Recent Post

Friday, June 24, 2016

(AL FATIHAH)Profesor Izzi Meninggal Dunia Akibat Strok

Pakar motivasi terkenal Profesor Madya Md Izuddin Ali yang lebih dikenali dengan nama Prof Izzi telah kembali bertemu Maha Pencipta pada jam 12.45 tengah hari tadi. Beliau terkenal dengan taglinenya "Renung-renungkan dan selamat beramal" itu dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit strok yang dihidapinya. Jenazah akan dikebumikan dalam masa terdekat dan akan dikebumikan di Terengganu.

prof izzi meninggal dunia

Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Pastinya satu Malaysia akan terasa kehilangan pakar motivasi ini. Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham. Al Fatihah. Sumber Sinar Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Bot karam, 22 penumpang selamat - Kosmo!

Bot karam, 22 penumpang selamat

24/06/2016 10:29am

KOTA KINABALU - 22 penumpang termasuk 12 pelancong China berjaya diselamatkan selepas terapung hampir 16 jam akibat bot yang mereka naiki dimasuki air dan karam di perairan Kota Belud dekat sini awal pagi tadi.

Bot tersebut dilaporkan karam kira-kira pukul 4.30 petang semalam ketika dalam perjalanan dari Pulau Mantanani menuju jeti Kuala Abai.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Mohd. Zubil Mat Som berkata, kesemua mangsa terdiri daripada 14 lelaki dan lapan perempuan iaitu 12 pelancong China, empat pemandu pelancong, dua kru bot dan empat penumpang tempatan.

"Operasi mencari dan menyelamat mula diaktifkan pada pukul 7.15 malam tadi menggunakan pelbagai aset miliki Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia,Tentera Udara Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerakan Udara," katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, pasukan mencari berjaya mengesan kesemua mangsa yang sedang berpaut pada bot tersebut pada pukul 7 pagi tadi berhampiran Tanjung Dudar.

Katanya, kesemua mangsa kemudian dibawa ke jeti Rampayan sebelum dihantar ke Hospital Kota Belud untuk mendapatkan rawatan. - K! ONLINE

Read more ...

Video Lirik Hang Pi Mana KHALIFAH Trending di Youtube Malaysia

Video Lirik Hang Pi Mana Khalifah Trending di Youtube Malaysia

Weekly YouTube Top 5 Trending searches in MalaysiaLast 7 days (June 24)

For top videos, people around the world view YouTube for information. What follows is a summary of the top gainers on www.youtube.com.my for the last seven days.

1) Hang Pi ManaKhalifah uploaded the official lyrics video of their song for the upcoming Hari Raya celebrations.

2) Christina GrimmieNetizens tuned in to her videos in memory of her talent after she was fatally shot at her concert in Orlando, Florida on June 10.

3) Kabali SongsFans of the upcoming Tamil film, written and directed by Pa Ranjith, searched for the original soundtrack which includes a Malaysian artist.

4) TWICEFans of this popular girl group searched for live performance videos of their latest song 'Cheer Up' which was released earlier this month.

5) E3 2016Tech enthusiasts checked out video highlights and trailers from the annual Electronic Entertainment Expo (E3) 2016 that was held from June 14 – 16 at the Los Angeles Convention Center.

These are separate but related search items, so we grouped them into one line.

Note: This list shows the fastest rising searches, meaning these were the search terms that saw the largest spike in video searches this week.

Related

Komen via Facebook

Komen

— 45 Bacaan
Read more ...

Shukri Yahaya Cemas Bayi Dalam Kandungan Tak Gerak

Read more ...

(VIDEO) Dipercayai Bermain Pemetik Api Ketika Ibu Isi Minyak, Kanak-Kanak Melecur Disambar Api

Tersebar di laman sosial sejak semalam sebuah video yang memaparkan kejadian kebakaran kecil di sebuah stesen minyak di mana sebuah kereta telah disambar api ketika pemandunya mengisi minyak.

Menurut sumber, kejadian berkenaan berlaku apabila seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dikenali dengan nama Saifuddin telah bermain pemetik api ketika ibunya itu sedang mengisi minyak.

Murid Sekolah Kebangsaan Sungai Pas itu dipercayai mengalami melecur di bahagian muka dan kedua-dua belah kaki berdasarkan gambar yang disebarkan.

Berdasarkan video dilihat ketika api marak menyambar, ibu berkenaan dilihat tidak panik sebelum bertindak meredah api menyelamatkan anaknya itu.

Menurut sumber juga, kejadian dipercayai berlaku di Stesen Minyak Caltex Guchil, Kuala Krai, Kelantan.

Kami cuba menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai untuk mendapat pengesahan, namun mereka belum menerima sebarang maklumat mengenai kejadian ini. - Siakapkeli.my

Read more ...

AirAsia secara rasmi mohon klia2 jadi hab tambang rendah serantau

AirAsia Group secara rasmi membuat permohonan bertulis kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dankementerian berkenaan supaya mempertimbangkan permintaannya untuk menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sebagai hab penerbangan tambang rendah serantau.

Langkah itu adalah usaha ke arah melonjakkan Kuala Lumpur sebagai "Dubai Timur".

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar berkata syarikat penerbangan itu telah bersedia bekerjasama dengan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) bagi manfaat industri penerbangan tempatan dan rakyat Malaysia.

Susulan beberapa salah faham yang timbul berhubung isu itu baru-baru ini, beliau berkata, AirAsia mahu menjelaskan beberapa perkara berkenaan kempen berterusannya untuk menjadikan klia2 sebagai hab penerbangan tambang rendah(LCC) di rantau ini, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata AirAsia tidak berhasrat mengubah kod rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpu r (KLIA), yang telah berdaftar dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) sebagai "KUL".

"Untuk rekod, apabila AirAsia beroperasi di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCC) (klia2), kod lapangan terbang itu juga adalah "KUL". Terminal lapangan terbang itu , bagaimanapun, dinamakan Terminal LCC -- iaitu TerminalPenerbangan Tambang Rendah.

"Kami berharap dapat mula menamakan terminal lapangan terbang itu sebagai LCCT2, yang merupakan identiti sebenar terminal berkenaan. Ini disebabkan MAHB enggan menerima lapangan terbang itu adalah untuk penerbangan tambang rendah," katanya.

Aireen berkata walaupun MAHB menjelaskan bahawa Bangunan Terminal Utama (MTB) KLIA dan klia2 akan menjadi sebahagian daripada hab bersepadu, tiada bukti sokongan terhadap kenyataan itu.

"Hab bersepadu sepatutnya turut termasuk kesalinghubungan yang lancar antara terminal untuk menggalakkan penumpang saling berhubung di samping melonjakkan perjalanan bagi perkhidmatan penuh d an penerbangan tambang rendah.

"Bagaimanapun, kekurangan tren pengantara dan bas yang menghubungkan MTB kepada klia2 jelas menunjukkan terminal itu bukan sebahagian daripada hab bersepadu. Penumpang dikenakan bayaran RM2 sehala bagi menggunakan satu-satunya tren yang menghubungkan kedua-dua terminal itu yang beroperasi dengan jadual tidak menentu," katanya.

Syarikat itu turut mencadangkan MAHB menumpukan kepada strategi dwi-hab.

MTB KLIA boleh diterajui oleh syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines yang disokong oleh pakatan One World, manakala klia2 boleh dijadikan hab penerbangan tambang rendah rantau ini, katanya.

"Trafik penerbangan AirAsia berkembang hampir 50 peratus bagi setiap suku, dengan lebih ramai pengembara ke Kuala Lumpur dan menggunakannya sebagai hab transit.

"Jika MAHB boleh menerima kepentingan LCCT2 (klia2) sebagai hab penerbangan tambang rendah, kita boleh bekerjasama untuk mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur dan mendapatkan s emula kedudukan sebagai hab penerbangan tambang rendah terbesar di Asia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok" katanya.

- Bernama 

Read more ...

Rakyat Malaysia dalam video IS ancam PDRM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang daripada tiga individu dalam klip video yang dimuat naik kumpulan militan IS adalah rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Mohd Rafi Udin.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *