Tuesday, February 09, 2016
Pesawat Malaysia Airlines Berhad bantu Rayani Air bawa pulang penumpang terkandas
Lagi 5 Foto Akad Nikah Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
Maaflah kalau harini kami banyak up artikel foto perkahwinan sahaja, nak buat macam mana minggu lepas dan minggu ini memang banyak cerita artis kahwin. Hehe..
Hampir nak gugur juga jantung kami dibuatnya, bayangkan pula Syatilla masa tu baru lepas nikah tup-tup suami jatuh rebah macam tu, mau tak terkejut?
Hari ini pula kami sertakan beberapa lagi foto akad nikah mereka selepas kejutan tersebut dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.GAMBAR-GAMBAR SUASANA MAJLIS RESEPSI SAM & SYATILLA
Hari ini telah berlangsungnya majlis resepsi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin di Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang.
Manakala bagi majlis resepsi sebelah keluarga Sam akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Bagi peminat-peminat Sam anda berpeluang menghadiri majlis Sam pada 20 Februari ini.
SEDANG DIKEMASKINI... SILA RELOAD UNTUK GAMBAR TERKINI
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS :: Follow @myartisdotcom14 Senarai Makanan Tahun Baru Cina Ini Dikatakan Mampu Bawa Tuah!
Setiap kali menjelangnya Tahun Baru Cina, kaum Cina di kebanyakan pelusuk dunia pasti akan menyediakan pelbagai hidangan yang dianggap mampu membawa tuah buat mereka.
Sama ada anda mempercayainya atau tidak kepercayaan ini, namun anda juga mampu untuk menyelitkan hidangan masakan Cina yang klasik atau yang mempunyai pengaruh tradisi Cina-Amerika (pastikan yang halal buat Muslim semestinya ) di dalam menu anda.
Namun, untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina ini, jom kita lihat senarai 14 makanan yang dikatakan mampu membawa tuah buat kaum Cina pada perayaan ini seperti mana yang dicatatkan Chowhound.com: -
1. Oren dan Tangerine Mempamerkan dan memakan buah-buahan ini dikatakan mampu membawa tuah dan kesenangan kepada seseorang. Menurut jurucakap Pusat Budaya Cina di San Francisco, tradisi itu bertitik tolak daripada cara masyarakat Cina menyebut emas dan oren dan ia dikatakan mempunyai persamaan tersebut, manakala tangerine dikatakan membawa tuah.
Lebih bagus lagi jika kedua-dua buah ini mempunyai daun kerana daun adalah simbol kepada usia yang panjang. Tetapi jangan hidangan buahan-buahan ini dalam kedudukan sebanyak empat biji kerana nombor tersebut sering dikaitkan dengan kematian.
2. Mee Panjang (Long Noodles) Jika mee dihidangkan pada Tahun Baru Cina, pastikan ia tidak terputus dan berada dalam keadaan yang panjang untuk memastikan seseorang hidup dalam tempoh yang lama.
3. Talam Kebersamaan (The Tray of Togethernes) Pastikan ia dihidangkan buat tetamu yang terdiri daripada kalangan sanak-saudara untuk mereka jadikan kudap-kudapan atau berikan ia sebagai hadiah. The Tray of Togetherness selalu diisi dengan lapan jenis kudap-kudapan yang antaranya terdiri daripada kumquats untuk kemakmuran, kelapa (kebersamaan), longan (mendapatkan ramai anak lelaki dan biji tembikai merah (kebahagiaan). Nombor lapan dianggap sebagai nombor bertuah di kalangan kaum Cina.
4. Nian GaoNian gao bermaksud kek tahunan. Namun, Gao mempunyai maksud yang sama dengan tinggi dan atas. Maka, kek ini adalah simbol kepada pencapaian di tahap teratas pada tahun akan datang. Kek yang dikukus ini diperbuat daripada tepung beras pulut, gula perang dan minyak.
Ada juga yang bahan seperti biji bijan putih, kurma cina atau kacang yang digunakan di dalam kek ini. Dikatakan kurma Cina boleh membawa kemakmuran di peringkat awal.
5.PomeloBuah citrus yang besar ini sangat popular di kalangan kaum Cina kerana ia dikatakan mampu membawa kemakmuran dan status. Tradisi ini sebenarnya timbul menerusi frasa Kantonis yang mana pomelo bunyinya sangat serupa dengan perkataan kemakmuran dan status.
6. JaiSayuran ini dimakan kerana ia adalah sebahagian daripada budaya Buddha yang bertujuan untuk membersihkan dalaman diri. Ia selalunya dihidangkan bersama dengan sayuran lain yang turut sama membawa tuah. Misalnya, rumpai laut untuk kemakmuran, biji teratai (untuk kelahiran/mendapat ramai anak lelaki), mee (usia panjang), biji lily (untuk keharmonian 100 tahun), cendawan hitam Cina (menunaikan permintaan daripada Timur ke Barat).
7. Kacang Panjang dan Sayur Hijau Panjang (Long Leafy Greens and Long Beans)Sayuran leafy greens s eperti brokoli Cina dihidangkan kerana ia dipercayai dapat membantu memberikan usia yang panjang di kalangan ibu bapa.
8. Seekor ikan (Whole Fish)Dalam perkataan Cina untuk seekor ikan bermaksud banyak.Jadi, adalah penting untuk menghidangkan ikan dari kepala sehingga ke ekornya untuk memastikan permulaan yang baik sehinggalah kepada pengakhirannya dan juga untuk mengelakkan nasib yang malam sepanjang tahun.
9. Manisan (Sweets)Menghidangkan pencuci mulut dikatakan dapat memberikan kegembiraan dalam hidup untuk tahun yang baru. Selalunya kaum Cina akan menyediakan manisan yang disebut sebagai Gok Jai. Manisan ini diisi dengan kacang, kelapan serta biji bijan.
10. Yuanbao (Jiaozi)Di utara Cina, masyarakat di sana seringkali menyediakan dumpling atau jiaozi. Dumpling adalah doh nipis yang diisi dengan daging babi dan kubis dan ia kemudian dikukus serta dihidangkan bersama sos soya dan cuka. Pada perayaan Tahun Baru Cina, dumpling ini akan digelar sebagai Yuanbao yang mana ia mempunyai simbolik kepada mata wang Cina zaman dulu menerusi bentuknya seakan piring berganda lebih leper dan oblat.
11. Daging Babi Masam Manis Cina (Chinese Sweet and Sour Pork)Babi seringkali menjadi pilihan daging popular setiap kali sambutan Tahun Baru Cina dan lemaknya dianggap mampu memenuhi perut seseorang itu untuk tahun akan datang.
12. Telur Gulung Garing Cina (Crispy Chinese Egg Rolls)Popiah memang menjadi makanan tradisi kaum Cina setiap kali menjelangnya Tahun Baru Cina. Ia lebih popular daripada egg rolls. Namun ada juga yang menyediakan hidangan Crispy Chinese Egg Rolls ini sebagai kelainan.
13. Ayam Masam Manis (Sweet and Sour Chicken)Masakan ini sudah dianggap sebagai masakan fusion Amerika moden tetapi pada waktu yang sama, masam dan manis adalah antara dua bahan penting daripada lima perisa yang terdapat di dalam masakan klasikal Cina. Perisa lain andalah seperti masin, pahit dan pedas .
14. Nasi Goreng Slow Cooker (S low Cooker Fried Rice)Jika anda lebih tertumpu kepada resepi nasi goreng Asia, maka nasi goreng yang anda hidangkan adalah nasi goreng Cina yang sangat tipikal. Tetapi kalau anda mahukan fusion Cina-Amerika, maka Slow Cooker Fried Rice adalah hidangan yang amat sesuai.
Reputasi Malaysia tercemar teruk - Malaysiakini (caruman) (subscription)
ULASAN Pihak Kerajaan yang berkuasa selalu menggunakan beberapa institusi utama untuk kepentingandan menyambung hayat mereka- survival.
Institusi agama, pertubuhan kaum Melayu dan Institusi Raja-Raja pernah dijadikan penyambung hayat mereka dalam keadaan yang diperlukan. Dalam keadaan terdesak, terkini sebuah Institusi Diraja Arab Saudi telah diperalatkan. Kononnya "derma" RM 2.6 bilion adalah dari keluarga Diraja Arab Saudi.
Untuk makluman, institusi tersebut pada masa itu dikuasai oleh Almarhum Raja Arab Saudi yang telah pun mangkat. Orang puteh kata "Dead Man Tell No Tales" (Orang yang telah mati tidak boleh berhujah untuk pengesahan).
Bagaimanapun seorang menteri kanan, Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir menyatakan beliau tidak berfikir RM 2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib bukan derma politik daripada Kerajaan Arab Saudi. Beliau menyatakan bahawa wang tersebut adalah untuk satu pelaburan dan bukan derma.
Siapa bercakap benar?
Siapa yang tidak bercakap benar dalam hal ini? Apabila tidak boleh memperalatkan institusi diRaja tempatan, institusi diRaja Arab Saudi menjadi sasaran.
Satu harapan diletakkan agar Majlis Raja Raja akan menimbulkan lagi isu 1MDB pada mesyuarat mereka pada bulan ini kerana teguran mereka pada bulan Oktober lepas tidak diendahkan oleh pihak kerajaan pemerintah.
Penafian menteri luar Saudi terhadap kenyataan Datuk Seri Najib meletakkan Raja-Raja Melayu dalam keadaan serba salah untuk memperbetulkan situasi kerana hubungan keluarga diRaja Arab Saudi dan Raja-Raja Melayu perlu dipelihara.
Setiap kali Raja-Raja Melayu ke tanah suci mereka akan menjadi tetamu Raja Saudi. Hubungan baik di antara dua keluarga diraja ini perlu di jaga dan dipelihara.
Kalau Institusi diraja tidak boleh digunakan untuk menutup isu ini, adakah isu agama atau perkauman pula akan di bangkitkan? Isu Wahabi atau isu Bangsa Arab memusuhi dan menjejas maruah Melayu pula?
Adakah pihak ultra perkauman Melayu akan menuduh Arab dari Saudi menghina maruah Najib Razak sebagai seorang Melayu dengan menderma RM 2.6 bilion, dan kerana itulah sebahagiannya telah dipulangkan kembali! Inilah senario luar biasa yang mungkin kita hadapi di Malaysia!
Apa yang pasti ialah reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa telah teruk tercemar dengan isu derma RM 2.6 bilion serta skandal 1 MDB.
Kejutan masyarakat antarabangsa
Tunku Abdul Rahman telah mengharumkan nama negara di kalangan negara Islam sebagai pengasas dan peneraju O.I.C.
Tun Mahathir dikagumi sebagai Perdana Menteri yang memodenkan ekonomi dan menjadi contoh kepada negara Islam yang sedang membangun.
Tapi pentadbiran Datuk Seri Najib menjerumuskan Malaysia ke dalam pelbagai kontroversi antarabangsa.
Kenyataan Peguam Negara yang menutup kes 1 MDB dengan "mensucikan" Datuk Seri Najib, sementara negara asing pula sedang menyiasatnya dan cadangan hendak penjarakan seumur hidup pendedahan "rahsia" kerajaan telah mengejutkan masyarakat antarabangsa.
Jelas Malaysia telah hilang kredibiliti di peringkat antarabangsa dan dengan "ranking" rasuah di antara tertinggi di dunia telah membuat Malaysia menjadi negara yang sakit tenat "sick nation" di Asia.
2020 hampir jadi ilusi
Tabung Haji, MARA, Felda dan Wang Tabung Pesara Kerajaan dilanda pelbagai masalah dalaman kewangan. Setiap hari lagi banyak kenyataan kontroversi dikeluarkan oleh pemimpin Negara yang kelihatan semakin terdesak.
Allah tidak akan mengubah nasib mereka yang tidak berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri. Sehingga rakyat Malaysia mengambil tanggung jawab untuk menyelamatkan negara kita, kita akan terus hanyut dibawa arus kearah kehancuran.
Status negara maju Wawasan 2020 semakin hampir menjadi ilusi dan fantasi, yang mana setiap hari kita semakin jauh terkebelakang. Bangkitlah rakyat Malaysia dari mimpi yang ngeri ini kerana Malaysia telah hilang arah tuju serta nama dan sinarnya diperingkat antarabangsa.
Raja Bahrin Shah adalah Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...