Recent Post

Saturday, December 26, 2015

Zahid yakin keserasian pimpinan UMNO-PAS, namun masih awal kerjasama secara formal

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan keyakinan bahawa sudah wujud keserasian dalam pemimpin UMNO dan PAS, namun masih terlalu awal untuk menyatakan kerjasama kedua-dua parti itu secara formal.< img src="http://da.feedsportal.com/r/247386320798/u/0/f/651139/c/35153/s/4c7a1a7e/sc/26/a2.img" border="0"/>
Read more ...

BILA ASYRAF KHALID (ANAK TIRI SITI NURHALIZA) BERGELAR PELAKON

Read more ...

Shahrul Nasrun Dah Ada Aweks Baru?

Selamat bercuti semua, Murai Batu yakin korang semua tengah syok mandi-manda, bermalasan di hotel mahupun di resort.

Murai Batu pun tengah bercuti juga tapi kat kampong jer! Syok juga. Oh yaa lupa pulak nak 'inform', dalam sibuk Murai Batu 'scroll' timeline IG, terpandang pula IG milik bekas tunang Adira iaitu Shahrul Nasrun.

Difahamkan Shahrul dah ada kekasih baru yang dikenali sebagai Amyera, kemain lagi lagi kapsyennya yang ditulis oleh Syahrul, 'so sweet' okay!

Ada juga kengkawan dia ucap tahniah dan merestui hubungan mereka ini, siap suruh ready lagi untuk jadi Dulang Boy, sekiranya mereka ditemukan jodoh kelak.

Alhamdulilah, Adira dah temu jodohnya begitu juga Shahrul, ini namanya kehidupan, life must go on.

Murai Batu percaya kalau hubungan mereka ini ke ambang pernikahan, mesti Shahrul jemput semua termasuklah pihak media, Inshaa Allah.

MURAI BATU: Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih!!

Artikel Ini Disiarkan Pada Sabtu, 26 Dis 2015

Read more ...

Showcase Nora Ariffin ANUGERAH di Theatre Lounge Cafe

Setelah sekian lama menyepi, NORA ARIFFIN, penyanyi yang telah banyak menerima anugerah dalam industri muzik kini kembali beraksi buat comeback dengan sebuah single terbarunya yang berjudul ANUGERAH.

Pada 24 Disember lalu, Budiey sempat bertemu dengan Nora Ariffin untuk bertanyakan lebih lanjut tentang single ANUGERAH ini. Sebuah lagu yang dicipta khas untuk Nora ciptaan tiga komposer muda dan terkini, kombinasi trio OMAR K, AUDI MOK & EZRA K.

Budiey sudah pun mendengar lagu ini dan tidak dinafikan suara dan vokal Nora masih ada power masih lunak merdu dan lantang. Single ini dijangka bakal menjadi hits & perubahan besar buat karier Nora.

Lagu ini juga akan diedarkan ke corong-corong radio dan akan dipasarkan melalui online iaitu di laman sesawang itunes, Spotify dan lain-lain lagi.

Ikuti Temubual Nora Ariffin Buat Comeback Muncul Dengan Single ANUGERAH: https://youtu.be/_u_JyTAnTK8

Temubual Bersama Nora

Terbaru tentang Nora Ariffin, beliau sekarang ini sedang sibuk membuat persiapan dan latihan di studio untuk sebuah showcase terbarunya, iaitu "NORA ANUGERAH" AT TLC yang akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut di Theater Lounge Cafe.

Showcase yang akan berlangsung selama 2 jam ini akan bermula dari jam 9 malam pada hari Jumaat 15, Sabtu 16 dan Ahad 17 Januari 2016.

Kepada semua peminat-peminat Nora yang merindui suara lunak merdunya, menjiwai lagu-lagu beliau serta mengimbau kembali kenangan-kenangan lama… inilah masa yang dinantikan. Nora kini kembali untuk anda.

Nora bakal menghiburkan peminat-peminat setia dengan 15 hingga 20 lagu-lagu hits beliau seperti Hanya Satu, Dendam Dalam Diam, Naluri, Menyemai Cinta Bersamamu, Jentayu, Di Persimpangan Dilema dan banyak lagi. Tidak ketinggalan juga lagu-lagu pilihan beliau seperti, I Have Nothing, Hello, Broken Vow & lain-lain lagi. Showcase ini juga akan menampilkan beberapa artis jemputan yang istimewa.

Pengarah muzik showtime ini adalah penggubah muzik dan pianist wanita tersohor, Sze Wan yang memang berpengalaman luas dalam bidang produksi muzik secara live di tanah air dan juga di Asia.

Tempah dan dapatkan tiket anda sekarang! Tempat duduk terhad.

Untuk tempahan, anda boleh layari : http://www.theatreloungecafe.comatau hubungi HudHudMedia :Miss Janah di talian 03 78755449Email : janah@hudhudmedia.comcc to : info@hudhudmedia.com

Nora's website: www.nora.myFB: Nora AriffinIG: @itsnoraariffin

Temubual Bersama Nora

Temubual Bersama Nora

Temubual Bersama Nora

Temubual Bersama Nora

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

'Dia (Isteri) Ada CCTV Ke?'

Kami baharu pulang dari menjelajah seluruh KL dalam siri memantapkan ilmu bersyarikat ini. Banyak tangga dan pintu travel yang telah dipanjat dan ditemui dalam usaha membina syarikat travel sendiri. Terakhir kami bermesyuarat di Bangi. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Ketika sedang rancak bermesyuarat, tiba-tiba telefon berdering. 'My Wife' "Abang, tolong beli ubat titik Nasal Saline Drops untuk selsema budak dekat klinik Family depan tempat abang mesyuarat. Abang kena pergi sekarang tau! Pukul 12 malam dah tutup. Untuk budak-budak bawah 6 bulan ubat titik jer. Ubat makan tak boleh. Jangan lupa ya, terima kasih," ujar isteri saya lembut dan baik. Talian dimatikan. Saya hairan, tapi saya diam. Saya terus mengikut arahan mandatori yang diberikan. Ketika berjumpa dengan farmasist, beliau mengiyakan bahawa bahaya memberikan kanak-kanak di bawah 2 tahun ubat makan selsema dan batuk. Saya mengangguk-angguk. Entah apa benda dia sebut lagi lepas tu saya pun tak letak dalam kepala. Apa saya tahu, saya dah membeli ubat tersebut. Saya hairan, tapi saya diam. Ketika selesai mesyuarat, saya lalu di hadapan klinik tersebut. Ternyata ia telah tutup. Sama macam isteri saya cakap. Dia ada cctv ker? Saya hairan, tapi saya diam. Ketika memandu pulang ke rumah, saya teringat ketika membawa anak kembar ke klinik kesihatan tempoh hari, isteri saya memberikan tips waktu yang sesuai untuk pergi kerana orang tak ramai dan cepat selesai urusan. Juga beliau tahu bilik mana dan ke mana harus dituju dan saiz jarum untuk budak. Saya hairan, tapi saya diam. Entah bila dia ambik jurusan farmaseutikal dan kejururawatan ni saya pun tak pasti. Akhirnya saya menyedari, bahawa itu semua didapati hasil pengalaman beliau membesarkan anak-anak dan keluarga. Lalu akibat minat dan selalu sangat menghadapi perkara yang sama, beliau menghafal segala jenis ubat dan mengumpulnya di dalam peti. Beliau juga tahu apa ubat atau makanan yang perlu dimakan dan tak boleh dimakan ketika sakit. Oleh itu, fahamilah isteri bukan sahaja boleh menjadi dobi, bahkan boleh menjadi pharmacist, boleh menjadi doktor, boleh menjadi cikgu disiplin, boleh menjadi facebook ads, boleh menjadi juruaudit, boleh menjadi chef Gordon Ramsay, boleh menjadi lawyer, boleh menjadi ustazah, boleh menjadi stylist, boleh menjadi ketua perisikan negara, boleh menjadi hantu, boleh jadi buaya dan boleh blah. Paling tak boleh tahan beliau boleh menjadi-jadi ketika datang khabar ada sales. Lutfi Lokman Pemerhati kerajaan

Read more ...

Datuk Jumpa Cucu 10 Bulan Lemas Dalam Baldi

Balik Pulau, 25 Dis: Seorang bayi perempuan 10 bulan dijumpai terjatuh dan lemas di dalam baldi berisi air di rumahnya di Taman Genting Emas, Simpang Empat di sini dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi.

Nur Dayana Sofia Islahuddin, 10 bulan, dipercayai merangkak ke dalam bilik air di rumahnya seorang diri sebelum terjatuh di dalam baldi tersebut.

Adik Nur Dayana dipercayai tidak dapat keluar dari baldi berkenaan dan lemas.

Mayat adik Nur Dayana ditemui oleh datuknya yang bangun untuk berwuduk bagi mendirikan solat subuh.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my

Read more ...

Medis Tradisional Yang Ampuh Jika Anda Digigit Lipan, Kala Jengking, Ular, atau Menginjak Paku

MEDIS TRADISIONAL YANG AMPUH (Dipersembahkan oleh Jasman Jalaluddin,SH) Apabila anda mengalami hal dibawah ini:

1. Digigit Lipan, Kala Jengking atau Ular. 2. Terinjak Besi Paku baru apalagi yang Karatan.

Maka lakukan pengobatan ini!:

1. Sediakan minyak makan satu sendok makan 2. Sediakan kain perca atau robek kain/baju sudah tidak layak pakai yang bahannya dari benang (kapas) ukuran 10x10 cm. Tidak dibolehkan memakai bahan nilon atau cotton. 3. Sediakan satu buah geretan/korek api/mancis. 4. Gulung kain perca dengan telapak tangan, kemudian celupkan satu bagian (ujungnya) kedalam minyak makan! Selanjutnya bakar bagian yang basah oleh minyak makan tadi. Biarkan beberapa detik sampai api menyala dan cambukan pelan-pelan kebagian yang digigit atau yang luka oleh besi paku! Banyak cambukan antara 8 - 10 kali, jangan lebih dari 10 kali! Karena akan menyebabkan luka bakar pada kulit yang dicambuk.

Apabila anak anda masih berumur 2-5 tahun, cukup 5 kali saja. Hilngkan rasa kasihan terhadap korban disaat anda mencambuk bagian yang luka, karena rasanya sangat sakit dan perih. Insya Allah racun/bisa yang menjalar dalam tubuh akan hilang. Selamat mencoba, semoga bermanfaat dengan berharap Allah meridhai.

Diperbolehkan menyebarluaskan kepada saudara anda yang lain dengan tidak merubah isi dan susunan yang aslinya.

Medis Tradisional Yang Ampuh Jika Anda Digigit Lipan, Kala Jengking, Ular, atau Menginjak Paku 2015-07-24T20:23:00-07:00 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Deriz R
Read more ...

Masyarakat Kristian bimbang arah perundangan M'sia

Masyarakat Kristian dikatakan bimbang dengan arah perundingan di Malaysia, termasuk kelulusan undang-undang keselamatan kontroversi baru-baru ini.

"Kami bimbang berkaitan undang-undang yang diperkenal dan tanpa perbahasan cukup dan perbincangan dengan pihak berkepentingan.

"Malah undang-undang keselamatan menjadi kebimbangan kami, kerana ia menjejaskan kebebasan rakyat biasa," kata Ng Moon Hing daripada Persatuan Bible Malaysia.

Walaupun tidak merujuk secara langsung, beliau dipercayai merujuk kepada rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Rang undang-undang itu, yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan negara, diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember lalu.

Aktivis hak asasi manusia dan pembangkang menolak undang-undang itu atas alasan berlaku pemusatan kuasa yang besar terhadap perdana menteri.

[Baca berita asal]

Read more ...

SS DATO DR ASRI-UTK SIAPA WANITA CANTIK2 INI BERHIAS

Onekuliah SS DATO DR ASRI-UTK SIAPA WANITA CANTIK2 INI BERHIAS
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *