Friday, February 19, 2016
(TAHNIAH)Tya Adnan, Isteri Shukri Yahya Kini Hamil 3 Bulan
Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan buat Shukri Yahya dan Tya Adnan atas berita gembira ini. Tya Adnan telah pun disahkan hamil 3 bulan. Untuk makluman, Shukri dan Tya telah sah bergelar suami isteri pada 20 November 2015. Dijangkakan cahaya mata sulung pasangan sama cantik sama padan ini akan dilahirkan pada penghujung Ogos tahun ini.Teringat pula memori ketika isteri Abang Nara disahkan hamil anak pertama. Excited tak ingat. Hehehe. Pastinya perasaan itu sedang dialami oleh Shukri Yahya dan Tya. Paling penting di awal-awal kehamilan ini kena banyak berhati-hati. Kata Shukri:-
Saya bersyukur dan ini rezeki kami. Kami memang tidak pernah merancang dan bersedia untuk menimang anak bila-bila masa saja.
Saya memang teruja dan sangat gembira. Kami juga sudah membuat persiapan untuk menyambut kelahirannya nanti.
Mulai sekarang saya yang banyak buat kerja rumah. Memandangkan dia masih alah pada bau, jadi saya tidak mahu dia kerja kuat. Saya juga tidak membenarkannya bergerak banyak.
Semoga segalanya berjalan lancar buat Shukri Yahya dan Tya Adnan. Sama-sama kita doakan. Sumber Harian Metro.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.KANDUNGAN AZZA GUGUR KALI KEEMPAT KERANA 'KUMAN KUCING'
Mungkin kedengarannya sedikit pelik.... tetapi itulah yang berlaku terhadap pelakon dan penyanyi, Azza yang mengakui bahawa kuman yang terdapat di badan kucing menjadi punca dia keguguran baru-baru ini.
"Kuman itu yang dikenali sebagai Toksoplasma antara penyebab saya keguguran kali keempat pada awal Februari lalu," jelas Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 37.
Tambah Azza, awalnya dia telah membuat pemeriksaan di hospital dan doktor mendapati badannya dijangkiti kuman tersebut yang menyebabkan kandungan enam minggunya gugur.
"Itu merupakan salah satu penyebab saya mengalami keguguran tetapi semua itu bergantung kepada individu. Ada juga orang yang membela kucing banyak tetapi tidak terkesan apa-apa, mungkin badan saya tak sekuat mereka kerana saya juga ada bela beberapa ekor kucing sebelum ini.
"Selain daripada kuman tersebut, kesibukan kerja yang membuatkan saya banyak bergerak, sekali gus mengganggu proses kehamilan saya. Tetapi apa-apa pun saya reda dengan ketentuan Allah dan semua yang berlaku adalah aturan yang terbaik buat diri saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Untuk info, Azza yang berkahwin dengan Azlan Zulaily pada 1 April 2012 itu sebenarnya pernah mengalami keguguran beberapa kali sejak 2012, 2014 dan 2015.
"Kalau orang selalu bertanya soal anak, saya lagilah tidak sabar untuk menimang anak sendiri. Itu yang saya mohon doa daripada semua agar saya dan suami berpelua ng mendapat anak nanti," kata Azza.
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS :: Follow @myartisdotcomAngah Raja Lawak Akhiri Zaman Duda Dengan Gadis 20 Tahun
Menurut laporan Sinar Harian, Angah yang nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim segak berkurta kelabu gelap dinikahkan dengan berwalikan jurunikah, Mohammad Suhaimi Kassim dengan mas kawin seutas rantai emas dan sebutir loket belian selain wang hantaran RM15,000.
Sejurus dinikahkan Angah kemudian mendirikan solat sunat syukur di depan pelamin yang indah dihiasi ros putih selain diletakkan lima dulang hantaran lelaki dan tujuh hantaran perempuan di kanan dan kiri pelamin.
Antara barangan hantaran lelaki untuk perempuan termasuk telekung, kasut, minyak wangi jenama Gucci, Kek, beg tangan jenama Versace manakala hantaran perempuan untuk lelaki antaranya kasut jenama Versace, kek, jam tangan dan lain-lain.
Majlis resepsi kedua-dua mem pelai akan diadakan di Dewan Tun Ali, Melaka pada keesokannya.
Sumber Sinar Harian
Foto Sinar Harian
Oleh Syafiqah Jalal
Artikel ini disiarkan pada Jumaat, 19 Februari 2016
Indonesia-Malaysia Jajaki Kerjasama Transmigrasi di Perbatasan - Harian Medan Bisnis - Membangun Indonesia yang Lebih Baik
"Dubes Malaysia ajak kerjasama transmigrasi di perbatasan. Hal itu sebagai salah satu point dari hasil pertemuan yang dilakukan, setelah saya memaparkan program kerja Kementerian Desa," kata Marwan, melalui rilisnya, Jakarta, Jumat (19/2).
Menteri Marwan juga menyampaikan, awal Maret nanti akan berkunjung ke Malaysia untuk menghadiri acara yang digelar oleh Food and Agriculture Organization (FAO). Hal itu sebagai langkah awal menjalin kerjasama dengan Malaysia.
Dalam kesempatan yang sama, Dubes Malaysia Datuk Hasyim menyampaikan hal yang sama. Ia mengajak politikus PKB itu kerjasama dalam rangka membangun wilayah perbatasan.
"Dalam menghadapi Masyarakat Ekonomi Asia, banyak hal bisa dilakukan kerjasama, di antaranya perdagangan, pertanian dan lainnya," kata Dat uk Hasyim.
Dalam pertemuan itu, Datuk Hasyim menceritakan bahwa ia berasal dari Payakumbuh, Sumatera Barat. "Malaysia dan Indonesia adalah satu rumpun," tuturnya.
Saat ini, ada 2 juta orang Indonesia yang tinggal di Malaysia. Di wilayah Sabah sendiri, ada 25.000 lebih warga Indonesia yang tinggal di wilayah itu. Mereka berasal dari Lombok, Nusa Tenggara Barat. Beberapa waktu lalu, muncul Indonesia Community Center (ICC), sekolah rintisan bagi anak-anak TKI di Johor Bahru. Kepada siswa, salah satu pelajaran yang diwajibkan adalah belajar Bahasa Indonesia. (dtc)
Minggu Setiausaha Suatu Masa Bersama DatoĆ¢ M.Nasir
Penyanyi dan komposer, Dato' M.Nasir bakal mengadakan persembahan eksklusif bagi meraikan para setiausaha buat julung kalinya di menara tertinggi di Asia Tenggara pada Khamis, 28 April 2016 jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.
Dato' M.Nasir atau nama sebenarnya Mohd Nasir bin Mohamed juga dikenali dengan panggilan 'Sifu' dalam industri muzik Malaysia, merupakan seniman yang telah membabitkan diri dalam industri hiburan lebih daripada empat dekad. Beliau juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang berbakat dan serba boleh.
"Menara Kuala Lumpur dengan berbesar hati menampilkan Dato' M.Nasir bagi Minggu Setiausaha kali ini kerana kami amat mengagumi karya-karya hebat beliau yang telah memberi impak besar kepada Malaysia. Kami juga menghargai para peminat Dato' M.Nasir yang ingin melihat dan beramah mesra bersama beliau secara lebih dekat ('Up Close and Personal') dan penampilan ini juga dilihat dari kejayaan perjalanan seni beliau sepanjang berada di dalam industri musik yang terus kekal sehingga sekarang." kata Encik Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.
Selain Dato' M.Nasir, persembahan eksklusif ini juga akan diserikan lagi dengan penampilan istimewa daripada penyanyi Jayjay yang popular dengan lagu Joget Angan Tak Sudah, Kekasih dan Harapan Menanti. Kami memilih beliau untuk menghiburkan para setiausaha disamping Dato' M.Nasir adalah kerana melihat penglibatannya sebagai penyanyi dan pemuzik sudah menjangkau tempoh tiga abad dan masih dikenali dan terus aktif di pentas-pentas hiburan, sudah pasti ramai peminat yang menanti kemunculan beliau dan merindui alunan suara beliau diatas pentas persembahan.
Bukan itu saja, Minggu Setiausaha ini juga akan dihangatkan lagi dengan kemunculan, pelakon dan pengacara TV sensasi, Ogy Ahmad Daud yang akan turut bersama-sama menceriakan lagi Minggu Setiausaha Menara Kuala Lumpur Suatu Masa Bersama Dato' M.Nasir ini. Terkenal dengan keletah beliau yang 'sporting' dan kelakar, kami pasti, pemilihan 'Kak Ogy' sebagai pengacara majlis akan mengamatkan lagi suasana Minggu Setiausaha Menara Kuala Lumpur ini.
"Dengan berkonsepkan 'Suatu Masa…', kami cuba untuk membawa para peminat Dato' M.Nasir mengimbau kembali zaman kegemilangan beliau bermula sejak empat dekad yang lalu iaitu ketika zaman rock balada pada tahun 80an. Disamping itu, kami juga akan memperkenalkan menu makanan yang bersesuaian dengan konsep Minggu Setiausaha kali ini, iaitu menu ala kampung." tambah beliau lagi.
Peminat bakal menikmati persembahan secara langsung oleh Dato' M.Nasir yang disokong oleh 'live band'. Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahan oleh Dato' M.Nasir ialah Andalusia, Tanya Sama Itu Hud Hud, Apokalips, Gerhana, Kepadamu Kekasih, Keroncong Untuk Ana, Mentera Semerah Padi dan banyak lagi.
Orang ramai terutama para peminat Dato' M.Nasir, dijemput untuk menyaksikan persembahan beliau dengan harga tiket yang ditawarkan bagi sebuah meja adalah diantara RM3,100.00 hingga RM7,600.00. ia bergantung kepada pakej-pakej yang berlainan iaitu VVIP, Platinum, Gold dan Silver. Setiap harga tiket adalah termasuk GST sebanyak 6%.
Tempat adalah terhad kepada 256 orang sahaja. Untuk tempahan atau maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2020 5444 dan layari www.menarakl.com.my atau www.facebook.com/officialmenarakl.
Acara ini turut mendapat sokongan daripada para penaja seperti Eternelle Skincare, MyDezigner Label, Hotel Royal Kuala Lumpur dan FCC Malaysia.
MENGENAI MENARA KUALA LUMPUR
Menara Kuala Lumpur yang terletak di puncak Bukit Nanas, merupakan Menara ke tujuh tertinggi di dunia. Berdiri megah pada paras 421 meter di tengah ibukota Kuala Lumpur, ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan menarik antaranya pelantar pemandangan, restoran berputar, kafe, gerai cenderamata, mini zoo, mini akuarium and banyak lagi.
Menara ini dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam.
Ianya merupakan ahli 'The World Federation of Great Towers', iaitu sebuah persekutuan yang dianggotai oleh 36 menara terkenal di dunia. Bermula 2007, dengan pengalamannya dalam mengendalikan Menara, Menara Kuala Lumpur kini menguruskan Muzium Telekom dan Menara Alor Setar.
Muzium Telekom ini merupakan muzium telekomunikasi yang pertama di Malaysia dan menawarkan Program Outreach dimana program ini mengutamakan pelajar yang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang terdapat di Muzium Telekom tersebut. Di samping itu ianya juga menawarkan pengalaman kepada semua untuk merasai pengalaman perkhidmatan jalur lebar Unifi TM.
Sementara itu, Menara Alor Setar dengan ketinggian 165.5 meter adalah pusat pelancongan utama dan mercutanda kebanggaan Negeri Kedah Darul Aman.
Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
Sebagai "Tuan Rumah" Rakyat Malaysia Perlu Tunjuk Budi Bahasa Kepada Pekerja Bangladesh - Menteri Perlancongan
"Jangan perkecilkan sumbangan mereka pada ekonomi kita, tanpa kehadiran pekerja Bangladesh ini, industri akan lumpuh tanpa sumbangan mereka." "Kita perlukan mereka, maka jadilah tuan rumah yang berbudi bahasa kerana mereka melakukan kerja yang tidak dikehendaki rakyat Malaysia," katanya dipetik laporan The Malaysian Insider sewaktu mengulas rancangan Putrajaya membuka pintu kepada rancangan Dhaka menghantar 1.5 juta orang tenaga kerjanya keluar dari Bangladesh.
Nazri dalam pada itu mengingatkan supaya rakyat Malaysia tidak perl u terkejut dengan angka 1.5 juta kerana ia tenaga kerja tersedia dari Bangladesh untuk mana-mana negara dan tidak terhad kepada Malaysia sahaja. "Ia tidak bermakna 1.5 juta orang akan datang ke Malaysia. "Apabila kita perlukan, kita bawa mereka masuk, Mereka tak ambil kerja kita pun. Mereka buat kerja yang kita tak mahu lakukan," kata Nazri. - Siakapkeli.my
KP: Sistem lif di Hospital Sultanah Aminah siap dipasang
Sistem lif di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru yang dilaporkan tidak berfungsi dengan baik sebelum ini telah siap dipasang dan telah diguna pakai, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata pelaksanaan penggantian sistem lif di Blok C dan D hospital itu telah dilakukan sejak tahun lepas secara berperingkat yang melibatkan dua unit.
"Satu unit lif di Blok C dan D telah siap dipasang dan telah diguna pakai sepenuhnya bermula 28 Januari yang lalu manakala dua unit lif lama sedang dalam proses penggantian lif baru dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan iaitu pada penghujung April ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Noor Hisham menegaskan demikian dalam respons kepada laporan khas Malaysiakini pada hari Rabu mengenai sistem lif di Hospital Sultanah Aminah tidak berfungsi dengan baik, menyebabkan banyak kesulitan kepada pesakit dan pelawat.
Dr Noor Hisham berkata kesemua empat lif berfungsi dengan baik dan aduan kerosakan yang dilaporkan oleh portal berita itu berkaitan kerosakan sensor pada lif baru juga telah dibaiki.
"Bagaimanapun, sekiranya berlaku kerosakan pada unit lif baru akibat pengoperasian yang tidak betul sehingga mengakibatkan kerosakan pada komponen lif, ianya akan dibaik pulih dengan segera oleh pihak kontraktor memandangkan unit lif baru yang telah siap diganti itu mempunyai tempoh tanggungan kecacatan," tambahnya.
Dr Noor Hisham turut menjelaskan syarikat konsesi penyelenggaraan sentiasa bersedia mengambil tindakan pembaikan sewajarnya jika unit lif unit lama gagal beroperasi bagi memastikan kerja penggantian lif itu tidak mengganggu pengoperasian harian hospital.
- Bernama
Nike batal kontrak Pacquiao gara-gara hina homoseksual
Bekas Suami Yatt Hamzah Dedah Punca Sebenar Mereka Bercerai
Jom kongsikannya ke laman sosial anda seperti mereka yang lain
Sebelum ini kecoh apabila dikatakan pelakon Yatt Hamzah sudah bercerai dengan suaminya, Abdul Mutalib pada tahun lepas. Semalam, Yatt telah mendedahkan bahawa dia akan berkahwin pada hujung bulan ini dengan jejaka yang 10 tahun lebih muda darinya. Malah, Yatt Hamzah Sudah Mulai Edar Kad Kahwin.
Namun, apa yang mengejutkan apabila bekas suami Yatt telah mendedahkan punca sebenar penceraian mereka. Menurut Mutalib, bakal suami Yatt, Mohammad Zulfadhli merupakan 'orang ketiga' dalam permasalahan rumah tangga mereka sehingga akhirnya bercerai.
"Mengenai bakal suami Yatt yang didakwa sebagai 'orang ketiga' dalam khabar angin perceraian kami, saya sama sekali tidak menafikannya. Bagaimanapun, saya sudah lama memaafkan mereka. Saya mendoakan yang baik-baik untuk mereka."
Jika sebelum ini Yatt mendedahkan bahawa bekas suaminya itu adalah punca penceraian mereka namun sebaliknya yang terjadi. Malah, ada juga khabar angin yang tersebar apabila dikatakan muncul 'orang ketiga'. Namun, Mutalib enggan memberikan komen lebih lanjut.
"Saya rasa berdosa mengiyakan secara langsung dengan menidakkan kebenaran yang nyata. Saya seperti bersubahat menipu masyarakat. Cukuplah komen saya mengenai hal ini."
Tambahnya lagi, Mutalib tidak berasa terkejut tentang berita pernikahan Yatt malah sudah menjangka bahawa Yatt bakal berkahwin.
"Seperti yang dijangka, saya tidak terperanjat dan terima berita itu dengan hati terbuka. Saya berdoa segala-gala dirancang berjalan lancar dan jodoh baharu Yatt kekal."
"Saya juga berharap Yatt hormat, jujur dan taat kepada suami baharunya dan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada anak kami, Suci Hanania Malikka."
Apapun, perkara sudah yang terjadi. Apa yang penting, doakan kebahagian mereka supaya kekal ke akhir hayat.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
Jom kongsikannya ke laman sosial anda seperti mereka yang lain
Polis telah kenal pasti lelaki tunjuk kapak
Aksi lelaki berusia 19 tahun itu sempat dirakam oleh mangsa dan kini telah pun menjadi viral di laman sosial sehingga menarik perhatian netizen.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa telah pun membuat laporan polis kira-kira jam 10.12 malam.
"Suspek telah pun dikenal pasti dan tangkapan akan dilakukan. Kes ini berlaku kira-kira jam 3 petang dan ia dikatakan bermula dengan pertengkaran mulut antara suspek dan mangsa akibat cara pemanduan yang tidak betul.
"Namun ia berakhir apabila suspek secara tiba-tiba mengeluarkan senjata kapak dari dalam keretanya," katanya.
Menurutnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah. - SH
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...