Wednesday, February 03, 2016
Kenyataan FinanceAsia dibidas, ekonomi berkembang di bawah pimpinan Najib - MoF
Bekas Suami Doakan Kebahagiaan Nabila Huda Dan Suami Baharunya
Bekas suami kepada aktres Nabila Huda iaitu Eddie Tiga Swagger mengakui beliau cukup gembira apabila mengetahui bekas isterinya itu sudah mendirikan rumah tangga dan bersyukur Abil sudah bertemu dengan seseorang yang mampu menjaga beliau dengan baik.
Malah, Eddie sebenarnya sebelum ini pernah mendoakan agar Abil dijodohkan dengan lelaki wanita idaman beliau selepas kedua-duanya berpisah sekitar tahun 2011.
Selepas saya menerima berita mengenai perkahwinan mereka, apa yang boleh saya katakan, saya tersangat gembira dan terharu. Saya benar-benar bersyukur kerana Abil (panggilan untuk Nabila) sudah menemui lelaki yang mampu menjaganya. Inilah juga apa yang saya mahukan selama ini.
Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dan inilah yang membuatkan saya sangat gembira. Inilah juga perkara yang diingininya.
Ditanya mengenai perancangan beliau pula untuk berkahwin, Eddie menjelaskan buat masa ini beliau masih belum terfikir soal kahwin dan mengutamakan anak perempuan bersama Abil iaitu Keisha Laila.
Jodoh saya pula bagaimanapun belum sampai lagi. Buat ketika ini saya perlu fikirkan mengenai Keisha. Kalau hendak mencari calon isteri pun, saya akan fikirkan mengenai anak saya dulu. Jika jodoh saya sudah tiba nanti, saya pasti Abil juga turut gembira.
Meskipun sudah lama berpisah, Eddie, Abil dan Izwan mempunyai hubungan yang agak baik demi Keisha.
Eddie mendirikan rumah tangga dengan Abil pada 6 Disember 2008 dan bercerai 3 tahun kemudian. Satu-satunya anak perempuan mereka Keisha Laila kini sudah berusia 6 tahun.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.SEJAK BERHIJAB - SARA ALI MULA 'LUPA' DUNIA LAKONAN
Bukan mudah untuk melepaskan apa yang sudah kita ceburi. Tambah-tambah bila diri sudah popular sebagai artis dan sering menjadi sebutan peminat.
Namun bagi Sara Ali, dia kini semakin kurang minat untuk berlakon setelah mendapat hidayah Allah SWT mengenakan hijab. Entah kenapa, secara tiba-tiba jiwanya seolah hilang selera untuk terus berkecimpung dalam dunia lakonan yang penuh glamor itu.
"Sejak mendapat hidayah, jiwa untuk berlakon hilang serta merta, sudah rasa tidak mahu berlakon lagi," ujarnya.
Antara sebab lain hatinya tawar ialah karakter yang diberikan padanya sentiasa berulang hingga menyebabkan dia kini kurang berminat.
Untuk info, Sara Ali sebenarnya mengenakan hijab sudah sekian lama tetapi belum ada masa yang sesuai untuk mengetengahkannya. Bagaimanapun, beberapa hari sebelum menjengah ke tahun 2016, dia akhinya sudah yakin dan nekad untuk terus kekal bertudung sepenuhnya.
"Kalau sudah pakai tudung ianya seperti menjaga maruah kita sendiri. Benda tersebut sangat berharga dan wajib untuk kita ikut.
"Sebelum ini ada yang komen mengenai pemakaian tudung semua itu saya malas nak layan sebab ini semua ketentuan daripada Allah," tambahnya dipetik sebagai berkata.
Terkini, Sara Ali sibuk mengembangkan bisnesnya untuk membantu usahawan-usahawan Melayu dalam penjualan tudung.
Sumber: RK
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomAkim & Stacy Nikah Scara Tertutup Jumaat Ini!
Memetik laporan BH online, pasangan ini dijangka melangsungkan majlis pernikahan pada sebelah pagi sebelum solat Jumaat manakala majlis resepsi pula berlangsung di tempat sama pada sebelah malam.
"Majlis pernikahan dan resepsi yang bakal berlangsung pada Jumaat ini dirancang secara sederhana atas permintaan keluarga. Saya pula memilih rona biru kerana ia adalah warna kegemaran saya.
"Saya bakal ke Sabah, esok (Rabu), kerana terlebih dulu perlu melunaskan tuntutan kerja sebelum terbang ke sana. Malah, saya dan ibu juga pergi ke Singapura untuk membeli hantaran pada saat akhir.
"Dalam masa yang sama saya turut melayangkan kad jemputan kahwin pada keluarga yang tinggal di kota Singa," kata Akim.
Terdahulu, pasangan Akim, 25, dan Stacy, 26, mengikat tali pertunangan pada 26 September lalu dalam sebuah majlis yang juga diadakan secara ter tutup.
Sumber BH Online
Artikel diolah oleh Syafiqah Jalal
Artikel ini disiarkan pada 3 Februari 2015
Tok Siak maut dalam kemalangan - Kosmo!
03/02/2016 11:41am
Hamat maut dalam kemalangan berkenaan.
KOTA BHARU - Seorang lelaki yang merupakan tok siak sebuah masjid di Kok Lanas maut selepas terlibat kemalangan jalan raya di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh di sini malam tadi.
Dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah malam itu, mangsa, Hamat Mustaqim Zulkifli, 25, yang menunggang motosikal jenis Honda maut serta-merta di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, motosikal mangsa cuba memotong sebuah pikap jenis Toyota Hilux sebelum tergelincir dan masuk sedikit ke laluan bertentangan.
"Sebuah kereta jenis Honda Jazz dipandu seorang lelaki berusia 27 yang datang dari arah Ketereh menghala ke Kota Bharu telah berlanggar dengan motosikal mangsa.
"Penunggang motosikal itu maut di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987. K! ONLINE
Ulasan Konsert Mentor Milenia Minggu Pertama
Menari sambil menyanyi, kelainan yang ditonjolkan oleh Mya (Nurul Amira Bt Mat Nasir, 20), protégé kepada Hazama menerusi lagu rancak "Ikut Rentakku" ternyata berhasil apabila dia telah diumumkan sebagai juara mingguan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 1000.
Bagi Fareez (Muhammad Fareez Hazwan, 18) dan Han (Muhammad Afeeq Farhan, 20) yang menduduki tangga paling corot boleh tarik nafas lega apabila tiada penyingkiran dilakukan pada persembahan yang lepas. Namun, mereka perlu lebih fokus dalam saingan seterusnya bagi membuktikan kemampuan masing-masing supaya terus kekal di gelanggang Mentor Milenia.
Konsert mingguan Mentor Milenia yang berlangsung pada 31 Januari itu merupakan battle pertama di mana Nuri & Zetty (Azlan), Qody & Wanie (Black), Fareez & Mya (Hazama) dan Han & Ebba (Akim) berentap untuk meraih undian daripada juri awam dan juga penonton.
Suasana studio dihangatkan dengan persembahan pembukaan oleh Akim & The Majistret, pemenang Juara Lagu 30 dengan rangkaian lagu Mewangi dan Potret. Selepas itu, penonton dihiburkan dengan persembahan daripada para protege iaitu Wanie (Hanya Satu oleh Nora), Fareez (Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol), Han (Kasih Latifah oleh Spider), Zetty (Putus Terpaksa oleh Ziana Zain), Qody (Pada Syurga Di Wajahmu oleh Nash), Mya (Ikut Rentakku oleh Jaclyn Victor), Nuri (Mengapa oleh Nicky Astria), Ebba (Keliru oleh Nurul & Ajai) serta persembahan penutup oleh semua protege menerusi lagu tema filem Diwale, Janam Janam.
Muhamad Sufian Isa, Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia berkata, "Saingan pertama Mentor Milenia pada hari Ahad yang lepas dilihat kurang menyengat apabila ada protege yang gagal memberikan impak besar. Kami memahami tekanan yang dialami oleh protege yang baru mahu belajar bertatih dalam industri ini. Jadi, tiada penyingkiran dilakukan kerana kami mahu memberikan peluang kedua bagi mereka untuk memperbaiki kelemahan. Selain bersandarkan bakat, para protege perlu memiliki ketahanan fizikal dan mental yang kental bagi mengharungi tempoh pertandingan ini. Kami mengharapkan persembahan yang lebih mantap di saingan akan datang."
Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, program Mentor kini dianggap nadi utama program realiti di TV3 khususnya dan tempatan pada amnya. Lebih membanggakan, Mentor Legend telah dinobatkan sebagai Rancangan Realiti Terbaik di Anugerah Skrin 2015. Selepas tujuh musim, Mentor kembali dengan konsep dan format baharu iaitu Mentor Milenia yang membariskan Akim, Azlan, Black dan Hazama sebagai barisan mentor.
Berlainan dengan musim-musim sebelum ini, Mentor Milenia menampilkan empat artis popular yang merupakan idola golongan muda untuk memberikan tunjuk ajar berkaitan bidang nyanyian, seni persembahan dan memperlengkapkan diri sebagai penghibur. Terkenal dengan kekuatan vokal dan sentiasa memukau penonton ketika beraksi di pentas, mereka jelas mempunyai kualiti untuk menyandang tanggungjawab sebagai mentor.
Malahan, mereka juga bukanlah nama asing dalam industri hiburan dan pernah melayakkan diri bertanding di anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL). Pengalaman mereka dalam mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran dalam industri hiburan sehingga berjaya dalam usia muda boleh dijadikan sumber inspirasi kepada anak muda yang berazam untuk berjaya seperti mereka.
Mentor Milenia akan bersiaran sebanyak sembilan episod dan dikendalikan oleh Issey Fazlisham dari kumpulan Titan dan Marsha Milan Londoh sebagai pengacara. Mentor Milenia juga memaparkan kelainan daripada musim-musim sebelumnya apabila keempat-empat mentor ini menjadi pengkritik tetap di setiap konsert mingguan.
Program ini tidak akan mempunyai panel juri profesional kerana keputusan persembahan para protege terletak kepada jumlah undian daripada juri awam di studio iaitu sebanyak 30% dan 70% menerusi laman web rasmi Mentor Milenia (www.tv3.com.my/mentormilenia). Protege yang gagal meraih jumlah undian tinggi akan disingkirkan. Di peringkat akhir nanti, Juara Mentor Milenia bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.
Lebih mengujakan, Mentor Milenia dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku Penaja Utama manakala Tonton sebagai Geng Digital, Hot FM sebagai Geng Radio dan Harian Metro sebagai Geng Media.
Sidang produksi Mentor Milenia diketuai oleh Muhamad Sufian Isa sebagai Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia dan Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) sebagai penerbit. Mentor Milenia ini turut menampilkan Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok-U sebagai pengarah muzik.
Mentor Milenia bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.00 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 9.30 pagi). Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protege disiarkan pada setiap hari Ahad, pukul 6.02 petang.
Layari laman web rasmi www.tv3.com.my/mentormilenia serta Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Gunakan hashtag #MentorMilnenia untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman sosial. Penonton yang terlepas menyaksikan program ini juga boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.
Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
Sara Ali: Pakai Tudung Jaga Maruah, Wajib Kita Ikut
Pelakon Sara Ali yang baru sahaja berhijab pada bulan Januari lalu, memberitahu memakai tudung adalah seperti menjaga maruah seorang wanita.
"Kalau sudah pakai tudung ianya seperti menjaga maruah kita sendiri. Benda tersebut sangat berharga dan wajib untuk kita ikut. Tetapi kalau hidayah tak sampai ke atas diri kita nak buat macam mana'kan?"
"Sebelum ini ada yang komen mengenai pemakaian tudung semua itu saya malas nak layan sebab ini semua ketentuan daripada Allah," katanya yang ditemui di Majlis Gong Xi Raya, anjuran Paranormal Talent petang kelmarin.
Terdahulu, Sara Ali menjelaskan dia terdetik untuk mengenakan tudung atau hijab sudah sekian lama tetapi belum ada masa yang sesuai. Setelah mendapat hidayah beberapa hari sebelum menjengah ke tahun 2016, dia sudah yakin dan nekad untuk memakai tudung sepenuhnya.
"Saya mendapat hidayah dan setelah itu jiwa saya untuk berlakon hilang serta merta, sudah rasa tidak mahu berlakon lagi," ujarnya.
Tambahnya lagi, karakter yang diberikan untuknya sentiasa berulangan menyebabkan dia kini kurang berminat untuk berlakon seperti sedia kala. Tetapi tidak menolak sekiranya mempunyai skrip atau karakter yang bersesuaian dengan imejnya yang terkini.
Dalam pada itu, Sara Ali kini sibuk mengembangkan bisnesnya untuk membantu usahawan-usahawan Melayu amnya dalam menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.
Berita berkaitan:Nora Terkejut Dengar Nama Anak Fasha!
Saya tertekan, kata Eina Azman
Taleeb Mizad bakat dari Youtube
Rozita Che Wan umum tarikh perkahwinan
Rumahtangga retak: Adam akan beri penjelasan?
Komencomments
'Kita Sudah Terlewat Untuk Menghalang Penularan Virus Zika'
16 Individu Dilarang Beri Ceramah di Johor
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abdul Mutalip Abdul Rahim, tindakan itu suslan kebimbangan yang disuarakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berhubung perpecahan yang timbul dalam kalangan umat Islam.
Menurutnya juga, kerajaan negeri tetap dengan pendirian melarang penceramah bebas berkenaan dari berceramah atau menyertai sebarang majlis keagamaan di negeri terbabit bagi mengelak berlaku sebarang kekeliruan atau mengeluarkan kenyataan yang tidak sesuai dengan Johor.
"Tuanku sebut Johor perlu jadi Johor dan mereka yang mempersoalkan hukum tahlil, bertahmid, tarikat dan sebagainya ini menimbulkan kekeliruan dan keraguan dalam kalangan umat Islam di negeri ini.
"Sebelum ini (zaman dahulu) tidak timbul soal hukum tahlil dan sebagainya, tetapi bila adanya mereka (penceramah) yang men geluarkan kenyataan ini, sehingga mewujudkan perpecahan dan perbalahan antara umat Islam itu sendiri," katanya sebagaimana lapor BH Online.
Selain itu, Abdul Mutalip juga berkata pihaknya masih memantau beberapa individu lain dan sama ada mereka dibenarkan untuk berceramah di negeri itu akan diputuskan dalam masa terdekat.
"Masing-masing ada Undang-undang Tubuh dan Enakmen sendiri, jadi apa yang diperkatakan itu amalkan sahaja di negeri mereka dan tidak perlu membawa kekeliruan itu di Johor.
"Berceramah bukan satu medan untuk mencari makan dan tidak keberatan saya katakan mereka ini hanya mencari makan kerana dahulu tidak pernah timbul isu seperti ini," katanya.
Dokumen larangan tersebut tersebar melalui aplikasi WhatsApp sehingga ada penceramah yang tersenarai sudah mengeluarkan kenyataan.
Antara nama yang tersenarai di dalam dokumen itu adalah Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin dan Fathul Bari serta 14 individu lain. - Siakapkeli.my
Polis nasihat jangan buat spekulasi, provokasi politik Kedah
Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan provokasi berhubung krisis kedudukan menteri besar negeri itu, termasuk menyebarkannya di media sosial.
Beliau berkata mereka juga tidak harus melakukan tindakan yang boleh mencetuskan pergaduhan, perbuatan khianat dan sabotaj dalam krisis politik itu.
Semua pihak termasuk penyokong pemimpin tertentu perlu bertenang bagi memberi peluang kepada kepimpinan parti politik dan pihak berkaitan menyelesaikan krisis yang dihadapi, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah semalam.
Beliau merujuk kepada insiden penemuan paku bertaburan di jalan utama pintu masuk Stadium Darul Aman.
"Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan kita sedang mengesan individu yang melakukan perbuatan itu," kata Zamri.
- Bernama
Dilabel âKaki Kikisâ, Puteri Aisyah Bidas Komen Netizen!!
Pelakon yang sedang meningkat naik Puteri Aisyah yang dikenali menerusi drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku siaran TV3 ini diburu kontroversi panas. Malah, segelintir pihak melabelkannya sebagai perempuan 'kaki kikis'.
Puteri Aisyah yang lahir dari program Dewi Remaja ini merupakan anak kelahiran Johor menafikan segala dakwaan tersebut. Biarpun baru berusia 22 tahun, Puteri Aisyah agak terkilan dengan dakwaan tersebut dan dia mengatakan kehidupannya hanya biasa-biasa saja.
"Kalau saya 'kaki kikis', sudah lama saya kikis banyak lelaki supaya ada segalanya. Rumah, kereta apa sahaja. Tapi, kehidupan saya biasa-biasa. Tiada apa yang membuktikan saya ini kaki kikis."
"Lagipun bagi saya, biarlah kekayaan itu lahir daripada hasil titik peluh kita sendiri. Kepuasannya berbeza, biarlah lambat untuk mencapai impian tetapi jangan kita memilih jalan yang salah semata-mata untuk jadi kaya."
Bahkan bagi Puteri Aisyah, tiada apa yang perlu dibanggakan melainkan mempunyai sebuah keluarga bahagia dan memahami kerjaya seninya. Malah menurutnya setiap orang mempunyai persepsi tersendiri dan hanya menilai dari gambar yang dikongsi di media sosial tanpa mengetahui hujung pangkal cerita. Jadi jalan yang terbaik adalah memekakkan telinga sahaja.
"Saya mengambil jalan mudah iaitu memekakkan telinga sahaja apabila dituduh sedemikian rupa kerana bagi saya, tidak perlu untuk kita melayan pemikiran mereka yang hanya untuk menjatuhkan kita."
Apabila bercerita mengenai soal cinta, Puteri Aisyah mengakui bahawa dia hanya ingin fokus 100% kepada kerjaya seninya dan tidak mahu memikirkan tentang soal cinta. Malah, Puteri juga mengatakan jika dia berjumpa jodoh di lokasi, dia menerima dengan hati terbuka.
"Saya kalau boleh tidak mahu terlibat dengan cinta lokasi, namun sekiranya jodoh itu ada, siapalah kita mahu menolaknya. Tetapi nanti-nantilah, saya tidak mahu fikir pasal itu lagi."
"Sejujurnya, saya seorang yang setia pada cinta dan susah untuk jatuh hati pada sesiapa. Tidak mempunyai sebarang kriteria lelaki idaman, yang penting adalah hati yang ikhlas dan boleh 'masuk' dengan saya."
Apapun, semoga Puteri Aisyah tabah menghadapi dugaan ini. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Siapalah kita untuk menilai seseorang itu kan??
LAGI ARTIKEL MENARIK:
2,090 total views, 2,090 views today
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...