Recent Post

Wednesday, October 14, 2015

Penyusutan ekonomi tanda awal kemelesetan ekonomi global

Profesor Datuk Dr John Antony Xavier berkata penyusutan ekonomi ini adalah tanda awal kepada kemelesetan ekonomi global.
Read more ...

"SAYA BIMBANG KALAU ANAK SAYA JADI ARTIS" - AMY MASTURA

Pengalaman bergelar selebriti selama 20 tahun membuatkan Amy Mastura bimbang sekiranya anak-anaknya juga mahu mengikuti langkahnya di dalam dunia hiburan.

"Saya dan suami memang tidak halang jika mereka mahu terbabit dalam seni. Tetapi sejujurnya saya takut juga. Saya sendiri berada dalam bidang ini dan saya sudah maklum dengan segala ranjau yang harus ditempuhi.

Klik gambar untuk size besar

"Jujurnya, bidang seni bergantung pada nasib. Mereka juga perlu kuat dan seperti saya katakan, masing-masing kena hargai peluang," ujar Amy sambil menjelaskan bahawa setiap artis perlu menggunakan peluang dengan sebaiknya.

Hasil perkahwinan bersama suami tercinta, Alvin Tham Suffian, Amy dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Adalia yang berusia 14 tahun dan adiknya, Adriana, 10 tahun.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Akhirnya Mirsudiar Dan Norieen Buat Pengakuan Semasa Hilang Dalam Hutan Yang Amat MENGEJUTKAN !

Murid Orang Asli, Mirsudiar & Norieen di bantu oleh TENGROG? : Kehilngan 7 murid orang asli yang hilang di hutan belentara di Gua Musang memang mengejutkan semua pihak. Setelah 48 hari pencarian, akhirnya Mirsudiar,11, dan Norieen, 10, ditemui selewat walaupun mereka berada dalam keadaan tidak bermaya. Bagaimanapun, misterinya ialah bagaimana kedua murid tersebut boleh "SURVIVE" tanpa keperluan asas makanan bersih dalam tempoh yang begitu lama. Berdasarkan pemanduan pelancong yang bertanggungjawab di kawasan gua dan gunung, seseorang yang sesat dan tidak mempunyai kepakaran tentang hutan dan hanya dapat betahan hampir 20 hari sahaja, jesteru menimbulkan tanda tanya bagaimana Mirsudiar, 11 dan Norieen, 10, boleh bertahan selama 48 hari. Menurut laporan dari Mingguan Malaysia, kebanyakan penduduk di sekitar kawasan Pos Tohoi berkata mereka percaya dua kanak-kanak itu mampu bertahan di hutan belentara kerana mendapat bantuan dari makhluk halus yang mendiami kawasan itu. Seorang penduduk dari Pos Tohoi, Alex Long, 54, berkata makhluk itu memang wujud dan antara tempat-tempat yang digemari oleh makhluk itu adalah pokok tualang, pokok merbau, atau gua-gua yang terdapat di daerah ini. Menurut beliau, masyarakat Orang Asli suku Temiar, makhluk yang mendiami hutan berkenn digelar sebagai "TENROG" atau atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai "BUNIAN". "Di sini, Gua Peraling paling dekat, jika berjalan kaki, hanya ambil masa 10 minit sahaja dari penempatan kami. Gua ini ada penghuninya tetapi kami percaya mereka tidak buat kacau jika tidak diganggu. "Mirsudiar dan Norieen mampu bertahan hidup lma mungkin kerana dibantu penghuni hutan itu. Mengikut kepercayaan kami, penghuni hutan memang suka berkawan dengn kanak-kanak," katnya memetik laporan itu. Sementara itu, Jemi Angah, 40, menceritakan pengalaman di mana ada seorang raakan pernah sesat selma 18 jam di hutan berhmpiran Gua Peraling. "Kami seolah-olah berlegar-legar di tempat yang sama sedangkan kawasan itu sering dilalui sebelum ini. Kami hampir berputus asa kerana kepenatan. Selepas saya minta penghuni hutan bantu, barulah kami terjumpa jalan keluar ke kampung," katanya. Tambah Jemi, masyarakatnya juga percaya ada pantang larang yang perlu dipatuhi jika manusia mahu menjejak kaki ke kawasan hutan. Sekiranya gagal menatuhi pantang larang, penghuni hutan akan marah sehinggah mengundang kejadian yang tidak diingini berlaku. "Pantang larang paling utaa jangan bercakap besar dan tinggalkan barang-barang kotor seperti tuala wanita dalam hutan. Selain itu, sebelum masuk hutan, minta kebenaran dulu," katanya. Artikel: Penyelamat Dedah Perasaan Misteri Ketika Penemuan Murid Orang Asli. Seorang lalaki yang banyak terlibat dalam proses menyelamat, Angah Chaki, 40, berkata kanak-kanak itu mungkin disembunyi oleh kuasa ghaib "TENROG" berikutan tiada jejak yang ditemui. "TENROG" ini dalam bahasa Melayu disebut "BUNIAN". Ini merupakan kali pertama tujuh kanak-kanak hilang begitu sahaja tanpa jejak," katanya. Angah juga turut menceritakan satu kes yng pernah berlaku kepada lelki Orang Asli yang tersesat selama dua bulan di dalam hutan. "Apabila dijumpai, Mulut mangsa mempunyai kesan tanah dan kita percaya semasa hilang itu dia diberi makan tanah dan daun-daun oleh bunin, " katanya. Sebelum ini, salah seorng dari kanak-kanak yang ditemui selamat dan berkata merea diberi makan oleh "seseorang" dalam tempoh mereka tersesat di dalam hutan.
Read more ...

(Video) Wanita Kantoi Mencuri Di Majlis Perkahwinan

TELUK INTAN - Padah mencuri, seorang wanita berusia 25 tahun ditangkap oleh ibu saudara pengantin di sebuah majlis perkahwinan di Kampung Selabak, tengah hari semalam ketika dia bergegas mahu keluar dari rumah itu. Wanita yang mempunyai seorang bayi perempuan berusia tiga bulan itu mengaku telah lama menjalankan kegiatan mencuri di majlis-majlis perkahwinan yang dihadirinya. Memetik laporan dari Sinar Harian, Rohana Osman, ibu saudara pengantin lelaki mula mengesyaki wanita itu setelah melihat dia merayau-rayau dalam rumah dengan keadaan yang mencurigakan. "Saya lihat dia naik ke atas, tiba-tiba turun dengan tergesa-gesa dan menuju ke pintu utama keluar dari rumah. Saya kejar dia dan menarik beg tangannya. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati beg kulit berwarna hitam milik saya ada di dalamnya!" katanya yang terus menarik beg tangannya itu dari dalam beg wanita terbabit menyebabkan berlakunya adegan tarik menarik yang mengundang perhatian tetamu yang lain. "Saya terus bertanya pada dia bagaimana beg saya boleh berada didalam tangannya. Dia menjawab dia mencurinya dan mengaku sudah terbiasa melakukan kerja-kerja terkuutuk ini di beberapa majlis kenduri kahwin orang lain sebelum ini," katanya. Rohana juga menemui sebuah lagi beg tangan kecil yang mengandungi wang tunai RM500 di dalam beg tangan wanita itu. Bagaimanapun, wanita yang berasal dari Seberang Perak itu merayu agar perkara itu tidak dilaporkan pada polis dan turut berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi. Wanita itu diserahkan kepada polis Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir perak untuk tindakan lanjut. Bapa pengantin lelaki, Hassan Kamar berkata, dia tidak mengenali dan tidak pernah mengundang wanita itu datang ke majlis perkahwinan anaknya. -  THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Cinta dan Seks Dengan Robot : Jangan Nak Mengarut - KPN

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada penganjur persidangan "Love and Sex With Robot" sekiranya program itu tetap dianjurkan.

Program tersebut dijadualkan berlangsung di Johor pada bulan November.

"Saya akan mengambil tindakan tegas kepada mereka, ini bukan negara yang membenarkan seks bebas seperti mana yang mereka cuba anjurkan, mereka (penganjur) sudah mula hendak bawa masuk budaya songsang daripada luar negara, ini tidak sekali-kali dibenarkan, ini diharamkan!

"Sedangkan melakukan seks anal sudah menjadi satu kesalahan, apatah lagi dengan robot," katanya memetik laporan dari Bernama.

Khalid menambah pihaknya akan mengambil tindakan kepada penganjur jika program itu dilaksanakan walaupun tidak menerima sebarang laporan polis.

"Tidak perlu laporan polis, kita akan ambil tindakan. Ada banyak undang-undang yang kita boleh gunakan," katanya.

Pada awal bulan ini, portal be rita Australia melaporkan ahli akademik akan berkumpul di Malaysia bagi persidangan "Love and Sex with Robot" bagi membincangkan isu undang-undang, etika dan moral yang berkaitan dengan topik. - Siakapkeli.my

Read more ...

MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu BUK

Lembaga Keselamatan Belanda mengesahkan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara BUK di ruang udara timur Ukraine tahun lepas.

Pengerusinya Tjibbe Joustra berkata peluru berpandu itu meledak di sebelah kiri kokpit pesawat berkenaan.

"MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara BUK," katanya ketika membentangkan laporan akhir tragedi MH17 di pangkalan udara Gilze-Rijen, Belanda pada Selasa, yang disiarkan secara langsung melalui media antarabangsa.

Pesawat MH17 ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan bergolak Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.

Kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal pesawat Boeing 777 itu, yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam, terkorban.

Read more ...

AF2015: 'Itu Namanya Buat Lagu Syok Sendiri!' - Michael Ang

Baru-baru ini, pengarah drama M.A.I.D, Michael Ang, meluahkan rasa kurang senangnya di Twitter terhadap kemenangan Sufi sebagai juara program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015. Bagaimanapun, Edry selaku pengetua AF2015 berpandangan bahawa, pendapat Michael itu tidak relevan dan tidak perlu diambil pusing kerana dia penggiat muzik. Tweet Michael itu juga mencetus kemarahan warga Singapura yang kemudian bertindak menyerang akaun sosialnya bertalu-talu. Enggan membiarkan diri disalah anggap oleh rakyat Singapura, serta mahu membalas kenyataan Edry,  Michael yang kemudiannya memuat naik kenyataan terbaru mengenai isu itu melalui laman Instagramnya.  "Pada org Singapura sila faham saya bukan anti Singaporean untuk bertapak di Malaysia! Saya hanya komen pasal Sufi as a MATTER OF PREFERENCE! Saya tak pernah mempertikaikan kemenangan Sufi, dia boleh nyanyi dgn bagus tapi cuma saya tak minat sangat lebih minat suara BILA itu namanya PREFERENCE.  "Ada benda u suka I tak suka, ada benda I suka u tak suka! That is all! So tak payah nak bagi komen yang berbau racist or patriotisma! And pada keratan surat khabar ni saya bagi pendapat sebagai peminat and pendengar muzik. Kalau pendapat kita yg beli lagu tak relevant pendapat siapa yg relevant? Itu namanya buat lagu SYOK SENDIRI!  "Sama jugak pendapat CHE TA Dia sepatutnya terima bukan maki Che Ta balik! So kalau tak main badminton aku tak boleh la komen pasal permainan pemain tersebut? Mentality bodoh apa ke tu? Jgn jadi katak bawa tempurung kalau tak mcm tu mcm tu aje lagu2 kita!" katanya.  Segelintir netizen bersetuju dengan kenyataan Michael bahawa Edry tidak boleh menerima teguran dan melenting apabila ada pihak yang mempertikaikan sesuatu isu berkenaan AF2015. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

3 lelaki dipercayai penjenayah berjaya melarikan diri

PETALING JAYA: Polis terpaksa melepaskan empat das tembakan dalam cubaan menahan tiga lelaki dipercayai penjenayah, yang melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta di tempat letak kereta Blok E, Flora Damansara, di sini, malam tadi.
Read more ...

BENGANG DENGAN TINDAKAN EDRY MICHEAL ANG MENGAMUK SEKALI LAGI! HINA HASIL KERJA EDRY

Baru-baru ini, pengarah drama M.A.I.D, Michael Ang, meluahkan rasa kurang senangnya di Twitter terhadap kemenangan Sufi sebagai juara program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015. Bagaimanapun, Edry selaku pengetua AF2015 berpandangan bahawa, pendapat Michael itu tidak relevan dan tidak perlu diambil pusing kerana dia penggiat muzik. Tweet Michael itu juga mencetus kemarahan warga Singapura yang kemudian bertindak menyerang akaun sosialnya bertalu-talu. Enggan membiarkan diri disalah anggap oleh rakyat Singapura, serta mahu membalas kenyataan Edry,  Michael yang kemudiannya memuat naik kenyataan terbaru mengenai isu itu melalui laman Instagramnya.  "Pada org Singapura sila faham saya bukan anti Singaporean untuk bertapak di Malaysia! Saya hanya komen pasal Sufi as a MATTER OF PREFERENCE! Saya tak pernah mempertikaikan kemenangan Sufi, dia boleh nyanyi dgn bagus tapi cuma saya tak minat sangat lebih minat suara BILA itu namanya PREFERENCE.  "Ada benda u suka I tak suka, ada benda I suka u tak suka! That is all! So tak payah nak bagi komen yang berbau racist or patriotisma! And pada keratan surat khabar ni saya bagi pendapat sebagai peminat and pendengar muzik. Kalau pendapat kita yg beli lagu tak relevant pendapat siapa yg relevant? Itu namanya buat lagu SYOK SENDIRI!  "Sama jugak pendapat CHE TA Dia sepatutnya terima bukan maki Che Ta balik! So kalau tak main badminton aku tak boleh la komen pasal permainan pemain tersebut? Mentality bodoh apa ke tu? Jgn jadi katak bawa tempurung kalau tak mcm tu mcm tu aje lagu2 kita!" katanya.  Segelintir netizen bersetuju dengan kenyataan Michael bahawa Edry tidak boleh menerima teguran dan melenting apabila ada pihak yang mempertikaikan sesuatu isu berkenaan AF2015. - THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *