Recent Post

Friday, September 16, 2016

Bergambar Mesra : Benarkah Uqasha Senrose Dan Tengku Bakar Sekadar Kawan?

Bila ada sahaja gosip cinta yang dikaitkan dengan Uqasha Senrose, pasti pelakon wanita ini akan menepis segala khabar angin. Kata orang, artis ini kalau boleh semua benda mereka hendak sorok daripada pengetahuan ramai.

Sering keluar bersama Tengku Bakar yang merupakan kerabat diraja Pahang, Uqasha sebelum ini tidak mengakui mereka bercinta dan hubungan beliau bersama lelaki itu hanya sekadar teman rapat.

Namun, sedang kami membelek laman Instagram tadi, mata kami tertarik dengan foto mesra Tengku Bakar bersama Uqasha, memang mesra dan berkasih sayang sekali. Tengku Bakar siap berlaga pipi bersama dahi mulus Uqasha. Hehehee..

Lebih menarik lagi adalah cincin yang kelihatan cantik dipakai di jari manis Uqasha.  Mungkinkah ia pemberian daripada Tengku Bakar sebagai simbolik percintaan mereka?

Malah, Uqasha juga nampaknya sudah mula memuat naik foto Tengku Bakar dengan agak kerap di akaun Instagram miliknya. Ada peminat yang percaya bahawa Tengku Bakar adalah teman lelaki Uqasha .

Ermm, benarkah hubungan mereka tidak lebih daripada kawan? Ataupun sebenarnya mereka sedang hangat bercinta tetapi ingin menyembunyikan status hubungan mereka kepada umum? Alahai, kalau benar sedang berkasihan terus terang sahajalah kepada umum.  Apa pendapat korang?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Kita kehilangan tokoh Islam banyak berjasa...- PM - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 16 September 2016 By ROSLI ISMAIL

Saya rapat dengan beliau, kami inginkan Malaysia negara Islam makmur.Moga roh Allahyarham Haron Din dikurnia husnul khotimah dan Al-Jannah. Al-Fatihah

Itu rekasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada twitter beliau sejurus tersebar berita kematian Mursyidul Am PAS itu di Hospital Stanford di California,Amerika pada jam 10.10 pagi Jumaat waktu Malaysia.

Gambar atas,sewaktu Najib melawat Dr Haron semasa beliau jalani rawatan di Institut Jantung Negara,Kuala Lumpur  tidak lama dulu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi di twitter pula kata beliau merasai kesedihan pemergian Allahyarham Ustaz Haron Din ke Rahmatullah. Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hambaNYA yang soleh. Al Fatihah

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein kata di twitter :Innalillahiwainnailaihirajiun. Negara kehilangan tokoh agama yang dihormati. Takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Dr Haron Din. Al Fatihah

Secara peribadi, saya sangat menghormati Allahyarham Datuk Dr Haron Din dari segi keilmuan, perwatakan dan kepimpinannya. Satu kehilangan besar - 16/9/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

IKEA Bakal Buka Cawangan Baru di Jalan Desa Tebrau Johor Bahru

IKEA hari ini meletakkan batu asas bagi gedung pertamanya di luar Lembah Klang pada majlis meratakan simen besama warga kerja IKEA, rakan perniagaan, pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat yang berhimpun di tapak IKEA Tebrau.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Ismail Bin Ibrahim, Ketua Eksekutif, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), bagi pihak Yang Amat Berhormat Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor.

IKEA Johor

(L-R) YB Khoo Soo Seang, Member of Parliament for Tebrau; Tuan Hj. Kormain Bin Haji Mohd. Noor, Director for Department of Safety and Health (DOSH); Toshiyuki Taketani, President & Representative Director at Nakano Corporation; Annie Chandler, Store Manager for IKEA Tebrau; YBhg Datuk Ismail Bin Ibrahim, Chief Executive of Iskandar Regional Development Authority (IRDA); Christian Rojkjaer, Managing Director, IKEA Southeast Asia; Sebastian Hylving, Expansion Director, IKEA Southeast Asia; Charles Sathis Nair, Deputy Store Manager for IKEA Tebrau; En. Abdul Aziz bin Ithnin, Director of Welfare Department, Johor Bahru City Council (MBJB).

Terletak di Jalan Desa Tebrau di Johor Bahru, gedung ini dijadual dibuka pada akhir 2017 dan akan memiliki keluasan 46,713 meter per segi.

"Visi kami adalah untuk mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik bagi orang ramai. Sememangnya kami teruja untuk membina gedung IKEA pertama kami di selatan Malaysia,'' kata Christian Rojkjaer, Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara.

"Dengan sambutan yang kita telah saksikan di Johor Bahru, saya tidak sabar menantikan ketibaan hari kita membuka pintu kepada IKEA Tebrau. Terdapat lebih daripada 1.8 juta penduduk menetap dalam lingkungan 60 minit pemanduan ke gedung ini. Kami berharap untuk melayani jutaan pelanggan di negeri Johor – dan melangkaui negeri lain!"

IKEA menawarkan produk kelengkapan rumah Sweden yang direka bentuk dan berfungsi dengan baik, pada harga yang rendah agar orang ramai mampu memilikinya. Gedung di Johor akan merangkumi segala ciri-ciri IKEA yang disukai ramai: inspirasi kelengkapan rumah di dalam ruang pameran yang luas, ribuan produk dibungkus dengan pek leper yang sedia dibawa pulang pada hari yang sama, taman permainan yang diselia bagi kanak-kanak dan, tentunya bebola daging Swedish.

Rakyat Johor juga boleh mendapatkan idea dan produk yang membolehkan mereka merasai kehidupan yang lestari di rumah, bermula daripada lampu mentol LED dan paip jimat-air sehingga kepada penyelesaian penjimatan makanan dan kitar semula.

En. Rojkjaer mendedahkan bahawa pelan projek di Johor merangkumi pusat beli-belah yang diterajui oleh gedung IKEA. "Pusat beli-belah dan IKEA akan bersama-sama membantu menjadikan Tebrau sebuah destinasi peruncitan yang hebat. Ia juga akan menarik minat orang ramai untuk membeli-belah, menikmati juadah dan berhibur."

IKEA Johor

Artist impression of the upcoming IKEA Tebrau store.

Berucap bagi pihak Menteri Besar Johor, Yang Berbahagia Datuk Ismail Bin Ibrahim berkata, "Gedung ini akan membantu mendorong pertumbuhan pembangunan dan ekonomi negeri ini, dan menyumbang kepada penambahbaikan kualiti kehidupan kita. Dengan adanya IKEA di bandar raya ini, ia memberikan peluang pekerjaan yang lebih besar dan memberi manfaat kepada ramai rakyat Johor."

Pelaburan IKEA sebanyak RM592 juta ini akan mewujudkan ribuan pekerjaan baharu di dalam perkhidmatan tempatan dan perniagaan pembekalan serta lebih daripada 300 kerja tetap di Johor. Proses pengambilan pekerja berlangsung sekarang dengan sebilangan sudah diambil dan sedang menjalani latihan di gedung-gedung IKEA di Kuala Lumpur.

Operasi gedung ini diketuai ialah Annie Chandler, Pengurus Gedung IKEA Tebrau. Beliau akan membantu memacu perancangan komersial dan pembinaan IKEA Tebrau, bersama Timbalan Pengurus Gudang Charles Sathis Nair, anak jati Johor dengan pengalaman 19 tahun dalam bidang peruncitan dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai pasaran tempatan.

Gedung Johor ini akan menjadi bahagian penting dalam keseluruhan pelan perluasan bagi IKEA Asia Tenggara. Sebagai tambahan kepada pembukaan IKEA Cheras tahun lalu, syarikat ini telah membuka IKEA Pick Up and Delivery Point di Phuket, Thailand. Satu lagi gedung IKEA juga kini sedang dibina di Bangkok dan syarikat ini memiliki rancangan teguh untuk membuka gedung di Pulau Pinang pada 2018.

IKEA Johor

YBhg Datuk Ismail Bin Ibrahim, Chief Executive of Iskandar Regional Development Authority (IRDA) and Christian Rojkjaer, Managing Director, IKEA Southeast Asia together with local community leaders, autorities and IKEA Tebrau co-workers mark the official start of construction for IKEA Tebrau.

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Objek Yang Dilihat Oleh Staf Hotel di Port Dickson Bukan Bom, Tapi Pemetik Api (Replika Bom) - KPN

KUALA LUMPUR, 16 Sep: Lima sekeluarga pelancong Syria yang dicari oleh polis selepas kakitangan sebuah hotel di Port Dickson terlihat satu objek seperti bom tangan di bawah katilnya ketika mereka menginap di sebuah hotel di sini ditahan di Cameron Highland hari ini.

Hasil siasatan mendapati objek tersebut bukanlah bom tetapi cuma pemetik api.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitternya sebentar tadi.

"Tahniah STAFFOC @PDRMsia tangkap 5 warga Syria di Cameron Highlands. Rampas lighter (replica grenade) yang dilihat oleh staf hotel di PD semalam.

"@PDRMsia 5 orang Syria ini telah beli replica hand granade ini di kawasan Muzium Angkatan Tentera di PD semasa melawat Muzium ATM," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa lelaki Syria yang berusia 30-an bersama keluarganya yang menginap di sebuah bilik di hotel itu adalah pemilik bom tangan yang ditinggalkan di dalam sebuah beg di bawah katil.

Bagaimana pun, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Adzli Abu Shah, berkata perkara itu belum dapat disahkan sehingga lelaki itu berjaya dikesan.

Tahniah STAFFOC @PDRMsia tkap 5 warga Syria di Cam H'lands. Rampas lighter (replica grenade) yg di lihat oleh Staff hotel di PD semlm. — Khalid Abu Bakar (@KBAB51) September 15, 2016 @PDRMsia 5 org Pelancung Syria ini telah beli replica hand granade ini di kawasan Muzium Angkatan Tentera di PD semasa melawat Muzium ATM — Khalid Abu Bakar (@KBAB51) September 15, 2016 Sumber : Twitter PDRM
Read more ...

Orang ramai dinasihat tidak guna dua produk resdung

Orang ramai dinasihat supaya tidak membeli dan menggunakan ubat "Super Resdong" dan "Mujarab Resdong Plus" keranadidapati memberi kesan advers kepada pengguna.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan laporan yang diterima, kedua-dua produk itu boleh menyebabkan keradangan hati atau hepatitis, masalah fungsi ginjal, peningkatan berat badan serta ruam pada badan.

Mereka yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta merta kerana tindakan boleh diambil di bawah Akta Jualam Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Kementerian Kesihatan, malam ini.

Beliau berkata mereka yang menggunakan produk itu disaran segera mendapatkan nasihat serta rawatan daripada ahli profesional kesihatan, dan yang telah mengambil produk itu dalam jangka masa lama dinasihatkan tidak memberhentikan penggunaannya secara mendadak kerana boleh menyebabkan masalah seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang boleh membahayakan kesihatan akibat'withdrawal syndrome".

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan (NPRA) di bawah Agensi Regulatori Farmasi Negara telah menerima tiga laporan berkaitan "Super Resdong", dan satu laporan mengenai "Mujarab Resdong Plus", katanya.

Dr Noor Hisham berkata hasil ujian NPRA mendapati kedua-dua produk tersebut mengandungi dexamethasone (sejenis kortikosteroid) dan chlorpheniramine (sejenis antihistamin) yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.

"Dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid yang poten dan ia digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius.

"Penggunaannya secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan samping serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing," katanya.

Dr Noor Hisham berkata pesakit yang menghidap kencing manis adalah berisiko tinggi kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya boleh mengakibatkan komplikasi yang serius,

Sementara chlorpheniramine yang digunakan untuk melegakan selesema serta reaksi alahan seperti ruam, mempunyai kesan sampingan termasuk mengantuk, penglihatan kabur, muntah-muntah, sembelit dan kelemahan koordinasi anggota badan, katanya.

Kedua-dua produk tersebut yang mendakwa digunakan secara tradisional untuk melegakan resdung dan tanda-tanda kegatalan hidung tidak didaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).-Bernama 

Read more ...

Pemilihan kepimpinan baharu FAM tahun depan - Tengku Abdullah

PETALING JAYA: Pemilihan kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal berlangsung awal tahun depan.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *