Wednesday, October 28, 2015
Daihatsu perkenal 4 kereta konsep pada Pertunjukan Motor Tokyo 2015
Saya Bukan Produser Yang Boleh Tentukan Barisan Pelakon รข Zizan Razak
Susulan dakwaan Kamal Adli yang wataknya di dalam filem Abang Long Fadil 2 digugurkan kerana Zizan Razak, ramai yang telah mengkritik pelawak itu dan menganggap tindakan tersebut sebagai tidak profesional. Tanggapan orang ramai ialah Zizan Razak ingin membalas dendam kerana bekas kekasihnya, Emma Maembong kini bercinta dengan Kamal Adli. Hmmmm. Sekali dengar macam budak-budak kan? Namun betul ke Zizan mempunyai 'kuasa' yang begitu hebat sehingga dapat menentukan barisan pelakon filem tersebut?Enggan lagi dipersalahkan, Zizan Razak telah tampil menjelaskan keadaan. Menurut Zizan, dirinya hanya seorang pelakon yang dibayar upah, bukannya produser yang menentukan barisan pelakon. Kata Zizan:-
Macam mana pula boleh timbul cerita itu? Siapalah saya untuk menentukan dengan siapa boleh bekerja? Saya hanya pelakon yang buat kerja kerana dibayar. Saya bukannya produser yang boleh menentukan siapa barisan pelakon pilihan hati. Ini benda mengarut dan tidak masuk akal.
Saya malas nak layan atau fikir hal ini. Kalau betul benda (pengguguran Kamal) itu berlaku, ia tiada kena mengena dengan saya sebab bukan saya yang menerbitkan Abang Long Fadil 2. Macam saya katakan tadi, saya dibayar penerbit untuk berlakon. Jadi saya hanya buat kerja saya, saya tidak tahu atau campur tangan pun.
Logik juga penerangan oleh Zizan Razak ini kan? Industri hiburan Malaysia tak adalah sehebat Hollywood di mana pelakon ada kuasa untuk menentukan gandingan mereka. Kalau demand lebih-lebih di Malaysia, mahu kena gam dengan penerbit-penerbit. Mungkin ada salah faham yang berlaku antara Kamal Adli, Zizan Razak dan mereka yang terbabit menerbitkan filem Abang Long Fadil 2 ini. Semoga pihak yang mengeluarkan duit akan muncul membuat penjelasan. Sama-sama kita nantikan. Sumber Harian Metro.
P.S: Serikan lagi majlis anda dengan doorgift yang teramat comel daripada Bamboo Bottle By Raef ini. Confirm tetamu yang datang tersenyum kegirangan. Nak buat makan saja-saja pun boleh. Dijamin 100% sedap. Sekali cuba, pasti nak lagi. Order sekarang dengan Whatsapp ke 0111- 311–7632 atau LIKE Facebook Bamboo Bottle by Raef.
Related Category : Malay 30 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: abang long fadil 2, Emma Ma'embong, kamal adli, zizan razak PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.DATUK VIDA ADA 10 CROWN, PALING MAHAL RM100K
Program Gegar Vaganza musim kedua telah mendapat sambutan yang sangat hangat. Buktinya minggu kedua lalu, beberapa buah kerusi banquet telah dibawa masuk ke dalam dewan untuk menampung jumlah penonton yang terlalu ramai.
Sementara di bahagian atas pula terdapat penonton yang rela duduk di atas tangga asalkan dapat menonton persembahan tersebut secara live.
Sambutan hangat ini adalah kerana kelab-kelab penyokong artis yang bertanding yang memberikan sokongan padu terhadap artis kegemaran mereka.
Selain itu, pengacaranya Nabil, Jihan dan juri Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim turut mempunyai peminat masing-masing.
Tidak ketinggalan juga penaja utama program terse but, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Vida yang turut mendapat tepukan yang amat gemuruh sebaik masuk ke dalam dewan.
Apa yang menarik tentang Datuk Vida ini adalah crown (tiara) yang dipakainya. Setiap minggu, Datuk Vida akan memakai crown yang berlainan dan setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri.
"Crown yang saya pakai ini harganya paling mahal adalah dalam RM100 ribu lebih. Manakala yang murah pun harganya adalah dalam lingkungan RM10K lebih.
"Setakat ini saya ada 10 crown yang ditempah di Hong Kong. Dah jadi hobi saya suka kumpul dan pakai crown ini sejak lima tahun lalu. Angan-angan nak jadi puteri raja. Kena pula dengan cerita Frozen tu, memang makin saya minatlah.
"Saya biasanya pakai crown ini semasa promosi produk-produk saya atau ada event-event tertentu yang memerlukan saya tampil menarik. Jadi kenalah saya pakai crown yang senang suai padan dengan baju-baju," ujarnya jujur.
Datuk Vida juga mendedahkan dia mempunyai cita-cita untuk memiliki kedai emasnya sendiri suatu hari nanti.
"Saya minat sangat dengan barang-barang kemas tetapi saya sibuk sangat sampai tak ada masa. Jadi saya terpaksa tangguhkan dahulu sehingga saya bersedia kelak," jelasnya.
Bercerita mengenai program Gegar Vaganza pula, Datuk Vida sangat gembira dengan penerimaan peminat yang di luar dugaan itu. Beliau juga berharap agar produknya Qu Puteh dan Pamoga dapat diterima oleh semua rakyat Malaysia kerana baginya pro duk-produknya itu berkesan.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomMaya Karin Derma RM2,000 Untuk Pesakit Kanser
Pelakon dan penyanyi Maya Karin telah menyampaikan jumlah derma bernilai RM2,000 untuk pesakit kanser menerusi kempen amal #AirAsiaMAKNA.
Di majlis penyerahan dana sumbangan kempen amal #AirAsiaMAKNA yang berlangsung baru-baru ini, Maya menjadi selebriti yang menyumbang derma dengan nilai tertinggi di acara tersebut.
Majlis yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar, Pengurus Besar MAKNA, Farahida Mohd Farid dan pesakit kanser itu turut disertai oleh barisan selebriti Malaysia yang turun padang menyokong kempen tersebut.
Selain Maya, antara selebriti yang hadir ialah Ryzal Jaafar, Fahmie Esmail, Amelina, Sasha Saidin, Thanuja Ananthan, Tam Suhaimi, Ungku Ismail Aziz, Aizat Amdan, Chef Nik Michael Imran dan Harris Aliff.
Disamping meluangkan masa untuk memberi sokongan moral kepada pesakit kanser, barisan selebriti yang hadir juga telah memberi derma persendirian sebanyak RM500 seorang kepada tabung #AirAsiaMAKNA bagi tujuan membantu pesakit kanser yang tidak berkemampuan.
Pesakit-pesakit kanser, ahli keluarga dan juga tetamu majlis tersebut telah dihiburkan dengan persembahan hebat dari Maya dan tiga pemuzik yang telah menyampaikan tiga buah lagu yang berjudul Tersenyum, Laskar Pelangi dan Let It Be.
Kempen amal #AirAsiaMAKNA merupakan satu inisiatif tanggungjawab sosial syarikat penerbangan AirAsia yang memberi sumbangan terhadap Majlis Kanser Nasional (MAKNA) menerusi jualan baju-T edisi istimewa dengan rekaan ikonik krew penerbangan dan kapten juruterbang AirAsia yang dijual pada RM30 sehelai.
Di majlis yang sama, AirAsia juga telah menyerahkan dana berjumlah RM120,945.64 kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA), hasil dana yang terkumpul dari kempen amal #AirAsiaMAKNA.
Artikel oleh: Kamaruddin Razal
Artikel ini disiarkan pada Rabu, 28 Oktober 2015.
Ada Sebab Kenapa Perlu Tonton Telefilem Kemuncak TRAVELLING BERUANG
Kempen Travelling Beruang yang mula dilancarkan secara rasminya sejak 9 Jun lalu kini hampir ke kemuncaknya apabila telefilem Travelling Beruang itu bakal disiarkan di TV3 pada 31 Oktober dan 1 November 2015 nanti. Siapa menyangka idea asal yang bermula dengan telefilem menjadi lebih bermakna apabila sebuah kempen tercipta untuk mendapatkan dana bagi membantu pesakit kanser kanak-kanak di Malaysia.
Malah telefilem ini merupakan karya pertama seumpamanya yang didedikasikan untuk tujuan tanggungjawab sosial korporat. Sebagai rekod, sejumlah RM111,645 berjaya dikutip daripada Air Asia selaku penaja utama, Altel penaja bersama dan TV3 sebagai stesen rasmi. Sumbangan itu diberikan menerusi penjualan patung Travelling Beruang yang mendapat sokongan orang ramai.
Menampilkan barisan pelakon hebat dengan nama-nama besar seperti Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Yana Samsudin, Zara Zya, Zul Huzaimy dan Ammar Titan, telefilem yang mempunyai dua bahagian ini dijangka bakal mendapat perhatian penonton menerusi jalan ceritanya yang penuh inspirasi.
Travelling Beruang mengisahkan Adit (Ungku Ismail Aziz) yang merupakan seorang novelis yang hilang arah setelah kehilangan anak perempuannya kerana kanser. Kebahagian rumah tangganya bersama Lisa (Zara Zya) juga punah. Bagi Lisa, Adit telah banyak berubah. Malah Adit seperti mementingkan kerjayanya sejak kematian anak mereka.Adit dihantui rasa bersalah dan dia tidak mampu lagi menghasilkan novel. Sehinggalah suatu hari dia bertemu dengan Zamani (Zul Huzaimy) yang juga teman karibnya. Zamani yang resah dan kebimbangan menceritakan mengenai keadaan anaknya, Aishah (Yuyun Yuslin) yang telah diagnosis dengan penyakit kanser. Adit tersentak, dia bagaikan melihat cermin dirinya.
Adit melihat wajah Aishah di hospital. Hatinya sayu melihat Aishah lemah tidak bermaya. Kenangannya bersama Yana, arwah anaknya mula bermain di fikiran Adit. Sejak itu Adit banyak mengambil kesempatan untuk melawat Aishah. Dalam pertemuan itu, Aishah sempat berkongsi impiannya untuk melihat dunia. Impian Aishah besar namun dia tahu dia tidak mampu mencapainya kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.
Sejak daripada itu, Adit berfikir tentang bagaimana dia mampu merealisasikan impian Aishah. Adit mengambil langkah berani untuk mengembara ke serata dunia dan Aishah hanya mampu menyandarkan impian kepada 'Mr. Bear' patung kesayangannya. Walaupun sedih, Aishah gembira kerana Adit berjanji untuk berkongsi pengalamannya setiap kali mengembara.
Pengembaraan itu bukan sahaja demi Aishah tetapi juga menemukan sebahagian daripada hidupnya yang telah hilang. Dalam perjalanan itu, dia bakal menemui wanita misteri, Kat (Elizad Sharifuddin) yang bakal membawa Adit kepada suatu penemuan baru. Apakah yang bakal terjadi? Itu diantara penantian yang bakal dinantikan para penonton Malaysia.
Bahagian 1 kisah penuh inspirasi ini telah ditayangkan di pawagam lebih awal untuk sesi Tayangan Amal Telefilem Travelling Beruang di mana orang ramai telah mengambil peluang untuk menonton sambil beramal. Setiap tiket dijual dengan harga RM25 di mana hasil kutipan diserahkan kepada Tabung Travelling Beruang MAKNA. Sesi tayangan itu telah diadakan dengan kerjasama rakan penaja iaitu Tropicana City Mall dan The Mines Shopping Mall.
Di dalam tayangan amal utama pada 24 Oktober 2015, orang ramai berpeluang menonton bersama para pelakon telefilem tersebut di GSC, Tropicana City Mall manakala pada 25 Oktober pula, sesi tayangan amal khas itu diadakan di TGV, The Mines Shopping Mall yang turut mendapat sokongan daripada rakan-rakan artis seperti Zul Ariffin, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Fezrul Khan, Ruhainies, Adibah Yunus, Shukri Yahya, Zahirah Macwilson dan Ezzaty Abdullah.
Acara tayangan amal ini merupakan kemuncak kepada kempen Travelling Beruang apabila dua bahagian telefilem tersebut bakal ditayangkan di TV3 pada 31 Oktober dan 1 November jam 9.00 malam. Namun kutipan dana bagi pesakit kanser kanak-kanak Malaysia akan tetap diteruskan kerana orang ramai masih boleh menderma ke Tabung Travelling Beruang MAKNA menerusi akaun 5140 7561 6705 (Maybank).
Mengenai AirAsiaAirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah utama dan terbesar di Asia, menyediakan perkhidmatan rangkaian penerbangan terluas dengan 90 destinasi. Semenjak 13 tahun beroperasi, AirAsia telah menerbangkan 250 juta tetamu dan memperkembangkan barisan pesawatnya daripada dua ke lebih daripada 180. Ia kini bangga menjadi syarikat penerbangan Asean (Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara) yang sejati, dengan operasi yang berpusat di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan India, menyediakan perkhidmatan ke jaringan penerbangan yang merangkumi semua negara Asean dan juga China, India dan Australia. AirAsia telah dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia melalui kajiselidik tahunan Syarikat Penerbangan Dunia oleh Skytrax bagi enam tahun berturut-turut dari 2009 – 2014. AirAsia menjadi syarikat pernerbangan global pertama yang bekerjasama dengan INTERPOL untuk melaksanakan penggunaan sistem I-Checkit, bagi menyaring pasport para penumpang melalui perband ingan maklumat yang terkandung dalam pangkalan data Kecurian dan Kehilangan Dokumen Perjalanan (Stolen and Lost Travel Documents: SLTD) badan polis dunia itu.
Mengenai AltelAltel Communications Sdn Bhd (ALTEL) telah diperbadankan pada 26 Mac 2012, merupakan anak syarikat milik penuh Altel Holdings Sdn Bhd di bawah kumpulan syarikat Al-Bukhary. ALTEL juga merupakan syarikat di bawah Puncak Semangat Sdn Bhd; salah satu daripada lapan syarikat telekomunikasi (Telko) dianugerahkan dengan lesen Evolusi Jangka Panjang (LTE) spektrum 2.6 GHz oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyediakan perkhidmatan generasi keempat (4G). Ia juga merupakan pemegang lesen sepenuhnya dalam penyediaan perkhidmatan jalur lebar mudah alih di Malaysia. Diterajui oleh pihak pengurusan yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam industri telekomunikasi dan bidang yang berkaitan, adalah aspirasi ALTEL untuk menjadi sebuah syarikat telekomunikasi sepenuhnya apabila siap rangkaian infrastrukturnya sendiri dalam melancarkan perkhidmatan jalur lebar kelajuan tinggi 4G; status yang disasarkan pencapaiannya pada awal 2016.
Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
Angka korban bumi Pakistan cecah 265 orang
KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia, Syed Hasan Raza berkata jumlah mangsa yang terkorban dalam gempa bumi kuat yang melanda sebahagian kawasan di Pakistan semalam, mencecah 265 orang.
"Kami menerima berita pagi ini 265 warga Pakistan terkorban setakat ini," katanya kepada pemberita sempena memperingati 'Kashmir Black Day' (Hari Hitam Kashmir) yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Pakistan di sini, hari ini.
Laporan menyatakan gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter itu melanda kawasan pedalaman di Afghanistan dan Pakistan, dengan kebanyakan mangsa adalah warga Pakistan.
Pesuruhjaya Tinggi itu berkata kerajaan Pakistan menggerakkan pelbagai pasukan ke kawasan terjejas sebaik sahaja gempa bumi melanda dan menjelang petang pasukan penyelamat berjaya tiba di kebanyakan kawasan bencana.
Beliau berkata helikopter terpaksa digerakkan ke kawasan terjejas, yang tidak dapat diakses kerana cuaca sejuk telah bermula, dan menambah mereka yang terjejas serta-merta dibekalkan makanan dan khemah untuk tempat perlindungan.
"Kami berharap penilaian akhir yang akan dibuat dalam tempoh dua tiga hari lagi tidak seburuk gempa bumi yang berlaku di Nepal baru-baru ini dan seburuk gempa yang berlaku di Pakistan pada 2005 yang mengorbankan 75,000 orang," katanya.
Gempa bumi bermagnitud 7.8 di Nepal pada April lepas menyebabkan 8,000 orangkehilangan nyawa.
Syed Hasan juga berkata Pakistan masih belum meminta bantuan asing "mudah-mudahan kami mampu menguruskannya kerana bilangan yang terlibat tidak ramai dan tidak sukar bagi kami untuk mengendalikannya.
"Sudah pasti kerajaan akan menguruskannya berdasarkan sumber yang ada," katanya dan menambah sebelum ini rakyat Pakistan juga turut bermurah hati menyumbang membantu mereka yang terjejas dalam bencana gempa bumi dan banjir. – Bernama
Berita berkaitan:Lapan askar Filipina maut
Presiden Usia 3,200 Tahun Dengan 2 Billion Daun
Ulama Islam gesa pertahan Masjid al-Aqsa
CEO potong gaji sendiri, naikkan gaji pekerja
Sedar Kemungkinan Schumacher Tak Pulih, Isteri Jual Jet & Rumah
Komencomments
'Mereka Simbah Cecair & Sepak Kereta Kami'
Profesor Syorkan Lelaki-Lelaki China Supaya Berkongsi Isteri
Profesor dari Universiti Zhejian itu, Xie Zoushi, mengeluarkan cadangan tersebut ketika China berdepan dengan jurang jantina yang semakin besar dan lelaki di negara terbabit terdesak mencari wanita untuk dijadikan isteri sehingga menjadikan wanita komoditi berharga.
Menurut Xie Zoushi, lelaki yang berpendapatan tinggi tidak bermasalah untuk mencari isteri. Namun bagi yang berpendapatan rendah, mereka dicadangkan bergabung untuk mencari wanita yang boleh dikongsi sebagai isteri.
Tambah Xie lagi, perkara itu bukan benda baru kerana ia sudah dipraktikkan di beberapa kawasan pendalaman miskin yang mana terdapat adik beradik lelaki berkahwin dengan seorang isteri dan mereka hidup aman damai.
Bagaimanapun, cadangan dari Xie itu mendapat tentangan hebat dari aktivis wanita yang menganggap cadangan tersebut tidak adil dan tidak bermoral.
Xie bagaimanapun mempertahankan cadangannya itu.
"Tolong jangan bercakap soal moral dengan saya. Jika kita terus membiarkan 30 juta lelaki bujang hidup tanpa wanita, mereka tidak mempunyai harapan untuk kehidupan seterusnya dan mungkin beralih kepada kegiatan merogol, membunuh dan keganasan lain," kata Xie memetik laporan myMetro.
Xie juga mencadangkan beberapa cadangan lain untuk menyelesaikan masalah ini termasuk mendesak masyarakat menerima homoseks dan mengimport wanita dari negara jiran. - Siakapkeli.my
NGO desak Rafizi mohon maaf pada rakyat Sabah, S'wak
Pakatan Badan Bukan Kerajaan Pro Barisan Nasional (NGO PRO BN) membidas Ahli Parlimen Pandan daripada PKR, Rafizi Ramli kerana didakwanya mempolitikkan keputusan kerajaan persekutuan membina Lebuhraya Pan Borneo bernilai RM29.2 bilion menghubungkan Sabah dan Sarawak.
Presidennya Zulkarnain Mahdar berkata Rafizi sepatutnya memberi sokongan penuh kepada pembinaan lebuh raya berkenaan kerana kemudahan seperti itu sudah begitu lama dinantikan rakyat di kedua-dua negeri yang sama-sama membentuk Malaysia pada 1963.
"Mempolitikkan isu Lebuhraya Pan Borneo adalah jelas satu tindakan kurang cerdik yang dilakukan Rafizi. Sepatutnya YB menyokong pembinaan Lebuhraya Pan Borneo ini dengan tidak membangkitkan sama sekali hubung kait pembinaan lebuh raya ini dengan sokongan majoriti rakyat Sabah dan Sarawak kepada BN sebelum ini.
"Apa sahaja pelan pembangunan yang dirancang dan akan dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya menunjukkan kematangan pentadbiran Najib dengan bertindak adil dalam pembangunan khususnya di Sabah dan Sarawak agar ia selari dengan pembangunan di negeri lain di Semenanjung," kata Zulkarnain dalam satu kenyataan semalam.
Zulkarnain mengulas kenyataan Rafizi dalam portal berita yang mendakwa pembinaan lebuh raya berkenaan yang tidak akan mengenakan sebarang bayaran tol adalah bukti Najib lebih mementingkan undi Sabah dan Sarawak serta tidak lagi mengambil berat tentang pengundi di Semenanjung.
Sambil menyifatkan kenyataan Rafizi itu sebagai cuba melaga-lagakan rakyat di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, Zulkarnain berkata kenyataan itu juga boleh dianggap penghinaan kepada rakyat Sabah dan Sarawak kerana seolah-olah rakyat kedua-dua negeri itu sebagai penerima rasuah.
Menurut Zulkarnain, Rafizi sepatutnya lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu dengan mengambil kira taraf sosioekonomi penduduk serta pembangunan infrastruktur Sabah dan Sarawak yang masih tertinggal berbanding pembangunan dan kemajuan di Semenanjung.
Katanya sekiranya tol dikenakan ke atas pengguna lebuh raya berkenaan kelak, sudah tentu ramai rakyat Sabah dan Sarawak tidak akan dapat menikmati kemudahan itu sewajarnya.
Zulkarnain juga berkata tindakan Rafizi mempersoalkan pembinaan lebuh raya tanpa tol berkenaan juga adalah bukti jelas Rafizi dan parti yang diwakilinya tidak peka dan tidak ikhlas dalam memperjuangkan untung nasib rakyat Sabah dan Sarawak.
Sehubungan itu, Pakatan NGO PRO BN berkenaan mendesak agar Rafizi memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat di Sabah dan Sarawak berikutan kenyataan beliau yang dilihat tidak sensitif dengan perasaan penduduk kedua-dua negeri itu.
- Bernama
JAKOA cadang rumah transit tarik ibu bapa hantar anak ke sekolah
PKR TERUS DERITA, PAS SEDIA KERJASAMA DENGAN BN!!!
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...