Recent Post

Friday, November 06, 2015

89 mangsa banjir dipindahkan di Parit dan Bagan Datoh

89 mangsa banjir dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Simpang Tiga, Bagan Datoh dan Kg Serapoh, Parit.
Read more ...

Masalah Produksi Kerana Tidak Puas Hati Dengan Rekaan Penutup Botol Punca Minyak Wangi Che Ta Tiada Stok

Beberapa hari lepas menerusi akaun Instagram Miss Kepoh terdapat individu yang melaporkan bahawa mereka sudah ditipu selepas membayar beribu ringgit dan masih belum menerima produk minyak wangi Rozita Che Wan seperti yang dijanjikan.

Malah, ada pihak yang cuba untuk mengadu masalah tersebut melalui Instagram Che Ta tetapi mereka akhirnya di block apabila memberikan komen tentang apa yang berlaku. Ramai yang tidak berpuas hati akan perkara ini dan meminta agar pihak Che Ta segera memberikan maklum balas berhubung kes berkenaan.

Tidak mahu terus dipersalahkan dan dihimpit kontroversi, Che Ta menerusi portal mStar Online menjelaskan masalah produksi di kilang antara punca kelewatan untuk stok minyak wangi beliau.

Masalah produksi berlaku daripada pihak kilang, saya tidak berpuas hati dengan reka bentuk penutup botol yang tidak seperti saya mahukan.

Saya tidak mahu perkara itu akan menimbulkan rasa kurang senang pihak pembeli apabila produk tersebut berbeza daripada produk sebelum ini yang dikeluarkan, oleh itu saya beri pihak kilang tempoh masa untuk tukar bentuk yang saya mahu.

Walaubagaimanapun menurut Che Ta beliau sudah memaklumkan kelewatan tersebut kepada semua stokis beliau dimana stok minyak wangi beliau akan dapat diselesaikan pada hujung bulan November.

Namun, rasa tidak puas hati berkaitan perkara ini timbul apabila ada sesetengah agen yang mengambil stok minyak wangi  melalui stokis telah mengambil bayaran terlebih dahulu daripada pembeli.

Saya sudah maklumkan hal sebenar kepada stokis-stokis kami dan mereka faham. Tetapi yang menjadi masalah adalah ejen yang berada di bawah stokis kerana mereka ambil duit bayaran terlebih dahulu daripada pembeli. Mereka juga perlu faham keadaan saya sekarang, ia bukan kerana saya sengaja suka-suka untuk melambatkan keluaran, saya pun kena tunggu pihak kilang.

Kalau mereka fikir terpaksa pulang balik duit pembeli, cuba fikir pula duit yang saya labur dan bayar kepada kilang, sudah tentu saya pun ingin ia dijual segera bagi mendapatkan pulangan.

Kerana rasa tidak puas hati juga ada pihak yang menuduh Che Ta hanya bersenang lenang menggunakan duit tersebut untuk bercuti baru-baru ini.

Agak sedih mendengar tuduhan sebegitu, Che Ta menafikan beliau menggunakan wang tersebut untuk bercuti bersama keluarganya baru-baru ini.

Mereka tuduh saya suka-suka pergi bercuti guna duit mereka, walhal percutian saya itu adalah atas dasar kerja dan tidak melibatkan duit mereka pun. Saya jelaskan di sini, saya tidak ambil duit mereka dalam perniagaan minyak wangi itu. Saya hanya mengambil duit daripada stokis setelah barang tersebut diserahkan sahaja.

Nampaknya setiap perkara sudah dijelaskan oleh Rozita Che Wan dengan terperinci. Harap tiada pihak yang akan menokok tambah cerita. Sepatutnya agen tidak perlu mengambil sebarang bayaran daripada pembeli jika tiada stok, bila pembeli sudah mengamuk disalahkan pula pihak atas. Sabarlah Che Ta inilah dugaan orang berniaga. Orang tahu kita bermewah sahaja tetapi tidak tahu usaha ataupun keperitan yang harus dilalui untuk berjaya.

Sumber Berita: mStar Online

Related Category : Malay 1 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

"SAYA CUBA DICULIK DI LUAR CURVE, BUKAN DI DALAM" - ZAHIRAH

Read more ...

Raja Ilya Pulaukan Pelakon Wanita Yang Cantik?

Pelakon wanita, Raja Ilya agak terperanjat apabila dirinya dikaitkan kononnya telah memulaukan atau meminggirkan seorang pelakon cantik yang dikatakan suka memencilkan diri.

Hakikatnya, Ilya tidak mengetahui bagaimana isu ini timbul namun kerana sikap pelakon wanita itu yang tidak bergaul mesra dirinya pula telah disalahertikan.

"Siapa pelakon itu, saya tak naklah beritahu kerana tak nak memperbesarkan perkara ini. Cuma saya pelakon baru, dia pun sama juga baru tapi saya tak pernah memulaukan sesiapa pun.

"Dia yang menjauhkan diri daripada saya termasuk rakan-rakan artis yang lain. Isunya pun saya pun tak tahu kenapa dia bersikap sedemikian rupa. Mungkin dia lebih selesa untuk menyendiri.

"Bagi saya, cantik itu adalah 'universal', kalau hanya pada wajah tapi dalam diri tak seindah yang disangkakan, ia akan mengundang masalah kepasa segelintir pihak," kata Raja Ilya di rancangan Melodi baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia juga berpesan kepada semua pelakon baru termasuk dirinya, janganlah menipu peminat yang banyak memberi sokongan terhadap kerjaya masing-masing.

Di kaca TV, seseorang pelakon itu nampak begitu sopan dan baik sekali tetapi hakikatnya ia adalah 'fake' dan hanya berpura-pura.

"Bagi sayalah, jadilah diri sendiri tetapi hati peminat perlulah jaga. Kadang-kadang peminat sanjung seorang pelakon itu sangat tinggi kerana tertarik dalam watak yang telah dilakonkan.

"Jadi, kalau ada kekurangan diri sendiri, simpan-simpanlah sikit jangan tunjuk dekat semua orang. Penghujungnya nanti kita juga yang tanggung malu dan risiko," katanya akhiri bicara.

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Jumaat, 6 Nov 2015

Read more ...

Teaser & Poster Filem WARCRAFT: THE BEGINNING

Pada hari ini, Budiey ada menerima poster teaser terbaru dan juga dua poster watak dalam sebuah filem yang wajib tonton pada tahun depan iaitu WARCRAFT: THE BEGINNING. Filem ini akan menemui penonton di seluruh pawagam Malaysia mulai 9 Jun 2016.

Serentak dengan itu juga sebuah trailer teaser pendek berdurasi 15 saat telah dipertontonkan kepada peminat filem padat dengan aksi yang diadaptasi dari video games ini.

Untuk permulaan, dua watak diperkenalkan iaitu Durotan dan Anduin Lothar yang dipegang oleh Travis Fimmel.

Sudah tentu ramai pengikut karakter siri video game terkenal ini dah tak sabar nak tonton. Filem ini kerjasama dari Legendary Pictures dan pembangun video game iaitu Blizzard Entertainment. Mula menjalani pembikinan pada 13 Januari 20145 dan tamat pada 23 Mei 2014.

Filem ini diarahkan oleh Duncan Jones dan skrip pula ditulis oleh Charles Leavitt. Filem ini dilakonkan oleh Travis Fimmel, Paula Patton, Ben Foster, Dominic Cooper, dan Toby Kebbell.

Warcraft: The Beginning Teaser

Warcraft: The Beginning - Lothar

Warcraft: The Beginning - Durotan

Komen via Facebook

Komen

— 95 Bacaan
Read more ...

Lelaki guna iPhone rakam wanita mandi

lelaki-ditangkap-suka-rakam-jiran-mandi

PETALING JAYA – Padah kerana cuba merakam gambar wanita mandi menggunakan telefon bimbit, seorang lelaki direman empat hari selepas polis memperolehi telefon bimbit yang digunakan oleh suspek.

Dalam kejadian di sebuah unit kondominium di Jalan Tropicana pada Ahad lalu, suspek cuba merakam gambar seorang wanita sedang mandi melalui tingkap bilik air kira-kira jam 12 malam.

Walau bagaimanapun kegiatan suspek disedari oleh mangsa yang kemudian bertindak merampas telefon bimbit berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek kemudian bertindak melarikan diri selepas mangsa menjerit apabila suspek  menjulurkan tangan untuk mengambil semula telefon bimbit yang diletakkan di tepi tingkap.

"Telefon bimbit jenis iPhone 5 telah diperiksa dan didapati di dalamnya terdapat rakaman video mangsa sedang mandi berdurasi lebih kurang tiga minit," katanya.

Menurutnya, bimbang perkara tidak diingini berlaku, mangsa memaklumkan insiden berkenaan kepada pihak pengurusan sebelum  membuat laporan polis. "Bertindak atas maklumat, pada keesokan harinya, polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Petaling Jaya telah menahan suspek berusia 40 tahun di rumahnya di Seksyen 12, Petaling Jaya.

"Suspek memberi alasan datang ke kondominium itu untuk melawat rakannya dan mendakwa telefon bimbitnya hilang di kawasan itu," katanya.

Mohd Zani berkata, telefon bimbit berkenaan dihantar ke bahagian forensik untuk dianalisis untuk tindakan lanjut.

Berita berkaitan:

Tertusuk Buluh Bendera Parti

Lebih 1,000 Dipindahkan Di Kelantan

Kondom Dalam Bakul Motosikal

Bomoh: Jais hantar pegawai pantau

Pintu tercabut jadi penyelamat

Komen

comments

Read more ...

'Maaf, Saya Bukan Doktor Pakar Sakit Puan' - Dr Shazril

Susulan kes wanita mengedik dengan Dr Shazril yang diundang ke Hot FM beberapa hari yang lain, kini beliau sendiri tampil memberikan penjelasan.  "Pertama kalinya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih nasihat dan teguran yang diberikan oleh anda di laman sosial media baru-baru ini. "Memang saya tidak sangka perjumpaan di Hot FM Isnin lalu akan mencetuskan pelbagai kontroversi dari pelbagai pihak. Walaupun ada komen-komen yang rata-ratanya berbaur kurang enak untuk didengar, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Komen itu boleh dijadikan sebagai pengajaran utuk saya memperbaiki diri saya sebagai doktor dan individu.  "Kesimpulannya, saya hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan saya memohon maaf sekiranya saya ada menyinggungkan mana-mana pihak.  "And to clear off d air, saya bukanlah seorang doktor pakar sakit puan, saya hanyalah seorang pegawai perubatan siswazah (houseman) yang kini di unit kecemasan," jelasnya dengan tenang.  Penjelasan Doktor Shazril itu menerima respon yang baik dari followersnya yang rata-rata memberi nasihat agar usah mengambil peduli kata-kata golongan netizen yang hanya tahu mencari kesilapan orang lain. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

(Video) Brother Ini Terkantoi Sedang Menari, Responnya Selepas Itu Akan Buat Korang Pecah Perut

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan stress lebih-lebih lagi ketika bekerja. Bagi seorang lelaki yang dikenali sebagai Munis cara dia menghilangkan stress adalah dengan menari.

Namun malang bagi Munis kerana aksinya sedang menari dirakam oleh seorang rakannya yang kemudian memviralkan video itu di laman Twitter. Video itu diretweet lebih dari 5,000 kali oleh pengguna Twitter.

Tapi apa yang mencuit hati bukan video dia menari tapi responnya setelah terkantoi selepas itu.

Semuanya bermula apabila rakannya menegur (sambil merekod) : "Kau buat apa tu Munis?".

Nak tengok respon dia selepas tu? Tonton video ini :

— ÇŪŽŽॐ (@Haiikalbenot) November 5, 2015 Apa pun Munis kini sedang menjadi sensasi di Twitter kerana menceriakan orang ramai dengan aksi spontannya. - Siakapkeli.my
Read more ...

Arahan tutup mulut Pua kekal

Arahan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) supaya salah seorang ahlinya menutup mulut daripada memberi sebarang komen mengenai 1MDB masih berkuat kuasa.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata Tony Pua tidak boleh bercakap mengenai agensi pelaburan milik kerajaan itu, termasuk berbahas mengenainya di parlimen.

Menurut Ahli Parlimen Rompin itu, seperti dikatakan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, sukar untuk membezakan kenyataan dibuat Pua mengenai 1MDB.

Justeru, katanya, beliau akan menasihati PAC dan Pandikar jika Pua masih mengeluarkan kenyataan mengenai syarikat sarat dengan beban hutang itu.

"Speaker berkuasa untuk memutuskan (apa tindakan yang boleh diambil," kata Hasan.

Semalam Pandikar memberitahu Pua di parlimen, beliau mungkin boleh mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB jika tidak menyentuh siasatan yang sedang dijalankan.

"Tetapi masalahnya ialah, saya tidak dapat membezakan apa yang anda kata di luar dengan peranan anda dalam PAC," katanya.

Namun Pandikar menegaskan Pua bebas berbahas di parlimen.

Pembangkang pula berkata, kenyataan Pandikar itu bermaksud Pua boleh menyentuk isu 1MDB selagi ia tidak dikaitkan dengan siasatan dijalankan PAC.

Sebelum ini Hasan berkata Pua tidak lagi boleh menyentuh isu 1MDB dalam kenyataannya selepas Pandikar memutuskan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu mesti meletak jawatan dari PAC atau mengecualikan dirinya daripada siasatan jika mahu berdebat dengan bos 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

[Baca berita asal]

Read more ...

Ardell Nafi Bercinta Dengan Suami Orang

Ardell Aryana atau Nurul Hidayah Mohd Amin menafikan dakwaan bahawa dia sedang bercinta dengan seorang penerbit bergelar Datuk yang juga suami orang. Gosip itu tercetus selepas gambar Ardell dan Datuk berkenaan dirakam dan disebarkan oleh seorang peminat yang kebetulan terserempak dengan mereka di satu destinasi pelancongan popular di utara tanahair.  Gambar mereka yang begitu mesra membuatkan orang akan menyangka mereka sudah lama bercinta. Ardell bagaimanapun menafikan gosip itu dan mendakwa mereka berjumpa hanya untuk berbincang mengenai lakonannya dalam drama terbitan Datuk berkenaan. "Tujuan kami untuk berbincang soal kerja, bukannya ada tujuan lain. Saya mengenali ketika beliau baru membuka syarikat produksinya. Sebelum ini, beliau pernah menawarkan saya berlakon dalam drama terbitannya tetapi kerana telah menerima tawaran lain, terpaksalah saya menolak. Walaupun begitu, hubungan kami berterusan sebagai kawan," kata heroin drama Wadi itu. "Seperti saya katakan tadi, jika berjumpa kami tidak pernah bercerita hal peribadi dan lebih ke arah kerja. Itu sebab saya tidak tahu pun yang dia sudah berkahwin. Tetapi saya tidak kisah kerana kami hanya berkawan, bukannya bercinta," katanya. "Saya tahu kesusahan seorang wanita apabila ditinggalkan suami. Contohnya ibu saya sendiri ditinggalkan suami ketika saya berusia 9 tahun. Itu sebab seboleh-bolehnya saya akan mengelakkannya. Cuma saya suka berkawan dengan Datuk itu kerana tidak tidak seperti segelintir lelaki lain yang gatal dan suka mengambil kesempatan. "Saya menghormatinya kerana pada usia muda sudah mendapat gelaran Datuk. Beliau juga seorang yang terpelajar dan cukup profesional ketika berurusan. Apa yang saya nampak, beliau ada banyak perancangan untuk masa depan saya. Saya senang berkawan dengannya kerana beliau seorang lelaki yang baik, pemurah dan senang dibawa berbincang," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

FRU berjaya elak pergaduhan antara penyokong Perak, JDT

IPOH: Tindakan pantas anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan di pekarangan Stadium Perak di sini, berjaya mengelak berlaku pergaduhan antara penyokong pasukan tuan rumah dan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Read more ...

Menghitung Hari, Mila Jirin Umum Tarikh Bakal Nikah!

Menghitung Hari, Mila Jirin Umum Tarikh Bakal Nikah!

Bagi yang mengikuti perkembangan Mila Jirin, sudah pastinya ingin mengetahui bilakah tarikh beliau akan mendirikan rumah tangga.

Artikel menarik:- Mila Bakal Bakal Kahwin Tidak Lama Lagi

Menghitung Hari, Mila Jirin Umum Tarikh Bakal Nikah!

Untuk pengetahuan, pelakon kecil molek ini bakal menamatkan zaman bujangnya 11 November ini bersama jejaka pilihan hatinya, Isz Mustapha, 34 yang juga merupakan pengurus peribadinya.

Majlis akad nikah Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 28, dija­dual berlangsung di Hotel E-City @ One Utama, Subang Jaya, Selangor.

"Majlis resepsi akan diadakan di Hotel Tabung Haji, Pulau Pinang pada 20 Di­sember depan manakala satu jamuan makan malam bersama wartawan pula akan berlangsung di Subang Jaya, Sela­ngor pada 23 Januari 2016," kata Mila kepada Kosmo!

Tahniah diucapkan buat Mila. Semoga segala persiapan Mila dalam menuju hari pernikahan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Apa yang penting, kehidupan Mila selepas ini pastinya lebih lengkap dengan kehadiran suami tercinta.

11,563 total views, 11,563 views today

Read more ...

[KKM SERBU & RAMPAS cecair VAPE HARI INI] Facebook Kementerian Kesihatan ‘diserang’, Rokok Arak BEBAS, Vape DISITA

CELAH GELEGAR [KKM SERBU & RAMPAS cecair VAPE HARI INI] Facebook Kementerian Kesihatan 'diserang', Rokok Arak BEBAS, Vape DISITA PETALING JAYA: Laman rasmi Kementerian Kesihatan yang menyiarkan rakaman penerangan mengenai isu pengharaman vape 'diserang' pengguna laman sosial gara-gara tidak puas hati dengan keputusan kementerian untuk merampas cecair perasa yang mengandungi nikotin.

Rata-rata mereka tidak boleh menerima kewajaran kementerian bertindak sedemikian kerana masih belum terbukti rokok elektronik dan vape memberi kesan kepada kesihatan.

Mengikut istilah Kementerian Kesihatan, peranti elektronik yang mengandungi nikotin dikenali rokok elektronik (eCig) manakala tiada nikotin dipanggil vape.

Mereka mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mengharamkan penjualan rokok yang sudah terbukti berbahaya kepada kesihatan.

"Sejak bila rokok amek masa 100 tahun baru menyebabkan kanser?perokok-perokok ni ada yang sampai 100 tahun ke ko tengok?

"Then ko kata vape benda baru dan tak pasti akibatnya dan cuma khuatiri mendatangkan kemudaratan, Kaji dulu baru ban..andai akibatnya mendatan gkan kebaikan kan ke rugi banned vape ni?

"Rokok katanya dah wujud beratus tahun dan mmg dh dikenali kemudaratannya, ban terus la pegi jual buat ape? tapi KKM xbole ban sbb political issue..see!!tu sume nak duiittt," tulis Muhammad Amirul Rejab Zakaria yang mendapat lebih 200 likes.

Ada juga pengguna laman sosial yang mengaitkan penjualan arak yang sememangnya diharamkan Islam dan tidak baik untuk kesihatan.

"Tolong haramkan arak dan rokok dahulu, baru haramkan vape.. Arak dah terang-terang haram dlm Islam, tp kenapa Malaysia masih menghalalkan pengeluaran dan penjualan arak di malaysia?? Bukankan Malaysia negara Islam?? Atau Islam atas nama sahaja?? Arak lebih teruk kesan negatifnya daripada Vape.. Haramkan arak dan rokok.. Hentikan kilang arak di Shah Alam..," tulis Sulaiman Arbain yang menerima lebih 100 likes.

"Kerajaan haramkan vape sebab dia takut org tak nak beli rokok. Rokok ada cukai tinggi. Vape mana ada cukai. Diorang mana pikir psl kesih ata rakyat sangat. Kalau diorg pikir dh lama rokok diharamkan. Nk dibandingkan rokok dgn vape, rokok ada lebih 4000 bahan kimia. Vape ada satu je bahan iaitu nikotin. Nikotin hanya menyebabkan ketagihan. So ni semua psl duit diorg je," komen Aliff Illias.

Bagi netizen yang menyokong tindakan Kementerian Kesihatan itu, mereka berpendapat tindakan mengikut Akta Racun merupakan keputusan tepat kerana penggunaan vape semakin berleluasa termasuk dalam kalangan pelajar sekolah.

"Banyak sungguh komen tak bijak di sini. Komen ikut nafsu. KKM nak mencegah kemudaratan pun ramai yang melawan. Fikir pakai lutut ni lah jadinya," tulis Taufiq Jailani.

"Sebagai seorang pegawai akademik ..saye menyokong KKM dan percaya bahawa rokok n vape bukan aspirasi anak muda..kita mesti menyediakan pimpinan masa depan yg bebas dpd jajahan pemikiran vape n rokok..Say No to vape," tulis Wafa Husna Md Zin. -FMT

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *