Recent Post

Monday, September 07, 2015

Wanita dan isteri adalah amanah Allah - Mufti Kelantan

Mufti Kelantan, Datuk Mohamed Shukri Mohamed berkata wanita atau isteri tidak seharusnya dijadikan bahan taruhan kerana mereka adalah amanah Allah S.W.T.
Read more ...

Teman Wanita Desak Bertunang Dengan Segera Akhirnya BONGKAR Rahsia

Irfan memegang gambar anaknya yang kini berusia 2 tahun. Foto : Sinar Online ALOR SETAR - Perkenalan singkat dengan seorang gadis di laman sosial tidak disangka berakhir dengan perkahwinan Syiah. Seorang usahawan muda, Irfan Amar (bukan nama sebenar), 30, berkata dia mengenail gadis warga Thailand itu pada 2010 sebelum bertunang sebulan selepas itu. Perwatakan gadis 19 tahun tersebut yang lemah lembut dihiasi dengan sopan santun membuatkan Irfan terpesona pada pandangan pertama. Menurut Irfan, tarikh pertunangan dia dan gadis tersebut ditetapkan oleh ahli keluarga wanita ketika pertemuan kali pertama di rumah mereka di negara jiran. "Segalanya bermula perkenalan kami di laman sosial. Oleh kerana niat ikhlas untuk bernikah dan menamatkan zaman bujang, saya mengambil keputusan untuk mengenalinya lebih rapat. "Saya mengambil keputusan untuk ke rumahnya di Thailand untuk mengenali keluarganya terlebih dahulu. Proses perkenalan itu berjalan dengan baik," katanya memetik laporan dari Sinar Online. Irfan berkata, keraguan mula timbul di hatinya setelah dia didesak bertunang secara tergesa-gesa sedangkan baru sebulan mereka berkenalan. "Setibanya di rumah wanita itu, kami sekeluarga terkejut apabila niat untuk berkenalan bertukar kepada penetapan tarikh bertunang. "Kami menjadi serba salah dan terkejut dengan cara yang dibuat oleh keluarga wanita itu. Seolah-olah saya dan keluarga terperangkap," katanya. Namun, Irfan dan keluarga bersangka baik dan meneruskan pertunangan. "Selepas bertunang, keluarga mereka mendesak kami lagi supaya pernikahan itu disegerakan seolah-olah tidak memberi kami peluang menetapkan tarikh, mengenal keturunan mereka dan dipaksa dengan cara yang amat halus. "Atas desakan dan singkatnya tempoh perkenalan itu, kami bertunang dan akad nikah di negara jiran. Saya masih beranggapan baik pada ketika itu," katanya. Irfan berkata dia kemudian bernikah pada 2011 mengikut pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah tanpa dihadiri oleh ahli keluarga. "Saya mula menyedari mereka adalah dari keluarga Syiah apabila kami tidak dibenarkan bersama selagi tidak bernikah kali kedua iaitu di sebuah rumah dekat belakang Masjid Hutan Kampung, Alor Setar. "Akad nikah kali kedua itu pelik apabila ia dilakukan oleh pasangan perempuan dan dilafazkan dalam bahasa Arab. Dalam akad itu juga saya terdengar satu perkataan mut'ah iaitu kahwin kontrak," kata Irfan. Irfan kemudian merujuk perkara itu kepada Pejabat Agama Daerah Kota Setar semasa membuat proses pendaftaran nikah. "Setelah dinasihatkan oleh pegawai pejabat agama, saya berasa sedikit tenang dan mengambil langkah berjaga-jaga. "Bagaimanapun, saya dan isteri sukar menerima kenyataan serta sering bertengkar mengenai isu sunnah dan Syiah," katanya. Selepas berkahwin, isteri Irfan juga turut mengakui secara terus terang mengamalkan ajaran Syiah selain turut mengaku ibu bapanya berpegang kepada amalan itu. "Pernah kami bertengkar mengenai ketaatannya kepada suami, namun dia menyatakan bahawa syurga seorang isteri terletak pada bawah kaki ibunya sendiri. "Tetapi setiap kali bergaduh mengenai fahaman Syiah dan sunnah, dia menyatakan pula tidak mengikut jejak langkah keluarganya dan masih pengikut fahaman sunnah. Saya masih ragu mengenai perkara itu," katanya. Irfan juga berkata dia pernah dibawa melawat markas Syiah di Pendang beberapa kali dan pemimpin itu juga pernah melawat isterinya ketika melahirkan anak di Hospital Sultanah Bahiyah pada 2013. "Saya meneliti setiap pergerakannya dalam melaksanakan tanggungjawab. Anak seringkali dibiarkan menangis dan memandikan anak pun lebih kurang sahaja. "Pernah juga dia keluar rumah tanpa keizinan saya beberapa kali dan sibuk dengan aplikasi laman sosial di telefon pintar," katanya. Irfan berkata, sikap isterinya itu mencabar nalurinya sebagai seorang suami yang memendam rasa sekian lama dan terpaksa menceraikan isteri pada 1 April lalu. "Setelah berpisah, ia menjadi satu tekanan kepada saya kerana anak perempuan yang kini berusia dua tahun berada dalam jagaan bekas isteri," katanya. Irfan berkata dia tidak mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan itu bagi mendapatkan hak penjagaan anaknya. "Mungkin saya tidak banyak bukti, tapi di rumah mertua memang tersimpan banyak kitab Syiah," katanya sambil berkata dia berharap mendapat bantuan dari pihak tertentu bagi mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya.
Read more ...

Tadom Hill Resorts, Seperti Berada di Luar Negara

Kejatuhan nilai ringgit membuatkan agak sukar untuk bercuti ke luar negara. Tetapi sabar, jangan kecewa. Kami ingin berkongsi berita baik buat anda yang impikan percutian seperti di Indonesia dan Thailand, Tadom Hill Resort yang hanya terletak di Banting.

Jom rasai keterujaan tempat ini dengan melihat beberapa foto dibawah.

#1 Air yang jernih seperti berada di Maldives.

Tadom 1

#2 Seperti berada di Hawaii dengan pondok dari kayu beratap rumbia

Tadom 2

#3 Oh… hammock!

Tadom 3

#4 Khemah ini mungkin muat untuk 2 hingga 3 orang

Tadom 4

#5 Khemah ini mengingatkan aktiviti perkhemahan sewaktu zaman persekolahan dulu

Tadom 5

#6 Air yang jernih dan bersih 

Tadom 6

#7 Anda berani?

Tadom 7

#8 Tandas yang diperbuat daripada buluh dan berlampu malap menggamit memori seperti berada di kampung pada zaman kanak-kanak

Tadom 8

#9 Hmmm.. penulis  dapat rasakan seperti agak gayat jika berdiri diatas rakit buluh ini

Tadom 9

#10 Dibawah ini adalah info tentang bayaran. Jika lihat harganya pun berpatutan jika anda memilih untuk bermalam disana, lengkap dengan khemah dan hammock.

Tadom 10

Anda boleh juga like laman Facebook Tadom Hill Resorts. Admin laman Facebook terbabit akan sentiasa berkongsi maklumat atau info terkini berkaitan dengan tempat rekreasi ini.

Read more ...

Teman Wanita Desak Bertunang Dengan Segera Akhirnya Membongkar Rahsia

Irfan memegang gambar anaknya yang kini berusia 2 tahun. Foto : Sinar Online ALOR SETAR - Perkenalan singkat dengan seorang gadis di laman sosial tidak disangka berakhir dengan perkahwinan Syiah. Seorang usahawan muda, Irfan Amar (bukan nama sebenar), 30, berkata dia mengenail gadis warga Thailand itu pada 2010 sebelum bertunang sebulan selepas itu. Perwatakan gadis 19 tahun tersebut yang lemah lembut dihiasi dengan sopan santun membuatkan Irfan terpesona pada pandangan pertama. Menurut Irfan, tarikh pertunangan dia dan gadis tersebut ditetapkan oleh ahli keluarga wanita ketika pertemuan kali pertama di rumah mereka di negara jiran. "Segalanya bermula perkenalan kami di laman sosial. Oleh kerana niat ikhlas untuk bernikah dan menamatkan zaman bujang, saya mengambil keputusan untuk mengenalinya lebih rapat. "Saya mengambil keputusan untuk ke rumahnya di Thailand untuk mengenali keluarganya terlebih dahulu. Proses perkenalan itu berjalan dengan baik," katanya memetik laporan dari Sinar Online. Irfan berkata, keraguan mula timbul di hatinya setelah dia didesak bertunang secara tergesa-gesa sedangkan baru sebulan mereka berkenalan. "Setibanya di rumah wanita itu, kami sekeluarga terkejut apabila niat untuk berkenalan bertukar kepada penetapan tarikh bertunang. "Kami menjadi serba salah dan terkejut dengan cara yang dibuat oleh keluarga wanita itu. Seolah-olah saya dan keluarga terperangkap," katanya. Namun, Irfan dan keluarga bersangka baik dan meneruskan pertunangan. "Selepas bertunang, keluarga mereka mendesak kami lagi supaya pernikahan itu disegerakan seolah-olah tidak memberi kami peluang menetapkan tarikh, mengenal keturunan mereka dan dipaksa dengan cara yang amat halus. "Atas desakan dan singkatnya tempoh perkenalan itu, kami bertunang dan akad nikah di negara jiran. Saya masih beranggapan baik pada ketika itu," katanya. Irfan berkata dia kemudian bernikah pada 2011 mengikut pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah tanpa dihadiri oleh ahli keluarga. "Saya mula menyedari mereka adalah dari keluarga Syiah apabila kami tidak dibenarkan bersama selagi tidak bernikah kali kedua iaitu di sebuah rumah dekat belakang Masjid Hutan Kampung, Alor Setar. "Akad nikah kali kedua itu pelik apabila ia dilakukan oleh pasangan perempuan dan dilafazkan dalam bahasa Arab. Dalam akad itu juga saya terdengar satu perkataan mut'ah iaitu kahwin kontrak," kata Irfan. Irfan kemudian merujuk perkara itu kepada Pejabat Agama Daerah Kota Setar semasa membuat proses pendaftaran nikah. "Setelah dinasihatkan oleh pegawai pejabat agama, saya berasa sedikit tenang dan mengambil langkah berjaga-jaga. "Bagaimanapun, saya dan isteri sukar menerima kenyataan serta sering bertengkar mengenai isu sunnah dan Syiah," katanya. Selepas berkahwin, isteri Irfan juga turut mengakui secara terus terang mengamalkan ajaran Syiah selain turut mengaku ibu bapanya berpegang kepada amalan itu. "Pernah kami bertengkar mengenai ketaatannya kepada suami, namun dia menyatakan bahawa syurga seorang isteri terletak pada bawah kaki ibunya sendiri. "Tetapi setiap kali bergaduh mengenai fahaman Syiah dan sunnah, dia menyatakan pula tidak mengikut jejak langkah keluarganya dan masih pengikut fahaman sunnah. Saya masih ragu mengenai perkara itu," katanya. Irfan juga berkata dia pernah dibawa melawat markas Syiah di Pendang beberapa kali dan pemimpin itu juga pernah melawat isterinya ketika melahirkan anak di Hospital Sultanah Bahiyah pada 2013. "Saya meneliti setiap pergerakannya dalam melaksanakan tanggungjawab. Anak seringkali dibiarkan menangis dan memandikan anak pun lebih kurang sahaja. "Pernah juga dia keluar rumah tanpa keizinan saya beberapa kali dan sibuk dengan aplikasi laman sosial di telefon pintar," katanya. Irfan berkata, sikap isterinya itu mencabar nalurinya sebagai seorang suami yang memendam rasa sekian lama dan terpaksa menceraikan isteri pada 1 April lalu. "Setelah berpisah, ia menjadi satu tekanan kepada saya kerana anak perempuan yang kini berusia dua tahun berada dalam jagaan bekas isteri," katanya. Irfan berkata dia tidak mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan itu bagi mendapatkan hak penjagaan anaknya. "Mungkin saya tidak banyak bukti, tapi di rumah mertua memang tersimpan banyak kitab Syiah," katanya sambil berkata dia berharap mendapat bantuan dari pihak tertentu bagi mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya.
Read more ...

Pemain banyak berubah, Harimau Malaya mampu bangkit - Kim Swee

Pemangku ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan hanya kemenangan ke atas Arab Saudi akan memadam sejarah hitam bola sepak negara minggu lepas.
Read more ...

Firefly tawar tambang serendah RM29 sempena merdeka

KUALA LUMPUR: Firefly menawarkan tambang serendah RM29 bagi semua penerbangan domestik untuk perjalanan antara 21 September 2015 hingga 26 Mac 2016.
Read more ...

Dr Mahathir sudah tidak konsisten

SUNGAI BESAR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Senator Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur, petang kelmarin sebagai menyokong perhimpunan haram dan memberi galakan tidak sihat kepada masyarakat.

Beliau berkata, kehadiran Dr Mahathir pada perhimpunan itu sebagai tidak konsisten dengan kenyataannya ketika menjadi perdana menteri.

"Ini bererti Dr Mahathir sudah berubah pendirian. Saya masih ingat pada tahun 1998 bila banyak demonstrasi pada ketika itu, beliau membuat kenyataan budaya berhimpun ini adalah budaya asing.

"Sebagai seorang patriotik, sepatutnya beliau tak boleh berbuat demikian. Walaupun beliau di situ 10 minit, tetapi beliau menggalakkan budaya seperti ini, ini bukan budaya kita," katanya.

Beliau ditemui pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar, di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar, semalam.

Mohd Salleh menegaskan, meskipun Malaysia mengamalkan sistem demokrasi, namun turun ke jalan raya untuk tujuan demonstrasi bukanlah penyelesaian bagi setiap masalah.

"Kita bebas memberikan pendapat dan pandangan, tetapi kita tak boleh menggalakkan rakyat mengadakan demonstrasi sedemikian.

"Bayangkan jika anak kecil dibawa ke situ, tidur di merata-rata tempat seperti di tengah jalan dan tepi kedai, apakah ini budaya kita? Kenapa kita masukkan satu budaya yang asing pada kita?

"Sepatutnya kita sama-sama raikan hari merdeka bukan sahaja pada hari esok (hari ini), tetapi sebelum kemuncaknya kita raikan suasana yang melambangkan negara ini negara yang kita bangga," katanya.

Berita berkaitan:

5 termasuk pemandu maut di Lebuh Raya Persekutuan

Seorang maut, 4 cedera dalam nahas di simpang empat

Terkejut lihat suami tergantung di pokok

Kisah Mereka Yang Tak Sempat NAIK Pesawat

Lelaki Cedera Parah Ditetak, Ditembak

Komen

comments

Read more ...

Anak Kepada Bekas Ketua Polis Negara, Minta Khalid Menjadi Manusia Yang Lebih Baik

Najib Abdul Rahman mungkin tidak mengikuti jejak arwah ayahnya dalam menguatkuasakan undang-undang, tetapi beliau mempunyai pandangan tersendiri bagaimana seorang ketua polis didalam sesebuah negara sepatutnya bertindak.

Najib Abdul Rahman merupakan anak kepada bekas Ketua Polis Negara (KPN) iaitu Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim yang ditembak mati sewaktu dalam perjalanan untuk ke tempat tugas pada Jun 1974. Najib merupakan seorang jurnalis veteran, membuat keputusan untuk mengkritik KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar  melalui laman Facebook.

Antara isi yang dikemukakakan adalah seperti dibawah

#1 "Apabila KPN melihat dirinya di dalam cermin, satu, tanya pada dirinya, adakah saya akan menjadi tentera Islam dan mempertahankan prinsip-prinsip sebagai ketua didalam Islam".

#2 "Kedua, adakah dia akan menjadi ketua yang sebenar dengan orang-orangnya (orang bawahan), yang menjadi 'penunjuk arah' kepada orang bawahannya."

#3 "Ketiga, adakah ia akan menjadi pelindung kepada rakyat dan keadilan, atau hanya menjadi pengampu kepada orang politik. Hanya dia (Khalid) sahaja yang boleh menjawab tiga soalan ini".

Najib Rahman juga turut membandingkan, KPN sekarang  tidak mengikuti pendekatan bapanya sendiri yang disifatkan sebagai pemimpin kepada orang-orangnya.

"Orang kita yang beruniform biru (polis Malaysia) merupakan antara yang terbaik dunia, hal ini sahaja membuatkan  pasukan polis berasa agak kecewa dengan kepimpinan mereka sekarang. Memandangkan peranan yang dimainkan oleh Ketua Polis Negara kini, saya berharap ayah saya masih hidup. Saya kecewa dengan keseluruhan standard kepimpinan KPN sekarang", ini adalah antara intipati yang dimuatnaikkan oleh Najib Rahman melalui Facebook.

"Dia (Khalid) harus membuat keputusan , apa yang dia mahu jadi, bangun untuk melihat lencana yang dipakai, lencana pihak berkuasa", kata Najib lagi sambil menegaskan bahawasanya ayahnya merupakan, "Pemimpin" dalam kalangan orang bawahannya.

Najib juga menegaskan, agar kepercayaan orang ramai dan sikap hormat kepada Polis perlu melantik badan bebas untuk melantik KPN, katanya dalam sidang temuramah dengan akhbar tempatan portal atas talian, Malaysia Digest pada hari ini.

Read more ...

"SAYA ADA SEBAB RAHSIAKAN IDENTITI SUAMI" - RAJA FARAH

Sebelum ini, Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, merahsiakan wajah dan identiti suaminya itu ketika majlis pertunangan mereka pada 9 Ogos lalu dan akan didedahkan pada hari pernikahan mereka.

Farah menjelaskan tujuannya membuat demikian adalah kerana mahu majlis perkahwinan yang dirancang berjalan lancar.

Menurut Farah, tindakan itu juga bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini timbul yang boleh menjejaskan majlis tersebut.

Klik gambar untuk size besar

"Tiada alasan lain saya merahsiakan identiti dia ketika majlis pertunangan dahulu, saya hanya mahu rancangan perkahwinan kami berjalan lancar sahaja.

"Saya tidak mahu berlaku perkara tidak diingini dan lagi pula kami belum ber kahwin, tidak elok untuk dihebohkan," ujar Farah dipetik sebagai berkata.

Semalam Farah telah selamat bergelar isteri buat kali kedua dengan seorang ahli perniagaan, Iskandar Ismail, 33 dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.51 pagi.

Sementara itu, Farah yakin dengan keputusannya untuk membina rumah tangga buat kali kedua ini, biarpun baharu dua bulan mengenali jejaka tersbut.

Katanya, dia menerima cinta Iskandar selepas melihat kesungguhan pemuda itu untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

"Kami bertemu dua hari sebelum Ramadan lalu di sebuah restoran Arab, ketika itu dia ternampak saya dan ketika itu saya bersama kawan saya dan dia juga bersama temannya.

"Dari situ dia berusaha untuk mengenali saya dengan lebih dekat dan ia sangat membuatkan pintu hati saya terbuka untuk bercinta sekali lagi," jelasnya.

Tambah Farah, Iskandar juga lelaki yang penyayang, bertanggungjawab dan sentiasa membuatkan dirinya berada dalam keadaan selamat.

Sementara itu, Iskandar berkata, pada awalnya tidak menjangka akan diterima oleh wanita tersebut yang dianggap mempunyai nama besar dalam industri hiburan.

Bagaimanapun, setelah mendapat nasihat daripada rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat, dia meneruskan usaha untuk mendekati Fa rah.

"Kali pertama saya nampak dia di restoran Arab dan saya lihat dia senyum kepada saya. Sejak itu saya nekad untuk mencari tahu tentang dirinya.

"Pada mulanya memang saya kurang yakin kerana kawan-kawan beritahu bahawa dia seorang artis ternama dan saya hanya orang biasa sahaja. Tetapi selepas saya berhubung dengannya menerusi WhatsApp barulah saya tahu dia seorang yang merendah diri," kata Iskandar.

Iskandar berkata, dia juga menonton kesemua filem yang pernah dilakonkan Farah sebelum ini menerusi YouTube bagi mengenalinya.

Dalam pada itu, ditanya tentang perancangan rumah tangga, Iskandar berkata, dia menyerahkan perkara tersebut kepada ketentuan Allah.

"Kami tidak rancang tentang anak lagi, kalau boleh memang mah u cepat dapat anak, namun itu semua ketentuan Allah," tambahnya.

Sementara itu, majlis resepsi akan diadakan pada 13 September ini di Hotel De Palma, Ampang.

Raja Farah sebelum ini pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 12 November 2010 dan bercerai pada 25 Mei lalu.

Perkahwinan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: mStar

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Cubaan Samun Kereta Di Mydin Seremban 2

Ya Allah! Syukur kerana kami sekeluarga masih dipanjangkan umur.  5 September 2015, lebih kurang pada jam 3.15 petang, kami pergi ke Mydin Seremban 2 sebab si kakak nak makan nasi ayam. Kami parking di tingkat atas Mydin, kawasan terbuka kononnya nak dekat dengan entrance.  Anak-anak turun dengan suami di sebelah pintu pemandu. Saya turun di sebelah penumpang. Sebaik saja saya menutup pintu kereta tiba-tiba terdengar suami menjerit "Allahuakbar!" Dalam kepala saya, "Hah!? Anak kena langgar ke??". Saya segera berlari dan tengok. punyalah menggeletar apabila suami yang tengah mendukung si adik sedang diacukan parang di leher. Si kakak pula sempat melarikan diri. Saya terus menjerit dan menarik kakak dan lari ke arah entrance sambil menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai yang ada di situ.  Saya terdengar suami menjerit dari jauh. Hanya Allah saja yang tahu apa yang ada di dalam hati dan kepala ini pada masa itu. Saya nak patah balik ke arah suami dan adik, saya tengok adik sedang menangis di bawah, manakala penyamun sudah lari masuk ke dalam kereta. Semasa pergelutan itu, suami letak adik di bawah dan campak jauh-jauh kunci kereta dengan harapan si penyamun pergi ambil dan di kesempatan itu mereka boleh melarikan diri. Namun, penyamun itu terus menetak suami dengan bahagian belakang parang. Seorang lagi penyamun turun dari kereta dan menendang dada suami sebelum melarikan diri.  Saya sempat berlari melihat nombor pendaftaran kereta WTK4303, Proton Perdana V6 berwarna hitam yang dinaiki oleh tiga lelaki Melayu. Syukur sangat-sangat suami dan anak selamat. Syukur sangat Allah melindungi anak-anak kami seolah-olah dikaburi pandangan penyamun-penyamun tersebut pada anak kami. Kami sekeluarga masih trauma. Peringatan untuk semua agar berhati-hati walau di mana saja anda berada. Sudah banyak kali kes jenayah seperti ini terjadi di Mydin Seremban 2. Tahap kawalan keselamatan memang teruk. Di pintu masuk utama langsung tidak pengawal keselamatan.  Selepas kejadian itu, pihak pengurusan enggan berjumpa dengan kami. Bila saya naik hantu, baru mereka nak turun dan itupun selepas hampir dua jam.  Menurutnya, apa yang terjadi hanyalah insiden kecil. "Kepala hangguk bapak kau! Kau nak tunggu suami dan anak aku mati baru  kau nak kata ini kemalangan besar??! Bangang punya management Mydin S2! Setakat hantar kotak First Aid je, lepas itu pandai-pandai kamilah eh? Tak kena batang hidung kau bolehlah cakap macam itu. Bangang!  Kepada Mydin, anda perlu tingkatkan tahap keselamatan pelanggan anda! - Puan Rase Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Badan bebas diperlukan untuk lantik IGP, kata anak bekas IGP

Satu-satunya cara untuk mengembalikan kepercayaan dan rasa hormat orang ramai terhadap Pasukan Polis Diraja Malaysia ialah dengan menubuhkan sebuah badan bebas untuk melantik Ketua Polis Negara (IGP), kata Najib Abdul Rahman.

Bercakap kepada Malaysiakini dalam temu bual eksklusif, Najib, seorang wartawan veteran yang merupakan anak kepada bekas Ketua Polis Negara Datuk Abdul Rahman Hashim, juga ingin melihat anggota polis dihormati di mata orang ramai.

Secara peribadi, katanya, beliau merasa sedih terhadap ribuan anggota yang jujur di luar sana yang berkhidmat dengan baik dan mempunyai seorang pemimpin yang menurutnya telah mengecewakan mereka.

Sebab itulah, tambahnya, beliau percaya perlu ada satu badan bebas untuk melantik ketua polis negara, di luar pengaruh perdana menteri dan menteri dalam negeri.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *