Recent Post

Monday, August 08, 2016

(25 GAMBAR)Sekitar Majlis Rumah Terbuka Neelofa

Sedihnya hati ini apabila tidak dijemput menghadiri rumah terbuka Neelofa. Kini Abang Nara mengerti bahawa diri ini bukanlah apa-apa di mata Neelofa. Abang Nara kecewa, remuk hati dan ingin menitiskan air mata. Sudahlah tak dapat jumpa Neelofa yang cun melecun, member-member Neelofa pun boleh tahan lawa juga. Ia memang satu kerugian yang amat buat para jejaka yang tidak menghadiri rumah terbuka Neelofa.

neelofa

Tapi Abang Nara tetap percaya kepada pepatah "kalau jodoh tak ke mana". Amboi. Confirm bini belasah kalau baca nie. Hehehe. Gurau-gurau je. Tahniahkepada Neelofa kerana berkongsi rezeki dengan mengadakan rumah terbuka. Semoga makin murah rezeki anda selepas ini. Jom kita layan 24 lagi gambar sekitar majlis rumah terbuka Neelofa.

neelofaneelofaneelofaneelofaneelofaneelofaneelofaneelofaneelofaneelofaneelofaneelofaneelofaneelofaneelofaneelofaneelofaneelofaneelofaneelofaneelofaneelofaneelofaneelofa

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Olimpik: Beasley rayu media tidak 'ganggu' Azizulhasni - Kosmo!

Olimpik: Beasley rayu media tidak 'ganggu' Azizulhasni

08/08/2016 12:34pm

RIO DE JANEIRO - Jurulatih basikal negara John Beasley merayu media Malaysia di sini agar 'tidak mengganggu' pakar keirin Azizulhasni Awang dengan menyatakan jaguh berbasikal itu memerlukan konsentrasi yang tinggi bagi memberi pecutan terbaik pada temasya Sukan Olimpik Rio.

Jurulatih dari Australia itu berkata tiada alasan bagi 'anak emas' beliau atau pelumba sprint wanita, Fatehah Mustapa, gagal beraksi cemerlang pada Sukan Olimpik di sini.

Berhubung kedua-dua atlet yang dikawal ketat media, Beasly berkata: "Anda berpeluang temu bual 100 peratus pelumba itu selepas tamat perlumbaan mereka."

Bercakap pada sidang media di Perkampungan Sukan di sini pada Ahad, beliau berkata akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan Azizulhani berjaya ke final pada 16 Ogos.

Beliau melahirkan keyakinan Azizulhasni telah bersedia sepenuhnya untuk beraksi dan dalam posisi terbaik memenangi pingat emas. - Bernama

Read more ...

Ada Sebab Huawei Akan Jadi Pengeluar Telefon Bimbit Terbesar

Sejak dua menjak ini, ramai kawan-kawan bertanyakan kepada Budiey telefon bimbit terbaru manakah yang lebih mendapat tempat di hati pengguna dan jadi trending digunakan sekarang ini. Pilihan Budiey, sudah tentu telefon pintar yang harganya murah tapi setanding dengan jenama 'grand' yang lain. Sebenarnya, ia satu soalan yang agak sukar untuk dijawab kerana ia memerlukan kajian terperinci tentang pilihan orang ramai sekarang ini secara global dan domestik. Nak tak nak Budiey buat carian di Google tentang kajian.

Google punya google, Budiey terjumpa dua artikel blog di internet yang menjawab soalan ini.

Huawei

Nampaknya, kalau sebelum ini kita dapat saksikan persaingan hebat antara Apple dan Samsung, tapi sekarang persaingan itu tidak pada dua jenama ni je. Ada jenama lain yang tidak kurang hebat dan bakal memberi saingan sengit kepada dua jenama gergasi ini. Haaa, jaga-jaga!Budiey juga perhatikan dah ramai kawan-kawan semua menggunakan produk lain selain syarikat gergasi ini terutama telefon bimbit berjenama Huawei. Pastinya mereka ada sebab mereka sendiri kan kenapa mereka memilih jenama Huawei.

Budiey berpendapat ini satu persaingan yang 'sihat' apabila telefon bimbit dari Huawei berada di pasaran. Budiey kira, ramai yang memilih Huawei sekarang ini sebab harga yang sangat berpatutan dan murah berbanding Samsung dan iPhone.

Terbukti jelas apabila satu kajian dari Kantar Worldpanel menunjukkan jualan telefon bimbit Huawei semakin meningkat apabila pengguna berat hati tidak mahu bertukar kepada jenama yang agak merosot jualan.

Dalam kata lain, Apple dan juga Samsung tak yah nak risau untuk bersaing satu sama lain dah sebab sekarang ini giliran Huawei pula untuk mendapat tempat dan bakal menjadi pengeluar telefon pintar pada masa akan datang.

Huawei

Dengar ceritanya, Huawei sekarang ini bekerja keras dan berusaha target untuk mengambil alih Apple sebagai pengeluar telefon pintar kedua terbesar menjelang 2020. Korang agak-agak berjaya tak Huawei lawan Apple dan Samsung?

Berjaya atau tak, Budiey rasa dah tiba masanya, Apple dan Samsung kena buka mata luas-luas dan berhati-hati dengan saingan sengit dari Huawei. Jadi, zaman persaingan Apple bersaing dengan Samsung dah berakhir dah.

Tidak mustahil, selain menjadi pengeluar gadget dan peralatan berasaskan internet, Huawei bakal menjadi salah satu daripada tiga jenama telefon mudah alih terbesar di dunia.

Buktinya, Budiey sendiri dapat lihat selepas Huawei melancarkan telefon pintar paling nipis di dunia. Ini mengejutkan ramai pihak dan pengeluar yang lain. Macamana Huawei boleh menandingi

Formula atau resepinya sangat mudah, Huawei ada visi dan misinya sendiri dengan membuktikan telefon pintar yang terbaik di dunia dan menjualnya dengan harga yang lebih murah daripada Apple atau Samsung. Bijakkan?

Bunyi ayat tu agak gah je kan, tapi untuk jadi pengeluar telefon pintar terbesar dan disegani tidaklah mudah sebab ye la kan… apa-apa pun boleh jadi. Korang rasa macamana? Tidak ke ini satu cabaran besar nak bertanding… eh?

Kalau kita tengok, Samsung ada banyak duit dan kewangan untuk labur beli iklan dan marketing serta promosi. Berbeza dengan Huawei yang masih dalam peringkat permulaan untuk mengembangkan promosi dan marketing.

Namun, Budiey lihat, Huawei ada strategi tersendiri di mana Huawei ada hubungan yang rapat dengan Google. Huawei berusaha gigih nampaknya untuk menjadikan telefon bimbit keluaran mereka lebih mesra pengguna dengan ciri-ciri dan fungsi yang dipertingkatkan.

Budiey suka nak quote kata Guevneur di mana menurutnya:

"Starting with the US, in the three months ending May 2016, Samsung accounted for 37% of smartphone sales and Apple 29%. However, sales of their respective flagship models reveal a much closer competition, with the Galaxy S7/S7 Edge accounting for 16% of sales and the iPhone 6s/6s Plus at 14.6%.

"What's more, when we look at where these purchases are coming from, just 5% of Samsung purchases came from those switching away from Apple, while 14% of Apple purchasers came from those switching away from Samsung. In both cases, the majority of sales came from customers repurchasing and upgrading within their preferred brand. Among those intending to change devices within the next year, 88% of current Apple users and 86% of Samsung users intend to stay loyal.

"Britain reveals a closer race between the two brands, who together account for nearly three of every four phones sold, each with 36% of sales. Here we see the iPhone 6s and 5s as the two best-selling devices in the three months ending May 2016, followed by the Samsung Galaxy J5, and the iPhone SE.

"Interestingly, in both the US and UK markets, Samsung and Apple claim the entire top 10 list of smartphones sold. Only when expanding our view to the top 20 do we begin to see brands such as LG (in the US) and Sony (in the UK) make an appearance. These markets have also seen smartphone sales flatten or drop in the latest year, as fewer new consumers are available and consumers are upgrading at a slower pace."

Huawei

Kesimpulannya, Budiey kira dah ramai tahu kenapa telefon pintar Huawei akan menjadi salah satu pengeluar terbesar di masa depan. Ini adalah kerana kualiti dan juga harga yang murah di mana produk ini setanding dengan pengeluar gergasi malah ia lebih advance dari mereka.

Apa-apa pun, pilihan di tangan anda!

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Mufti Cuma Beri Nasihat Agar Elak Dari Main Pokemon Go, Bukan Haram Seperti Mana Yang Diputarbelit

Kuala Lumpur, 7 Ogos - Susulan isu hukum penggunaan permainan Pokemon Go baru-baru ini, kurator bagi laman Facbeook Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tampil menjelaskan isu tersebut.

Menurut penulis status tersebut, salah faham telah berlaku terhadap kenyataan yang dikeluarkan dan Ustaz Dr. Zulkifli tidak pernah mengatakan permainan tersebut haram.

Menurut kenyataan itu, Ustaz Dr. Zulkifli tidak pernah memberi kenyataan permainan itu haram tetapi beliau menggunakan kalimah-kalimah yang menzahirkan KECENDERUNGAN beliau ke arah pengharamannya iaitu "PERLU DIJAUHKAN permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

Berikut adalah penulisan penuh kenyataan tersebut.

"MUFTI MEMBERI NASIHAT AGAR ELAK DARI MAIN POKEMON GO, BUKAN MENYATAKAN HARAM SEPERTIMANA YANG DIPUTARBELIT OLEH SEGELINTIR MEDIA"

1. Pihak kami amat kesal dengan salahguna tajuk berkenaan fatwa Pokemon Go oleh beberapa media altern atif atas talian (online) yang sewenang-wenangnya meletakkan kesimpulan tanpa kajian mendalam. Manipulasi tajuk yang dibuat sedemikian memberikan imej yang negatif kepada institusi mufti dan kefatwaan dan imej agamawan Muslim keseluruhannya di mata umat Islam dan juga saudara-saudara non Muslim yang kita kasihi.

2. Jika diteliti dalam fatwa yang dikeluarkan oleh mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan, SS Mufti sama sekali tidak menggunakan istilah 'Haram'. Apa yang jelas, beliau menggunakan kalimah-kalimah yang menzahirkan KECENDERUNGAN beliau ke arah pengharamannya iaitu "PERLU DIJAUHKAN permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat." Sebab utama SS Mufti tidak menggunakan istilah 'Haram' kerana ia bukan sesuatu yang qat'ie iaitu ada hukumnya dalam Qur'an dan Sunnah.

3. Kaedah sebegini adalah antara manhaj (metodologi) Imam al-Syafie dalam mengeluarkan hukum/fatwa. Sebagai contoh, Imam al-Syafie adaka lanya dalam satu-satu hukum menyatakan 'akrah' (aku benci) atau kadangkala beliau kata 'lam uhibb' (aku tidak suka). Beliau tidak menggunakan istilah haram atau harus atau lain-lain istilah secara jelas. Untuk lebih lanjut, rujuk buku:Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2010. Istilah-Istilah Fiqah dan Usul: Empat Mazhab (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

4. Jika perkataan haram digunakan, ia adakalanya nemberi impak yang negatif dan mungkin kurang sesuai dengan situasi masyarakat kita. Tujuan SS Mufti memilih untuk menggunakan ayat "PERLU DIJAUHKAN permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat." adalah bagi menggambarkan bahawa beliau AMAT TIDAK GEMAR permainan Pokemon Go ini dimainkan atas beberapa hujah yang telah dinyatakan di sini

5. Justeru, kami menyeru kepada se luruh masyarakat untuk menyelidik terlebih dahulu akan berita-berita yang didengari atau didapati di media sosial. Bertakwalah kepada Allah dan ingatlah pesanannya dalam Surah al-Hujurat:

6. Boleh baca Bayan Linnas berkenaan konsep Tabayyun di sini

Sumber : FB Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Read more ...

Tuntutan untuk raja bergelar Perak pula timbul

Pertikaian takhta kesultanan Perak sudah berlalu. Sultan Nazrin Shah telah ditabalkan sebagai sultan ke-35 negeri dalam upacara penuh istiadat yang diwarisi sejak kesultanan Melayu Melaka.

Bagaimanapun, tidak sunyi daripada tuntutan demi tuntutan, waris-waris dan kerabat lain kini berharap dipertimbangkan pelantikan sebagai raja bergelar, sekali gus anggota Dewan Negara Perak.

Peniaga Mohamad Fuad Othman, 63, antara yang tampil memohon badan penasihat diraja itu mempertimbangkan perkara itu, setelah wawancara dengan calon-calon dijalankan dewan itu bulan lalu.

Mohamad Fuad, yang memandu lebih 200km dari Kuala Kangsar ke pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya, berharap dua lagi kekosongan raja bergelar yang belum diisytihar diberi kepada waris sultan ke-18 dan ke-12 Perak.

"Kita minta dua kekosongan dimasukkan oleh waris yang tegar (sebelah lelaki, seperti dalam perwalian perkahwinan).

"Saya memohon kerana Allah bukan kerana jawatan kerana saya tidak ada sebarang jawatan di istana, tak ada apa yang saya nak rayukan pada mereka," katanya.

Beliau berkata, sebagai keturunan Temenggung di Perak, beliau merasakan bertanggungjawab menjaga adat dan agama di negeri itu.

Mohamad Fuad hadir bersama beberapa orang lagi kerabat dua sultan itu, yang masing-masing enggan kenyataan mereka dipetik.

Mereka membawa bersama salasilah panjang kesultanan negeri itu, bersama undang-undang tubuh dan buku-buku sejarah negeri.

Mohamad Fuad berkata permintaan itu selari dengan keutamaan dua keturunan itu seperti dinyatakan dalam Perkara 8 Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Bukan sistem turun temurun

Di Perak, sultan dilantik berdasarkan sistem kenaikan pangkat, bukannya mengikut sistem turun temurun daripada raja pemerintah kepada puteranya.

Sistem ini bermula dengan pelantikan sebagai Raja Kechil Bongsu, diikuti Raja Kechil Tengah, Raja Kechil Sulung, Raja Kechil Besar, Raja Di Hilir, Raja Muda dan seterusnya sultan Perak.

Kini, daripada tujuh pangkat itu, hanya dua yang belum diisytihar, iaitu Raja Kechil Bongsu, diikuti Raja Kechil Tengah.

Mohamad Fuad berkata beliau pernah membuat laporan polis beberapa kali berkaitan perkara itu, terakhir pada Mei lalu lalu.

Beliau juga pernah pernah berkata ada menulis surat memohon Dewan Negara Perak mempertimbangkan perkara itu tetapi didakwa tidak berbalas.

"Saya dah buat surat sebanyak empat kali... Dan yang terakhir saya telah hantar pada setiausaha Dewan Negara Perak (baru-baru ini)," katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi istana, Dewan Negara Perak dan kerajaan negeri berkaitan tuntutan itu.

Sultan Nazrin, ketika itu Raja Muda ditabalkan sebagai sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 6 Mei lalu.

Baginda, ketika menjadi Raja Kecil Besar sebelum ini didakwa melangkau giliran selepas Raja Muda Raja Ahmad Siffudin Sultan Iskandar Shah dan Raja di Hilir Raja Ahmad Hisham Abdul Malek atas faktor tertentu.

Persoalan ini telah dibangkitkan melalui tulisan-tulisan di Internet. Antara yang pernah menulis perkara ini ialah penulis politik terkenal Syed Hussien Alattas.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *