Recent Post

Thursday, November 19, 2015

Jamil Khir fail saman terhadap Akmal Nasir, mahu bersihkan nama

Tindakan saman itu bertujuan membersihkan nama dan sebagai usaha menghentikan budaya memfitnah yang dilakukan sewenang-wenangnya.
Read more ...

Wajarkah Amir Ukays Mendapat Imuniti Untuk Teruskan Perjuangan Dalam Gegar Vaganza 2?

Fenomena Gegar Vaganza 2 (GV2) kini sedang melanda Malaysia. Setiap hari Ahad, konsert mingguan GV2 memang dinanti-nanti oleh jutaan pengikutnya. Memang kalah Akademi Fantasia, Mentor dan semua program realiti lain. Minggu lalu menyaksikan Amir Ukays tersingkir selepas nyanyiannya menerusi lagu Yank tidak berjaya mencuri perhatian juri. Secara jujur, bagi Abang Nara ia adalah satu keputusan yang tepat.gegar vaganza 2Untuk makluman, penaja GV2 ialah Datuk Seri Vida menerusi produknya Pamoga Qu Puteh. Sebagai penaja, Datuk Seri Vida mempunyai kuasa untuk memberikan imuniti kepada peserta yang telah tersingkir. Namun imuniti tersebut hanya boleh diberikan sekali sahaja. Jika imuniti diberikan kepada Amir Ukays, penyanyi tersebut boleh beraksi kembali pada minggu ini. Semestinya Amir Ukays berharap agar Datuk Seri Vida memberikannya imuniti itu. Kata Amir Ukays:-

Kalau saya tak dapat imuniti itu, maka tak dapatlah saya untuk beraksi dengan lebih berani dan menghiburkan. Saya tidaklah rasa kecewa, cuma apabila tersingkir di minggu kelima rasanya amat tidak berbaloi dan tidak umpphh!

Lagu Yank yang saya nyanyikan itu tidaklah mencabar sangat dari segi vokal tetapi lagu ini amat diminati ramai sewaktu ketika dahulu hingga menjadi hits yang di radio.

Jadi kalaulah Datuk Seri Vida memilih saya untuk imuniti itu, saya rasa amat gembira dan berjanji akan terus membuat persembahan yang lebih mantap

pamoga

Jika ditanya pendapat Abang Nara, lebih baik Datuk Seri Vida menyimpan terlebih dahulu kuasa imunitinya itu. Masih terlalu awal untuk menyelamatkan peserta yang tersingkir. Kalau nak guna pun, mungkin untuk Haiza, Siti Nordiana atau Farahdhiya. Apa pula pendapat anda? Sama-sama kita saksikan aksi minggu ke 6 Gegar Vaganza 2 Ahad ini. Sumber portal Murai.

Related Related Category : Malay 13 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

GV2: "SAYA PERLUKAN IMUNITI" - AMIR UKAYS

"Kalau saya tak dapat imuniti itu, maka tak dapatlah saya untuk beraksi dengan lebih berani dan menghiburkan," akui Amir Ukays yang menginginkan imuniti daripada penaja Gegar Vaganza 2 (GV2) Datuk Seri Vida untuk meneruskan perjuangannya dalam konsert mingguan yang seterusnya.

Ini kerana menurut Amir, imuniti tersebut amat perlu bagi dirinya kerana dia yakin setiap lagu yang dinyanyikan telah berjaya menarik perhatian penonton serta penguasaan pentas juga amat baik untuk dibandingkan di minggu-minggu sebelumnya.

"Kalau saya tak dapat imuniti itu, maka tak dapatlah saya untuk beraksi dengan lebih berani dan menghiburkan," ujar Amir dipetik sebagai berkata.

"Saya tidaklah rasa kecewa, cuma apabila tersin gkir di minggu kelima rasanya amat tidak berbaloi dan tidak umpphh!

"Lagu Yank yang saya nyanyikan itu tidaklah mencabar sangat dari segi vokal tetapi lagu ini amat diminati ramai sewaktu ketika dahulu hingga menjadi hits yang di radio.

"Jadi kalaulah Datuk Seri Vida memilih saya untuk imuniti itu, saya rasa amat gembira dan berjanji akan terus membuat persembahan yang lebih mantap," jelasnya.

Dalam pada itu, Amir turut ditanya adakah penyingkirannya ini ada kaitan dengan kes polis yang dahulu yang dikatakan kononnya memiliki senjata api yang dijumpai di dalam kereta.

Sambil tersenyum dia menjawab, penyingkiran dirinya tidak ada kena mengena dengan kes itu dan menganggap ia bukan rezeki serta keputusan terletak di tangan juri.

"Saya tak rasa sebab kes polis, saya tersingkir itu tanggapan yang salah. Bertahan sampai ke minggu kelima sudah cukup mengembalikan semula karier nyanyian saya yang boleh dikatakan menyepi.

"Inshaa Allah, selepas ini rezeki saya lebih murah dengan jemputan nyanyian di majlis-majlis korporat mahupun keraian yang sehingga hari ini," katanya.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

GV2: Amir Ukays Perlukan Imuniti Datuk Seri Vida

Penyanyi  Amir Ukays akui inginkan imuniti daripada penaja Gegar Vaganza 2 Datuk Seri Vida untuk meneruskan perjuangannya dalam konsert mingguan yang seterusnya.

Imuniti amat perlu bagi dirinya kerana dia yakin setiap lagu yang dinyanyikan telah berjaya menarik perhatian penonton  serta penguasaan pentas juga amat baik untuk dibandingkan di minggu-minggu sebelumnya. 

 "Kalau saya tak dapat imuniti itu, maka tak dapatlah saya untuk beraksi dengan lebih berani dan menghiburkan.

"Saya tidaklah rasa kecewa, cuma apabila tersingkir di minggu kelima rasanya amat tidak berbaloi dan tidak umpphh!

"Lagu Yank yang saya nyanyikan itu tidaklah mencabar sangat dari segi vokal tetapi lagu ini amat diminati ramai sewaktu ketika dahulu hingga menjadi hits yang di radio.

"Jadi kalaulah Datuk Seri Vida memilih saya untuk imuniti itu, saya rasa amat gembira dan berjanji akan terus membuat persembahan yang lebih mantap," kata Amir kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, Amir turut ditanya adakah penyingkirannya ini ada kaitan dengan kes polis yang dahulu yang dikatakan kononnya memiliki senjata api yang dijumpai di dalam kereta.

Sambil tersenyum dia menjawab, penyingkiran dirinya tidak ada kena mengena dengan kes itu dan menganggap ia bukan rezeki serta keputusan terletak di tangan juri.

"Saya tak rasa sebab kes polis, saya tersingkir itu tanggapan yang salah. Bertahan sampai ke minggu kelima sudah cukup mengembalikan semula karier nyanyian saya yang boleh dikatakan menyepi.

"Inshaa Allah, selepas ini rezeki saya lebih murah dengan jemputan nyanyian di majlis-majlis korporat mahupun keraian yang sehingga hari ini

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Khamis, 19 Nov 2015

Read more ...

'Penyamun Suruh Diam & Acukan Pisau Pada Saya'

PUTRAJAYA - Seorang penjawat awam disamun di rumahnya di kuarters penjawat awam blok 5R1 , tingkat 15 di Presint 5, jam 5.30 petang Selesa lalu. Mangsa, Hanisah Abdullah, 26, Penolong Juruaudit di Bahagian Audit Sekolah, Kementerian Pendidikan, yang baru pulang dari tempat kerja ke rumah rakan yang ditumpanginya sejak beberapa bulan yang lalu diterkam oleh suspek dari belakang, ditiarapkan sebelum tangannya diikat menggunakan wayar. Pada awalnya, mangsa mendapati pintu jeriji masih dikunci dengan mangga kunci tetapi pintu kayu rosak dan tidak berkunci. Apabila masuk ke dalam, dia diterkam secara tiba-tiba dari belakang. "Selepas tangan dikat, penyamun itu berbisik menyuruh saya diam. Malah menakutkan saya dengan mengacukan pisau. "Saya bersuara dengan nada tinggi dan bertanya apa yang dia mahukan serta merayu tidak diapa-apakan, namun dia hanya berbisik menyuruh saya diam. Penyamun itu turut menakutkan saya dan memberitahu, dia baru keluar dari penjara serta ada rakannya menunggu di luar rumah," katanya.  Suspek mengambil masa 10 minit menyelongkar rumah tersebut dan melarikan pelbagai barangan seperti wang tunai serta barang kemas. Mangsa hanya dilepaskan setelah rakannya pulang ke rumah dan membantunya melepaskan ikatan, sebelum membuat laporan kepada polis.  - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

ISIS Dedah Gambar Bom Yang Didakwa Jatuhkan Pesawat Rusia

Majalah propaganda ISIS, Dabiq, hari ini mendedahkan gambar bom yang didakwa telah menjatuhkan pesawat penerbangan Rusia di Sinai pada 31 Oktober lalu yang membunuh lebih dari 200 orang.

"Pada 30 September 2015, setelah beberapa tahun menyokong Nusayrī tāghūt dalam peperangan menentang muslim di Shām, Rusia membuat keputusan untuk terlibat secara langsung dengan tentera udaranya dalam perang itu.

"Jadi setelah menjumpai satu cara untuk melepasi sistem keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sharm el-Sheikh, serangan yang dihalakan kepada pesawat sebuah negara yang bersekongkol dengan Amerika Syarikat untuk menentang ISIS dialihkan kepada sebuah pesawat Rusia" - tulis majalah tersebut.

Gambar bom yang dimuat oleh majalah tersebut berbentuk seperti air minuman tin soda beserta dengan beberapa objek lain. - Siakapkeli.my

Read more ...

Zairil: Pulau Pinang tak laksana hudud namun menjadi k'jaan yang baik

Meskipun kerajaan DAP Pulau Pinang tidak melaksanakan hudud di negeri itu, namun mereka berjaya menjadi sebuah kerajaan yang baik, kata Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari.

Beliau berkata, kerajaan negeri itu berjaya mengamalkan sistem tender terbuka dan bebas daripada kegiatan rasuah.

"Pulau Pinang tidak melaksanakan hudud tetapi rangka kerja undang-undang Islam itu ada, tetapi mereka lebih memberi fokus kepada nilai-nilai.

"(Malah mereka) di Pulau Pinang mengamalkan tender terbuka dan membuat pendedahan aset kerajaan negeri dan menghalang kegiatan rasuah.

"Saya rasa kita lakukan perkara ini dengan baik dan ini juga saya rasa Pakatan Harapan cuba tawarkan kepada rakyat," katanya.

Zairil yang juga ahli Parlimen Bukit Bendera menegaskan demikian dalam Forum Maqasid Syariah di ibunegara malam tadi.

Tambahnya, DAP tidak menolak hudud dari segi agama namun menentang pelaksanaan undang-undang Islam itu yang dibawa PAS kerana bagi mereka, enakmen yang dibawa parti Islam itu bermasalah.

"DAP nampak hudud sebagai isu politik, malah dari segi agama DAP tidak mempertikai hukum hudud, tetapi kita pertikai ialah cara PAS nak melaksanakan hudud, enakmen sendiri bermasalah," katanya.

Read more ...

Khalwat, Putri Mardiana Mengaku Bersalah

Putri Mardiana Zainal Abidin yang ditangkap khalwat bersama pasangannya yang juga suami orang pada 14 Disember 2014 dijatuhkan hukuman denda masing-masing RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur setelah kedua-duanya mengaku bersalah. Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin menjatuhkan hukuman itu pada Putri Mardiana, 34, dan Shahrizam Abdullah, 31, setelah kedua-duanya menukar pengakuan kepada bersalah pada prosiding semalam, lapor Berita Harian. Janda anak tiga itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa pengakuan bersalah itu dibuat bagi menamatkan cerita yang tersebar luas di media sosial sekali gus tidak mahu memberi tekanan kepada anaknya yang mengambil keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), semalam.  Pasangan itu juga diperintah membayar denda yang dikenakan dan jika tidak, mereka akan dipenjara selama tujuh hari. Putri Mardiana dan Shahrizam pada 23 Jun yang lalu dihadapkan ke mahkamah mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan khalwat itu. Dalam kenyataan Putri Mardiana pada media hiburan pula mendakwa dia telah diperangkap oleh bekas teman lelakinya dan isteri Shahrizam. Bagaimanapun isteri Shahrizam menafikan dakwaan itu. Difahamkan juga Shahrizam dan isterinya telah bercerai. Putri Mardiana yang tidak diwakili oleh peguam, memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya atas alasan menanggung anak, selain ibu dan abangnya juga orang kelainan upaya (OKU).  Sementara Shahrizam yang bekerja sebagai penyelia projek pembinaan juga merayu tidak berikan hukuman penjara kerana dia juga menanggung ibu bapa dan anak berusia dua tahun. - THEHYPEMEDIA.COM 

Read more ...

Pengakuan Mengejutkan Putri Mardiana Dan Pasangan Berhubung Isu Khalwat!

Pengakuan Mengejutkan Putri Mardiana Dan Pasangan Berhubung Isu Khalwat!

Tahun lalu industri hiburan dikejutkan dengan insiden memalukan apabila pelakon Putri Mardiana Zinal Abidin ditangkap khalwat. Lebih teruk lagi apabila PANASS!! Putri Mardiana Dan Kekasih Ditangkap Khalwat Kali Kedua bersama pasangannya Shahrizam Abdullah.

Ekoran itu, Putri Mardiana Zainal Abidin, 34, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat, tahun lalu.

Artikel sebelum:- Punca Putri Mardiana Terima Waran Tangkap Bikin Panas!

Pengakuan Mengejutkan Putri Mardiana Dan Pasangan Berhubung Isu Khalwat!

Turut didenda ialah pasangannya, Shahrizam Abdullah, 31, selepas mengaku salah atas tuduhan sama. Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara tujuh hari sekiranya mereka gagal membayar denda.

Pasangan itu membayar denda berkenaan. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada jam 3.03 pagi, 14 Disember 2014.

11,852 total views, 11,852 views today

Read more ...

NURUL IZZAH BERGAMBAR DENGAN PUTERI KIRAM???

SEMUT HITAM NURUL IZZAH BERGAMBAR DENGAN PUTERI KIRAM??? Kata Macai PKR, "Ala itu pun diorang nak kecoh sangat ke? Setakat bergambar je dengan Anak Sultan Kiram tu. Takkan itu pun salah? Bukannya dia songlap RM 2.6 billion!!!" Lebih kurang gitu la alasan yang mungkin diberikan oleh Macai - Macai Pakatan Haprak tu bila tengok gambar diatas. Asalkan isu tu ada kaitan dengan puak - puak dia, semuanya baik belaka. Standard mentaliti dikalangan Macai - Macai PKR dan puak - puak Pakatan Haprak tu memang mudah sangat untuk diduga. Sebab mentaliti diorang sama taraf je dengan budak sekolah Tadika. Cuba kalau pemimpin UMNO yang ambik gambar dengan anak orang yang mengaku mencerobohi Lahad Datu tu sebelum ini. Agaknya macam mana pulak penerimaan dikalangan mereka ye? Jika sebelum ini, pemimpin dikalangan PKR tu sendiri mendakwa KONONnya pencerobohan Lahad Datu yang mengorbankan anggota keselamatan Malaysia tu sebagai satu 'Sandiwara'. Dan ternyata, mereka yang bertanggungjawab terhadap serangan dan pencerobohan di kawasan Lahad Datu tu sebelum ini mengakui telah menerima arahan dari 'Sultan Kiram' sendiri. Jadi, bagaimana pulak persepsi masyarakat bila gambar Si Nurul Izzah bersama dengan anak Sultan Kiram ni dilihat bersama berjuang untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu? Adakah 'serangan' selepas ini akan ditujukan untuk kebebasan Si Ketua Penipu tu pulak???
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *