Wednesday, February 17, 2016
Kerajaan ambil tindakan tepat tangani ketidaktentuan ekonomi - Nor Mohamed
Fattah Amin Enggan Terlalu Bicara Soal Cinta : Tidak Mahu Peminat Muak
Kisah cinta antara pelakon Fattah Amin dan Sherry Ibrahim bukan lagi satu cerita baharu, tetapi tidak seperti pasangan lain, mereka berdua agak kurang bicara soal hubungan mereka kepada umum.
Buat Fattah, beliau tidak mahu terlalu mendedahkan kisah cintanya kerana enggan peminat muak dengan kisah peribadi.
Kisah percintaan saya bukanlah benda baharu lagi, jadi kalau boleh saya enggan terlalu bercerita mengenainya. Takut nanti orang naik muak pula.
Tunggu sajalah kad jemputan daripada kami. Itu saja yang dapat saya kongsikan kepada semua buat masa ini. Bukan niat untuk bermain teka-teki mengenai percintaan kami.
Meskipun sedang bercinta Fattah dan Sherry meletakkan kerjaya mereka sebagai fokus utama dan masing-masing memahami impian yang masih belum terlaksana.
Macam ni lah bagus,tidak perlu sibuk jaja kisah cinta dan ayat manis menerusi foto di Instagram. Cukup masa sahaja nanti terus melangkah ke fasa yang lebih serius.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.Tiada Gambar Isteri Di Instagram Datuk Aliff Syukri?
8 GAMBAR - RAJA FARAH BABYMOON DI ENGLAND
Gambar dan ragam Raja Farah dan suaminya, Iskandar Ismail yang bercuti di England baru-baru ini. Antara tempat menarik yang sempat dilawati oleh Raja Farah dan suami ialah Leeds dan London.
Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan oleh Raja Farah melalui Instagramnya, mereka berdua tampak sungguh manis dan cukup bahagia.
Jom tengok!
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS :: Follow @myartisdotcomAlmy Nadia Tak Maafkan Orang Hina Dia Gemuk Macam Badak!
Pelakon Almy Nadia beritahu tidak dapat memaafkan netizen yang menghinanya dengan pelbagai kata termasuk mengata fizikalnya sebagai gemuk macam badak.
Almy Nadia menerusi laman sosial Instagram miliknya memuat naik screenshot komen-komen negatif itu dengan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap penghinaan tersebut.Netizen tersebut melemparkan kata hina dan kesat itu selepas membaca gossip atau tulisan di dalam sebuah blog hiburan yang memberitahu Almy sedang hamil.
Berikut antara komen yang dimuat naik Almy ke dalam Instagram bersama luahan perasaannya:
Assalammualaikum semua.. Good moorning.. Sj nak share2 rasa hati pagi nih.. Hahahahahaah.... Sy nak awak2 semua nilaikan perangai manusia2 yg komen bergini... Sy tak usik org,sy tak minta duit manusia2 ini.tp apa dosa sy pd mereke,sampai begini hina sy di herdik sebegini.. Apa dosa sy?? Sy hanya boleh ucapkan ALHAMDULILLAH ,dan bersyukur yer.. Maaf yer semua.. Sy tak dpt nak maafkan dosa2 org yg bergini.. Tq.. #memangkaunakpemeskan #mehakukasikaupemesmehh #jgnmain2nganakufaham ##nampaksgtkaufollowakukatig #kauberbuludgnigakukenapa #taksukapfollowigakubodoholeh Syafiqah Jalal
Artikel ini disiarkan pada Rabu, 17 Februari 2016
Wacana ekstremisme agama di Malaysia malam ini - Sinarharian
Wacana ekstremisme agama di Malaysia malam ini
Wacana ekstremisme agama di Malaysia malam ini
SHAH ALAM – Satu program diskusi ilmiah akan berlangsung pada malam ini yang akan menampilkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr Rozaimi Ramli sebagai ahli panel.
Program wacana yang bertajuk 'Ekstremisme Agama di Malaysia' ini akan dikendalikan oleh Amin Idris.
Program ini akan berlangsung di Dewan Seroja, Kelab Golf Perkhidmatan Awan pada jam 8.30 malam ini.
Anda boleh ikuti siaran secara langsung diskusi ilmiah ini menerusi www.sinar.tv dan juga menerusi Twitter @SinarOnline.
Selain itu anda juga boleh layari laman web www.sinarharian.com.my untuk mendapatkan berita terkini tentang diskusi ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.Drama Bersiri TUNDUKKAN PLAYBOY ITU
Bila cinta disalah definisi sebagai nafsu, Harraz Naufal (Hafidz Roshdi) hanya melihat wanita sebagai subjek mainan. Lahir dari keluarga berada, Harraz hanya mengikut kata hati dan suka berfoya-foya. Sebut sahaja tentang Harraz, semua tahu dia seorang 'playboy' dan menjadi dambaan ramai wanita. Namun bertemu dengan Nurin Arissa (Uqasha Senrose) bagaikan membuka sisi hatinya yang lain. Dalam masa yang sama dia terpaut dengan pandangan wanita misteri yang merupakan seorang model yang mengenakan niqab.
Mulai 17 Februari 2016, slot Akasia bakal membawakan drama rantaian terbaharu berjudul 'Tundukkan Playboy Itu' yang merupakan adaptasi daripada novel nukilan Anjell setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang eksklusif di TV3.
Bersiaran sebanyak 30 episod, drama arahan Khairul Amri Haji Khalid (KEOI) itu bakal membawakan para penonton kisah jejaka kasanova yang cuba memahami erti cinta selain mengangkat tema kekeluargaan.
Tundukkan Playboy Itu mengisahkan Harraz Naufal seorang jejaka kaya yang suka bermain cinta dan membuang masa dengan hiburan. Perangainya pula sukar difahami sama ada sebagai seorang majikan mahupun sebagai seorang anak. Adakalanya dia manja, adakalanya juga dia seorang yang panas baran. Sikapnya berubah-ubah dan sukar untuk difahami. Walaubagaimanapun dia seorang yang bertanggungjawab apabila menerajui syarikat selaku Ketua Pegawai Eksekutif Harraz Holding. Dia sentiasa tepat pada masa dan berusaha menjayakan syarikatnya.
Tan Sri Mukhriz (Ridzuan Hashim) dan Puan Sri Rosell (Maria Farida) sebagai ibu bapa Harraz yakin bahawa sudah tiba masanya untuk seseorang yang istimewa hadir dalam hidup Harraz bagi menundukkan sikap playboy anak lelakinya itu.
Tan Sri Mukhriz bertemu Suffian (Mahmud Ali Bashah) rakan lamanya. Di dalam pertemuan itu, Tan Sri Mukhriz bertemu Nurin Arissa, anak Suffian yang dirasakannya mempunyai sesuatu yang istimewa. Nurin yang baru tamat pengajian sarjana dalam bidang arkitek ditawarkan untuk bekerja di syarikat Harraz. Nurin yang memang menunggu peluang kerja bersedia untuk ditemuduga Harraz namun kecewa apabila Harraz meletakkan syarat untuk dia membuka tudung sebelum diterima bekerja atas alasan syarikatnya bertaraf antarabangsa. Nurin tetap dengan pendiriannya dan walau berat hati dia menolak syarat Harraz.
Tan Sri Mukhriz yang cuba membela Nurin memaksa Harraz untuk menerima Nurin sebagai arkitek baru di syarikat mereka. Harraz terpaksa akur dan dalam masa yang sama makin marah pada ayahnya dan semakin membenci Nurin. Ada saja cubaan Harraz untuk menyusahkan Nurin di tempat kerja. Berbeza pula dengan Farhan (Alif Satar), sepupu Harraz. Dia bagaikan jatuh cinta pandang pertama apabila melihat Nurin. Hanya Farhan sahaja yang membantu Nurin dalam pekerjaannya sambil merahsiakan hubungan persaudaraannya bersama Harraz.
Semakin lama Nurin berkhidmat di syarikat itu, Harraz mula menyedari bahawa Nurin sememangnya pekerja yang cekap dan berkebolehan. Hati Harraz mula berubah namun dia tidak faham akan apa yang dialaminya kerana gadis bertudung sememangnya bukan citarasa Harraz.
Pada suatu hari, Nurin terpaksa membantu rakannya, Nashrain Lee (Ben Asri) seorang pereka fesyen yang kekurangan seorang model. Nurin memakai persalinan muslimah beserta niqab yang menutup sebahagian wajahnya. Majlis pertunjukkan fesyen itu turut dihadiri Harraz. Bagaikan magis, seiring Nurin melangkah ke pentas peragaan, Harraz terpaut dengan panahan mata Nurin tanpa menyedari bahawa itu sememangnya Nurin. Sejak dari itu, Harraz berusaha mengenali dan menjejaki model tersebut. Dalam waktu yang sama hubungan Nurin dan Harraz semakin akrab dan berita itu tidak disenangi Elfira (Mawar Rashid) yang memburu cinta Harraz.
Mampukah Nurin menundukkan sikap playboy 'Harraz'? Adakah Harraz bakal memahami erti sebenar cinta? Dan apakah yang bakal Elfira lakukan bagi memusnahkan kerjaya Nurin? Tonton drama bersiri 'Tundukkan Playboy Itu' di slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang eksklusif di TV3.
Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter @TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan drama ini boleh menontonnya menerusi portal Tonton di www.tonton.com.my.
Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
Gol Cantik Faiz Subri Cetus Fenomena, Dapat Perhatian Dunia
Laporan dari thesportbibile menyifatkan sepakan tersebut 'mungkin' telah memenangi anugerah puskas; satu anugerah untuk gol cantik; dengan mudahnya.
Lebih menarik, laporan tersebut turut dimuatnaik di laman Facebooknya dan menerima lebih 10,000 'likes' dan lebih 2,000 perkongsian serta lebih 3,000 komen.
Selain itu, gol tersebut juga turut di portal sukan eurosport.co.uk yang menyifatkan gol tersebut sebagai luar biasa."Sepakan percuma itu, yang disertakan dengan lencongan dan bisa yang mana akan dibanggakan (jika diambil oleh)Roberto Carlos, kelihatan seolah-olah ingin ke arah satu penjuru sebelum pergi ke arah yang lain", tulis portal tersebut
Selain itu, gol tersebut juga turut mendapat perhatian beberapa portal bahasa inggeris yang lain.
Gol Faiz Subri itu juga turut mendapat liputan dari portal-portal sukan negara Bosnia dan juga Sepanyol.
Jom saksikan gol tersebut. - Siakapkeli.my
JAKOA digesa tingkat usaha didik Orang Asli larangan guna jerat
Dana Sedunia Alam Semulajadi (WWF) Malaysia menggesa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan agensi berkaitan untuk meningkatkan usaha mendidik masyarakat Orang Asli tentang larangan penggunaan jerat bagi menangkap haiwan.
WWF Malaysia menyatakan pendirian itu sebagai maklum balas terhadap laporan mengenai seekor harimau jantan yang terperangkap dalam jerat babi sehingga tercedera di Tapah.
Pengarah Eksekutif WWF Datuk Dr Dionysius Sharma berkata penggunaan jerat haiwan diharamkan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang menyatakan mana-mana individu didapati bersalah memiliki atau meletakkan perangkap haiwan akan dikenakan penalti maksimum RM100,000 atau tiga tahun penjara.
"Dalam kejadian kelmarin, kami memuji langkah Orang Asli terbabit yang tidak bertindak membunuh atau menjual harimau yang memasuki jerat berkenaan," katanya dalam kenyataan semalam.
Kelmarin, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyelamatkan seekor harimau jantan berusia 17 tahun yang terperangkap dalam jerat babi sejak Ahad di Ladang Eden, Batu 10, Jalan Pahang di Tapah.
Akibat terkena dawai perangkap dipasang penduduk Orang Asli untuk menangkap babi, harimau seberat kira-kira 200 kilogram itu cedera di kakinya.
Dalam pada itu, Dionysius berkata negara ini kehilangan enam harimau dalam tempoh sebulan, termasuk dua anak harimau.
- Bernama
Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN bermula
Warga Nepal ini terima padah setimpal bila tersalah meraba isteri orang
Jom kongsikannya ke laman sosial anda seperti mereka yang lain
"hati2 dgn nepal… aku ngah setup brg busking dpn sogo td.. dia dtg peluk farah n raba…"
Itulah antara ungkapan pertama di laman facebook seorang pemuda yang baru saja melangsaikan hutang malu, amarah, maruah dan tanggungjawab sebagai seorang suami bila isterinya dipeluk dan diraba dikhalayak ramai oleh seorang warga Nepal yang berlaku di Sogo, Kuala Lumpur sejam yang lalu. Akhirnya warga Nepal ini rebah menyembah bumi ibarat sebatang pohon nan reput akhirnya langsai usia menyembah ke bumi. Namun pemuda yang bermaruah ini tidak gentar untuk memuat turun beberapa keping gambar warga Nepal yang teruk dibelasahnya, ibarat hutang maruah dibayar dengan darah. Pemuda ini anda boleh layari laman facebook beliau yang dikenali sebagai GENJI Buskers . Mungkin beliau adalah "Penyanyi Jalanan" namun untuk mencari sesuap nasi dan rezeki untuk keluarga bukanlah sesuatu yang perlu dianggap mudah dan enteng, al-maklumlah zaman yang serba kekurangan ongKOSnya ini .
Antara kata-kata yang dimuat turun oleh beliau sendiri setelah membelasah teruk warga Nepal (nasib belum diketahui).
"hati2 dgn nepal… aku ngah setup brg busking dpn sogo td.. dia dtg peluk farah n raba… farah tumbuk sedas… aku just jalankan kewajipan sbg suami sahaja… tak sedar tau2 keras pastu darah meleleh … aku tau malaysia akan melindungi penjenayah macam nepal ni lps ini aku yg kedalam… tq #najibrazak rezeki aku bukan dikaki lima lagi… selepas berkahwin dugaan lebih besar yg dtg …"
Selang beberapa minit kemudian beliau memuat komen kembali menyabung kata-kata
"HATI2 DENGAN NEPAL… aku tengah setup barang nak busking depan sogo,nepal ni datang dari belakang farah yang tengah berdiri belakang aku terus peluk farah dari belakang guna tangan n jerut tengkuk farah ,tangan kiri dia buat keje.. farah meronta tolak muka dia ,aku trsedar dan trus xsedar keje kan die….depan public depan sogo ok.. terang-terangan pun dia berani buat mcm tu dn aku x bgi org awam lain cmpur tgan.tahu2 die dh tersembam drah memancut.. DIE PELUK BINI AKU! kalau kena kat korang camne??"
Banyak komen-komen positif yang cukup menyokong kuat atas tindakan beliau kerana cuba mempertahankan maruah isterinya. Walaubagaimanapun pihak kami di Media GosipMalaysia juga berkemungkinan akan turut bertindak sepertimana yang beliau kerjakan "Mat Nepal" tu.
Antara yang lain dari komen-komen beliau.
"aku sepak belakng kaki dia dia tersembam.. pastu aku jack belakang tengkuk dia pas tu aku bg saguhati dr kaki kanan aku tepat ke pipi kanan dia darah memancut…nasib dia baik masa kejadian rokok kat mulut aku.. aku isap dlm dlm aku g sepak speaker aku dgn nafas amarah.. kalau aku lepas kat dia dia maut… aku keliling dia 3x polis bantuan sampai… muka jambu tapi nafsu terdesak…kerja la kuat sikit kat bukit bintang rm150 je muda2 boleh on"
"kalau sayang malaysia jom viralkan post ni.. aku bukan batak like.. tetapi setiap wanita muslim dimalaysia adalah tanggungjawab kita bersama.."
Apapun kami di GosipMalaysia mendoakan semoga saudara HERO kita GENJI Buskers dalam lindungan dan dipelihara Allah S.W.T.
Berita selanjutnya akan kami update kemudian..
Jom kongsikannya ke laman sosial anda seperti mereka yang lain
AHLI PARLIMEN PONDAN KECUT SAHUT CABARAN!!!
Popular Posts
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...
-
27 September yang lalu, pelakon Adam Corrie, berkongsikan satu ilmu mengenai makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu Char Kuey...
-
HENDAK belajar cara-cara membuat wang palsu? Mudah sahaja, anda hanya perlu membuat tempahan paten ink pada roller yang berbentuk wan...
-
A Molotov cocktail was thrown into the compound of a Penang senior immigration officer's house at Taman Permai, Bukit Mertajam, earl...