Recent Post

Tuesday, February 23, 2016

Tanpa Nike, Manny Pacquiao kini berunding bersama penaja baharu

Bintang tinju Filipina Manny Pacquiao kini sedang berunding dengan beberapa jenama setelah Nike membatalkan tajaan.
Read more ...

Yatt Hamzah Boleh Kaburi Mata Masyarakat, Tapi Bukan Individu Yang Mengenalinya รข€“ Bekas Suami

Yatt Hamzah telah pun tampil menafikan dakwaan bekas suami yang dirinya bakal berkahwin dengan orang ketiga yang menjadi punca keruntuhan perkahwinan mereka. Menurut Yatt,  dia dan bakal suami Mohammad Zulfadli mula berkenalan ketika menyertai misi kemanusiaan di Syria pada tahun lepas. Namun, hubungan mereka lebih serius dan rapat selepas Yatt bercerai. Ingatkan episod berbalas kenyataan ini telah tamat, namun nampaknya bekas suami Yatt iaitu Abdul Mutallib masih mahu membalas kenyataan bekas isterinya itu.yatt hamzahMenurut Abdul Mutallib, kenyataannya ini bukan bertujuan untuk mengaibkan Yatt Hamzah atau cemburu,  sebaliknya tetapi enggan bersubahat dalam perkara yang tidak benar dan seterusnya menghentikan kepura-pur aan yang berlaku. Kata Abdul Mutallib:-

Kenyataan saya sebelum ini cukup untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Beliau (Yatt) bagaimanapun, dengan menggunakan nama Allah, menafikannya. Sebagai seorang yang mempelajari ilmu agama yang luas, beliau sewajarnya lebih faham mengenai natijah dan hukum akibat tindakan terbabit.

Beliau mungkin boleh mengaburi mata masyarakat, tetapi bukan individu yang mengenalinya dan mengetahui hal sebenar, termasuk dirinya sendiri.

Bagaimanapun, saya sudah memaafkan kesilapannya dan berharap rumah tangga yang bakal dibina akan bahagia ke akhir hayat. Saya berlapang dada menerima ketentuan qada dan qadar Allah.

Saya berharap tiada lagi isu selepas ini. Apa yang berlaku menjadi titik tolak untuk kami menerima ujian dan muhasabah diri masing-masing.

yatt hamzah

Abang Nara tak tahu nak cakap apa tetapi dunia sekarang ini memang kita mudah terpedaya dengan penampilan seseorang. Hanya Yatt Hamzah, bekas suami dan bakal suami sahaja yang tahu perkara sebenar terjadi. Abang Nara memahami prinsip Abdul Mutallib yang enggan berkompromi tentang perkara yang tidak benar. Semoga ini akan menjadi pengajaran buat kita semua. Sumber Berita Harian.

sutera

P.S: Berita baik untuk anda yang mencari jubah saiz L & XL!!! Kami mengeluarkan jubah batik yang direka khas dengan design yang menarik bermotifkan batik dan bunga, selesa dipakai dan keluaran terhad kepada sehelai sahaja untuk setiap gambar. Siapa cepat dia dapat!. Tampil unik dan elegan dengan mendapatkan Jubah Batik Soft Cotton Diamond. Tempah sekarang di Facebook TheOnlineBatik , Instagram @theonlinebatik atau Whatsapp 019-361-8718

[jetpack-related-posts] PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

"YATT DAPAT PENGGANTI, SAYA DAPAT ANAK" - BEKAS SUAMI

Bekas suami Yatt Hamzah, Abdul Mutalib Abdul Shukor sama sekali tidak merasa sedih dengan perkhabaran yang bekas isteri akan berkahwin dengan jejaka 10 tahun lebih muda darinya pada 27 Februari ini.

Malah kata Talib, dia gembira jika bekas isterinya itu temui pengganti kerana dia bakal mendapat hak penjagaan penuh terhadap anak mereka Suci Hanania Malika selepas Yatt berkahwin nanti.

"Jujurnya, saya gembira dengan berita pernikahan Yatt ini. Sekurang-kurangnya dia sudah ada pengganti dan ada orang boleh jaga dia.

"Ya Allah, benar. Sedikit pun saya tidak rasa sedih dengan berita ini. Kalau Yatt temui pengganti, saya pula akan mendapat hak penjagaan penuh terhadap Nia. Itu janji kami dulu sewaktu bercerai.

"Sebelum ini, selagi Yatt tidak bernikah lain, Nia akan bersama saya setiap minggu pertama dan ketiga sahaja. Sebaik sahaja Yatt sah ada suami lain, saya akan menjadi penjaga sepenuhnya terhadap Nia

"Sebenarnya sewaktu bercerai dulu, kami ada buat perjanjian kerana ketika itu saya tidak tuntut apa-apa, biarpun perniagaan Suci By Yatt Hamzah adalah perniagaan bersama.

"Antara syaratnya ialah hak penjagaan anak akan menjadi milik saya sebaik sahaja Yatt berkahwin lain. Saya harap syarat itu akan dipatuhi. Lagipun selama ini kami tidak ada masalah dalam penjagaan Nia," ujar talib dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu ditanya jika Talib sudah bertemu dengan pengganti, katanya buat masa ini dia ingin memberikan fokus sepenuhnya kepada anak perempuan beliau dan hanya akan memikirkan soal kahwin jika wanita itu dapat menerima anaknya dengan baik.

"Buat masa sekarang, saya belum terfikir untuk cari orang baharu kerana nak cari pengganti dalam keadaan saya ini bukan mudah. Saya kena fikir masak-masak sebab wanita yang bakal menjadi isteri saya perlu terima anak saya juga. Kalau ada wanita yang sanggup terima saya dan anak, mungkin saya akan fikirkan," jelasnya.

Sumber: UM

         ________________________

:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS ::

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Berita Hamil: Adira Minta Doakan Yang Terbaik

Lanjutan daripada desas-desus kehamilan tersebar di media sosial, penyanyi Adira Suhaimi,25, minta semua pihak mendoakan yang terbaik buat dia dan suami.

"Minta maaf...buat masa ini saya tidak boleh memberikan sebarang komen kerana asalnya berita itu bukan keluar dari mulut kami.

"Cuma apabila diucapkan ramai orang, ia umpama doa buat kami. Apa yang dapat saya kongsi, doakan perkara yang baik-baik buat saya dan suami.

"Lagipun banyak hati yang perlu dijaga dan saya memilih untuk mengunci mulut buat sementara waktu. Harap semua faham" katanya kepada BH Online.

Berita kehamilan pelatun lagu Hilang itu bertebaran di sosial media apabila suaminya, Datuk Seri Adnan Abu, 38, meninggalkan komen gambar botol susu.

Terdahulu, naib juara Akademi Fantasia 2010 itu mendedahkan beliau telah berkahwin di Songkhla, Thailand.

Sumber BH Online

Olahan semula Syafiqah Jalal

Artikel ini disiarkan pada Selasa, 23 Februari 2016

Read more ...

Usia lima tahun perkahwinan paling tinggi bercerai - Kosmo!

Usia lima tahun perkahwinan paling tinggi bercerai

23/02/2016 11:40am

PUTRAJAYA - Perkahwinan yang berusia hanya lima tahun merupakan paling tinggi berlaku penceraian di negara ini lapor Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Siri Kelima (KPKM-5).

Kajian yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bermula September 2014 hingga Januari 2015 itu melibatkan 23,112 buah tempat kediaman yang meliputi lima kumpulan sasaran.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, usia perkahwinan dalam tempoh lima tahun merupakan satu fasa kritikal yang perlu diberi perhatian oleh setiap pasangan.

"Kini, institusi keluarga dilihat berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti kewangan keluarga, masalah dengan anak remaja dan aturan penjagaan anak.

"Dari aspek kewangan keluarga, hampir 40 peratus wanita menghadapi masalah dalam perbelanjaan pendidikan manakala 36.3 peratus bagi masalah perbelanjaan keperluan keluarga dan 16 peratus (masalah dalam perbelanjaan perubatan keluarga," katanya.

Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Paduka Chew Mei Fun pada Majlis Pelancaran dan Pembentangan Laporan P3nemuan Utama KPKM-5 di sini tadi. - K! ONLINE

Read more ...

Filem OLABOLA Raih Lebih RM12 Juta Dalam Tempoh 18 Hari Tayangan

Memasuki hari ke-18 tayangan, filem OlaBola meneruskan rentak cemerlang dalam kutipan box office apabila berjaya mencatat kutipan melebihi 12 juta!

Selepas 3 minggu berada di pawagam sejak ia ditayangkan pada 28 Januari 2016 lalu, jumlah penonton masih belum berkurangan, malah masih kukuh di pawagam apabila jualan tiket sentiasa sold out dengan segera. Selain itu, filem OlaBola masih mengungguli carta top 10 Golden Screen Cinema (GSC) semenjak filem ini ditayangkan.

