Friday, October 02, 2015
'Jangan timbulkan sengketa' - Najib
GEMPAR ! BERANG Sering DITUDUH Che Ta Dedah Rahsianya Raih Pendapatan LEBIH RM 200 RIBU Sebulan !
UBANG JAYA: Pelakon Rozita Che Wan menyedari terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan kemewahannya lebih-lebih lagi melihat dia kerap melancong ke luar negara selain memakai pakaian dan beg jenama mewah. Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 42, berkata, pertikaian itu semakin menjadi bualan lebih-lebih lagi dia tidak aktif dalam kerjaya seni sejak akhir-akhir ini. "Biasalah mulut orang. Padahal ramai yang tahu saya turut sibuk dengan perniagaan saya. Itu adalah sumber pendapatan utama. "Setakat ini saya menjalankan sebanyak empat jenis perniagaan iaitu syarikat produksi, bidang fesyen menerusi label Padusi, minyak wangi (Precious dan Gorgeous) dan tak lama lagi produk kecantikan pula," katanya kepada mStar Online. Rozita ditemui pada majlis pelancaran dan pelantikannya sebagai duta produk Rysya di Ruang, di sini pada Khamis. Selain Rysya, Rozita turut dilantik sebagai duta kepada 11 produk yang antaranya Logivite, Jakel, Tropika, stroler Mini Cooper, Idola dan sebuah lagi jenama perabot yang akan diumumkan kemudian. Malah sebelum ini Rozita tuurt menghadiahkan anak sulungnya Ammar Effendy sebuah kereta mewah BMW kerana pencapaian baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sementara itu, Rozita memberitahu dia masih memerima pelbagai tawaran namun tidak mempunyai masa untuk menerimanya memandangkan tempoh penggambaran menuntut masa yang lama. Rozita akan memilih tawaran tersebut sekiranya watak yang diberi berbeza dengan lakonannya sebelum ini, namun tetap memilih perniagaan sebagai kerjaya utama. "Saya fikir macam ni, jika berlakon saya raih pendapatan kira-kira RM70,000 sebulan. Tetapi dengan perniagaan, saya boleh buat sehingga RM200,000 sebulan. "Jadi saya fikir, lebih baik berniaga sendiri dan saya pun puas hati apabila penat lelah kita bersengkang mata sampai ke pagi berhasil. Berbeza dengan kerjaya lakonan. Tetapi lakonan memberi populariti di mana ia boleh membantu meningkatkan perniagaan yang dijalankan," ujarnya.
PENGALAMAN HAJI BUAT NABIL AHMAD LEBIH BERSYUKUR
Nabil Ahmad, 29, yang baru pulang dari Tanah suci Mekah berkata pengalaman mengerjakan ibadah haji buat kali pertama menjadikannya lebih bersyukur selepas melihat pelbagai kesusahan dilalui jemaah lain untuk melengkapkan rukun Islam kelima itu.
Menurut Nabil, terdapat jemaah haji yang serba kekurangan melaksanakan tanggungjawab mereka termasuklah ada yang terpaksa tidur di tepi-tepi jalan dalam keadaan serba kekurangan.
"Saya paling terkesan apabila melihat jemaah haji lain yang bersusah payah ke sana (Mekah) dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tidur di tepi jalan.
"Saya naik bas ke Mina, mereka berjalan kaki dalam keadaan panas terik. Bukan semua orang senang seperti jem aah Malaysia yang diurus dalam keadaan sempurna," ujar Nabil dipetik sebagai berkata.
Nabil berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan haji menerusi penerbangan akhir iaitu pada 29 September lalu dan tiba ke tanah air kira-kira pukul 3 petang Khamis.
Kata Nabil sepanjang mengerjakan Haji Ifrad itu, ibadah yang dilakukannya berjalan lancar dan sempurna. Namun dia hanya menghadapi ujian berhadapan cuaca yang panas sehingga nyaris demam.
"Cuaca di sana sangat panas dan saya hampir nak demam. Mujurlah saya makan macam-macam ubat untuk memastikan badan sihat agar dapat beribadat dengan sempurna," jelasnya.
Mengenai insiden rempuhan ketika jutaan umat Islam sedang menunaikan ibadah melontar Jamrah di Mina pada 24 September lalu, kata Nabil, dia menerima kejadian itu dengan hati yang terbuka dan positif.
"Apa yang saya boleh katakan, saya terima kejadian itu dengan hati terbuka. Bagi saya, kejadian itu hanya penyebab sahaja dan saya cemburu kerana mereka dapat meninggal dunia di Mekah ketika sedang beribadat," katanya.
Kejadian rempuhan itu berlaku di kawasan perkhemahan jemaah negara-negara Arab yang terletak kira-kira empat kilometer daripada perkhemahan jemaah Malaysia.
Sumber: mStar
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER



Follow @myartisdotcom
[VIDEO] BIADAP ! Gadis MENGMAUK Baling Duit Ke Muka Seorang Kakitangan Kedai Emas
Gadis Mengamuk Baling Duit Ke Muka Seorang Kakitangan Kedai EmasBERITA PENUH : http://bit.ly/1KYOvNi
Posted by Berita Malaysia Kini on Thursday, October 1, 2015 Difahamkan, wanita itu sedang memilih barangan kemas yang diinginkannya. Jelas kedengaran dalam video wanita itu berkata, "Kau ingat aku tak mampu? Kedai apa ni?? Aku boleh beli seluruh kedai di kawasan ini! Kau tahu tak siapa ayah aku?" katanya sambil mengeluarkan sejumlah besar wang dan melemparkannya pada kakitangan kedai tersebut sambil menjerit-jerit. Lapor People Daily, wanita itu berbuat demikian kerana tidak ingin diperlihatkan sebagai orang miskin. Bagaimanapun, kakitangan terbabit tetap tenang dan tidak marah mahupun membalas kata-kata wanita itu biarpun ramai yang menyaksikan kejadian itu.
'Mahathir Sudah Gila, Perlu Jalani Pemeriksaan Mental' - Ramesh Sendu
PETALING JAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dinasihat menjalani pemeriksaan mental setiap enam bulan sekali, kata Pengerusi Pertubuhan Minda Sendu & Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao. Menurutnya, saranan itu dibuat kerana beliau mendakwa Tun Mahathir sudah gila kerana merestui perkara yang ditentangnya sendiri ketika menjawat jawatan Perdana Menteri yang juga merujuk pada kelantangan Tun Dr Mahathir menyerang pentadbiran Najib Razak. "Saya minta beliau menjalani pemeriksaan mental segera, saya rasa beliau sudah gila. Dulu tak sokong demonstrasi, sekarang sokong. Dulu tak sokong media asing, sekarang sokong. DUlu tak sokong undi tidak percaya, sekarang sokong. Ini sudah membuktikan dia gila. "Dia perlukan rawatan segara. Orang kata kalau umur sudah lebih 60 tahun, kepala menjadi sasau. Minggu lepas pun dia kata bila Najib sampai keluar negara dia akan ditangkap. Jadi ini kenyataan orang gila, kepala tak betul. Kenyataan pun tidak waras," katanya semalam. Bagaimanapun netizen mengkritik kenyataan pengerusi pertubuhan sendu itu yang dilihat lebih kepada menjilat Najib dan mengharapkan balasan dilantik sebagai menteri. Netizen juga mempersoalkan apa jasa Ramesh kepada negara sehingga berani mengatakan Tun Dr Mahathir gila dan tidak waras. - THEHYPEMEDIA.COM
Salleh yakin BN S'wak menang p'raya negeri
Kerajaan Barisan Nasional Sarawak di bawah kepimpinan ketua menteri Tan Sri Adenan Satem akan memenangi Pilihan Raya Negeri
ke-11 tanpa menghadapi banyak masalah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak.
Katanya, beliau sangat yakin kerana tidak banyak isu besar yang dihadapi oleh BN negeri.
"Sarawak ada ketua menteri Tan Sri Adenan Satem yang sangat popular. Beliau memperkenalkan banyak dasar yang memberi faedah kepada negeri dan rakyatnya.
"Rakyat suka ahli politik seperti ini. Adenan juga mempunyai ramai pemimpin berkelayakan membantu beliau," katanya.
Beliau berkata semasa berucap dalam perhimpunan anjuran Komuniti 1Malaysia dan para pemimpin masyarakat dan penduduk kampung dari Kampung Lajim 5 dan 6 dekat Kuching semalam.
Sarawak dijangka mengadakan pilihan raya pada awal tahun depan. Penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan berakhir pada Jun 2016.
Mohd Salleh diiringi Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg memilih menggunakan "laluan tidak sibuk" yang mengambil masa 10 minit dengan menaiki ikon pelancongan Sungai Sarawak "perahu tambang" dari tebingan Kuching ke kampung tersebut.
Abang Johari merupakan Anggota DUN Satok yang mana kedua-dua kampung terbabit terletak, serta menteri bertanggungjawab terhadap teknologi maklumat dan multimedia negeri.
Berhubung program sambungan internet di negeri itu dan juga Sabah, Mohd Salleh berkata beliau sudah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meningkatkan kelajuan dan kadar penembusan internet.
"Sambungan internet merupakan satu keperluan dan kita perlu lebih bersungguh-sungguh. Kita tidak boleh tertinggal. Jika tertinggal kita akan
kerugian," jelasnya.
Menurut Mohd Salleh petani kini meningaktkan pendapatan dengan mengiklan produk secara atas talian.
"Sekarang ia tidak sekadar rangkaian sosial seperti aplikasi Whaisapp atau Facebook tetapi menjurus kepada e-perniagaan, malah e-kerajaan," kata beliau.
Beliau sedang dalam lawatan dua hari ke Sarawak. Programnya bermula dengan taklimat mengenai senario politik semasa negeri disusuli mesyuarat dengan para pegawai Jabatan Penerangan seluruh negeri.
- Bernama
PM Iraq sedia terima bantuan Russia serang IS
Tidak Tahan Melihat Tunku Aminah Dihina Orang Ramai! Akhirnya Tunku Idris BERSUARA Mengejutkan Orang Ramai

"Apabila saya melihat komen mengenai adik saya yang tidak memakai tudung, ia sangat mengecewakan," kata Tunku Idris. Beliau juga menyatakan bahawa adiknya itu menunaikan solat lebih banyak berbanding mereka yang mengenakan tudung.
Tunku Idris juga memberitahu bahawa Tunku Aminah memakai selendang ketika menghadiri semua acara keagamaan. "Adakah itu tidak cukup baik? Bukankah ia antara dia dan Allah?" soal Tunku Idris.
Tegas Tunku Idris lagi, masyarakat hari ini lupa bahawa orang Melayu bukannya bangsa Arab dan berpakaian seperti kaum itu tidak menjadikan s eseorang itu lebih kuat pegangan agamanya.
Katanya selain menjadi pakaian agama, hijab adalah pakaian budaya bagi orang-orang Arab kerana ia melindungi pemakainya daripada panas atau ribut pasir. "

Ada orang alim pernah memberitahu saya, anda memakai tudung apabila anda benar-benar cantik atau benar-benar hodoh hingga boleh menyebabkan gangguan kepada orang lain. Jadi ia membuatkan saya tertanya-tanya – siapalah kita untuk menghakimi," kata Tunku Idris.
Popular Posts
-
Kalau pembaca masih ingat, Ammar Alfian, Idris Khan dan Atikah Suhaime pernah dikatakan merakam aksi seks threesome menggunakan telefon bi...
-
Semalam telah berlangsung pusingan akhir Super Spontan All Stars dimana Zizan Razak daripada kumpulan Silat Dongibab dinobatkan sebagai ju...
-
Filem Munafik nampaknya sudah berjaya mengatasi rekod Polis Evo dan berjaya mencatat kutipan RM17 juta hanya dalam tempoh 26 hari tayangan...
-
RIYADH: Polis Arab Saudi menembak dua suspek militan manakala dua lagi meletupkan diri mereka ketika satu serbuan berhampiran Makk...
-
Malaysia Airlines Berhad menghantar dua pesawat penerbangan sewa khas MH8360 dan MH8361 untuk menjemput para penumpang yang terkandas.

