Recent Post

Saturday, October 22, 2016

Malaysia masih mampu bentang bajet terbaik - TPM - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Malaysia masih mampu membentangkan bajet yang terbaik untuk rakyat walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini mengambil kira agihan kepada semua golongan dan sektor.

"Saya mewakili pihak jemaah menteri mengucapkan tahniah atas belanjawan yang cukup berpijak di bumi yang nyata walaupun kita tahu kehilangan pendapatan daripada sumber-sumber yang berasaskan kepada petroleum.

"Namun, apa yang telah dibentangkan memperlihatkan bahawa kita masih mampu memberikan agihan yang sepatutnya kepada semua pihak," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut melahirkan ucapan terima kasih kerana sektor keselamatan tetap diberikan keutamaan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperoleh jumlah peruntukan yang besar.

Katanya, peruntukan berjumlah RM80 juta bagi membekalkan pakaian seragam kepada anggota RELA juga menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri untuk melihat anggota sukarelawan itu berada di seluruh pelosok negara bagi membantu agensi keselamatan dan penguatkuasaan menjaga keamanan negara.

Sejumlah RM12.8 bilion diperuntukkan bagi Kementerian Dalam Negeri, termasuk RM8.7 bilion kepada PDRM dalam Bajet 2017.

Mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk memajukan negara dalam tempoh tiga dekad, Ahmad Zahid berkata beliau memberikan dokongan yang penuh terhadap pengenalan transformasi itu kerana ia penting dalam memastikan generasi akan datang bersama kerajaan membentuk hala tuju negara.

"Pada tahun 2057, negara kita akan berada di ambang 100 tahun kemerdekaan, tentunya transformasi nasional yang baru ini amat diperlukan supaya generasi Y yang ada serta generasi Z, dan generasi alfa yang akan muncul, mempunyai saham bersama membentuk negara," katanya.

Ditanya mengenai bajet kepada Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid menegaskan ia bukanlah peruntukan kepada Pejabat Perdana Menteri, sebaliknya ia melibatkan 90 agensi di bawah jabatan itu.-BERNAMA

Read more ...

Warga Myanmar Maut Tersepit Dalam Mesin Pengisar Tanah

KUCHING 21 Okt. - Seorang pekerja rakyat Myanmar maut selepas tersepit di dalam sebuah mesin pengisar tanah di sebuah kilang batu bata di Batu 14, jalan Puncak Borneo, Padawan dekat sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, mangsa yang dikenali sebagai Nyi Nyi Aung, 31, ditemukan telah meninggal dunia sebaik sahaja ditemui.

Katanya, insiden berkenaan berlaku kira-kira pukul 1.40 tengah hari.

"Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan diketuai pegawai bomba kanan Jude Anak Reiny telah bertindak mengeluarkan mangsa dengan bantuan mekanik di kilang berkenaan bagi mengangkat mesin pengisar tanah menggunakan jentera angkat susun," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Mayatnya kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Sumber: Utusan Online

Read more ...

Adibah Nor: 'Biarlah saya terus berahsia...'

Meskipun berasa kecewa, Adibah Noor beranggapan biarlah jalan cerita filem lakonannya Fundamentally Happy yang gagal melepasi kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) kekal menjadi rahsia.

Kata pengacara, penyanyi dan pelakon itu, jika ada sesiapa ingin menonton filem berkenaan mereka boleh berbuat demikian tetapi di luar negara.

"Biarlah saya terus berahsia mengenai kisah difilemkan itu. Jika ia tidak akan ditayangkan di sini, jadi buat apa nak diceritakan?

"Saya mahu jadi kedekut bab itu, sekiranya hendak tengok apa yang ada dalam Fundamentally Happy anda boleh pergi ke Singapura," katanya kepada Malaysiakini.

Adibah, 46, ditemui pada Konsert Adibah Noor Into The 3rd Decade di Kuala Lumpur malam semalam. Untuk konsert itu, Adibah menyampaikan lagu yang dipilih dari album pertama hingga ketiga sejak dirinya bergelar penyanyi. Persembahan itu berlangsung selama dua hari dan berakhir hari ini di KL Pac.

Menurut Adibah, walaupun Fundamentally Happy tidak akan dipertontonkan secara komersial di Singapura, ia masih mempunyai harapan untuk ditayangkan di institusi pendidikan dan festival filem.

Secara ringkas, Adibah menjelaskan Fundamentally Happy filem yang mengimbau sejarah silam, kemaafan, sesalan dan langkah untuk meneruskan kehidupan pelbagai konflik.

Bagaimanapun, susulan cerita yang berlegar tentang kewujudan karakter lelaki Melayu, kanak-kanak Cina dan wanita bertudung labuh serta isu pedofilia dianggap LPF kurang sesuai untuk filem arahan Tan Bee Thiam dan Lei Yuan Bin ditayangkan di pawagam negara ini.

Ditanya mengenai kegagalan mendapat kelulusan tayangan LPF, Adibah berkata ia terpaksa menerima kenyataan bahawa segelintir orang Melayu di negara ini bersifat "cepat sentap."

Katanya, dalam memberikan rasional mengapa LPF tidak memberikan kelulusan kepada filem itu Adibah berkata mereka memberikan alasan "Melayu tersinggung" sebanyak lima kali berbanding dua kali saja menyentuh isu agama.

Menurut Adibah Fundamentally Happy tidak memfokuskan isu Melayu dan agama seperti dianggap LPF.

Dan Adibah tidak menolak kemungkinan sentimen cepat tersentap itu mendorong LPF cenderung menolak filem terbitan 13 Little Pictures itu.

"Saya cuba memahami rasional LPF dan alasan tindakan berkenaan diambil dengan seikhlasnya kerana beranggapan mereka tidak mahu membangkitkan kemarahan orang Melayu.

"Yalah, orang Melayu terlalu sensitif sedangkan filem seperti Ola Bola dan Lelaki Harapan Dunia juga turut dipertikaikan. Mengapa begitu?" soalnya.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *