Recent Post

Monday, June 06, 2016

Penyanyi Aweera Muntah Keluar Benang : Bimbang Dirinya Kena Sihir

Sering batuk dan demam sejak tiga bulan lepas, Aweera sama sekali tidak menyangka bahawa beliau akan mengalami keadaan yang aneh apabila muntah sehingga mengeluarkan benang baru-baru ini.

Disebabkan keadaan itu, Aweera telah mendapatkan rawatan di klinik dan doktor mengesahkan tonsil beliau berada dalam keadaan baik.

Aweera bukanlah orang yang terlalu percayakan bomoh, namun tercetus kerisauan didalam hatinya sekiranya ada orang yang berniat tidak elok dan telah mensihir beliau.

Tiga orang doktor, tiga klinik saya pergi  semua bagi keputusan yang sama. Mereka cakap tonsil saya sihat dan tidak bengkak. Merah sedikit itu biasa, kerana saya menyanyi.

Saya makan ubat seperti biasa sehinggalah saya muntah keluar benang baru-baru ini dan itu sangat mengejutkan saya. Saya bukanlan orang yang terlalu percayakan bomoh atau ilmu hitam tetapi perkara-perkara Syirik dan Khurafat itu wujud.

Saya bimbang jika saya 'terkena' permainan orang-orang Syirik dan Khurafat kerana saya tidak pernah mempunyai musuh selama ini.

Selain itu menurut Aweera, dia sering mengalami masalah vokal setiap kali mempunyai undangan untuk membuat persembahan pentas. Saya pelik kerana ketika latihan vokal saya tidak mempunyai masalah tetapi apabila tiba hari persembahan, vokal saya 'koyak'.

Saya mengaku doktor suruh berehat daripada menyanyi seketika, tetapi itulah mata pencarian saya. Kalau saya tolak tawaran yang diberikan, bagaimana saya hendak tanggung hidup saya?

Musuh ini kita tidak boleh tahu siapa, kadang-kadang orang yang nampak baik dan terlalu manis mulutnya itulah yang kita kena hati-hati ( tidak semua tetapi segelintir). Mungkin Aweera boleh mendapatkan nasihat ataupun pandangan daripada ustaz dan pengamal perubatan Islam.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Zoo Negara tawar harga promosi sempena Ramadan - Kosmo!

Zoo Negara tawar harga promosi sempena Ramadan

06/06/2016 11:36am

KUALA LUMPUR - Zoo Negara menawarkan harga promosi kepada orang ramai bagi pembelian tiket kemasukan sempena bulan Ramadan serta cuti persekolahan bermula hari ini hingga 5 Julai depan.

Jurucakap Zoo Negara berkata, promosi tersebut hanya sah dengan pembelian tiket di kaunter Zoo Negara dan ia terbuka kepada semua warganegara Malaysia serta pemilik permit kerja yang sah.

Katanya, harga promosi bagi tiket dewasa adalah RM29, kanak-kanak RM11. warga emas RM16 dan lawatan sekolah RM4 bagi seorang pelajar manakala RM10 untuk guru pengiring.

"Promosi selama sebulan itu diadakan bertujuan meningkatkan bilangan pelawat ke Zoo Negara sempena bulan Ramadan serta cuti persekolahan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Maklumat lanjut berkenaan harga promosi boleh melayari laman web, www.zoonegaramalaysia.my.- K! ONLINE

Read more ...

19 Perkara Tidak Batalkan Puasa Dalam Perubatan

getty_rf_photo_of_man_using_inhaler UMAT Islam mana yang tidak gembira menyambut Ramadan, bulan yang dipenuhi keberkatan dan ganjaran buat manusia yang benar-benar ikhlas mencari keredhaan-Nya bukan?

Namun dalam keghairahan mengerjakan ibadah, terdapat beberapa persoalan berkaitan perkara yang membatalkan puasa terutama melibatkan bidang perubatan, menimbulkan tanda tanya pada sesetengah kita.

Sebagai contoh, adakah suntikan bius dan menderma darah membatalkan puasa? Serta bolehkah seseorang itu meneruskan puasa setelah menjalani rawatan hemodialisis?

Merujuk perkara ini, Dr. Ahmad Zakimi Abdullah, seorang Pegawai Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkongsikan 19 perkara yang tidak membatalkan puasa berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan perubatan.

Fatwa berkenaan 19 perkara ini juga telah disahkan oleh ulama besar, Dr. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi bersama Majlis Fatwa Eropah. Semoga artikel ini bermanfaat kepada semua.

1. Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash).

2. Ubat GTN yang diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan.

3. Memasukkan pessary, ovules kedalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina; atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (contoh periksa jalan untuk bersalin).

4. Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.

5. Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi); dengan syarat ia tidak ditelan.

6. Injeksi (cucuk) melalui kulit ke dalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), ke dalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.

7. Menderma atau menerima darah.

8. Menerima oksigen atau gas untuk bius.

9. Menerima semua bahan yang diserap ke dalam badan melalui kulit seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.

10. Mengambil darah untuk pemeriksaan.

11. Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan.

12. Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention).

13. Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut; dengan syarat ia tidak ditelan.

14. Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).

15. Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).

16. Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma).

17. Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari.

18. Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia); jika pesakit mahu berpuasa.

19. Haemodialisis atau peritoneal dialysis. – MYNNEWSHUB.CC

Komen

comments

Read more ...

(9 Gambar) Penumpang, Anak Kapal Cedera Pesawat MH01 Alami Gegaran di Udara

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Pesawat penerbangan Malaysia MH01 yang dalam penerbangan ke KLIA dari London mengalami 'turbulence' atau gegaran udara yang menyebabkan beberapa penumpang dan anak kapal cedera.

Laporan BH Online melaporkan, penumpang dan anak kapal yang cedera telah pun dihantar ke Hospital Putrajaya sebaik selamat mendarat di KLIA kira-kira jam 6 petang tadi.

Pesawat itu dikatakan mengalami 'Clear Air Turbulence' (CAT) atau gelora udara stabil ketika berada di ruang udara Teluk Bengal.

Kejadian disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.

Read more ...

Hubungan PAS-PKR di Selangor tak terjejas - Iskandar Samad

PAS optimis hubungannya dengan PKR di Selangor tidak terjejas walaupun parti itu menyokong calon Parti Amanah Negara (AMANAH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata perkara itu tidak menjadi masalah kepada hubungan politiknya dengan PKR memandangkan situasi sama pernah berlaku di negara lain.

Mengambil contoh di Britain, beliau berkata kerajaan campuran parti Konservatif dan Liberal Demokrat berjaya mengekalkan kerajaan perpaduan yang dibina selama lima tahun walaupun bertanding dalam beberapa pilihan raya kecil.

"Tiada masalah sebenarnya dan kita sepatutnya mempunyai kematangan politik dalam perkara ini," katanya pada sidang media di Markas PAS di Sungai Besar, semalam.

Beliau mengulas kehadiran Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR pada proses penamaan calon AMANAH pada PRK Sungai Besar di Dewan Seri Bernam di Sungai Besar, hari ini.

Mohamed Azmin sebelum ini tidak menghadiri majlis pengumuman calon Pakatan Harapan bagi pilihan raya kecil itu pada Rabu lalu bagi mengelakkan konflik kepentingan dalam kerajaan negeri.

Tiga anggota exco PAS dalam kerajaan Selangor ialah Iskandar, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Mohd Zaidy Abdul Talib.

Pada sidang media sama, calon PAS Dr Abdul Rani Osman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru pula menzahirkan kekecewaannya terhadap tindakan AMANAH bertanding dalam PRK itu, yang disifatkan 'mengganggu' kerusi parti Islam berkenaan.

"Jika kita berdua mahu menidakkan kemenangan BN, maka mereka (AMANAH) tidak perlu bertanding," katanya.

Pada pilihan raya kecil 18 Jun ini, Dr Abdul Rani berdepan pertandingan tiga penjuru dengan menentang calon BN yang juga ADUN Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi dan calon Amanah yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar Azhar Abdul Shukur.

Sementara itu, mengulas penyertaan beliau dalam PRK kali ini, Azhar berkata 'sentuhan peribadi' merupakan pendekatan yang akan diambilnya semasa berkempen memandangkan beliau sudah biasa mendekati masyarakat setempat.

"Saya sudah biasa mendekati masyarakat di sini (Sungai Besar). Jadi, cara ini akan saya gunakan semasa berkempen," katanya.

PRK Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

- Bernama

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *