Monday, March 28, 2016
Perjuangan Tun Mahathir bukan lagi perjuangan untuk orang Melayu - Rais
Tidak Tercalon ABPBH 29 : Fara Fauzana Tidak Terkilan, Mahu Beri Peluang Pada Orang Lain
Sejak ABPBH 2006 – 2014, Fara Fauzana mendominasi kategori Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian, tetapi tahun ini rezeki tidak berpihak kepada dirinya meskipun tercalon dalam senarai awal pencalonan anugerah berkenaan.
Buat Fafau, beliau sedikit pun tidak merasa terkilan dan ia memberi peluang kepada orang lain untuk bertanding pada tahun ini.
Nama saya ada pada senarai pencalonan awal bagi kategori Penyampai Radio Popular tapi tidak ada rezeki saya untuk tahun ini.
Tidak mengapalah, saya tidak sedih atau terkilan dan biarlah saya bagi peluang kepada muka-muka baharu pula untuk bertanding.
Ini lah artis yang tidak mengharapkan undian untuk menjadi calon top 5, lagipun sebelum ini Fafau sudah beberapa kali menjadi juara. Siapa agaknya yang ada potensi untuk menang pada tahun ini?
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.AZMI HATTA AKUI CINTA ELLY MAZLEIN SAMPAI BILA-BILA
"Cinta saya dengan Elly tidak akan berubah sampai bila-bila. Cuma masalahnya jodoh kami tidak panjang. Kenyataan itu harus diterima," demikian kata Azmi Hatta yang mengakui beliau masih sayang dan cintakan bekas isterinya, Elly Mazlein meskipun sudah bercerai.
Kata Azmi, dia tidak akan pernah mendedahkan punca penceraian beliau dan Elly meskipun diasak dengan pelbagai persoalan kerana dia percaya setiap yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri.
"Mendedahkan punca penceraian saya dan bekas isteri bukan satu tindakan bijak. Lebih baik mengunci mulut biarpun hati masing-masing terluka.
"Cuma yang menyedihkan saya apabila perceraian itu berlangs ung ketika Elly sedang hamil tiga bulan. Ada permasalahan besar yang berlaku antara kami yang tidak dapat saya kongsi di sini.
"Permasalahan peribadi yang kompleks itu yang menyebabkan kami berdua bersetuju untuk membawa haluan masing-masing," jelas Azmi.
Untuk makluman, Azmi dan Elly mendirikan rumah tangga pada 19 November 2014 di Surau As-Sakinah, Puchong, Selangor sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada 9 Mac lalu.
Ini adalah perkahwinan kali kedua buat Azmi. Perkahwinan pertamanya beliau dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Azim dan Aqif.
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Follow @myartisdotcomSyurga Makanan Di SPH Food Festival!
Pengunjung seperti berada di dalam syurga makanan andai ke bufet yang disediakan kerana terdapat pelbagai seksyen makanan iaitu daripada makanan laut hinggalah ke kambing golek serta dari makanan timur hingga ke makanan barat serta berpuluh jenis kek dan kuih muih.
Chef eksekutif Hotel Sunway Putra, Chef Rossham berkata, sebagai hotel baru, SPH Food Festival 2016 diharapkan dapat menarik ramai pengunjung untuk menikmati pelbagai juadah yang disediakan di Coffee House SPH. "Objektif kami mengadakan SPH Food Festival 2016 ini adalah untuk meningkatkan lagi reputasi hotel dengan menghidangkan pelbagai makanan berkualiti dengan harga berpatutan," katanya. SPH Food Festival turut memperkenalkan beberapa pemanis mulut dari Atrium Lounge seperti Jackfruit Chocolate Cake, dan juga Dragon Fruit Red Velvet Cake. Pada hari tersebut juga, aktiviti pertandingan memasak di antara 3 selebriti tempatan iaitu Ramona Zamzam, Shakilla Khoriri dan juga Anding Indrawani turut diadakan. Mereka diberi cabaran untuk memasak menu yang belum mereka ketahui. Ramona diminta menyediakan menu mee goreng mamak, manakala Shakilla dikehendaki memasak spageti dan Anding pula harus tampil dengan menu pasta. Masa yang diberikan adalah selama 45 minit dan dalam masa terbabit, peserta dikehendaki memasak menu yang diberikan.Setelah selesai mereka tekah diminta mempersembahkan masakan mereka kepada pihak juri dan setelah diadili Ramona telah diumum seagai pemenang pertandingan memasak tersebut.
SPH menyediakan menu buffet untuk makan tengahari dari jam 12.30 tengahari hingga 3.30 petang dengan harga serendah RM68 untuk seorang. Dibuka dari Isnin hingga Jumaat. Manakala untuk makan malam pula, berharga RM78. Ianya dibuka dari hari Isnin hingga Khamis dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.Artikel oleh Syafiqah Jalal
Artikel ini disiarkan pada Isnin, 28 Mac 2016
Kerajaan sudah belanja RM280j cari MH370 - Berita Harian
Oleh Haika Khazim
KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah membelanjakan RM280, 508, 213.76 sehingga Februari lalu untuk operasi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, hari ini berkata sehingga kini operasi pencarian MH370 di laut sudah menjangkau ke kawasan seluas 86,752 kilometer persegi.
Liow berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Parlimen (BN-Simpang Renggam) Liang Teck Meng yang ingin tahu mengenai status terkini pencarian MH370 yang dilaporkan hilang, kedudukan serta jumlah perbelanjaan kerajaan dalam misi berkenaan.
Teck Meng juga ingin tahu ada sebarang petanda mengenai dalang yang menembak jatuh pesawat MH17 di Ukraine dan usaha terkini untuk mendakwa pihak bertanggungjawab.
Tiong Lai berkata jenayah berhubung nahas pesawat MH17 masih dijalankan oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) yang diterajui oleh Belanda dan dianggotai oleh Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.
"Siasatan dijangka akan berterusan sehingga pertengahan tahun 2016. Dalam hubungan ini, usaha untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam nahas pesawat MH17 adalah bergantung kepada hasil siasatan jenayah terbabit.
Malaysia bersama-sama dengan negara yang diwakili dalam JIT sedang meneruskan perbincangan bagi dua opsyen pendakwaan yang telah dikenal pasti iaitu pendakwaan di peringkat nasional oleh salah satu negara anggota JIT dan pendakwaan oleh suatu tribunal antarabangsa yang diwujudkan khas nanti," katanya.
Beliau berkata bagi maksud keputusan antara kedua-dua operasi terbabit hasil siasatan jenayah perlu diperoleh terlebih dahulu kerana akan menjelaskan tempat pemastautin orang yang disyaki kewarganegaraannya dan tempat terbaik untuk mereka dibicarakan.
"Walau apa pun opsyen pendakwaan dan perbicaraan yang diputuskan kelak, keupayaan untuk memulakan pendakwaan terhadap mana-mana tertuduh adalah tertakluk kepada adanya keterangan yang mencukupi yang boleh diterima oleh mahkamah," katanya.
Pelakon & Pengarah CAPTAIN AMERICA: CIVIL WARâS Promo di Singapura
Cast members and one of the directors of Marvel's Captain America: Civil War will be making their way to Singapore in April, where Marina Bay Sands will welcome Chris Evans (Captain America), Sebastian Stan (Winter Soldier), Anthony Mackie (Falcon) and director Joe Russo.
As part of the promotion for the latest highly anticipated Marvel release, the stars of the movie will embark on a world tour, which will see them being split into two teams – Team Cap and Team Iron Man – challenging each other on the international stage.
Team Cap, led by Chris Evans, will head to Singapore to meet fans and media from Malaysia and across other parts of Asia-Pacific.
MARVEL'S CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR'S CAST AND DIRECTOR IN SINGAPORE Fans will be able to immerse themselves into the Marvel universe with a range of Captain America: Civil War themed activities at Marina Bay Sands Singapore, starting from 21st April. The much anticipated blue-carpet event will be held at the Ice Skating Rink, from 6pm on Thursday, 21st April 2016. More event updates will be announced on http://www.Facebook.com/Marvel/.Marvel's Captain America: Civil War opens in Malaysia on 28th April 2016.
About Marvel's Captain America: Civil WarMarvel's "Captain America: Civil War" finds Steve Rogers leading the newly formed team of Avengers in their continued efforts to safeguard humanity. But after another incident involving the Avengers results in collateral damage, political pressure mounts to install a system of accountability, headed by a governing body to oversee and direct the team. The new status quo fractures the Avengers, resulting in two camps—one led by Steve Rogers and his desire for the Avengers to remain free to defend humanity without government interference, and the other following Tony Stark's surprising decision to support government oversight and accountability.
Marvel's "Captain America: Civil War" stars Chris Evans, Robert Downey Jr., Scarlett Johansson, Sebastian Stan, Anthony Mackie, Don Cheadle, Jeremy Renner, Chadwick Boseman, Paul Bettany, Elizabeth Olsen, Paul Rudd, Emily VanCamp, Frank Grillo and Martin Freeman, with William Hurt and Daniel Brühl.
Anthony & Joe Russo are directing with Kevin Feige producing. Louis D'Esposito, Victoria Alonso, Patricia Whitcher, Nate Moore and Stan Lee are the executive producers. The screenplay is by Christopher Markus & Stephen McFeely.
Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
Kisah Lelaki âGilaâ Mampu Menyedarkan Mereka yang Waras dengan Laungan Azan
Di sini terdapat satu kisah yang pihak Siakap Keli tidak dapat pastikan kesahihannya dan di mana ia berlaku. Bagaimanapun tidak ada apa-apa kerugian dikongsikan bersama memandangkan ia tidak mengundang sebarang keburukan bahkan mungkin membuatkan kita berfikir sejenak dan mengambil iktibar diatas kisah ini. — Siakapkeli.com
Berikut adalah kisah yang diceritakan di sebuah blog, Paling Seru
Suasana sebuah kampung tiba-tiba menjadi riuh rendah kerana pada jam 10 malam kedengaran azan di sebuah surau setempat menerusi pembesar suara memecah keheningan malam. Pendudukan kampung lalu berduyun-duyun datang ke surau tersebut meskipun mereka sudah tahu siapa yang melakukannya. Lelaki yang dikenali sebagai Mbha Sadi, suaranya itu sememangnya sudah dikenali di kampung itu dan umurnya sudah mencapai 70an. Penduduk bagaimanapun menjadi tertanya-tanya, mengapa lelaki tersebut azan pada jam 10 malam? Setibanya penduduk di pintu surau tersebut, lelaki itu baru selesai melaungkan azan dan menutup suis pembesar suara. "Kamu tahu tak sekarang sudah pukul berapa?" tanya salah seorang penduduk kepada lelaki itu. "Azan apa waktu-waktu macam ni?? Jangan-jangan kamu sudah ikut ajaran sesat" tambah seorang penduduk yang lain dengan nada yang perihatin. "Dasar Mbah Sadi sudah gila, kalau tak gila takkan azam waktu camni" lagi dari penduduk yang lain. "Kamu semua...." jawab lelaki itu dengan tenang. "Tadi, masa saya azan Isyak, tidak seorang pun yang datang ke surau. Sekarang saya a zan jam 10 malam, kamu semua datang berduyun-duyun ke surau, sekampung datang... Maka.. SIAPA YANG GILA??" Penduduk-penduduk kampung pun pulang seorang demi seorang tanpa bantahan lagi.
Pimpinan akar umbi Umno S'gor didakwa diarah tandatangan deklarasi sokong Najib
Seorang ketua cawangan mendakwa kepimpinan Umno akar umbi di Selangor kini diarahkan menandatangani deklarasi menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Umno Cawangan Teratai, Hashim Abdul Karim mendakwa cawangannya baru saja menerima surat satu deklarasi yang disediakan oleh Umno Selangor.
Katanya,difahamkan "kira-kira 5,000 ketua cawangan di seluruh Selangor telah menandatangani deklarasi itu sebagai menyokong kepimpinan perdana menteri dan presiden parti.
Beliau mendedahkan perkara itu ketika berucap dalam program santai dan penerangan isu-isu semasa bersama Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal, di Kampung Bukit Lanchong, Laman Bistari, Shah Alam, malam tadi.
Bagaimanapun, Hashim mendakwa bahawa ahli akar umbi cawangan beliau sebulat suara menolak deklarasi tersebut.
"Kami sebulat suara dari Cawangan Teratai menolak deklarasi yang memberi sokongan kepada kepimpinan Najib sebagai presiden Umno dan perdana menteri Malaysia," tegas Hashim sambil disambut tepukan hadirin.
Khamis lalu, kepimpinan Umno Kelantan menandatangani deklarasi yang menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Najib.
Mengulas lanjut Hashim berkata adalah menjadi harapan untuk setiap presiden yang dilantik menerajui parti itu ke arah kecemerlangan terutamanya apabila menghadapi pilihan raya umum sebagaimana presiden Umno terdahulu.
Namun, Hashim mendakwa perkara tersebut tidak berlaku.
Sebalikya, dakwa Hashim lagi, ahli akar umbi didedahkan dengan terlalu banyak cerita negatif mengenai kepimpinan presiden parti sehinggakan mereka merasa seperti diperbodohkan kepimpinan parti yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu.
"Kita bukan bodoh, buta dan pekak. Sebelum ini saya telah ingatkan bahawa rakyat akan bangkitkan kes Altantuya, cincin berlian, kapal selam scorpene dan hari ini ditambah pula dengan isu 1MDB.
"Tak habis isu 1MDB, timbul pula soal wang derma RM2.6 bilion yang kita sedia maklum cerita mengenainya," tegas Hashim.
Katanya, jika benar kepimpinan perdana menteri tidak berbuat demikian, mengapa Najib tidak bertindak menyaman pihak yang didakwa terlibat dalam membuat fitnah terhadapnya.
"Dalam sistem perundangan kita sudah cukup untuk ambil tindakan terhadap orang yang fitnah kita.
"Tapi kalau kita diam diri, fitnah itu seolah betul, kalau saya jadi Najib saya akan saman. Kalau ia bohong sebab kita tak buat, apa nak takut," kata Hashim.
Justeru, Hashim mencabar mana-mana ketua cawangan yang belum menandatangani deklarasi menyokong kepimpinan perdana menteri agar tidak berbuat demikian.
"Saya cabar mana-mana pihak yang belum tandatangan, jangan tandatangan, ini bukan cerita pembangkang sebab Umno ada, NGO ada, rakyat biasa pun ada yang mana kita menuntut Najib letak jawatan.
"Siapa saja boleh boleh tandatangan (deklarasi rakyat), orang masjid pun boleh tandatangan kerana bukan kita marah tapi kita sayang parti kita dan lebih lagi kita sayangkan negara ini," tegas Hashim lagi.
Tambah Hashim, beliau yakin selepas ini akan ramai lagi rakyat yang akan menyokong deklarasi yang dibawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran berita yang disampaikan oleh media alternatif.
"Saya harap mereka belum dengar lagi berita ini akan dapat mengetahuinya selepas media alternatif sebarkan, mereka akan sedar," kata Hashim mengakhiri ucapan beliau.
Difahamkan program malam tadi tidak dihadiri ketua bahagian Umno Teratai kerana Malaysiakini difahamkan beliau berbeza haluan dengan Hashim, namun didakwa menyatakan tidak ada halangan dari pihaknya.
Kisah Pemakan Dedak Melaga-lagakan Tun M dengan Raja-Raja Melayu
Mereka menyalahkan Tun M sbg org yg bertanggungjawab melucut/menghapuskan/mengurangkan (pelbagai terma yg mereka guna), sedangkan dahulu mereka2 ini yg kuat mempertahankan Tun dari serangan pembangkang.
Mereka melupakan kenyataan bahawa tindakan Tun sebenarnya adalah penyelamat institusi Raja-Raja Melayu yg mula terhakis kerana tindakan segelintir kerabat istana dalam masyarakat sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.Maka tindakan Tun adalah bersesuaian dan bertepatan pada ketika itu.
Seharusnya perkara ini tidak diungkit agar luka lama tidak berdarah kembali yg mana akan ada pihak yg terluka dan mula salah menyalah dimana akan timbul persoalan siapakah yg benar berada di pihak yg betul atau sebaliknya?
Oleh itu, sifat memaafkan dan melupakan haruslah dizahirkan demi mengelak kesalahfahaman generasi baru.
Mungkin...ya, hanya mungkin, jika Tun tidak bertindak sedemikian me mungkinkan institusi Raja-Raja Melayu tidak lagi dihormati ketika ini.
Tindakan Tun ketika ini walaupun kita tidak tahu niatnya di dalam hati, namun apa yg terzahir adalah demi rakyat dan mengekang sikap rakus sesetengah pemimpin kerajaan yg mana rakyat terbanyak merasa tertekan ketika ini.
Apalah ertinya melaungkan pengukuhan ekonomi tetapi bukan rakyat marhaen yg mendapat manfaatnya tetapi hanya berlegar dikalangan orang kaya.
Apakah kenaikan nilai ringgit memberi manfaat pada petani dan nelayan?
Apakah pengukuhan bursa saham memberi nilai yg lebih kepada pekerja yg makan gaji?
KEMANAKAH ARAH KITA RAKYAT MALAYSIA?
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...