Sunday, October 25, 2015
Tingkat gaji minimum pekerja untuk kurang pergantungan kepada pekerja asing
"SEBELUM BERLAKON SEMULA, SAYA MINTA IZIN SUAMI DULU" - SHARIFAH HASLINDA
Sudah lebih sedekad Sharifah Haslinda tidak muncul di arena lakonan dan terkini beliau muncul dalam drama Dhia Sofea menghiasi slot Samarinda TV3.
Drama itu arahan Rashid Sibir dan diterbitkan sebanyak 15 episod. Ia mula bersiaran sejak 14 Oktober lalu setiap Rabu dan Khamis jam 10 malam.
Drama itu diterajui Amyra Rosli dan Fadlan Hazim. Sharifah memegang watak antagonis bernama Dolly. Ironinya, Sharifah dengan Rashid Sibir bukan asing lagi kerana pengarah berkenaan pernah mengarahkan drama Salina dilakonkannya dan pernah mencipta fenomena tersendiri di TV3.
Ditanya kenapa akhirnya dia terbuka hati untuk berlakon semula, Sharifah Haslinda menjelaskan semuanya terjadi dengan izin suaminya, Datuk Seri Re ezal Merican Naina Merican.
"Minat berlakon itu tak pernah padam. Cuma kadang-kadang situasi dan keadaan membuatkan saya berfikir panjang. Macam sebelum ini tumpuan lebih keluarga. Untuk drama Dhia Sofea ini pun tercetus selepas Rashid mahu saya kembali berlakon dengannya. Saya cakap kepada Rashid, dia kena tanya izin suami dulu.
"Dipendekkan cerita sebelum penggambaran, saya temukan suami dan Rashid di sebuah restoran di KLCC. Malahan ketika itu, saya sendiri memperkenalkan Rashid sebagai pengarah drama Salina. Drama berkenaan memang diminatinya. Tetapi lucunya, suami saya mempersoalkan kenapa perlu diberikan watak jahat kepada saya untuk drama terbaru ini.
"Selepas diyakinkan Rashid, maka saya mendapat lampu hijau daripada suami. Selain itu, saya juga perlu mematuhi syarat suami supaya tiada babak keterlaluan dengan pelakon lelaki," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Mengikut Sharifah, selepas melahirkan anak kedua, dia pernah membintangi drama Kasih Iftitah arahan Fairuz Loy sekitar 2008. Drama itu turut dibintangi Rusdi Ramli dan Julia Ziegler.
"Selepas ini, saya tak kisah untuk berlakon lagi. Tetapi seperti biasa, semuanya perlu mendapat izin suami. Selain itu, saya juga kena tengok skrip dan watak. Kalau ada tawaran lagi selepas ini, saya mungkin akan pertimbangkan," jelasnya.
Untuk rekod, Sharifah dikurniakan empat orang anak hasil perkahwinan dengan bersama Reezal.
Sumber: BH
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - Y OUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcom'Caj RM2,800! Celcom Ni Buat Saya Naik Angin!
10 Tuah Ahmed, Remaja Islam Yang Disangka Cipta Bom Dan Pengganas
Nasibnya dilihat berubah sekelip mata selepas kejadian berkenaan di mana dituduh mencipta bom sedangkan dia mencipta jam dan dibawa ke sekolah untuk ditunjukkan kepada gurunya.
Remaja berkenaan yang berasal dari Texas ini kini dikatakan telah berpindah ke UAE dan menetap di sana bersama-sama dengan keluarganya.
Popularitinya kini sudah melonjak tinggi di mana dia telah dijemput oleh orang-orang kenamaan dunia.
Selepas meninggalkan Sekolah Tinggi MacArthur, beberapa kegiatan Ahmed menjadi tumpuan global dengan hashtag #IStandWithAhmed.
Berikut 10 tuah Ahmed yang paling menonjol dan boleh dibanggakan oleh beliau:
1. Dijemput ke Rumah Putih oleh Presiden Barack Obama
Ahmed dijemput menyertai sekumpulan pelajar, guru, saintis, angkawasan dan selebriti termasuk hos programme Mythbusters pada Malam Astronomi Rumah Putih di Washington DC. "Ini satu peluang untuknya bercakap tentang sains dan sistem solar kita dan juga alam semesta … Kami harap Ahmed akan buat seperti rumah sendiri di sini," kata Josh Earnest, setiausaha akhbar Rumah Putih.
Cool clock, Ahmed. Want to bring it to the White House? We should inspire more kids like you to like science. It's what makes America great. — President Obama (@POTUS) September 16, 2015 2. Bergambar dengan Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoğlu dan Permaisuri Jordan, Ratu RaniaAhmed dan Ahmet : bertemu semasa Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-70 di New York pada 25 September lalu.
Mereka kemudiannya tidak melepaskan peluang mengambil gambar selfie bertiga bersama isteri Ahmet, Sare Davutoğlu.
Ahmed juga sempat bertemu Rania semasa Social Good Summit PBB pada September lalu.
3. Berjumpa pengasas Google di pesta sainsAhmed melalui akaun twitter @IStandWithAhmed memuat naik gambarnya bersama salah seorang pengasas Google, Sergey Brin, di Google Science Fair pada 21 September lalu.
"Terima kasih @Google kerana menyediakan tempat untuk saya di #googlesciencefair. Projek-projek dan para pesertanya hebat," katanya.
— Ahmed Mohamed (@IStandWithAhmed) September 22, 2015 4. Dijemput bertemu pengasas FacebookSeperti Brin, Mark Zuckerberg dalam statusnya di Facebook tidak sabar untuk berjumpa dengan Ahmed selepas insiden terbabit.
"Ahmed, jika mahu ke Facebook, saya mahu berjumpa anda. Teruskan usaha," katanya pada 17 September lalu.
You've probably seen the story about Ahmed, the 14 year old student in Texas who built a clock and was arrested when he...Posted by Mark Zuckerberg on Wednesday, September 16, 2015
5. Duduk di kerusi mewah dengan Presiden SudanBapa Ahmed berasal dari Sudan. Keluarganya diundang melawat kediaman rasmi presiden negara itu, Omar al Bashir, pada 14 Oktober.
Namun, pertemuan itu dianggap sangat kontroversi kerana Omar pernah didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas jenayah perang dan merancang pembunuhan beramai-ramai di Darfur pada tahun 1990-an.
6. Dijemput bertemu angkasawan NasaKetika ditahan polis, Ahmed memakai baju T kelabu berlambangkan Agensi Pentadbiran Aeronautik Kebangsaan (Nasa).
Perkara itu menarik minat angkasawan Kanada, Chris Hadfield, lalu menjemput remaja kacukan kulit hitam Amerika-Arab itu melawat negaranya untuk menghadiri sebuah persembahan sains.
Hi @IStandWithAhmed ! I'd love you to join us for our science show Generator in Toronto on 28 Oct. There's a ticket waiting for you. — Chris Hadfield (@Cmdr_Hadfield) September 16, 2015 7. 28 September 'Hari Ahmed' di New YorkDatuk Bandar New York, Bill de Blasio, turut mengisytiharkan 28 September sebagai "Hari Ahmed" di kota metropolitan Amerika itu ketika remaja itu datang berkunjung.
8. Muncul di TV bersama Dr OzAhmed muncul dalam sebuah rancangan TV bersama Dr Oz, pakar bedah Turki-Amerika dan pengacara terkenal, juga rakan baik selebriti TV, Oprah Winfrey.
Sebagai tetamu dalam rancangan itu, Ahmed "mengajar" Dr Oz sebuah eksperimen menggunakan nitrogen cecair.
9. Dijemput menyertai universiti impiannya: MITAhmed dalam sebuah programme bual bicara selepas bebas tahanan polis menyatakan impiannya untuk melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Massachusetts (MIT).
Pensyarah astrofizik MIT Chanda Prescod-Weinstein kemudian muncul di penghujung rancangan itu di saluran televisyen MSNBC. Beliau menyifatkan Ahmed sebagai "pelajar ideal saya".
10. Menunaikan haji di Mekah
Tidak lupa pada impian terbesar setiap Muslim untuk menunaikan rukun Islam kelima, Ahmed dianggap bertuah kerana diberi peluang menunaikan haji bersama keluarganya.
"Mekah bersama keluarga saya," katanya, memuat naik gambarnya dengan lata rbelakang Kaabah dalam Twitter 10 Oktober lalu.
— Ahmed Mohamed (@IStandWithAhmed) October 10, 2015 - Siakapkeli.mySumber: TheMalayMail
Muhyiddin kata pemimpin Umno pengecut
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, membidas sesetengah pemimpin Umno sebagai pengecut kerana tidak bersuara dalam isu krisis negara.
Ia mungkin kenyataan paling keras pernah dibuat beliau sejak digugurkan dari kabinet Datuk Seri Najib Razak Julai lalu.
Muhyiddin menyifatkan, ketika negara dalam keadaan kelam-kabut di waktu ini beliau sahaja yang berani bersuara untuk memperbetulkan keadaan.
"Hanya saya seorang bersuara, yang lain buat apa?
"Saudara semua pengecut, takut kena pecat sebagai ketua cawangan, ketua bahagian dan ada juga wakil rakyat.
"Semua orang amat takut untuk bersuara walaupun keadaan negara dalam situasi begini tetapi tak mahu buat apa-apa. Orang luar tanya saya apa sudah jadi," katanya seperti dilaporkan SInar Harian.
Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda; Berani Kerana Benar anjuran Sinar Harian, hari ini.
Hanya berkata benar
Muhyiddin turut mengeluh terhadap wujudnya rasa ketakutan untuk mereka untuk bersuara.
"Saya bersuara bukan mahu menjatuhkan parti. Saya hanya berkata benar kerana bimbang tentang masa depan negara," katanya.
Menurut Timbalan Presiden Umno itu, Malaysia berada dalam keadaan tidak stabilan dari aspek politik susulan skandal yang melanda Najib.
Sementara itu, Najib menghadapi cabaran supaya melepaskan jawatannya selepas dilanda isu RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi beliau dan mendakwa wang tersebut adalah dana politik dari Timur Tengah.
Sementara itu, Muhyiddin menggesa para pemimpin Umno tampil lebih berani dengan mencontohi Nabi Muhammad yang tidak berdiam diri sekiranya berlaku sesuatu kemudaratan.
"Ketika dalam kerajaan, saya gunakan kuasa untuk nasihat dan beri pandangan tapi langsung tak diambil kira. Macam bodoh sangat timbalan perdana menteri ni.
"Saya bersuara bukan untuk jatuhkan parti. Saya hanya berkata benar kerana bimbang tentang masa depan negara," katanya lagi.
CUEPACS puas hati gaji asas minimum RM1,200
Bajet 2016 TIADA FAKTOR "WOW""Biasa-Biasa Saja" â Pakar Ekonomi
Bagaimanapun, ia dilihat sebagai belanjawan yang tiada faktor "wow", sebaliknya hanya pembentangan yang "biasa-biasa saja", sesuai dengan situasi semasa negara dan dunia ketika ini.
Penganalisis ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Baayah Baba berkata, walaupun ketidaktentuan ekonomi global, namun kerajaan mampu menangani dengan begitu berkesan tanpa meminggirkan rakyat.
"Contohnya, terdapat penurunan harga minyak dan dijangka kekal rendah, di mana ia memberi kesan kepada sumbangan Petronas untuk negara sehingga menyaksikan penyusutan pendapatan kerajaan.
"Tapi lihatlah tiada penurunan dalam sebarang peruntukan Bajet 2016. Masih ada peruntukan, masih ada bantuan untuk rakyat. Ini bertepatan dengan tema 'Mensejahterakan Kehidupan Rakyat'," katanya ketika dihubungi mStar Online.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2016 di Parlimen pada Jumaat berkata, sebanyak RM267.2 bilion diperuntukkan berbanding RM260.7 bilion.
Menurut Baayah, Bajet 2016 tidak menumpukan golongan sasaran berpendapatan rendah kerana turut tidak meminggirkan mereka berpendapatan sederhana.
"Golongan berpendapatan sederhana ini memberi banyak sumbangan kepada pendapatan negara, dan mereka tidak menerima bantuan sebagaimana golongan berpendapatan rendah seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).
"Tetapi bajet kali ini memberikan pengurangan cukai yang lebih baik kepada golongan berpendapatan pertengahan atau M40. Had pelepasan cukai yang dinaikkan. sekali gus memberikan gaji bersih yang lebih tinggi kepada m ereka," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, tiada faktor 'wow' yang benar-benar menarik perhatian rakyat berikutan jumlah bagi segelintir atau peruntukan adalah kecil.
"Contohnya macam BR1M, kita lihat sebelum-sebelum ini kenaikan agak tinggi berbanding dalam bajet kali ini. Naik pun hanya RM50 sahaja.
"Kebanyakan dalam Bajet 2016 tak ada benar-benar boleh menarik perhatian. Peruntukan dan bantuan memang ada tetapi tak ada faktor "wow", "biasa-biasa saja"," kata Dr Baayah sambil menambah bahawa BR1M yang diperkenalkan pada 2012 merupakan antara faktor paling menarik diperkenalkan kerajaan untuk membantu rakyat menampung kos sara hidup.
Bagaimanapun beliau berkata, keadaan ekonomi dan cabaran globalisasi pada masa ini sedikit-sebanyak menjadi punca kepada 'tarikan' dalam Bajet 2016.
Bajet 2016 menggariskan lima tunjang utama iaitu memperteguh ketahanan ekonomi negara, meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau, mempersiaga m odal insan, memperkasa agenda bumiputera dan meringankan kos sara hidup rakyat.
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...