Berlatarbelakangkan era 1980-an, Ola Bola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul menjadi wira negara. Kisah yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini bukan sahaja memaparkan semangat juang dan maruah pasukan bola sepak negara, tetapi juga menyaksikan kepayahan dan kesungguhan barisan pemain mengatasi masalah peribadi dan juga yang berkaitan dengan pasukan.

Kisah ini juga mendalami kehidupan seharian dan memaparkan semangat waja yang tidak kenal erti putus asa walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran. Filem yang diarahkan oleh pengarah hebat Chiu Keng Guan ini merupakan satu perjalanan inspirasi yang dijangka akan menambat hati para penonton Malaysia.

Untuk mengikuti info terkini tentang OlaBola, sila layari www.olabola.com.my, www.olabola.tv,www.youtube.com/astroshaw, www.facebook.com/astroshaw dan www.instagram.com/astroshaw.

Komen via Facebook

Komen

— 133 Bacaan
Read more ...

TMJ Balas Kritikan "Isu Bersalam" Dengan Video Pendek Ini

PETALING JAYA: Berikutan kritikan-kritikan dari netizen berhubung tindakannya bersalaman dengan isteri pemain Johor Darul Ta'zim, Safiq Rahim, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjawab kritikan itu melalui satu klip video sindiran yang dipaparkan di Facebook Johor Southern Tigers.

Apa yang menarik di sini adalah, TMJ tidak memakai sarung tangan, tapi menggunakan tangan watak adiwira Hulk untuk bersalam dengan dua orang wanita di dalam video tersebut.

Sebelum ini, TMJ telah membidas kritikan-kritikan sesetengah individu yang mengkritik tindakannya itu menerusi satu posting di Facebook.

"Hanya Allah boleh membuat keputusan sama ada amalan kita diterima atau tidak. Hanya Allah yang boleh menilai sama ada kita ke syurga atau neraka.

"Kita hanya manusia dan oleh itu tidak perlu menghukum orang lain terutama perkara-perkara kecil. Islam adalah tentang kasih sayang dan menghormati antara satu sama lain, bukan tentang menghakimi orang lain terutama apabi la ia melibatkan kebencian," katanya pada Isnin. - Siakapkeli.my

Pada suatu ketika di Padang Seri Gelam. Perkara yang aneh telah berlaku sebentar tadi.----A very unusual incident happened at Padang Seri Gelam some time ago.Posted by JOHOR Southern Tigers on Monday, 22 February 2016

Read more ...

Sultan Johor: Negara tidak maju jika rakyat berpecah belah

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan bahawa tiada negara mampu mencapai kemajuan sekiranya rakyat berpecah-belah dan tidak membentuk perpaduan.

Justeru itu, baginda meminta rakyat negeri itu terus mengukuhkan perpaduan demi menjadikan Johor sebagai sebuah negeri yang maju dan aman damai.

"Apabila kita melihat orang sekeliling sebagai sebuah keluarga, perasaan iri hari dan hasad dengki itu dapat dijauhkan dan disemai pula dengan perasaan sayang dan saling hormat menghormati.

"Oleh demikian, beta menyeru kepada semua rakyat, walaupun berbeza agama dan kepercayaan, mereka harus hidup bersatu dan bekerjasama demi memastikan kemakmuran negeri ini terjamin," titah baginda.

Sultan Johor bertitah demikian dalam majlis makan malam sambutan perayaan Chap Goh Meh 2016 di Stadium Mini Pontian malam tadi.

Sambutan yang disertai kira-kira 3,000 jemputan itu, turut dihadiri oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri Datuk Tee Siew Kiong dan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Ismail Karim.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional masyarakat Cina dan nyanyian oleh artis tempatan Pei Bei.

- Bernama

Read more ...

Ramai tawar nak beli anak kucing bermuka dua

KUALA NERUS: "Ramai yang menawarkan untuk membeli dan menjaga kucing bermuka dua selepas cerita mengenainya menjadi viral di Facebook dan aplikasi WhatsApp, sejak Ahad lalu," kata Siti Ruszaihaa Mamat, 28, dari Kampung Teluk Ketapang, di sini.
Read more ...

BIKIN PANAS! Zizie Izette Bidas Anggapan Netizen Tidak Pandai Jaga Suami??

Baru-baru ini suami kepada pelakon Zizie Ezette telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court kerana mengalami masalah buah pinggang. Bagaimanapun, Datuk Bung Mokhtar itu telah selamat menjalani permindahan buah pinggang beberapa hari lepas.

Zizie 3

Namun, ada desas desus mengatakan bahawa Zizie mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri tatkala suaminya itu sedang sakit.

Disebabkan isu tersebut, Zizie telah memuat naik gambar juadah asam pedas di instagram peribadi beliau beserta kapsyen yang menepis dakwaan netizen bahawa dia tidak pandai menjaga suaminya.

Zizie 1

Asam pedas Sabah style!Satu bergaram & bergula, satu lg kurang garam tiada gula.Faham2 la org baru nk sihat ni semua kena dikurang2kan.Kasih sayang je yg bertambah.๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜† #jgncakapakakxjagasuami #adabendatakperlulahnakdipost #kalauxpostbukanxsayang #jgncaridosa

Zizie yang sebelum ini dikatakan akan kembali aktif berlakon sedang Usaha Kurangkan Berat Badan, malahan ada juga dikatakan uami Zizie Ezette, Bung Mokhtar Mengamuk Dalam Dewan Rakyat??

Zizie 4

Apapun, kita tidak mampu untuk menutup setiap mulut orang. Kalau semua benda perlu diposkan lama-lama nanti netizen muak pula. Apa yang penting Zizie tahu jalankan tanggungjawabnya.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • 6 Foto Menarik Zizie Ezette Mengerjakan Umrah Bersama Suami!
  • Zizie Ezette Lebih Selesa Merendah Diri
  • Zizie Ezette Tawar Hadiah Sempena Hari Jadi Kepada Pengikut Instagram
  • Read more ...

    Nazri "Berhalusinasi" : Tidak Tahu Beza Tugas Timbalan BANTU Presiden dengan "JILAT" Presiden

    CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar Nazri "Berhalusinasi" : Tidak Tahu Beza Tugas Timbalan BANTU Presiden dengan "JILAT" Presiden Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang terkenal sebagai 'penjilat' hari ini meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO kerana tidak menjalankan tugas membantu Presiden.   Semasa membuat gesaan itu, beliau berkata Perlembagaan UMNO menyatakan dengan jelas bahawa tugas Timbalan Presiden parti itu adalah untuk membantu Presiden."Adalah menjadi satu kesalahan, jika Timbalan Presiden melakukan sebarang tindakan yang bertentangan dengan tugasnya itu," kata Mohamed Nazri, yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.Menurutnya Muhyiddin masih lagi mempersoalkan isu seperti sumbangan RM2.6 bilion yang diumumkan selesai oleh Peguam Negara dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih lagi dalam prosiding siasatan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

    Menjalankan Tugas Timbalan Presiden Bukan Dengan Menjilat PresidenTimbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menyifatkan setiap tin dakannya selama memegang jawatan itu adalah berlandaskan tanggungjawabnya kepada parti.

    "Sebagai Timbalan Presiden yang dipilih ahli, saya juga bertanggungjawab kepada parti dan ahli-ahli.

    "Saya banyak mendengar suara akar umbi mengenai pelbagai permasalahan yang berkait dengan kepimpinan parti," kata Muhyiddin.

    Oleh itu, Muhyiddin berkata tanggungjawabnya ialah untuk memberikan nasihat kepada Presiden supaya mendengar suara ahli-ahli parti di akar umbi dan segera memperbetulkan keadaan.

    "Sebaliknya saya disingkir, disisih malah dihalang daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya sebagai Timbalan Presiden.

    "Itulah yang telah saya lakukan selama ini. Saya telah membantu Presiden dalam semua hal berkaitan pentadbiran dan juga parti. Amanah membantu Presiden tidak pernah saya abaikan," kata Muhyiddin.

    Tambah beliau, dalam Islam adalah dituntut supaya patuh dan taat kepada pemimpin.

    "Pemimpin yang wajib ditaati ialah pemimpin yang taat kepada titah perintah Allah, amanah, jujur, berintegriti dan bersih, serta menjauhi perkara-perkara mungkar," kata MuhyiddinApabila Presiden sudah tidak betul, maka tugas Timbalan Presiden menegur dan memperbetulkan keadaan demi kelangsungan UMNO, orang Melayu dan Negara.UMNO mesti dipertahankan, manakala pemimpin yang bermasalah mesti dikeluarkan.UMNO bukan hak milik seseorang Presiden parti dan puak-puak penjilat mereka. UMNO milik orang Melayu.Nazri Aziz mesti "bertaubat".
    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *