raya adalah sebagai satu sedekah.

"Kena ingat duit raya hanya untuk kanak-kanak. Orang dewasa dikecualikan ya," katanya berseloroh.

Bagaimanapun kata Remy, sehingga kini dia belum membuat apa-apa persiapan termasuk membeli pakaian raya kerana lebih selesa melakukannya pada saat-saat akhir untuk mendapatkan lebih mood menyambut raya.

Berkongsi sisi kerjaya seninya pula, Remy bersyukur kerana pada Hari Raya nanti banyak karyanya akan ditayangkan di televisyen antaranya 'Tercipta Untukku', 'Bila Artis Balik Beraya' dan 'Rumi & Jawi'.

Sumber: Mstar Online

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Jangan Hancurkan Baju Melayu Tradisional - Tegur Jaafar Onn Berikutan Trend Baju Kurta Yang Semakin Popular

3 Julai - Tidak salah jika dikatakan, hari raya Aidilfitri pada tahun ini akan dihiasi dengan pemakaian kurta dalam kalangan kaum adam di Malaysia.

Ini boleh dilihat apabila banyak baju tersebut dijual di tepi-tepi jalan mahupun secara online. Malah, ada juga designer dari Malaysia yang mencipta sendiri kurta untuk dijual khas sempena hari raya pada tahun ini.

Risau dengan perubahan trend dari pakaian tradisional ke kurta itu, selebriti tempatan, Jaafar Onn tampil berkongsi pendapatnya mengenai perkara itu.

Berikut adalah teguran dari Jaafar Onn berikutan peningkatan kepopularan kurta di Malaysia pada masa kini :

Perayaan tahun ini akan menjadi hancur bila baju kurta budaya india..Di ketengahkan saperti menyambut raya india...Bagi saya mereka yang memakai baju kurta sbb tak mahu pakai songkok dan sampin...Jangan hancurkan baju melayu tradisional yang lengkap dgn sampin dan songkok..Sudah lah pakai jean ketat dan tidak bersongkok..Lama kelamaan terhakis budaya yg di rusakkan olih generasi muda yg dan pereka pakaian memperkenalkan kurta d hari yg mulia....Fikir2kan.....Sebelum budaya india jadi viral dihari yg mulia.....Bagi mereka yang pakai baju melayu...Bersamping tapi tak pakai songkok..Satu lagi...Membuat saya meluat konon nak tunjuk rambut..Tapi ini merusak budaya.

Mungkin ada benarnya dengan apa yang diperkatakan oleh Jaafar Onn. Jika golongan-golongan muda tidak dibiasakan dengan pakaian tradisional; iaitu baju melayu yang lengkap bersampin dan bersongkok; mungkin suatu hari nanti baju itu cuma tinggal perkataan di dalam buku teks sejarah. - Siakapkeli.my

Sumber : Jaafar Onn

Read more ...

Terimalah saya ganti Muhyiddin, kata Ismail

Anggota UMNO Bahagian Pagoh perlu menerima kenyataan selain memahami sistem organisasi parti yang memerlukan pengganti jika seseorang pemimpin dipecat, kata Pemangku Ketuanya Ismail Mohamed.

Beliau berkata adalah menjadi lumrah berlakunya pemindahan tampuk kepimpinan dalam organisasi jika seseorang ketua dalam organisasi terbabit sudah tiada.

"Apabila (Ketua UMNO Bahagian Pagoh) Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat (daripada parti pada 24 Jun lepas), kena faham ... jika ketua tiada, akhirnya (diturunkan) kepada timbalan dan jika timbalan dipecat pun, akhirnya (diturunkan) kepada naib ketua.

"Kita perlu terima hakikat ini dalam organisasi ... pemimpin tidak selamanya di situ (memegang jawatan) kerana satu hari nanti orang lain sudah tentu akan mengambil alih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Pasar Tani Khas Menjelang Aidilfitri di Pasar Tani Datin Halimah, Larkin, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Kumpulan Bertindak UMNO Pagoh (KBUP) Datuk Zaaba Aman yang menggesa UMNO bahagian terbabit digantung segera atau diambil alih oleh UMNO Pusat bagi memastikan kawasan tersebut 'bersih' dan tidak dijadikan platform untuk menyokong perjuangan individu.

Ismail meminta semua pihak untuk memahami bahawa perjuangan anggota bahagian tersebut adalah kerana parti dan bukannya kerana individu.

- Bernama

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *