Thursday, March 31, 2016
RON95, RON97 naik 10 sen, diesel naik 20 sen
Sherry Al-Hadad Gembira Diterima Sebagai Pelakon Utama Cinta 100kg
Drama-drama yang diterbitkan di Malaysia biasanya menampilkan heroin yang cantik jelita dan langsing bagi menarik perhatian penonton. Menampilkan pelakon wanita berbadan besar sebagai bintang utama dikira satu pertaruhan dan selalunya penerbit tidak berani mengambil risiko tersebut.
Justeru, drama Cinta 100kg arahan Megat Shah Rizal dan terbitan Playground Pictures harus mendapat pujian kerana berani mengambil risiko untuk menampilkan Sherry Al Hadad bergandingan dengan pelakon kacak Fezrul Khan dan Zain Ruffedge dan ia kini sedang ditayangkan di Slot Dahlia TV3.Kepada Media Hiburan, Sherry memberitahu:
Kalau dahulu pelakon yang mempunyai fizikal yang besar kurang mendapat perhatian, inikan pula mendapat peluang sebagai bintang utama.
Kini tidak lagi, dan saya percaya mereka semakin bijak menilai bakat yang ditonjolkan bukan bergantung kepada rupa paras dan fizikal yang menarik sahaja.
Walaupun gembira, Sherry mengakui dia berasa risau jika ada pihak yang bosan atau jemu jika wajahnya sering dilihat menghiasi skrin.
Kebetulan drama yang saya lakonkan semua disiarkan pada waktu lebih kurang sama, jadi jika mereka menonton televisyen, memang akan kerap melihat muka saya.Oleh sebab itu saya perlu berhati-hati melakonkan sesuatu watak yang diberikan kepada saya, takut nanti nampak sama di mata mereka yang menonton.
Masyarakat kini sebenarnya lebih terbuka dan boleh menerima pelakon berbadan besar seperti Sherry asalkan berbakat, bukan? Kalau cantik dan langsing tetapi lakonan 'kayu' bakal mendapat kutukan saja. Penonton juga akan menonton drama yang menampilkan jalan cerita dan skrip yang menarik.Sekiranya Melissa McCarthy yang berbadan besar mampu menarik penonton untuk menonton filemnya di Hollywood sehingga menjadi box-office, mengapa tidak Sherry mampu untuk menarik penonton bagi menaikkan rating drama? Ini merupakan satu perkembangan yang menarik untuk industri drama tempatan.
Eli Homemade Kuah Kacang Dan Pecal adalah resepi yang dimudahkan bagi pengemar Kuah Kacang Dan Pecal..Satu- satunya…
Posted by Eli Homemade Kuah Kacang Dan Pecal on Tuesday, 1 March 2016
TAGS: cinta 100kg, diterima, drama, fezrul khan, gembira, homemade, kuah kacang, pelakon utama, sedap, sherry alhadad, slot dahlia, tv3 PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.37 GAMBAR - SUASANA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-22 BELLA ASTILLAH
Haih! nampaknya memang ramai selebriti dan artis kita yang menyambut ulangtahun kelahiran mereka pada bulan Mac ini ya. Termasuklah tunang kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah yang telah menyambut ulangtahunnya yang ke-22 baru-baru ini.
Majlis bertemakan 'white shirt & jean' yang diadakan di Lavender Garden Hall ini telah dihadiri oleh ahli keluarga, teman rapat serta rakan artis.
Kehadiran tetamu yang mengikuti warna tema menjadikan majlis kelihatan begitu casual dan santai.
Bagi memeriahkan lagi majlis ini, tiga buah game telah diadakan.
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Follow @myartisdotcomThe remote server returned an error: (404) Not Found.
Description: An unhandled exception occurred during the execution of the current web request. Please review the stack trace for more information about the error and where it originated in the code.
Exception Details: System.Net.WebException: The remote server returned an error: (404) Not Found.
Source Error:
An unhandled exception was generated during the execution of the current web request. Information regarding the origin and location of the exception can be identified using the exception stack trace below.Stack Trace:
[WebException: The remote server returned an error: (404) Not Found.] System.Net.HttpWebRequest.GetResponse() +7864708 System.Xml.XmlDownloadManager.GetNonFileStream(Uri uri, ICredentials credentials, IWebProxy proxy, RequestCachePolicy cachePolicy) +160 System.Xml.XmlUrlResolver.GetEntity(Uri absoluteUri, String role, Type ofObjectToReturn) +310 System.Xml.XmlTextReaderImpl.OpenUrlDelegate(Object xmlResolver) +75 System.Threading.CompressedStack.runTryCode(Object userData) +136 System.Runtime.CompilerServices.RuntimeHelpers.ExecuteCodeWithGuaranteedCleanup(TryCode code, CleanupCode backoutCode, Object userData) +0 System.Threading.CompressedStack.Run(CompressedStack compressedStack, ContextCallback callback, Object state) +118 System.Xml.XmlTextReaderImpl.OpenUrl() +5029847 System.Xml.XmlTextReaderImpl.Read() +120 RSS_Content_Syndication.RSS_Request.CheckContentHtml(Content_Details RSS_Content) in D:\rss.digitalfive.com\RSS_Content_Syndication\RSS_Content_Syndication\RSS_Request.aspx.cs:848 RSS_Content_Syndication.RSS_Request.Page_Load(Object sender, EventArgs e) in D:\rss.digitalfive.com\RSS_Content_Syndication\RSS_Content_Syndication\RSS_Request.aspx.cs:176 System.Web.Util.CalliHelper.EventArgFunctionCaller(IntPtr fp, Object o, Object t, EventArgs e) +25 System.Web.UI.Control.LoadRecursive() +71 System.Web.UI.Page.ProcessRequestMain(Boolean includeStagesBeforeAsyncPoint, Boolean includeStagesAfterAsyncPoint) +3064Version Information: Microsoft .NET Framework Version:4.0.30319; ASP.NET Version:4.0.30319.272
Adenan adakan sidang akhbar petang ini - Kosmo!
31/03/2016 12:08pm
PETRA JAYA - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, akan mengadakan sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia jam 2 petang ini.
Ditanya mengenainya, Adenan yang ditemui di luar kediaman Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, di Demak Jaya di sini, memberi bayangan mengenai kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. "Saya rasa anda tahu apa yang akan saya katakan pada sidang media itu nanti," katanya.
Beliau meninggalkan kediaman Abdul Taib pada jam 11 pagi dan terus ke Wisma Bapa Malaysia untuk mempengerusikan Mesyuarat Kabinet negeri. - Bernama
Jom Tonton Dokumentari Khas Hari RTM 70 Tahun Merentas Zaman
Dokumentari Khas Hari RTM "70 Tahun Merentas Zaman", Papar Perjalanan RTM Sebagai Stesen Utama Negara dan Perintis Kepada Stesen Televisyen Swasta
KUALA LUMPUR, 29 Mac 2016 – Bersempena dengan sambutan ulangtahun RTM ke 70 pada 1 April ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan sebuah dokumentari khas bertajuk "70 tahun Merentas Zaman".
Sebagai sebuah stesen gergasi negara yang telah lebih tujuh dekad beroperasi, dokumentari khas ini memaparkan sejarah, fasiliti dan cabaran RTM dalam mendepani era transformasi digital dalam dunia penyiaran masa kini. Persediaan fasiliti digital ini melibatkan semua unit produksi dan kejuruteraan serta tenaga kerja di RTM.
Dokumentari terbitan Unit Dokumentari dan Majalah RTM ini juga berkongsi memaparkan kejayaan RTM dalam arena penyiaran sama ada di dalam atau di luar negara.
Menariknya penonton berpeluang menyaksikan dokumentari khas yang memaparkan perjalanan RTM sebagai stesen utama negara yang menjadi perintis kepada stesen-stesen televisyen swasta ini menerusi ketiga-tiga saluran TV milik RTM.
Saluran TV1 bakal menyiarkannya pada 31 Mac ini, pukul 10.00 malam, manakala penonton TV2 boleh menyaksikannya pada 1 April 2016, pukul 4.30 petang dan TVi menyiarkannya pada hari sama, pukul 9.00 malam.
Komen via FacebookKomen
— 141 Bacaan— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
Lelaki ini Mahu Capai Target 100 Orang Anak Untuk Memudahkannya Mendapat Tempat di Syurga
Doktor berusia 43 tahun itu, yang kini sudah mempunyai 35 orang anak dari tiga isteri sudah siap sedia untuk berkahwin kali keempat bagi mempercepatkan misinya itu tercapai.
"Saya mahu ada 100 orang anak, kerana Nabi telah memberitahu sesiapa yang menambahkan bilangan pengikut Islam tidak akan ke neraka", katanya ketika bercakap kepada akhbar Pakistan, DAWN.
"Dengan izin Allah, anak-anak saya akan membantu saya pergi ke syurga", katanya lagi.
Isteri-isteri kepada Mohammad, Bibi Naz Gul, 32, Noor Bibi, 28 dan Hayat Bibi, 25 telah berjaya melahirkan 14 anak lelaki dan 21 anak perempuan untuk Mohammad setakat ini.
Dua dari anak perempuan itu dilahirkan hanya beberapa minggu lepas dan kini Mohammad bercadang untuk berkahwin kali keempat.
"Lagi besar keluarga, lagi bagus "Saya bercadang untuk mencari isteri keempat untuk saya kahwini tak lama lagi", tambah beliau.
Kesemua 39 ahli keluarga Mohammad kini tinggal di bawah bumbung yang sama, di dalam sebuah rumah di kawasan berkeluasan 4,000 meter persegi yang mempunyai 12 bilik.
Selai itu, Mohammad yang berpendapatan $955 sebulan berkata gajinya cukup untuk memberi apa yang diperlukan untuk anak-anaknya.
Selain itu Mohammad juga berkata dia tidak bersikap diskriminasi terhadap anak perempuannya dan berpendapat bahawa wanita juga perlu mendapat pendidikan setaraf dengan lelaki.
"Kesemua anak perempuan saya akan diberi pelajaran", katanya.
Walaupun gembira mempunyai ramai anak, Mohammad mengaku dia terkilan apabila tidak dapat mengingati kesemua nama mereka.
Kata Mohammad juga, dia sangat sukakan kanak-kanak dan berasa gembira apabila dia pulang dari kerja, 12 atau 15 dari anaknya akan menyambutnya di depan pintu. - Siakapkeli.my
PM ingatkan orang kata 'dia' maha zalim, maha firaun
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kepimpinan dan anggota UMNO supaya tidak mengkhianati perjuangan parti demi kepentingan agenda peribadi sehingga menggadai maruah diri.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata perjuangan politik yang berlandaskan moral dan prinsip perlu dipertahankan bagi menghadapi pelbagai cabaran dan isu dalam negara.
"Dalam politik, kita mesti ada moral dan prinsip...kalau buat apa-apa pun mesti berpegang kepada Perlembagaan negara, kalau tidak, negara akan huru-hara.
"Kalau huru-hara, apa yang kita perjuangkan sekarang akan hancur lebur...apa nak kita tinggalkan pada anak-anak dan cucu-cucu kita," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Anggota Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) dan pelancaran Kelab Waris PBAKM di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden PBAKM Datuk Melati Ali.
Najib turut membidas pemimpin yang dilihat beralih pendirian dan bertukar perjuangan.
"Bukan ke setengah orang dahulu cakap lain...dahulu suruh sokong parti, dahulu nasihat jangan kalau dah bersara jangan lupa (parti). Waktu kita jadi pemimpin, orang lain sokong kita, bila kita berhenti (jadi pemimpin) kita wajib sokong parti.
"Di mana duduknya orang itu sekarang...dia tidak duduk sebaris UMNO lagi, dia tidak duduk dengan pejuang yang setia dengan perjuangan.
"Dia duduk dengan orang yang dahulu dia cakap rasis, cauvanis, komunis, anti-Islam dan anti-Melayu. Apa kita nak kata dia sekarang. Kita pertahankan dia selama 22 tahun. Orang kata dia maha zalim, maha firaun...bukan saya kata, mereka kata. Saya menyambung apa yang mereka kata.
"Sekarang, dia duduk sebaris (dengan mereka)...di mana letak maruah diri. Kalau kita tidak ada apa-apa, sekurang-kurangnya kita ada maruah," kata perdana menteri sambil menegaskan bahawa rakyat tidak lagi terpengaruh dengan usaha menjatuhkan kerajaan tanpa melalui pilihan raya umum.
Najib berkata rakyat tidak akan membiarkan orang luar menentukan kepimpinan negara sebaliknya, menyokong usaha kerajaan dalam merencanakan pembangunan negara.
"(Oleh itu) jangan layan karenah puak-puak ini kerana kita ada banyak lagi kerja dan agenda untuk rakyat dan negara. Kita mesti istiqamah, fokus sebagai pemimpin kerajaan, kita mesti pastikan negara terus berjaya di bawah kepimpinan Barisan Nasional dan UMNO," katanya.
Beliau mengingatkan tentang tanggungjawab pemimpin untuk mewariskan sebuah negara yang lebih kukuh kepada rakyat.
"Kalau ada kesilapan, kita betulkan sesama kita, jangan hancurkan negara kita, jangan hancurkan parti yang kita sayangkan. Kalau parti hancur, tiada lagi perjuangan. Sebab itulah, kita perlu kasihkan parti, kasihkan negara," katanya.
Terdahulu, kira-kira 5,000 anggota PBAKM yang diketuai Melati membaca ikrar taat setia dan menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Najib.
- Bernama
Gratuiti: LTAT beri Rafizi tempoh hingga esok buktikan dakwaan
Gambar Parodi Najib Jadi Perhatian Akhbar Brunei dan Thailand
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...