Recent Post

Wednesday, May 04, 2016

(TAKZIAH) Sukar Hidup Bermadu : Sharifah Khasif Sah Bercerai

Johan Qariah Tilawah Al-Quran 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman dan suaminya Datuk Seri Mohammad Hizal Othman telah sah bercerai pada 20 April lepas. Hizal melafazkan cerai terhadap Sharifah Khasif di Mahkamah Rendah Syariah, Jalan Duta Kuala Lumpur selepas mereka berdua gagal menyelamatkan rumah tangga yang dibina pada tahun 2012.

Berita ini disahkan sendiri oleh Hizal menerusi ruangan Pancaindera di akhbar Utusan Online hujung minggu lepas.

Ya, kami sudah berpisah secara baik baru-baru ini. Ini jalan terakhir yang terpaksa diambil walaupun berat hati untuk melafazkannya.

Walaubagaimanapun, Hizal menafikan beliau membuat keputusan tersebut mengikut emosinya. Jelas Hizal, beliau sudah berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan rumah tangga beliau bersama isteri keduanya itu dan cuba mewujudkan hubungan harmoni antara Sharifah Khasif dan isteri pertama beliau, Datin Seri Shahrul Zakiah Mat Yusof.

Hizal akui beliau terlalu kecewa kerana sudah gagal untuk mempertahankan perkahwinan beliau bersama Sharifah Khasif dan membuat kedua-dua isterinya mempunyai hubungan yang baik.

Jujur saya katakan, saya berat hati untuk melafazkan talak ketika di mahkamah tempoh hari saya masih mengharapkan keajaiban berlaku tapi malang sekali nampaknya itu tidak berlaku. Saya berkahwin dengan dia secara baik dan begitu juga saat akhir jodoh kami. Kami berpisah secara baik.

Sharifah Khasif ketika dihubungi media pula berkata, beliau tidak pernah mempunyai hasrat untuk merahsiakan perkara ini kepada umum tetapi masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung status perkahwinannya itu. Namun, beliau redha dengan ketentuan takdir dan menganggap jodoh beliau dan Hizal sampai disini sahaja.

Saya tidak bertujuan untuk merahsiakan perkara tersebut tetapi saya dalam keadaan belum bersedia. Kami tiada persefahaman dan jodoh kami tidak panjang. Saya terima takdir Allah dan redha dengan ketentuan-Nya.

Bertabahlah Sharifah Khasif, sesungguhnya hidup bermadu itu bukannya mudah kerana banyak hati yang perlu dijaga. Jangan terus bersedih, anggap ini sebagai dugaan untuk anda menjadi seorang insan yang lebih kuat.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Zunar terima anugerah antarabangsa keamanan 2016 - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Kartunis politik Zunar menerima anugerah '2016 Cartooning for Peace Award' di majlis yang berlangsung di Palais Eynard di Geneva, Switzerland, semalam.

Selain Zunar, kartunis Kenyan, Gado, juga menerima anugerah yang sama dan hasil karya mereka dipamerkan di Lac Leman di Geneva.

Turut hadir majlis itu ialah Presiden Kehormat Swiss Foundation Cartooning for Peace, Kofi Annan, yang juga bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Ahli Majlis Perbandaran Geneva, Guillaume Barazzone.

Mengulas mengenai anugerah itu, Zunar berkata ia memberi kekuatan baru kepadanya untuk meneruskan perjuangannya.

"Hak asasi manusia dan kebebasan bersuara di Malaysia kini berada dalam keadaan yang sangat parah," kata Zunar dalam satu kenyataan semalam.

Bakat, katanya, bukanlah keistimewaan, tetapi adalah tanggung jawab. Oleh itu, tegas Zunar, menjadi tanggungjawabnya sebagai kartunis untuk menggunakan seni sebagai senjata bagi menentang pemerintah zalim.

"Senjata ampuh bagi mana-mana rejim di dunia ialah dengan menanamkan ketakutan dan intimidasi untuk menakutkan rakyat. Lakaran seni dapat memimpin rakyat untuk merentasi garisan ketakutan.

"Apabila kita berhadapan dengan krisis moral, tiada ruang untuk merungut dalam diam. Kita mesti bangun dan melaungkan suara dengan kuat dan jelas.

"Bersikap neutral adalah satu bentuk pelarian dari kenyataan bagi mereka yang hidup dalam zon yang selesa. Bagaimana saya boleh bersikap neutral, sedangkan pen saya juga punya stand," katanya sambil berikrar akan terus berjuang melalui kartun sehingga "ketitisan dakwat terakhir".

Beberapa karya Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, yang mengkritik kerajaan telah diharamkan dan dirampas.

Beliau ditahan polis sebanyak dua kali, pada tahun 2010 dan 2015, atas dakwaan menghasut.

Beliau kini menghadapi sembilan dakwaan hasutan kerana komen kritikal beliau berhubung pemenjaraan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari tahun lepas.

Selain anugerah terbaru itu, Zunar merupakan penerima anugerah Human Rights Watch Hellman/Hammett pada 2011 dan 2015, dan dia juga memenangi anugerah Kebebasan Akhbar Antarabangsa pada tahun lepas yang diberikan oleh Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) yang berpusat di New York.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Di Sebalik Pelancaran Album AZIMAT BAND รข€“ GILIRANMU

Kumpulan AZIMAT BAND, sebuah kumpulan yang memperjuangkan genre muzik rock berkonsepkan lagu-lagu berunsur nasihat dan ketuhanan telah mengadakan majlis sidang media pelancaran album berjudul GILIRANMU bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur.

Azimat Band

Menyedari pentingnya nasihat-menasihati sesama manusia, "DAKWAH IS RYHTYM FOR YOUR LIFE" merupakan tagline Azimat yang selari dengan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album.

Azimat dianggotai oleh ahli asal Datuk Seri Paduka Zulkifli Yusuf (Datuk Zeck) sebagai vokalis, Zaid Muhamad atau Brader Zack (Pemain Dram), Kamaruddin Ahmad (Pemain Bes) serta anggota baru Afiq Faiz Amir (Gitaris), Roslan Ismail atau Kyoji Sky (Pemain Keyboard) dan Meor Aniq Zariman (Gitaris).

Azimat mempertaruhkan lagu Isteriku sebagai single pertama mereka bagi menghargai para isteri di luar sana yang banyak berkorban untuk suami demi kebahagiaan rumah tangga yang dibina. Manakala lagu-lagu lain yang dimuatkan dalam album GILIRANMU ini adalah;Mulianya Ibuku, Berkalam Tak Bernyawa, Azimat 3, Cempaka Puaka, Sering Terlupa, Giliranmu, Hamba Durjana, Apa Yang Kau Cari dan Rasukan Iblis.

Azimat Band

Menurut vokalisnya Zeck, Azimat masih mengekalkan lagu-lagu berunsurkan nasihat kerana rasa tanggungjawab sosial yang harus dipikul bersama. Katanya, "hasrat dan impian kami mahu meneruskan lagu-lagu rock kerohanian serta dakwah ini tidak pernah terpadam.

Semua lagu rock kerohanian dalam album kami ini adalah tanggungjawab kami sebagai umat Islam. Dalam masa yang sama, dakwah serta nasihat yang disampaikan bukanlah hanya untuk para pendengar sahaja, malah kami sendiri mengambil iktibar serta pengajaran daripadanya.

"Album ini secara tidak langsung (melalui mesej lagu) merupakan salah satu usaha membantu pihak berwajib dalam menangani gejala sosial di kalangan masyarakat terutamanya remaja. Saya berharap album yang berlandaskan tanggung jawab sosial ini dapat diterima baik oleh masyarakat di luar sana," luah Zeck yang juga komposer dan penerbit album GILIRANMU ini.

Senarai berikut di bawah adalah orang perseorangan yang terlibat secara langsung dalampenerbitan dan pembikinan Album GILIRANMU.

Ketua Band : Zeck AzimatLagu dan lirik oleh : Zeck AzimatRecording Studio : Azimat RecordMixing : Azimat RecordMastering : Azimat RecordSound Engineer 1 : Oja AxisSound Engineer 2 : Din AzimatSound Engineer 3 : Nick CDRWDesigner 1 : Jebat SobriDesigner 2 : Tunku MierulDesigner 3 : Zeck EstTechnician : Aswad Azimat

Azimat Band

PENUBUHAN Azimat Band mula ditubuhkan pada tahun 1997 dan mula merakamkan single pertamanya berjudul "SEMPURNA" pada tahun 1999. Bertitik tolak dari sinilah bermulanya langkah Azimat untuk terus mengorak langkah di persada seni muzik rock tanah air. Mereka mula mendapat perhatian serta diterima ramai peminat muzik rock apabila pertama kali beraksi dalam banyak showcase yang dianjurkan sendiri oleh Azimat.

Pada tahun 2001, Azimat berpecah kerana vokalisnya Zeck telah menarik diri untuk menguruskan perniagaannya. Selama 13 tahun Azimat menyepi, perlahan-lahan mereka kehilangan peminat.

Namun disebabkan jiwa rock masih kental dalam diri, maka pada tahun 2012, Zeck kembali mengambil langkah menghimpunkan semula anggota – anggota asal dan baru bagi meneruskan perjuangan memartabatkan industri muzik rock tanah air serta meraih kembali sokongan dari peminat – peminat yang telah lama ditinggalkan.

Azimat Band

ALBUM TERDAHULU Kebangkitan semula Azimat dibuktikan dengan kemunculan album sulung mereka berjudul Azimat pada tahun 2013. Album ini mempertaruhkan lima (5) buah lagu iaitu Inikah Aku, Sempurna, Peristiwa Silam, Dicintai dan Azimat. Hasil jualan album Azimat ini juga amat memberansangkan dan mencapai taget sasaran iaitu 10,000 unit.

Tanpa menoleh ke belakang, Azimat melangkah dengan lebih yakin dan berani dengan munculnya album kedua berjudul Azimat 2 pada tahun 2015. Album ini diterbitkan khusus buat peminat-peminat Azimat yang terus setia menanti. Album ini memuatkan 7 buah lagu serta 5 buah lagu bonus. (lagu daripada album yang pertama). Kesemua Tujuh buah lagu adalah ciptaan dan gubahan Zeck dan diterbitkan oleh Azimat Record.

Lagu-lagu yang berunsurkan nasihat ini adalah Azimat 2, Penyesalan, Selagi Ada, Fitnah, Syawalku Kini, Keinsafan Menjelma dan Kematian.

Majlis Pelancaran Album Azimat 2 diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 16 Jun 2015 dengan dihadiri oleh pihak media serta para peminat. Tidak cukup dengan itu, Azimat turut mengadakan banyak showcase dan sesi bertemu peminat di hampir seluruh Malaysia seperti Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak dan banyak lagi. Selain itu, Azimat meneruskan promosi album di stesen radio seperti THR, Mutiara FM dan Radio Kopstar, Radio Muzik FM Langkawi FM, Chill FM, Putra FM dan sebagainya.

Lagu 'SELAGI ADA' merupakan lagu hit dalam album ini dan sering dimainkan di radio seluruh negara.

Azimat Band

ROAD TOUR Tahun 2016 ini, Azimat Band merangka perancangan dengan lebih teratur untuk mempromosi album dan mengukuhkan nama Azimat dengan mengadakan Road Tour ke seluruh negera di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Ini juga langkah awal ke arah memperkenalkan Azimat di luar negara khususnya di Asia seperti Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia dan Vietnam. Diharapkan sentuhan dan susunan muzik yang berkualiti serta publisiti yang meluas membolehkan Azimat mencapai impian ini pada masa akan datang.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat menjayakan Majlis Pelancaran Album Azimat yang ketiga iaitu GILIRANMU ini.

Terima kasih juga kepada para wartawan dan media serta radio yang terlibat kerana sudi memberi ruang kepada Azimat Band untuk terus mempromosikan lagu-lagu kami. Semoga kehadiran kami akan terus mewarnai muzik rock Malaysia.

Sebarang maklumat, pertanyaan serta pembelian CD album bolehhubungi di talian:012-4464 700 / 017-5166 916 / 019-4052 742Fb : Azimat Record / Instagram : Azimat Record

Azimat Band

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Hafiz Suip & Tunang Bakal Nikah 14 Mei Ini

Read more ...

Pengundi Iban Jangan Jual Maruah Demi Wang Sogokan RM300 - Najib

SRI AMAN - Pengundi di kawasan DUN Simanggang digesa tidak menjual undi mereka untuk mendapatkan wang sogokan. Datuk Seri Najib Razak berkata, masa depan pengundi adalah jauh lebih bernilai dari wang ringgit yang cuba disogok oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahukan undi mereka.  "Pengundi Simanggang perlu mengutamakan masa depan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN Sarawak ke-11 Sabtu ini. Bukannya menyalahgunakan hak mengundi mereka untuk mendapatkan wang segera," katanya ketika berucap di Rumah Panjang Jegai Anak Jawa di Undop.  Kenyataan itu dibuat selepas Najib menerima maklumat dari calon BN DUN simanggang, Datuk Francis Harden Hollis yang mendakwa menerima maklumat ada cubaan pihak tertentu menyogok pengundi untuk tidak mengundi BN. Katanya, pengundi khususnya di kawasan kaum Iban telah disogok dengan RM100 setiap seorang untuk tidak memangkah BN dan akan ditambah lagi dengan RM200 selepas PRN.  "Orang Iban adalah pahlawan, ada semangat tinggi. Jadi jangan jual maruah kita. Lebih penting jangan gadai masa depan kita," kata Najib. - PIXEL MEDIA

Read more ...

Nenek Biar Cucu Kencing Atas Lantai Pesawat Dikecam

BEIJING - CHINA. Seorang nenek dikecam orang ramai setelah gambar yang memaparkan dia membiarkan cucunya kencing di atas lantai pesawat tersebar di laman sosial.

Beberapa keping foto kejadian dimuat naik oleh penumpang pesawat yang berada di sebelah tempat duduk nenek tersebut dalam pesawat penerbangan dari Zhengzhou ke Beijing.

Menurut penumpang itu, pada mulanya, kanak-kanak itu memberitahu nenek itu bahawa dia mahu membuang air kecil. Namun nenek itu tidak membawa cucunya ke tandas tapi menanggalkan seluar kanak-kanak itu dan membiarkan dia kencing di atas lantai pesawat.

Netizen mengecam tindakan wanita itu yang menyifatkan tindakan itu memberi contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak itu.

"Terima kasih dengan contoh seumpama ini dan apabila kanak-kanak itu membesar, pasti dia akan mencontohinya," tulis seorang pelayar sebagaimana lapor Sinar Online.

Insiden seumpama ini bukanlah pertama kali dilaporkan malah tahun lalu, sepasang suami isteri membiark an anak mereka membuang air besar di dalam kabin dengan alasan tandas pesawat itu terlalu kecil.

Read more ...

Zahid: Kita bukan kelawar dan keluang ketika musim buah...

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemberian bantuan dan dana kepada Sarawak adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembangunan di negeri itu.

Beliau berkata bantuan yang disalurkan bukan secara bermusim atau ketika pilihan raya sahaja malah ia juga berdasarkan permintaan dan keperluan negeri.

"Mana-mana kerajaan akan membantu rakyatnya. Jika tiada pilihan raya, bantuan dan peruntukan juga disalurkan sebab (kami) kerajaan persekutuan bukan kerajaan berlandaskan kepada kepimpinan politik bermusim.

"Kita tidak hanya datang ketika pilihan raya. Kita bukan kelawar dan keluang yang mengutip buah ketika musim buah sebaliknya kita memberi kesinambungan peruntukan. Ini adalah tanggungjawab kami membantu rakyat," katanya kepada Bernama ketika melawat Pusat Operasi Media Bernama di Kuching semalam.

Ahmad Zahid diminta mengulas dakwaan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar kononnya pengumuman dana di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Batu Kawa kelmarin adalah satu tindakan cubaan membeli undi.

Ahmad Zahid berkata kehadiran menteri persekutuan membantu BN Sarawak adalah merupakan tanggungjawab anggota pentadbiran kerajaan apabila berada dalam parti yang sama.

"Kita turun ke bawah bukan sekadar membantu dari segi sokongan moral tetapi juga memenuhi keperluan pembangunan dan peruntukan ikut bidang masing-masing. Sebenarnya, Sarawak memerlukan banyak peruntukan untuk pembangunan infrastruktur, pendidikan dan juga bantuan lain.

"Saya berharap apa yang telah disumbangkan bukan sahaja membantu rakyat secara langsung, ia juga menunjukkan keikhlasan yang dilakukan kerajaan pusat.

"Ini menunjukkan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang jarang bermukim begitu panjang pada (mana-mana) pilihan raya negeri. Kesungguhan perdana menteri adalah untuk menterjemahkan sokongan peribadi kepada (Ketua Menteri Tan Sri) Adenan (Satem)dan juga rakyat Sarawak," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang melawat banyak tempat di Sarawak sejak hari penamaan calon pada 25 April untuk Pilihan Raya Sarawak ke-11, berkata respons keseluruhan pengundi adalah amat positif dan menggalakkan berbanding pilihan raya sebelum ini.

"Saya yakin ini berlaku kerana kami mempunyai Team Adenan. Beliau telah memilih calon yang baik mahupun calon langsung daripada parti bukan gabungan BN. Saya fikir memanglah akan ada sedikit masalah kerana tidak semua akan berpuas hati dengan calon pilihan beliau.

"Kami sedang bekerja keras untuk mendekati mereka ini dan dapat menyelesaikan banyak masalah yang timbul dalam tempoh berkenaan yang tinggal tiga hari lagi, saya percaya gerakan jentera kami telah masuk gear lima untuk menambah kelajuan sehingga 7 Mei, hari bagi kami untuk meneruskan sokongan terhadap Adenan," katanya.

Bila ditanya secara peribadi apa yang disukainya tentang Sarawak, Ahmad Zahid menjawab 'penduduknya'.

Mereka mempunyai budaya, agama dan bahasa berbeza tetapi mereka ketepikan semua ini dan ini amat mengagumkan, katanya.

- Bernama

Read more ...

3 warga asing, 1 warga tempatan hilang di perairan Kudat

KUDAT: Empat termasuk tiga pelancong, masing-masing dua warga Sepanyol dan seorang dari China, dilaporkan hilang di perairan Kudat sejak semalam.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *