Sunday, February 14, 2016
Ustaz trauma dipukul dua anggota polis
(7 FOTO) Maya Karin Bercuti Di Morocco
Maya Karin, antara aktres yang tidak mahu terlalu fikirkan soal cinta dan menikmati kehidupan sepenuhnya.
Jutawan hartanah ini kini sedang bercuti di Morocco bersama keluarga tercinta. Berdasarkan beberapa foto yang dikongsi oleh Maya, nampaknya mereka cukup gembira berada di sana.
Jom layan beberapa lagi foto percutian Maya Karin di Morocco dengan membaca entri ini sepenuhnya.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.11 GAMBAR - AKSI MAYA KARIN KETIKA BERCUTI DI MOROCCO
Wah... bukan main seronok Maya Karin pergi melancong dan bercuti di Morocco, siap main quad, limbo serta Moroccan telephone dance lagi. Heh!
Menerusi laman Instagram Maya, dia telah memuat naik beberapa gambar sekitar percutiannya. Maya bukan bercuti berseorangan tetapi bersama keluarganya.
Layanzzz...
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS :: Follow @myartisdotcomAliran trafik di lebuh raya lancar pagi ini, dijangka meningkat tengah hari - Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 14 Feb. - Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan lancar pagi ini, namun dijangka meningkat tengah hari berikutan orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti panjang sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd memberitahu Bernama, aliran trafik di kedua-dua arah, utara dan selatan, khususnya menuju ke ibu kota masih lagi terkawal dan lancar setakat 9 pagi ini.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan tiada kesesakan dilaporkan berlaku di lebuh raya utama lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA
Kanak-Kanak 8 Tahun Juara LITTLE HUFFAZ Bawa Pulang RM6,000
Peserta cilik, Nurul Iman Kamila Norhisyam, 8, berjaya merebut gelaran juara pertandingan hafazan cilik Little Huffaz yang dianjurkan di Kompleks Rakan Muda Baling pada pagi Sabtu.
Kemenangan itu membuatkan Iman menewas 10 peserta finalis lain sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM6,000.
"Alhamdulillah syukur atas kemenangan ini. Tak sangka usaha saya selama setahun fokus dalam hafazan berbaloi.
"Mak dan ayah saya juga banyak membantu. mereka sering pesan untuk tidak tinggalkan solat selain memberi sokongan," kata anak ketiga kepada empat adik beradik ini.
Pada acara itu, peserta Muhammad Aminuddin Mohd. Basir, 9, mendapat tempat kedua dengan membawa pulang wang tunai RM4,000. Manakala tempat ketiga dimenangi Muhammad Uzair Ahmad Bakri, 9, menerima hadiah RM2,000.
Tujuh finalis lain ialah Muhammad Amiruddin Mohd. Basir, 9, Nurisya Khyra Zamzuri, 9, Muhammad Abdullah Amri, 8,Muhammad Syameel Irfan Sable, 9, Nurisya Qistina Mohd Zahir, 6, Farah Insyirah Khairul Faizi, 8, dan Muhammad Afiq Haikal Norazizi , 9.
Sementara itu, penganjurnya iaitu Pengarah Urusan Raffelina Sdn Bhd, Muhammad Rafi'e Ramli berkata, Little Huffaz adalah bagi memberi peluang kepada para peserta menunjukkan kehebatan masing-masing dalam menghafaz Al-Quran.
"Saya lihat ramai golongan cilik berpotensi tinggi dan walaupun masih kecil, mereka mampu menghafal surah-surah Al-Quran dengan baik.
"Ini baru permulaan. Pihak kami akan menganjurkan Little Huffaz di Zon Selatan pula, serta Timur pada masa akan datanf. Kemudian kesemua pemenang akan bertanding di peringkat kebangsaan pula,"katanya.
Dalam pada itu, pihaknya juga masih mencari mana-mana stesen televisyen yang berminat untuk bekerjasama dalam penganjuran program berkenaan.
Pada pertandingan tersebut, sebanyak lima juri bertauliah mengadili pertandingan tersebut dimana Penyelia Pengajian Islam, Pejabat Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah.
Turut hadir pada pertandingan tersebut bekas pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Syeikh Dr. Khalee Hafizullah dari Iraq. Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan kumpulan nasyid Far East dan kemunculan duta produk Caliph Kids, Mia Sara.
Little Huffaz turut dianjurkan Caliph Kids dan Feryal dengan kerjasama Nadi Cinta Resources.
Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
'Sudahlah Minta Susu Orang, Banyak Pula Cengkadaknya'
Polis Siasat Video Lelaki Pukul Wanita Tepi Jalan
Video kejadian terbabit tersebar di media sosial.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 4.30 petang itu, lelaki terbabit yang dipercayai suami kepada wanita tersebut dilihat turut menendang wanita malang itu.
Selain itu, turut kelihatan seorang remaja perempuan dipercayai anak pasangan tersebut cuba memeluk erat mangsa bagi melindungi dari dipukul.
Perbuatan tersebut dirakam oleh seorang pengguna jalan raya dipercayai menggunakan telefon bimbit.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kes dan meminta saksi kejadian tampil membuat laporan.
"Kita meminta orang ramai yang berada di lokasi kejadian dan menyaksikan insiden berkenaan supaya tampil bagi membantu siasatan," katanya - Siakapkeli.my
Dayus. Suami pukul isteri guna kasut, anak perempuan cuba pertahankan ibunya daripada dipukul. Hentikan keganasan terhadap wanita. Mohon Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) mengambil tindakan sewajarnyaLokasi: Tol Ayer HitamPosted by Friends of BN - Barisan Nasional on Friday, 12 February 2016
Lelaki ugut letupkan kediaman PM direman lima hari
Seorang lelaki yang mengeluarkan kenyataan mengugut untuk meletupkan kediaman perdana menteri dalam laman Facebook miliknya, ditahan reman lima hari bermula kelmarin.
Menurut laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 130G Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dihubungi Bernama semalam mengesahkan suspek itu ditahan di rumahnya di Parit Buntar, Perak.
Suspek berusia 28 tahun itu telah memuat naik status berkenaan itu pada 4 Februari lepas.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya memandang serius ugutan yang dilakukan individu berkenaan dan mengesan pemilik akaun itu untuk membantu siasatan.
Di IPOH, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah/Operasi Perak ACP Fadzil Ahmat berkata lelaki berkenaan ditahan di rumahnya pada 4.30 petang kelmarin.
Beliau berkata siasatan kes itu dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5 Bukit Aman).
- Bernama
Lelaki ancam letup kediaman PM ditahan di Perak
Beri Komen Pedas MLM 2016, Ini Komen Scha Alyahya Buat Pengkritik!
Scha Alyahya telah dijemput untuk menjadi juri bagi Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016). Bertindak selaku juri jemputan, Scha Alyahya bagaimanapun akui tidak kisah sekiranya dia dikritik oleh penonton gara-gara komennya yang tegas.
"Mungkin saya harapkan sesuatu yang hebat daripada para peserta MLM 2016. Mereka dah biasa dengan pentas ini, sepatutnya peserta mampu beri persembahan yang luar biasa.
"Tapi apa yang saya lihat, setiap kumpulan berikan juri dan penonton sesuatu persembahan yang sudah boleh dijangkakan. Pada saya kebanyakan persembahan mereka malam ini semuanya klisye.
"Pendapat saya mungkin berlainan daripada juri yang lain kerana saya melihat dari sudut pengisian dan keserasian," katanya kepada Astro Gempak.
Menarik artikel sebelum:- Inilah Komen Mengejutkan Scha Al Yahya Mengenai Berlakon Bersama Suami!
Scha Alyahya dalam pada itu tidak mengetahui beliau merupakan juri pertama yang memberikan Meter Ha paling sedikit. Tambah Scha Alyahya lagi, meskipun ramai peminat yang marah dan mempersoalkan tindakannya itu namun dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia bertindak sedemikian.
"Saya tidak tahu pula yang saya merupakan juri yang pertama beri 'Meter Ha' paling sedikit iaitu hanya dua. Saya ada alasan tersendiri mengapa beri 'Dua Ha' sahaja peserta, contohnya kumpulan Bos.
"Dan saya tahu ramai peminat marah dan tanya kenapa beri markah yang sangat sedikit.
"Pada saya itu sebagai motivasi mereka untuk terus lakukan yang terbaik untuk minggu yang akan datang. Saya pasti Bos mampu pergi lebih jauh jika lebih kreatif dan tidak ambil mudah dengan persembahan mereka," ujarnya.
Minggu ketiga MLM 2016 menyaksikan Chilok dan peserta solo Kavin diumumkan sebagai peserta yang tersingkir selepas berada di kelompok tiga terbawah untuk dua kali berturut-turut.
LAGI ARTIKEL MENARIK:-
1) Lara Alana Kian Membesar, Scha Alyahya Sedia Timang Anak!
2) Video Mengejutkan Lara Alana Hampir Lemas Di Swimming Pool!
3) Mengejutkan! Gambar Terkini Scha Alyahya Dengan Baby Bump Tersangat Comel
4) Wajah Terkini Anak Siti Nordiana Bikin Anda Terbeliak Mata. COMEL!
2,531 total views, 2,531 views today
USAHA HUSAM CARI 'SYAHID' BAKAL BERHASIL!!!
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...