Recent Post

Thursday, January 21, 2016

Mukhriz bertindak terhadap pihak cuba aniaya rakyat

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberi amaran untuk bertindak terhadap pihak yang cuba menganiayainya dan rakyat Kedah.
Read more ...

(TAHNIAH)Nazim Othman & Bella Dally Selamat Bertunang

Pasangan sama cantik dan sama padan, Nazim Othman dan Bella Dally akhirnya memeteraikan percintaan mereka dengan ikatan pertunangan. Berita gembira ini telah disampaikan menerusi akaun Instagram @officialhlive. Menurut info, majlis pertunangan telah berlangsung di rumah keluarga Bella Dally di Sabah.

bella dally nazim othman bertunang

Buat masa ini masih tiada informasi lanjut sama ada daripada Bella Dally atau Nazim Othman. Apa pun, tahniah diucapkan. Semoga perancangan untuk ke peringkat seterusnya berjalan lancar. Tahniah!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

19 GAMBAR - SEKITAR 'BABYMOON' HAIRUL AZREEN & HANIS ZALIKHA DI KOREA

Menerusi Instagram Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, pasangan ini telah berkongsi gambar-gambar sekitar percutian mereka di Korea.

Kemesraan yang ditunjukan oleh pasangan ini ketika bercuti di Korea boleh membuatkan sesiapa sahaja cemburu melihatnya.

Melalui perkongsian gambar tersebut, baby bump Hanis sudah makin jelas kelihatan.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Fasha Sandha, Jejai Sah Bercerai

Aktres Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Jejai, 40, melafazkan cerai itu di hadapan Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab ketika prosiding kes berkenaan disebut di dalam kamar.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, memfailkan permohonan cerai pada Isnin lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Sejurus selepas selesai prosiding itu, Jejai yang ditemani adik iparnya dilihat menangis meninggalkan mahkamah.

Fasha dan Jejai bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua orang anak, Putra Rayfal, tiga tahun dan Putri Raysha Jemaima, setahun.

Sementara itu, Fasha berkata, perceraian itu adalah jalan yang terbaik untuk kedua-dua keluarga.

"Saya sudah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Saya reda dan akan meneruskan kehidupan bersama dua anak saya," katanya dalam kenyataan yang diedarkan kepada wartawan.

Sumber Harian Metro

Artikel disiarkan pada Rabu, 20 Januari 2016

Read more ...

Empat direman kes rasuah bauksit - Kosmo!

Empat direman kes rasuah bauksit

21/01/2016 12:54pm

Seramai empat individu termasuk ahli perniagaan bergelar datuk ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah bauksit. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh perintah Mahkamah Majistret di sini untuk menahan reman empat individu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan perlombongan bauksit di Pahang.

Mereka terdiri daripada seorang bekas pegawai kanan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang yang kini ahli perniagaan berpangkat datuk, peguam, penjawat awam dan seorang pekerja syarikat perlombongan.

Majistret Eric Lau membenarkan mereka ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad ini. - K! ONLINE

Read more ...

Maharaja Lawak Mega 2016 Gabung Pelawak Baru & Otai

Pada hari Isnin lalu, majlis sidang media Maharaja Lawak Mega 2016 di Ramada Plaza Dua Sentral, Kuala Lumpur. Program realiti komedi terkenal tanah air, Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) kembali dengan gabungan barisan pelawak lama dan baru yang bakal menemui peminatnya bermula 29 Januari ini. Antara pelawak yang bergabung adalah kumpulan LOL gabungan Angah bersama Tauke (Jambu) dan Ajak (Shiro) selain Joras yang dianggotai oleh Shuk (SYJ), Rahim (R2) dan Joey (Jalor).

Peserta lain yang turut terlibat adalah Cham (Along dan Azrul Cham), Bocey (Acey, Abam dan Fad), Awok (Filzah, Ain dan Ayie), Enjen (Raja Azri, Acong dan Yus), Shake (Amir, Bell Ngasri dan Haszmi), Chilok (Chiwan, Achok dan Kamal), XOLA (One, Chot dan Wan Jala), Puteh (Mamak dan Ali).

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna (132), Emarina Kamal, pemilihan para peserta MLM 2016 dilakukan lebih awal tanpa menggunakan format 'Hotseats' seperti sebelum ini.

"MLM 2016 masih mengekalkan format yang sama seperti sebelum ini kerana kami sudah mengenalpasti kumpulan yang layak untuk bertanding untuk edisi kali ini.

"Format 'Hotseats' tidak lagi digunakan kerana pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga di program Projek Komedi Warna secara automatik layak untuk menyertai MLM 2016. Di samping itu kami turut memperkenalkan beberapa kelainan terutamanya gandingan para peserta."

Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim turut mencuri perhatian apabila muncul sebagai peserta kumpulan Bos bersama Ajo dan Abu.

Manakala kumpulan Bora (Isa, Yan dan Mamat) mewakili Singapura dan Saywho (Vicha, Bocil Bancin dan Agus) Indonesia.

Dua peserta solo yang turut bertanding adalah Reza Mukmin dan Kavin Jay.

Dalam pada itu, bercakap mengenai juri program berkenaan, Emarina berkata, pihaknya akan merahsiakan perkara itu terlebih dahulu dan ia hanya akan didedahkan pada minggu pertama pertandingan.

Istimewanya, MLM 2016 menyaksikan beberapa pembentukan kumpulan baru pelawak-pelawak terkenal tanah air seperti kumpulan LOL yang disertai oleh Angah Raja Lawak bersama Tauke Jambu dan Ajak Shiro. Tidak ketinggalan kumpulan Joras yang diwakili oleh Shuk SYJ, Rahim R2 dan Joey Jalor. Lebih mengejutkan, MLM 2016 turut menyaksikan gabungan Along dan Azrul menerusi kumpulan Cham yang sebelum ini dikatakan sudah berpecah.

Selain itu, dua nama baru bakal muncul sebagai peserta solo iaitu Reza Mukmin dan Kavin Jay.15 kumpulan bakal merebut gelaran juara yang bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000 beserta trofi, naib juara RM250,000, tempat ketiga, RM150,000, keempat RM50,000 dan kelima RM15,000.

Sementara itu, sebuah slot istimewa diperkenalkan iaitu Misi Lawak yang akan dikendalikan oleh CK Faizal yang akan ke udara selama 15 minit sebelum bermulanya siaran MLM 2016 pada jam 10 malam.

Saksikan program Maharaja Lawak Mega 2016 setiap hari Jumaat, pukul 10 malam bermula 29 Januari di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Empat barisan juri tetap akan diketahui pada hari episod pertama MLM 2016 bersiaran.

Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info lanjut!

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Fasha Sandha Sah Bercerai Talak Satu

Read more ...

'Akak Lambat, Bukan Masalah Saya' - Staff AirAsia

Inilah nilai Melayu. Kejadian ini berlaku pada 19 Januari 2016, di KLIA 2. Penerbangan saya dari Kuala Lumpur - Kota Kinabalu dijadualkan pada jam 4.30 petang. Pekerja ini langsung tidak memberikan layanan yang bagus apabila saya cuba merayu dan menjelaskan punca saya tiba lewat.  "Kenapa tak datang esok saja kak?" katanya. Apa bengongnya? Kalau penerbangan esok, kena datang esoklah, gitu? Penerbangan saya dijadualkan hari ini, dan ini kali pertama saya terlambat. Tetapi bila penerbangan AirAsia ditangguhkan, penumpang kena tunggu, tetapi bila penumpang lewat setengah jam sebelum departure, mereka langsung tak boleh bertolak ansur? Memang cekik darah AirAsia ini. Berbalik kepada lelaki ini. Saya ingatkan dia akan menolong saya untuk check in sebab saya hanya terlambat 50 minit sebelum. Saya tak ada check in sebarang bagasi. Gate hanya ditutup sejam sebelum, bezanya 10 minit saja saya terlambat. Itu pun dia langsung tidak mahu membenarkan saya masuk?  Ya Allah, sekali lagi saya meminta dengannya elok-elok tetapi dia tetap kata tidak boleh. Dia siap beritahu bahawa dia telah membantu beratus-ratus orang yang menaiki pesawat yang sama saya naiki ini.  Saya memohon dia mendaftar masuk nama saya untuk memasuki pesawat tersebut kerana saya perlu balik ke kampung untuk berjumpa dengan anak saya yang bakal menjalani pembedahan. Malangnya dia yang tidak berhati perut tetap enggan membenarkan saya masuk.  "Saya bukan tak mahu tolong, kalau boleh saya nak tolong angkat akak sekali sampai ke depan pintu pesawat itu," katanya. Saya langsung tidak meminta untuk berbuat demikian, saya hanya meminta dia tolong check in untuk saya seada ada masa 50 minit saja lagi. "Itu bukan masalah saya," katanya.  Saya cuba merayu namun dia buat muka dan layan seperti... Ya Allah, hanya tuhan saja yang tahu. Dia siap menjerit-jerit pada saya lagi. Tindakan dia membuatkan saya terpaksa bersikap kurang ajar pada dia.  Akhir sekali saya rakam gambar dia. Menyedari gambarnya dirakam, lalu dia memberikan amaran. "Kalau muka saya viral di Facebook, saya akan saman awak!"  Di mana silap saya? Saya takkan bersikap kurang ajar kalau dia tidak mulakan dulu. Kalau dia beri layanan yang baik kepada saya, perkara ini tidak akan berlaku dan saya juga tidak perlu merakam gambar dia. Tujuan saya buat begini juga untuk menyedarkan dia.  Selepas insiden itu, saya pergi ke kaunter perkhidmatan untuk bertanya di mana pejabat pengurusan AirAsia untuk membuat aduan.  Ajaibnya, dua kakitangan (lelaki) AirAsia melayan saya dengan penuh beradab dan berbudi bahasa. Mereka tanya penerbangan saya ke mana, jadi saya jawab ke Kota Kinabalu. Ya Allah, mujur mereka sudi membantu saya. Penerbangan lagi setengah jam akan berlepas. Alhamdulillah.  Dalam rancangan Allah, saya dapat juga naik pesawat ke Kota Kinabalu. - Sheila | THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Kenyataan Media Datuk Seri Mukhriz Mahathir Selepas Hilang Kepercayaan UMNO Kedah

Alor Star: UMNO Kedah hari ini yang mengadakan perjumpaan tertutup di Hotel Grand Alora di sini dan sepakat mengumumkan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.

Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Mukriz untuk menjawab segala persoalan yang sedang bermain difikiran rakyat Kedah ketika ini.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, dia sudah mengetahui kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian daripada kepimpinan UMNO Negeri yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, YB Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Setar petang tadi.

"Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri." "Saya menyerah kepada Rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja buat saya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada pilihanraya umum ke13," katanya.

Menurut Mukhriz lagi, seperti yang beliau nyatakan sebelum ini, dia memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

"Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya," katanya mengakhiri kenyataa media tersebut.

Sementara itu, ketika ini diperkarangan Bagunan Tunkun yang merupakan ibu pejabat UMNO Kedah telah dipenuhi rakyat Kedah yang menyatakan sokongan kepada Mukhriz untuk terus menjadi Menteri Besar. - Siakapkeli.my

Read more ...

Ternyata 20 Jenis Penyakit Berikut Dapat Diobati Dengan Bagian Dalam Pohon Pisang

Kandungan & manfaat : Pisang berbentuk mendinginkan. Zat tanin pada pisang berbentuk antiseptik, sedang zat saponin berguna mengencerkan dahak. Pisang, terutama pisang raja, memiliki kandungan kalium yang bermanfaat membuat lancar air seni. Diluar itu, juga memiliki kandungan vitamin A, B, C, zat gula, air, dan zat tepung.

20 Masalah Kesehatan yang Bisa diobati dengan penggunaan Bagian dalam pohon Pisang:

1. Luka: Langkah I : Ambil getah anak pisang, lantas berikan dibagian luka yang telah dibikin bersih. Langkah II : Ambil bonggol pisang. bersihkan lantas ditumbuk. Berikan ramuan itu pada tempat yang terluka

2. Luka bakar : Pisang yang sudah masak dilumatkan, lantas berikan pada luka bakar.

3. Kutil : Kulit pisang klutuk dikerokkan dengan agak keras pada kutil. Sebagian jam lantas, kutil juga bakal mengelupas. Apabila belum pulih juga, ulangilah sampai3x.

4. Digigit seranqqa : Hati pisang yang ada di dalam batang pisang diparut, lantas diperas. Ambil airnya lebih kurang 1 gelas. Minum ramuan itu 2x sehari, semasing 1/2 gelas. Lantas, ampasnya dipakai untuk mengompres luka lantaran gigitan serangga.

5. Ambeien : Langkah I : 3 – 5 pisang batu dicuci bersih, lantas diparut dan diperas untuk diambil airnya. Sesudah disaring, berikanlah sedikit pulosari dan gula aren. Minum ramuan itu 2x satu hari. Langkah II : Minum cairan dari bonggol pisang kepok.

6. Hepatitis : Makan banyak pisang emas.

7. Mencegah demam nif4s sesudah m3l4hirk4n : Batang pohon pisang dlparut dan diperas untuk diambil airnya. Sesudah disaring, minum 2x satu hari.

8. Sariawan usus : Siapkan 4 pisang batu mentah berbarengan kulit dan buahnya diiris bebrapa tidak tebal, lantas ditumbuk. Peras dan saring. Airnya taruh dalam gelas lantas embunkan sepanjang 1 malam. Esok harinya minum demikian bangun tidur.

9. Cacar air : Bonggol pisang batu diparut dan diperas untuk diambil airnya. Lantas, campur dengan adas dan pulosari. Sesudah disaring, diminum 2x sehari.

10. Radang tenggorokan/amandel : Bonggol pisang kepok diparut dan diperas untuk diambil airnya. Gunakan air tsb. untuk berkumur. Kerjakan hal semacam ini 3x satu hari.

11. Disentri : Langkah I : Bonggol pisang batu diparut dan diperas untuk diambil airnya sejumlah 1/2 gelas. Ramuan itu untuk diminum 3x satu hari. Langkah II : 2 bunga pisang kepok sesudah dicuci bersih, lantas dikunyah dan ditelan airnya.

12. Diare : Langkah I : 2 bunga pisang kepok dibakar sampai hitam, lalu ambil sisi dalamnya dan makan. Langkah II : Minum 1 gelas anggur cairan dari bonggol pisang kepok. Langkah III : 3 pisang batu masak, 3 pisang batu mentah ditumbuk, lantas diperas untuk diambil airnya. Minum ramuan itu 3x satu hari, semasing 1 gelas anggur. Catatan : Langkah lll jangan sampai dipakai jika kotoran berbentuk l3ndir berwarna hijau.

13. Mimisan : Langkah I : Mar atau batang pisang kepok ditumbuk halus, lalu diseduh dengan 1/2 gelas air panas. Sesudah disaring, minum 1x satu hari sekalian. Langkah II : Hirup cairan dari bonggol pisang kepok.

14. Sembelit : Makan pisang ambon lumut dan pisang emas. Kerjakan sekian kali satu hari.

15. Sariawan : 2 pisang batu masak, 2 pisang batu mentah yang sudah dikupas kulitnya, ditumbuk sampai halus. Lantas, beri 2 sendok makan madu. Minum ramuan itu 2x satu hari.

16. Anemia : Anak pisang kepok yang baru 1 jengkal dicuci bersih lantas diparut. Beri 1 sendok makan garam, lantas peras. Minum ramuan itu 2x satu hari, semasing 3 sendok makan.

17. Sakit maag : 1 pisang batu mentah beserta kulitnya, 1 buah mengkudu ditumbuk sampai halus, lantas digabungkan dengan 3 pisang batu masak. Semuanya itu diremas-remas dengan sedikit air. Sesudah disaring, minum sekalian sepanjang 2 minggu.

18. Radang qinjal : Minum cairan dari batang pisang yang dikombinasi dengan sedikit gula batu. Minum ramuan itu 3x sehari.

19. Menyuburkan rambut : Langkah I : Cairan dari bonggol pisang dioles-oleskan ke kulit kepala. Langkah II : Bonggol pisang ditumbuk dan diperas untuk diambil airnya. Campur air ini dengan minyak urang aring sekedarnya. Lantas, embunkan 1 malam. Basahkan kulit kepala dengan ramuan itu sambil mengurut kepala Anda. Sesudah beberapa jam, keramaskan rambut Anda.

20. Menghaluskan telapak tangan : Gosokkan kulit pisang emas ke tangan Anda.

Ternyata 20 Jenis Penyakit Berikut Dapat Diobati Dengan Bagian Dalam Pohon Pisang 2016-01-19T23:20:00-08:00 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Deriz R
Read more ...

Teliti novel sebelum dijadikan teks Komsas, kata pakar

Panel pemilih bagi Komponen Sastera (Komsas) disaran agar meneliti secara mendalam sebelum sesebuah novel dipilih untuk dijadikan teks Sekolah Menengah.

Editor Kanan Bahagian Buku Umum Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Shahrul Nizal Mohd Nor berkata setiap karya harus dibaca sehingga selesai agar memahami struktur penulisan serta mengetahui keseluruhan isi kandungan novel yang dipilih.

"Panel tersebut telah diberi tanggungjawab untuk berperanan memilih karya yang terbaik yang dapat memberi kebaikan serta mempunyai makna kepada masyarakat. Jadi kaji ia terlebih dahulu dulu sebelum membuat pilihan," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai novel 'Pantai Kasih' yang dijadikan Komsas Tingkatan Empat tetapi dikatakan turut terpalit dengan unsur lucah dan menonjolkan hubungan negatif antara doktor dan jururawat, sehingga mencetus kemarahan ibu bapa dan orang ramai.

Dilaporkan Kementerian Pendidikan telah mengambil maklum tentang perkara ini dan sedang menyiasat.

Di samping itu Shahrul Nizal berkata penerbit buku umum juga perlu menitikberatkan kualiti penulisan yang akan diterbitkan supaya ia dapat membina pemikiran pembaca daripada hanya berdasarkan kepada faktor keuntungan semata-mata.

"Penerbit buku tidak sepatutnya memberi tumpuan kepada hasil penulisan picisan yang bersifat popular kerana mahu mengejar keuntungan," katanya yang turut menyebut mengenai lambakan novel cinta dengan segala macam tajuk di pasaran berbanding buku ilmiah.

Beliau berkata penulis juga perlu memainkan peranan dalam membina masyarakat membaca yang hebat dengan menghasilkan penulisan yang baik menerusi penggunaan struktur bahasa yang mudah dan tidak mengelirukan pembaca.

"Penulis perlu bertanggungjawab dengan tidak menghasilkan karya yang meracuni pemikiran pembaca. Jangan melacurkan bakat mereka, gunakan penulisan yang baik untuk tujuan yang sepatutnya," katanya.

Penulis novel misteri 'Terjah Sarang Puaka', Syahbudien Abdullah pula berpendapat menjadi tanggungjawab penulis untuk menyampaikan buah fikiran dan idea penulisan tanpa menggunakan gaya bahasa yang negatif dan lucah.

"Jika dahulu kita lihat ramai penulis berkarya kerana memperjuangkan sesuatu perkara mengikut zaman semasa, demi menyampaikan maklumat dan hasrat mereka, tapi kini penulis lebih cenderung menulis berdasarkan idea dan imaginasi mereka semata-mata," katanya.

Justeru itu penulis dan penerbit buku perlu memahami antara satu sama lain dalam menerbitkan sesebuah karya agar ia selari dengan peredaran zaman dan sekali gus dapat mengasah minda pembaca, katanya.

- Bernama

Read more ...

Instagram Digodam, Arja Gagal Buang Video Berseluar Dalam

Lin Ramli, pengurus pelakon Arja Lee, berkata, akaun Instagram pelakon itu telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab, lapor mStar Online. Menurut Lin, telefon bimbit Arja hilang selepas mereka pulang makan malam dan hanya menyedari perkara itu selepas berada di rumah. "Telefon bimbit Arja hilang malam tadi selepas kami pulang dari makan malam. Arja hanya sedar telefonnya tiada ketika sudah berada di rumah," katanya.  Tidak beberapa lama selepas telefon pelakon itu hilang, seorang individu yang menemui telefon itu memuat naik videonya bermain bola di dalam rumah dengan berpakaian ketat dan menonjol di laman Instagram.  "Arja sudah cuba membuang video tersebut, malangnya akaun itu sudah ditukar kata laluan dan dikawal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kesannya, Arja Lee dikecam hebat oleh netizen yang mendakwa dia sengaja mencari publisiti murahan.  Ekoran itu, Arja membuat laporan polis pada jam 2.30 pagi tadi di Balai Polis Mutiara Damansara.  Bagaimanapun, Lin menyatakan Arja belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan pada media berkenaan hal tersebut. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Cabaran ini kecil sahaja - Mukhriz

ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menyifatkan cabaran dihadapi ketika ini sebagai kecil dan yakin ada hikmah yang menanti.
Read more ...

PANAS! Pengolakan Rumah Tangga Fasha Sandha Akhirnya Terjawab

73 Shares

Share

Share

Share

Email

Sebelum ini, kecoh apabila ada dakwaan mengatakan rumah tangga Fasha Sandha sedang bergolak. Malah ada desas desus mengatakan yang punca rumah tangga mereka goyah disebabkan oleh pihak ketiga.- KECOH! Punca Keretakan Rumah Tangga Fasha Sandha Terbongkar

Fasha Sandha yang telah berkahwin dengan Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai pada tahun 2012 telah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan sebentar tadi. Penceraian talak satu itu dilafazkan Jejai dan direkodkan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab dalam kamarnya kira-kira jam 3 petang.

Fasha 3

Sebelum ini, Fasha telah menfailkan tuntutan penceraian mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 Isnin lalu. Hasil perkahwinan ini, mereka telah dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berusia setahun.

Fasha 1

Malah, sebelum ini juga Jejai pernah berkahwin dengan Nora Danish pada tahun 2006 tapi bercerai pada tahun 2008. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Putra Rayqal yang kini berusia tujuh tahun.

Apapun, sudah suratan takdir buat mereka. Mungkin jodoh mereka setakat itu sahaja.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • Perubahan Mengejutkan Fasha Sandha Selepas Dakwaan Rumah Tangga Retak Angkara Pihak Ketiga!
  • PANAS! Komen Mengejutkan Nora Danish Isu Punca Rumah Tangga Fasha Sandha, Jejai Retak
  • Koleksi Foto Fasha Sandha Rai Cukur Jambul Putri Raysha Jemyma
  • Fasha Sandha Akui Semakin Bahagia Disisi Suami Dan Anak-anak
  • 1,433 total views, 1,433 views today

    , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
    Read more ...

    [MAHFUZ KATA AHMAD BASHAH & SEKUTU BIADAP,HINA SULTAN] Kedah Sedang Sambut Hari Keputeraan Sultan, Esok hari kedua kurnia bintang kebesaran

    CELAH GELEGAR [MAHFUZ KATA AHMAD BASHAH & SEKUTU BIADAP,HINA SULTAN] Kedah Sedang Sambut Hari Keputeraan Sultan, Esok hari kedua kurnia bintang kebesaran Tanpa menafikan hak Umno Kedah menuntut supaya menteri besar mereka diganti, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berpendapat masa desakan itu dibuat sebagai tidak wajar. Kata Mahfuz, Kedah kini sedang meraikan sambutan hari keputeraan sultan yang ke-88. "Esok (21 Januari) adalah hari kedua majlis pengurniaan bintang dan pingat kebesaran. "Tiba tiba hari ini mereka (pemimpin Umno Kedah) persembahkan tindakan tidak beradab kepada sultan dan rakyat Kedah yang sedang dalam kegembiraan," katanya dalam kenyataan malam ini. Siang tadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengisytiharkan pemimpin parti itu di negeri berkenaan "hilang keyakinan" dengan kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Justeru mereka menggesa Datuk Seri Najib Razak - sebagai Presiden Umno dan perdana menteri - menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar. Mukhriz yang juga anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Menteri Besar Kedah sekali gus pengerusi perhubungan Umno negeri berkenaan. Untuk makluman, Dr Mahathir adalah salah seorang pengkritik Najib paling lantang. Menurut Ahmad Bashah, 14 ketua bahagian hadir di majlis pengumuman dibuatnya, kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu yang diwakili timbalan ketua bahagian masing-masing. Rakyat tuntut lain Empat sebab disenaraikan Ahmad Bashah yang menjadi punca mereka hilang keyakinan kepada Mukhriz, iaitu gagal menyatukan parti, kurangan perancangan strategik bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, gagal memimpin serta menggerakkan jentera parti serta tidak berkeupayaan menguruskan pentadbiran negeri dengan berkesan. Rakyat berkumpul sokong Mukhriz  Mahfuz berkata, pimpinan Umno Kedah sepatutnya menunggu sehingga perayaan hari keputeraan Sultan Kedah selesa sebelum membuat desakan berkenaan. Katanya, desakan itu yang dibuat pada waktu adalah "tindakan yang tak beradab". "Terpulanglah kepada Umno nak tukar Pengerusi Umno Kedah, tetapi tidak wajar mencetuskan isu ketidakpercayaan kepada menteri besar selepas tuanku sultan menerima lafaz taat setia daripada Mukhriz sebagai yang mewakili kerajaan dan rakyat Kedah. "Tindakan Umno Kedah adalah penghinaan terhadap tuanku sultan," katanya. Kepada Najib, Mahfuz yang juga bekas Naib Presiden PAS berpesan supaya tidak menambah masalah rakyat yang menghadapi masa depan tidak menentu. "Tuntutan rakyat ialah beliau (Najib) melepaskan jawatan sebagai perdana menteri," katanya. - MK
    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *