Recent Post

Tuesday, February 02, 2016

Mesyuarat exco Kedah esok ditangguhkan

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Mohd Fisol Jaafar tetapi beliau tidak mengulas lanjut atau menyatakan sebab mesyuarat itu ditangguhkan.
Read more ...

Ingat Saya Kesah? รข€“ Respon Fazura Bila Peminat Suruh Unblock Rakannya Di Instagram

Mempunyai jumlah pengikut di Instagram bukan satu perkara yang begitu senang buat artis Malaysia kerana pelbagai macam ragam peminat  setiap hari.

Kali ini Fazura sekali lagi menjadi isu hangat di media sosial apabila mengendahkan permintaan seorang peminat untuk unblock rakannya di Instagram.

Malah, screenshot perbualan itu turut dimuat naik oleh indvidu berkenaan di Twitter. Kalau lihat, memang win betul komen Fazura terhadap individu berkenaan.

Mungkin ada sebab tertentu mengapa Fazura block rakan beliau, iyalah kalau lihat komen dekat Instagram lebih banyak yang negatif daripada positif. Apa-apa pun dik, tidak perlu lah sedih sangat yee..

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

UNTUNG RM50 JUTA SETAHUN - MAMPUKAH NEELOFA IKUT JEJAK DATO' VIDA?

Meskipun baru berusia 26 tahun, tetapi Neelofa sudah untung besar apabila empayar perniagaan tudungnya (Naelofar Hijab), mengaut keuntungan sebanyak RM50 juta pada 2015. Fakta ini bukan auta, tetapi ia didedahkan oleh BBC News hujung tahun lalu.

Ikhlasnya, keuntungan RM50 juta merupakan satu pencapaian yang cukup luar biasa bagi seorang peniaga amatur seperti Neelofa.

Bila media menggelarkannya jutawan baru, Neelofa yang lebih mesra dengan panggilan Lofa, hanya tersenyum dan malu-malu. Katanya, gelaran jutawan yang diberikan masyarakat kepadanya diambil sebagai satu doa untuk menjadikan dia insan yang lebih berjaya dari semasa ke semasa.

"Alhamdulillah, apa yang boleh saya katakan ia berpu nca hasil kerja titik peluh saya dan keluarga. Ia takkan berlaku hanya jika saya seorang yang melakukannya.

"Pada masa yang sama, saya ingin bisnes ini terus berkembang dan kukuh sehingga berjaya menembus pasaran antarabangsa. Saya yakin dengan sokongan pelbagai pihak, Naelofar Hijab akan terus berkembang sebagai jenama yang menjadi fenomena di dalam dan luar negara.

"Apapun, saya harapkan dengan kejayaan yang dipinjamkan Allah SWT hari ini tidak membuatkan diri alpa tentang siapa saya sebelum ini. Saya masih Neelofa yang sama pernah kalian kenal sejak enam tahun lalu," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Persoalannya sekarang, mampukah Lofa mengikut jejak Dato' Seri Vida yang terkenal dengan kejayaannya dalam bisnes ? Ikhlasnya, tiada yang mustahil jika kita rajin berusaha. Tak gitu?

Sumber: Kosmo - Foto: Lofa IG

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Syamel Tidak Terburu-Buru Cipta Single Baru

Naib Juara Akademi Fantasia 2015 Syamel, akui tidak terlalu terburu-buru untuk mencipta lagu terbaru selepas kemunculan single pertamanya iaitu Hidup Dalam Mati berjaya mencuri perhatian peminat muzik tanah air.

Dia membuat keputusan sebegitu kerana lagu Hidup Dalam Mati, masih lagi disukai ramai serta masih menjadi siulan pendengar.

"Niat untuk cipta lagu baru memang ada tapi saya tidak mahu buat cepat sangat. Sebab lagu yang ada sekarang ini masih lagi digemari ramai.

"Apabila lagu Hidup Dalam Mati semakin kurang mendapat perhatian barulah saya akan cipta lagu baru mengikut kesesuaian semasa," kata Syamel yang ditemui media di Majlis Pengumuman Top 5 Anugerah MeleTOP 2016 (AME2016) baru-baru ini.

Dalam pada itu, Syamel turut ditanya apa jenis genre lagu yang bermain difikirannya untuk dia cipta di masa akan datang.

Lantas Syamel menjawab, masih belum terfikir lagi dan mungkin dia ingin bekerjasama dengan komposer lain untuk hasilkan lagu yang sedap.< /p>

"Tak tahu nak cakap macam mana, sebab belum terfikir lagi. Kalau diberi peluang, saya mahu sangat bekerjasama dengan komposer lain seperti Omar K, Ajai dan Hang Nadim. Lagipun saya meminati karya-karya mereka.

"Apa-apa pun saya sangat bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh pendengar terhadap lagu Hidup Dalam Mati. Ia sangat luar biasa.

Menyentuh mengenai AME2016, Syamel tercalon dalam 3 kategori iaitu Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP dan Artis Baharu MeleTOP. Syamel antara satu-satunya pendatang baru yang tercalon dalam banyak kategori.

"Alhamdulilah, saya terharu dengan pengundi yang mengundi saya sehingga tercalon TOP 5 dalam AME2016.

"Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak, walaupun masih baru dalam industri hiburan ini, tercalon dengan nama-nama besar buat saya rasa gementar.

"Jadi, saya harap sokongan seperti ini akan terus kekal dan sokongan peminat adalah penanda aras kejayaan seseorang artis kita," akhiri Syamel.

Oleh Mo hd Isharulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Selasa, 2 Feb 2016

Read more ...

MOTOGP: Yamaha Terdepan di Sepang Malaysia - Pojok Sulsel

PEMBALAP Yamaha Jorge Lorenzo membuktikan bahwa paket regulasi baru MotoGP bukannya menurunkan performanya namun justru sebaliknya. Pada hari pertama uji coba pra-musim Sepang rider Majorca itu mendominasi dengan catatan waktu impresif.

Menunggang YZR-M1 generasi terbaru waktu terbaiknya 2 menit 0,68 detik. Raihan itu berselisih lebih dari satu detik dari rekan setimnya Valentino Rossi di urutan kedua dengan catatan waktu terbaik 2 menit 1,171 detik.

Dominasi Lorenzo sudah tampak sejak awal sesi berdurasi empat jam tersebut. Dialah rider pertama yang sukses menembus plafon 2 menit 1 detik. Waktunya 2 menit 0,863 detik langsung mengereknya ke posisi puncak. Dengan catatan itu saja dia sudah menggeser pencetak waktu terbaik sebelumnya, rider Pramac Ducati Danilo Petrucci 2 menit 1,811 detik.

Jelang penutupan sesi Lorenzo kemudian menajamkan lagi catatan waktunya hanya 0,1detik lebih lambat dari torehan terbaiknya di sirkuit yang sama tahun lalu. Rossi menyempurnakan dominasi Yamaha pada satu jam terakhir dengan melompat dari posisi ketujuh menjadi urutan kedua dengan torehan 2 menit 1,717 detik.

Meski cepat jaraknya dengan Lorenzo masih di atas satu detik. Sesi kemudian terganggu hujan sekitar 20 menit sebelum berakhir. Kondisi tersebut praktis menghentikan sesi uji coba hari pertama.

Dani Pedrosa menjadi pembalap Honda terbaik dengan menghuni posisi ketiga. Lap terbaiknya berada di belakang Lorenzo 1,096 detik. Kemudian di belakangnya secara berurutan ditempati Petrucci dan rider Ducati Andrea Iannone, sebagai pembalap Ducati tercepat.

Lalu dimana juara dunia dua musim Marc Marquez? Dia tercecer di posisi tujuh. Jaraknya dengan Lorenzo sampai satu setengah detik. Rider 22 tahun itu mengatakan Honda sedang bermasalah. Bahkan butuh kerja keras jika ingin mengejar Lorenzo.

Read more ...

Tayangan Perdana Di HBO Sempena Tahun Baru Cina

Nikmati cuti panjang hujung minggu Tahun Baru Cina dengan barisan filem blockbuster Hollywood baru yang ke udara pada pertama kali di televisyen Asia hanya di HBO / HBO HD (Astro saluran 411 / 431) jam 9 malam setiap hari dari 6 hingga 10 Februari.

Filem calon Oscar dan diarah oleh Angelina Jolie, Unbroken, memulakan tawaran khas ini pada Sabtu 6 Februari, diikuti oleh filem komedi aksi hidup/animasi komputer, Paddington pada malam sebelum Tahun Baru Cina.

Pada hari pertama Tahun Baru Cina, filem yang berjaya meraih kutipan ketiga tertinggi di seluruh dunia tahun 2015, Furious Seven, dibintangi Vin Diesel dan mendiang Paul Walker akan disiarkan pada jam 9 malam di HBO, manakala filem komedi, Dumb and Dumber To, dibintangi Jim Carrey dan Jeff Daniels dapat disaksikan pada hari kedua.

Penutup barisan filem lima hari berturut-turut ini adalah pada 10 Februari, filem thriller fiksyen sains, Project Almanac.

Berikut adalah maklumat lebih lanjut tentang filem-filem tersebut.

UnbrokenSabtu, 6 Februari, 9 malamJack O'connell, Miyavi, Domhnall GleesonPemenang Anugerah Academy® Angelina Jolie mengarahkan dan menghasilkan UNBROKEN, drama epik yang mengikuti kehidupan luar biasa atlet Olimpik dan wira perang Louis "Louie" Zamperini yang bersama-sama dengan dua anak kapal yang lain, terselamat selama 47 hari dalam sebuah rakit selepas kapal terbang mereka terhempas semasa Perang Dunia II. Tetapi mereka ditangkap oleh tentera laut Jepun dan dihantar ke kem tahanan tawanan perang.

PaddingtonAhad, 7 Februari, 9 malamBen Whishaw, Sally Hawkins, Julie WaltersPaddington membesar jauh di dalam hutan Peru dengan Mak Cik Lucy yang selepas diilhamkan oleh pertemuan dengan seorang pengembara Inggeris, telah membesarkan anak saudaranya untuk impikan kehidupan mengujakan di London. Apabila gempa bumi memusnahkan rumah mereka, Mak Cik Lucy menyeludup anak saudaranya di sebuah bot menuju ke England, demi mencari kehidupan yang lebih baik. Apabila dia tiba di Stesen Paddington, Paddington mendapati bahawa kehidupan bandar sama sekali tidak seperti dibayangkan – sehingga dia bertemu keluarga Brown yang baik hati, yang menemuinya dengan label pada lehernya – 'Sila jaga beruang ini. Terima kasih.' Mereka menawarkan tempat tinggal, sementara dia mencari pengembara yang telah mengagumkan Mak Cik Lucy. Tetapi tidak lama selepas Paddington menarik perhatian seorang ahli taksidermi yang jahat, tempat tinggal dan kewujudannya di bawah ancaman.

Furious SevenIsnin, 8 Februari, 9 malamVin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Jason StathamSelepas mengalahkan Owen Shaw dan krew, Dominic Toretto, Brian O'Conner dan seluruh krew kembali ke Amerika Syarikat agar akhirnya dapat menjalani kehidupan yang biasa, atau begitu mereka berfikir. Mereka tidak tahu bahawa abang Owen, Deckard Shaw, hendak membalas dendam atas kematian adiknya, dan ini membahayakan Dominic dan krewnya, sekali lagi.

Dumb And Dumber ToSelasa, 9 Februari, 9 malamJim Carrey, Jeff Daniels, Rob RiggleDalam sekuel kepada hit komedi, Lloyd dan Harry melalui perjalanan untuk mencari anak yang Harry tidak pernah tahu bahawa dia mempunyai, serta tanggungjawab yang mereka tidak patut diberikan.

Project AlmanacRabu, 10 Februari, 9 malamJonny Weston, Amy Landecker, Sofia Black-D'eliaApabila lima remaja menemui sebuah mesin yang boleh menghantar mereka ke masa lepas, pelbagai kemungkinan seolah-olah wujud. Tetapi dengan mengubah masa lalu, mereka telah mengancam masa depan dunia kita. Bolehkah mereka memperbaiki kerosakan yang mereka telah lakukan sebelum ia terlalu lewat?

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

'Bila Anak Dah Besar, Tanya Mereka Sikit Dah Naik Marah'

Pagi tadi saya duduk di tempat menunggu untuk pesakit sambil melihat pelajar memberikan ceramah tentang pemakanan untuk pesakit diabetes.  Ada seorang wanita Cina datang dan duduk di sebelah saya. Ayat pertama biasalah, "Awak orang Melayu ke?" tanyanya. "Iya," balas saya dengan senyuman juga. "Iya meh? Saya ingat Russian tadi," selorohnya menyebabkan saya 'kembang' sekejap.  "Kita memang suka maa dengar ceramah macam ni. Semua betul tetapi bila mau buat, manyak susah," sambungnya lagi.  "Apa yang susah auntie? Susah nak kawal selera makan ke?" soal saya. "Kawal selera makanan itu manyak senang. Tetapi bila sudah tua, duduk sama anak, ikut saja maa anak kasi apa. Tak boleh minta-minta. Nanti... " katanya sambil membuat isyarat tangan orang bergaduh membuatkan saya tergelak saja.  "Dulu masa anak masih kecil, kita mesti fikir apa yang dia mau, makan apa, dia suka apa. Kita tak suka tak apa, janji anak suka. Bila anak sudah besar, tak mungkin anak mau tanya kita boleh makan apa. Apa dia kasi, kita ambil saja," katanya. Lalu dia meminta diri untuk bertemu dengan doktor kerana nombor gilirannya dipanggil.  Kalau tidak, silap haribulan saya kesat air mata di depan auntie Cina itu. Rasa macam kena tampar sedas bila auntie cakap seperti itu. Teringat pula ibu bapa di kampung. - Fatihah Ismail | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Gadis Reka Cerita Dirogol, Dua Negara Hampir Berbalah

BERLIN – JERMAN - Kerana tidak mahu pulang ke rumah, seorang gadis kacukan Rusia-Jerman berusia 13 tahun sanggup mereka cerita bahawa dia telah diculik dan dirogol oleh pendatang.

Laporan dari The Guardian menyebut, gadis yang bernama Lisa itu bertindak sedemikian kerana takut untuk pulang ke rumah disebabkan satu insiden yang berlaku di sekolahnya.

Oleh kerana itu, Lisa membuat keputusan untuk melarikan dari rumah dan tidur di rumah seorang kenalannya yang berusia 19 tahun.

Ibu bapa Lisa yang menyedari kehilangan anaknya selepas dilaporkan tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut membuat laporan polis dan meminta bantuan orang ramai untuk mengesan anaknya.

Lisa kemudian pulang ke rumah 30 jam selepas kehilangannya dilaporkan. Sewaktu pulang, terdapat kecederaan di wajah Lisa.

Dakwaan palsu kononnya dirogol dan diculik oleh pendatang yang dibuat oleh Lisa tersebar dengan meluas seterusnya mencetuskan perbalahan dan menjejaskan hubungan diplomatik antara Jerman dan Rusia.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, secara terbuka telah menuduh pihak berkuasa Jerman tidak melakukan siasatan secara menyeluruh dan berita tentang kehilangan Lisa dirahsiakan untuk sekian lama. Selain itu Sergei juga menuduh pihak Jerman mempunyai agenda politik tersendiri.

Bagaimanapun, kisah sebenar terbongkar selepas gadis itu mengaku dia mereka cerita apabila disoal siasat oleh pakar tiga hari selepas kejadian

Di Jerman, isu pendatang menyerang wanita warga negara itu secara seksual menjadi topik hangat di negara itu sehinggakan beberapa siri protes besar diadakan oleh warga Jerman bertujuan untuk menghalau pendatang keluar dari negara terbabit.   - Siakapkeli.my

Read more ...

Murid maut terjatuh dalam lubang kumbahan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mati lemas selepas terjatuh dalam lubang kumbahan najis di Sekolah Rendah Agama Jaim Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai di Jasin petang semalam.

Mangsa Raja Nur Najjwa Ariana Raja Mohamad Shahrunizam yang merupakan murid sekolah agama berkenaan dipercayai terjatuh ke dalam satu daripada empat lubang najis sedalam 3.7 meter ketika bermain dengan beberapa rakannya pada waktu rehat kira-kira jam 4.45 petang.

"Mangsa terjatuh ke dalam salah satu lubang daripada empat kumbahan yang dihubungkan dalam satu tangki besar yang dipenuhi najis sedalam kira-kira 3.7 meter (12 kaki).

"Kita terpaksa menyedut keluar separuh daripada air kumbahan berkenaan sebelum mangsa ditemui kira-kira 5.30 petang," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Penguasa Bomba Masri Ibrahim.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia setelah dibawa ke hospital.

- Bernama

Read more ...

'Tak Payah Belajar Susah-Susah Sebab Kita Akan Dengar Cakap Orang Berduit'

Juallah maruah kamu Malaysia. Tak payahlah belajar susah-susah lagi. Cikgu di universiti, di sekolah semua buang masa saja sebab pada akhirnya kita semua akan mendengar kata-kata orang yang berduit. Tak payahlah nak belajar teruk-teruk sangatlah jika begini. Ramai yang cakap kita patut sokong Melayu. Saya kata kita sokong semua orang tanpa mengira bangsa. Apa? Kalau Melayu nak menjahanamkan Melayu, kita kena sokong juga ke?  Industri seni ini industri kesayangan saya dan ramai lagi pengusahanya dan kita berusaha serta belajar bertahun-tahun nak buat sesuatu yang baik dan membanggakan. Contohnya, kalau anda doktor dan ada syarikat pharma nak menaja ubat-ubatan yang anda rasa tidak sesuai. Tetapi kerana dia memberikan anda duit, adakah anda sanggup memberi ubat-ubatan itu kepada pesakit anda? Kadang-kadang tiada gunanya bercakap dengan orang yang tidka faham kerana mereka tidak peduli pun perihal industri anda. Seperkara lagi, mengapa pula timbul isu dengki? Saya nak dengki apa? Saya dah cukup dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. Tetapi apa nak jadi dengan industri saya kalau integriti kerja kita pun terganggu? Mungkin saya bodoh, tetapi saya dari dulu tak bekerja kerana duit. Dan disebabkan itu juga saya pernah batalkan penerbitan satu program besar kerana saya memboikot syarikat yang ingin menaja program saya itu adalah syarikat yang menyokong golongan zionis Israel. Pada ketika itu, syarikat saya tidak bekerja selama 6 bulan. Tetapi rezeki di tanggan Allah SWT dan Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan kami. Integriti itu penting dalam kerja kita. Saya bersuara kerana saya tidak mahu melihat industri menjadi hamba kepada duit. Kita boleh bekerjasama dengan duit dengan menimbulkan situasi win-win. Kedua-dua pihak pula boleh mendapat faedah dari good working relationship. Tetapi ramai yang tidak kisah dan tidak menghormati industri kami.  Saya faham kerana ia adalah industri hiburan. Lagholah. Orang yang tidak berpelajaran pun boleh berjaya. Tetapi bila terasa sunyi dan sedih, hiburan juga yang dicari. Hiburan juga boleh mempunyai pelajaran dan ilmu. Tetapi mungkin itu bukan yang dimahukan daripada syarikat yang hanya mahu hardsell produk mereka. Hardsell bermaksud menjual  nama produk tak henti-henti sampai orang rasa terganggu dari tujuan asal menonton rancangan tersebut.  Soft selling pula akan memberikan impak jangkamasa panjang untuk sesuatu syarikat itu mengenai produk yang dijual akan nampak lebih tinggi statusnya. Sebagai contoh, iklan Petronas yang sentiasa memberikan impak tinggi kepada rakyat Malaysia saban tahun di waktu musim perayaan dan hari kebangsaan. Meskipun tiada nama Petronas disebut dalam iklan itu, namun impaknya berpanjangan dan ini digelar sebagai psychology pemasaran. Saya berbangga dengan orang Melayu yang berjaya. Saya bangga dengan orang Cina yang berjaya, saya bangga dengan semua rakyat Malaysia yang berjaya dan ini bukan isu dia. Isu dia adalah anda sebagai penonton dan saya sebagai  orang industri. Yang saya risaukan ialah masa depan industri ini.  Saya tidak peduli dengan pendapat orang yang tidak berpelajaran yang tidak berbincang menggunakan akal. Tetapi kalau berbincang, anda perlu faham subjek dan bukannya main hentam saja baru boleh berbincang. Tetapi kepada mereka yang saja nak mencari pasal dengan memanggil saya gemuklah, apalah, golongan Melayu terpelajar seperti ini tidak perlulah menimbulkan masalah di sini sebab saya akan delete dan block saja kerana ini adalah ruangan saya. Assalamualaikum. - Adflin Shauki | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

MENGEJUTKAN! Shima Anuar Dedah Punca Sebenar Dimasukkan Ke Hospital

Gara-gara pola pemakanan yang kurang sihat, pelakon Shima Anuar menerima padah apabila beliau menghadapi kurang darah sehingga menyebabkan dia ditahan di sebuah hospital swasta sejak Sabtu lalu.

Artikel menarik:- Tiada Cinta, Shima Dan Arja Lee Sekadar Kawan

MENGEJUTKAN! Shima Anuar Dedah Punca Sebenar Dimasukkan Ke Hospital

Pelakon Shima Anuar.

Noor Hashimah Anuar atau lebih dikenali sebagai Shima Anuar mengakui terkejut apabila dimaklumkan oleh Doktor mengenai sukatan darahnya berada separuh daripada catatan normal untuk wanita.

"Saya ditahan di hospital sejak Sabtu lalu kerana sudah menanggung rasa sakit kepala selama beberapa hari. Ingatkan hanya migrain biasa, tidak sangka pula rupa-rupanya saya mengalami penyakit kurang darah yang agak berbahaya.

"Catatan darah saya pada ketika itu 6.2 g/dL, sedangkan wanita normal antara sekitar 11 g/dL hingga 13 g/dL. Oleh itu, serta-merta saya ditahan di wad sehingga ke hari ini.

"Mungkin kerana saya terlalu ingin menjaga badan sehingga mengganggu pola pemakanan ditambah pula dengan sibuk bekerja menjadi punca sakit kurang darah," katanya kepada BH Online.

MENGEJUTKAN! Shima Anuar Dedah Punca Sebenar Dimasukkan Ke Hospital

Lantaran itu, Shima Anuar berhasrat akan lebih menitikberatkan soal kesihatan diri pada masa akan datang supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi.

"Doktor juga menasihatkan supaya mengamalkan diet yang seimbang dan makan mengikut waktu bagi mengelakkan sakit sebegini. Biarpun sibuk dengan kerja, saya tidak boleh memandang remeh kesihatan diri.

"Selain itu, saya juga menggunakan kesempatan ini untuk berehat daripada kerja. Kebetulan jadual juga sedang kosong buat masa ini," kata gadis kelahiran Rawang, Selangor itu.

MENGEJUTKAN! Shima Anuar Dedah Punca Sebenar Dimasukkan Ke Hospital

Sementara itu, Shima Anuar dalam perkembangan terbaru pula bakal kembali sibuk menjalani penggambaran untuk sebuah drama bermula pertengahan bulan ini.

Normal lah tu kan, manusia ni memang tak boleh lari dah. Bila dah terkena kat batang hidung sendiri baru kalut nak ambil berat. Selagi tak kena selagi tu lah abaikan kesihatan. Apapun semoga Shima Anuar cepat sembuh! :)

LAGI ARTIKEL MENARIK:-

1) Isu Gambar Seksi, Inilah Tindakan Uqasha Senrose Bikin Panas!!

2) Digelar Jutawan Muda, Inilah Komen Mengejutkan Neelofa Bikin Orang Tercengang!

3) KECOH! Pengakuan Mengejutkan Nas-T Mengenai Perkahwinan Dengan Atita Haris

2,521 total views, 2,521 views today

Read more ...

[JAHAT SUNGGUH DEPA] Lebih 100 Skru Ditemui Di Lokasi Perhimpunan Penyokong Mukhriz

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar [JAHAT SUNGGUH DEPA] Lebih 100 Skru Ditemui Di Lokasi Perhimpunan Penyokong Mukhriz ALOR SETAR: Sejumlah skru ditemui di tempat letak kereta di Stadium Darul Aman sebelum berlangsungnya perhimpunan melibatkan penyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Penyokong Menteri Besar Kedah itu dijangka mengadakan perhimpunan di stadium itu pada malam Isnin.

Skru berkepala rata merah berukuran lapan sentimeter panjang ditemui di sekitar kawasan tempat meletak kereta yang boleh memuatkan sehingga 50 kenderaan.

Seorang pekerja stadium yang mahu dikenali sebagai Zali, 35 telah mengumpul semua skru berkenaan dan meletakkannya dalam beg plastik kecil.

"Dalam masa setengah jam saya dapat mengumpul lebih 100 skru," katanya.

Beberapa peniaga pasar malam turut membantu Zali mengutip skru berkenaan. - MSTAR

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *