Recent Post

Thursday, January 28, 2016

Penduduk gempar jumpa bangkai pesawat di pantai Besut

Satu objek bersaiz dua meter dipercayai serpihan pesawat ditemui penduduk kampung di Pantai Kampung Benting Lintang, Besut.
Read more ...

KETAHUI 20 PETUA ORANG MELAYU YANG SEMAKIN DILUPAKAN

20 Petua Melayu yang Semakin Dilupakan | Masyarakat Melayu dahulukala kaya dengan petua yang sangat mujarab jika diaplikasikan.

Berikut merupakan petua melayu lama yang ingin kami kongsi:

1. MENURUNKAN BERAT BADAN

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.

Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL

Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.

3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM

Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.

4. UBATI SAKIT DADA

Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.

5. HILANGKAN URAT DI KAKI

Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.

6. RASA GARAM DALAM MASAKAN

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaim ana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.

7. SIMPAN KELAPA PARUT

Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.

8. MENGHILANGKAN KEDUT

Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 mi nit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

9. PENYERI MUKA 

Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.

10. GARAM UBATI SAKIT GIGI

Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam ha lus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

11. MULUT BERBAU

Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi. 12. IKAN KERING TIDAK BERULAT

Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.

13. TUMIT KAKI TIDAK PECAH

Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik ya ng masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.

14. KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUK

Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan. 15. HILANGKAN DARAH TINGGI

Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali beruba t. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.

16. KHASIAT DAUN JAMBU BATU

Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.

17. CARA CUCI BARANGAN PERAK

Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan perak anda. Hasilnya ia lebih berkilat. 18. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN

Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres. 19. UBAT GIGI PENA WAR KULIT MELECUR 

Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena. 20. MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU 

Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.

Read more ...

(FOTO) Selena Nama Anak Perempuan Kedua Liyana Jasmay

Selamat melahirkan bayi keduanya pada 22 Januari lalu, pelakon Liyana Jasmay hari ini telah memperkenalkan anaknya itu kepada umum.

Liyana telah berkongsi foto anak perempuan keduanya yang diberi nama Selena Binti Mohd Fathuddin melalui akaun Instagram miliknya. Liyana juga sempat mengucapkan terima kasih kepada peminat, keluarga serta rakan-rakan beliau yang mendokan beliau dan anaknya.

Assalamualaikum.. we are so happy to introduce our little baby girl , Selena binti Mohd Fathuddin. She is officially one week today. Thank you for all the prayers from my beloved family, friends and my dear fans. Now I have two girls to brighten up my day everyday.. Syukur alhamdulillah.. #BabySelena #sofiaarissa

Sebelum ini Liyana dan suami turut dikurniakan anak perempuan bernama Sofia Arissa yang kini berusia 18 bulan. Semoga kehadiran puteri kedua mereka ini akan menambahkan lagi kebahagiaan mereka sekeluarga. Amin..

Sumber Berita: Instagram Liyana Jasmay

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

#AJL30: Non-Muslim Turut Tertarik Dengan Persembahan Faizal Tahir

Murai Batu lebih tertarik dan terpegun apabila yang menyukai persembahan Faizal adalah dalam kalangan bukan Muslim.
Read more ...

8 GAMBAR - SUASANA MAJLIS HARI LAHIR ANAK PEREMPUAN SERINA REDZUAWAN

Anak kedua kepada Serina Redzuawan dan Salahudin Ghafar, Isabella Saffiya telah menyambut hari lahirnya yang ke-4 pada 23 Januari lalu.

"HAPPY BIRTHDAY MY ANGEL ISABELLA.... NOW YOUR 4 YEARS OLD!! Sekejap masa berlalu... mummy doakan Isabella Saffiya panjang umur.. di lindungi Allah SWT selalu.. jadi anak yang bijak dan hormat orang tua.. serta merendah diri.

"Love u so much my darling Princess Isabella.. Chef Wan & Chef Riz Happy sangat dapat celebrate birthday my daughter di kampung dengan nenek, aunty dan cousin... TQ so much semua masak best2... LOVE MY FAMILY SO MUCH!!," ujar Serina dilaman IGnya.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZ I - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Kambing Bakar Jadi Santapan Makan Tengahari!

Bila sebut sahaja kambing bakar atau kambing golek. Pasti kita teringatkan buffet di hotel mewah ketika bulan Ramadan bukan? Tapi pernah tak anda terfikir untuk menikmatinya ketika makan tengahari di hari-hari biasa dengan harga yang jauh lebih murah?

Jika ya, kini anda tidak perlu susah-susah tunggu bulan Ramadan untuk menikmatinya di hotel mewah kerana ia boleh dinikmati bila-bila masa di gerai makanan yang sempoi, Warung Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara, Jalan Kasim, Meru, Klang.

Kunjungan Murai jam 12 tenghari di hari bekerja ke sana memang mengejutkan kerana ramai pengunjung yang berbaju kemeja dan formal sudah memenuhi kedai tersebut untuk menikmati daging bakar ketika lunch time waktu pejabat mereka.

Penulis berpeluang merasa set hidangan kambing bakarnya bersama nasi putih. Kambing bakar itu memang mengancam sekali, apatah lagi dagingnya yang lembut dan manis itu bagai sempurna dimakan bersama cili kicap pedas.

Rasa bagai mimpi apabila dapat menikmati kambing bakar yang enak ketika makan tenghari. Namun khabar baik buat pengunjung, hidangan itu bukan sahaja dihidang waktu tengahari sahaja malah ia dijual bermula jam 11 pagi hingga 12 malam.

Jadi kepada warga kota yang tak berpelung untuk ke sana pada waktu saing kerana lokasinya yang agak jauh, anda boleh pergi selepas waktu kerja iaitu sebelah malam.

Pemilik gerai, Supriyadi Sukardi memberitahu resipi kambing bakar ini hasil ilham sendiri dan nyata dia sendiri terkejut dengan sambutan luar biasa yang diterima.

Selain kambing bakar, gerai tersebut turut menjadi tumpuan kerana Ayam Penyet dan Burung Puyuh yang ditawarkan dalam menu mereka.

Menurut Supriyadi , selalunya pelanggan akan menelefon terlebih dahulu gara-gara tempat yang sentiasa penuh.

Mana tidaknya, ketika kunjungan penulis kerana kerabat Diraja turut turun padang mencemar duli menikmati menu Kambing Bakar.

Selain rakyat tempatan, kedai ini sering menjadi tempat sasaran sekiranya pelancong dari Jepun, Korea dan Amerika Syarikat datang ke Malaysia.Berikut merupakan menu dan harga yang ditawarkan:

Read more ...

Bot pancung bawa muatan minyak sawit mentah ditahan - Kosmo!

Bot pancung bawa muatan minyak sawit mentah ditahan

28/01/2016 12:41pm

SANDAKAN - Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot pancung yang disyaki membawa muatan minyak sawit mentah tanpa surat kebenaran dalam operasi di perairan Pantai Bandar Leila di sini lewat malam tadi.

Ketua Penguat kuasa Maritim Daerah Sandakan, Kepten Maritim A. Razak Abd. Rahman berkata, penahanan bot pancung itu dibuat hasil maklumat yang diterima mengenai aktiviti pemindahan minyak sawit di kawasan berkenaan.

Katanya, bot peronda APMM dengan kekuatan lima anggota kemudian bergegas ke kawasan tersebut dan telah mengesan sebuah bot pancung yang tidak mempunyai nombor pendaftaran.

"Ketika anggota kami cuba menghampiri bot tersebut, seorang lelaki dipercayai tekong bot telah pun melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot berkenaan baru selesai memindahkan minyak sawit mentah dengan anggaran berat empat tan metrik," katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut mendapati aktiviti tersebut dilakukan tanpa surat kebenaran dan kes disiasat di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998.

Jelasnya, nilai rampasan setakat ini masih dalam siasatan.

"Bot tersebut telah dibawa masuk ke jeti APMM Sandakan untuk tindakan lanjut," katanya. - K! ONLINE

Read more ...

Konsert ELLA 2016 di Stadium Malawati Shah Alam

Ratu Rock Negara ELLA umpama Permata Biru yang sukar dicari ganti. Kehadirannya di persada muzik Malaysia bermula pada persekitaran tahun 1985 bersama The Boys dan semenjak dari tahun tersebut, Rama Rama ini telah terbang tinggi setinggi tingginya tanpa menoleh ke belakang lagi. Bersama band yang mengangkat namanya ELLA & The Boys, anak Klang Selangor Darul Ehsan ini mengukir nama gemilangnya. Dari situlah dia mendapat gelaran Ratu Rock Negara sebelum mengambil keputusan bergerak solo pada tahun 1988.

Konsert Ella yg dijadualkan berlangsung pada 16 April 2016 jam 8.30 mlm di Stadium Malawati Shah Alam. #Repost @konsertella2016 ・・・ Press Conference Konsert Ella 2016 Liveupdate by @syncimages Konsert @EllaAminuddin 2016 💋 Tarikh : 16 April 2016 (

Sepanjang bergelar penyanyi rock wanita hampir 30 tahun yang lalu, bermula dengan Pengemis Cinta (1989), Puteri Kota (1990), Indentiti (1992) dan ELLA 30110 (1992). Album keempatnya, ELLA 30110 dianggap sebagai album ELLA yang paling berjaya pernah diterbitkan kerana telah mencipta sejarah di Malaysia sebagai album pertama yang mencapai jualan tertinggi dalam masa yang amat singkat. Hampir kesemua lagu dalam album tersebut telah berjaya menjadi single popular. Kelahiran album ini sebenarnya telah memberikan impak yang begitu besar terhadap karier nyanyian ELLA sepanjang bergelar anak seni.

Sebagai penghargaan dan hadiah bagi peminatnya yang telah memberi sokongan terhadap album ini, ELLA telah menghadiahkan konsert solonya, iaitu Konsert ELLA 30110 di Stadium Negara. Konsert tersebut telah berjaya meninggalkan kesan yang amat mendalam apabila berjaya menghimpunkan lebih dari 10,000 peminat yang hadir bagi memberi sokongan kepada ELLA. Ia sekaligus meletakkan nama ELLA sebagai penyanyi wanita utama pada tahun tersebut bahkan menjadi penerima Anugerah Artis Wanita Paling Popular menerusi Anugerah Bintang Popular (Berita Harian) 1993.

Kejayaan ELLA tidak hanya berhenti disitu sahaja, bahkan kemudiannya disusuli pula dengan pelaburan besar menerusi album ELLA USA (1994). Kejayaan ELLA USA yang berjaya mencapai jualan melebihi 350,000 unit melonjaknya sebagai artis paling berjaya sekitar tahun 1994. Walaupun silih berganti kedatangan artis artis wanita lain dari dahulu sehinggalah sekarang, namun ELLA tetap utuh di persada muzik Negara dan mahkota Ratu Rock Negara tetap menjadi miliknya hingga kini.

Kelestarian jodoh ELLA dan irama rock diteruskan menerusi album-album solo dan kompilasi seterusnys seperti Demi (1996), El (1998), El – Edisi Terhad (1999), Diva Metal (2000),"Tanda Tanya" (single pada 2001), Ilham Bicara (2001), Simbiosis (2003), A Journey Beyond (2005), Ratu Rock (2005) dan Rama- Rama (2007).

Pemilihan ELLA sebagai sebagai penyanyi lagu tema Sukan Komanwel 1998 yang julung kalinya diadakan di Malaysia. Standing In The Eyes Of The World, menandakan satu lagi tanda aras buat ELLA. Ketika itu dia menjadi penyanyi Asia pertama yang dipilih menyanyikan lagu tema sukan tersebut.

Sebenarnya, terlalu banyak kisah daripada titipan legasi dan pencapaian ELLA yang tersaksi oleh sejarah sejak zaman kaset, cakera padat (CD) dan kini terevolusi oleh arus digital. Telah banyak pencapaian diraih, konsert yang dijayakan bersulam puluhan hit yang mekar menjadi malar segar sehingga hari ini.

ELLA merentasi zaman, dari saat selincah Puteri Kota yang memasang Layar Impian, Rindu, Dua Insan Bercinta, Dunia Batinku, Pengemis Cinta, Baldu Biru, Bayangan, Sembilu, Kitalah Bintang, Gemilang, Esok Lusa Selamanya, Cekal, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Nuri, Ilham Bicara, Penawar, Tiada Tangis Lagi sehinggalah yang terbaharu Istimewah, sungguh banyak melodi yang memori yang tersimpan di sebalik segaris namanya.

Setelah hampir 10 tahun tanpa konsert berskala besar, barangkali kolaborasi dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya sekitar Julai 2010 adalah konsert solo terbesarnya baru baru ini, Ratu Rock Negara yang sudah bertukar status menjadi Permaisuri kepada Kapten Azhar Ghazali itu akan kembali menemui peminatnya menerusi konsert terbesar tahun ini, Konsert ELLA 2016 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 16 April 2016, Sabtu jam 8.30 malam.

Bertemakan anti dadah, konsert ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor. ELLA juga telah berbesar hati untuk menyumbangkan RM 2 dari setiap penjualan tiket konsertnya untuk disalurkan ke Tabung PEMADAM Selangor agar lebih banyak program-program anti dadah dapat dijalankan pada masa hadapan. Ini merupakan sumbangan ikhlas daripada ELLA dalam usaha memerangi gejala dadah yang semakin berleluasa.

Sebagai simbolik kepada mesej keprihatinan yang dibawa, ELLA menyeru peminat yang hadir ke konsert berkenaan memakai baju bewarna putih kerana putih bagi melambangkan kesucian naluri bekas-bekas penagih dadah yang mahu kembali ke jalan pangkal jalan dan putih juga umpama kelahiran semula bekas bekas penagih dadah.

Bakal menyampaikan lagu lagu hitsnya dari era 80-an sehingga hari ini, konsert yang diterajui oleh gitaris handalan Man Kidal sebagai Pengarah Muzik tersebut akan turut menampilkan artis artis jemputan yang juga rakan rakan seperindustrian ELLA selaku pembuka tirai acara dan juga berduet bersama sama ELLA nanti. Nama artis artis jemputan ini akan diumumkan tidak lama lagi. Sesuatu yang istimewa, ELLA akan sekali lagi mengembalikan sejarah lamanya apabila beliau akan sekali lagi terbang bersama helikopter khas untuk ke Stadium Malawati Shah Alam sebelum bermulanya konsert tersebut.

ELLA bersama sama dengan pihak penganjur, Atlas One Events Sdn Bhd akan sekali lagi mencipta sejarah di Malaysia tidak lama lagi sebelum konsert tersebut. Acara ini juga merupakan salah satu promosi Konsert ELLA 2016. ELLA dan pihak Atlas One Events Sdn Bhd akan mengumumkannya tidak lama lagi.

Tiket-tiket Konsert ELLA 2016 sudah mula dijual, setakat ini hampir 2000 tiket sudah pun terjual termasuk 1000 tiket daripada Team ELLA USA dan hampir 1000 lagi tiket yang ditempah oleh beberapa syarikat korporat serta pembelian dari peminat peminat ELLA.

Rakan Rasmi : Pemadam Selangor

Radio Rasmi : Era FM

Karaoke Rasmi : Red Box Karaoke & Green Box Karaoke

Tiket Rasmi :  TicketPro Malaysia

Disokong Oleh :

Maklumat Penganjur:

  • The Lodge Paradize Hotel
  • Lameya Malaysia
  • The Storage People
  • Tyra by ELLA Aminuddin
  • Atlas One Events Sdn Bhd31-03 Jalan PJU 5/20E, The Strand Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul EhsanTel / Fax : +603 6143 7695Mobile : +6010 2707 456Website : www.atlasoneevents.com

    Maklumat Tiket

    (Semua tempat duduk adalah bernombor kecuali RockZone)

    RM 78 – Kategori 1RM 108 – Kategori 2RM 158 – Kategori 3RM 78 – Kategori 3 (OKU sahaja)RM 228 – RockZone (berdiri di hadapan pentas)RM 288 – VVIP (termasuk cenderahati ELLA)

    Tiket Ejen

    Ticketpro Malaysia Sdn BhdD-2-03A Dataran Glomac, Jalan SS6/20A, Kelana Jaya, 47301, Petaling Jaya, Selangor Hotline : +603 7880 7999Fax : +603 7880 4478Email : info@ticketpro.com.myJualan Tiket Online : www.ticketpro.com.my

    Tiket juga boleh didapati di outlets

  • Rock Corner
  • Guitar Store
  • Victoria Music
  • Komen via Facebook

    Komen

    Read more ...

    'Kau Pecahkan Cermin Sisi, Ingat Beli Guna Daun Ketum ke Bangkai?!'

    Minta maaf pada abang-abang polis yang lain. Post ini hanya ditujukan kepada anggota polis yang mengiringi orang besar yang kurang ajar melintas lori aku di Tol Sungai Besi pada 25 Januari 2016, jam 5 petang.  Aku ini pemandu lori 3 tan, nombor pendaftaran CCG9152 nak khabarkan dengan cara yang tidak berbudi bahasa, kau memang tak ada akal ke?!  Kau ingat aku pandu motosikal ke nak tukar laluan cepat-cepat?! Aku bawa lorilah bangkai!  Sudahlah jalan sesak, nanti terlanggar pula kereta orang. Kau ingat aku beli cermin sisi ini guna daun ketum ke sampai kau suka-suka hati saja nak pecahkan? Ingat kau gangster ke? Phuii laa! Kalau kau baca, harap-harap kau berubah. Kau ingat aku tak bayar roadtax ke? Agak-agaklah nak cepat pun, gaji kau itu kerajaan yang bayar. Duit kerajaan itu dari rakyat, jadi gaji kau aku yang bayar bodoh! - Fitri Berg | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

    Read more ...

    Undang-Undang FAM Paling Bodoh, kata TMJ

    Pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menempelak tuntutan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terhadap bekas pemain Harimau Muda C, Muhammad Hafiy Haikal Ismail yang memilih untuk menganggotai JDT II dalam saingan Liga Malaysia pada musim ini.

    Menurut Tunku Ismail, seseorang pemain wajar memilih haluan kerjaya professionalnya sendiri selepas program Harimau Muda dibubarkan.

    Tunku Ismail juga menyifatkan peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mewajibkan bekas pemain Harimau Muda untuk kembali ke negeri asal tidak relevan.

    "Pada saya undang-undang FAM adalah undang-undang paling bodoh sekali. Pada saya pemain Harimau Muda boleh pergi ke mana-mana pasukan yang mereka mahu, kerana kita tidak boleh memaksa pemain untuk bermain bersama pasukan yang tidak dikehendaki mereka," kata Tunku Ismail sebagaimana lapor Astro Awani.< /p>

    Sebelum ini, KLFA menegaskan akan menuntut Hafiy dan dua lagi bekas pemain Harimau Muda C, iaitu M. Kogileswaran dan R. Dinesh.

    Selain itu, Tunku Ismail juga berkata dia masih lagi belum berpuas hati dengan aksi pra musim JDT dan pertemuan telah pun diadakan dengan pengendali pasukan Mario Gomez. Selain itu Tunku Ismail juga berkata dia tidak menolak kemungkinan akan melakukan rombakan.

    "Saya telah berbincang dengan Mario, terdapat beberapa perkara akan kita ubah," katanya. - Siakapkeli.my

    Read more ...

    Buat yang Suka Mandi Air Hangat di Pagi Hari, Baca Ini

    Mandi air hangat boleh sesekali dilakukan jika tubuh terlalu lelah di malam hari, karena mandi air hangat berkhasiat mengendurkan otot, meredakan stres dan mengatasi insomsia.

    Sedangkan saat Anda membutuhkan semangat untuk memulai aktivitas di pagi hari, sebaiknya mandilah dengan air dingin.

    Ada beberapa dampak negatif yang terjadi bila orang terbiasa mandi air hangat di pagi hari, antara lain pori-pori membesar dan menurunkan kualitas sperma pada pria.

    Selain itu, mandi air hangat di pagi hari juga bisa memicu sakit kepala karena perubahan suhu dari dinginnya pagi.

    Ai r hangat dapat mengubah tekanan darah tubuh, termasuk di daerah kepala, yang akhirnya memicu rasa sakit kepala dengan puncak rasa tertusuk tajam di dahi sekitar 30-60 detik setelah disiram air.

    Sementara mandi air dingin terutama pada pagi hari justru dapat memberi manfaat pada kulit dan pembuluh darah.

    Buat yang Suka Mandi Air Hangat di Pagi Hari, Baca Ini 2016-01-27T04:25:00-08:00 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Deriz R
    Read more ...

    50% kawasan tercemar bauksit dibersihkan

    Sebanyak 50 peratus kawasan pencemaran bauksit di Kuantan, Pahang, telah dibersihkan setakat ini, kata Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Noor Ibrahim.

    Beliau berkata pihaknya menjangkakan proses pembersihan pencemaran itu selesai sepenuhnya Februari ini.

    "Proses pembersihan perlu dilakukan secara teliti supaya tidak menjejaskan kawasan sekeliling yang lain.

    "Walau bagaimanapun pemantauan dari semasa ke semasa akan dibuat di kawasan tercemar bagi memastikan kejadian itu tidak berulang lagi pada masa hadapan," katanya kepada Bernama semalam.

    Beliau berkata proses pembersihan itu dilaksanakan oleh 21 anggota bomba dengan menggunakan tujuh jentera dari empat balai bomba.

    Operasi pembersihan itu dimulakan selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 13 Jan, selepas mengambil maklum keluhan penduduk di Kuantan yang terjejas dengan aktiviti perlombongan bauksit.

    - Bernama

    Read more ...

    PANAS! Isu Rambut Blonde, Indah Ruhaila Tepis Anggapan Netizen

    Sebelum ini, penyanyi Indah Ruhaila pernah dikatakan 'pengkid' gara-gara beliau tampil dengan gaya rambut pendek. Malah Indah Ruhaila Tepis Isu 'Pengkid' tersebut.

    Namun, baru-baru ini di malam Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30), Indah telah tampil dengan gaya rambut yang berwarna perang. Walaupun sebelum ini kita lihat ramai artis yang berambut perang dikritik teruk oleh netizen, tetapi bagi bekas peserta Akademi Fantasia ini, Indah menjelaskan bahawa dia ingin menukarkan penampilan baru supaya peminat tidak bosan melihatnya.

    Indah 2

    "Sebagai artis saya kena peka terhadap penampilan dan imej kerana itu juga saya warnakan rambut agar tampak segar pada tahun ini. Sampai satu tahap nanti saya akan tukar juga warna rambut itu apabila sampai masanya nanti."

    Malah, Indah turut menyatakan bahawa dia tidak kisah dengan segala tohmahan yang bakal diterima atas tindakannya itu. Bagi dirinya, dia tidak mampu untuk menutup mulut orang yang mengkritiknya.

    Indah 1

    "Kalau ada yang mengecam, saya tidak kisah kerana mulut orang saya tidak boleh tutup tambahan pula dengan kepesatan teknologi hari ini, lagi sukar untuk dibendung."

    "Bukan sahaja perkara buruk malah benda baik yang dibuat pun tetap akan mendapat kritikan sehingga ia sudah menjadi satu kebiasaan. Saya tahu batas saya dan saya tanggung atas tindakan sendiri."

    Indah 3

    Apapun, itu adalah keputusan dan kehendak Indah sendiri. Siapalah kita untuk mengkritik atau tentukan hak orang.

    LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • Penyanyi Indah Ruhaila Semakin Digilai
  • Indah Ruhaila Tidak Letak Bayaran Tinggi Walaupun Makin Popular
  • Indah Ruhaila Tepis Gosip Kecil Hati Dengan Astro
  • Indah Ruhaila Akui Lampu Candelier Jatuh Gimik AJL29
  • 2,432 total views, 2,432 views today

    Read more ...

    Khairuddun Abu Hassan Buat Laporan Polis ke atas Peguam Negara

    CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar Khairuddun Abu Hassan Buat Laporan Polis ke atas Peguam Negara Melalui kenyataan di laman facebook Khairuddin Abu Hassan memaklumkan bahawa beliau telah membuat laporan Polis ke atas Peguam Negara susulan penjelasan isu RM2.6bilion.Berikut kenyataan beliau:LAPORAN POLIS KE ATAS PEGUAM NEGARA

    Saya memohon pihak polis di raja malaysia untuk membuat satu penyiasatan ke atas peguam negara samada terdapat sebarang unsur-unsur salahguna kuasa, cuai jenayah, memutarbelit fakta dan mengganggu penjawat awam daripada menjalankan tugas-tugas mahupun siasatan mereka secara telus, bebas serta komprehensif.

    Peguam negara harus memberi penerangan secara komprehensif kepada rakyat khususnya di dalam menzahirkan semua asas butiran siasatan yang telah dijalankan oleh pihak SPRM.

    Tan sri apandi ali selaku peguam negara tidak boleh membuat kenyataan secara umum tanpa menghuraikan secara terperinci mengenai hasil siasatan laporan SPRM yang telah dihantar ke pejabat peguam negara.

    Jawapan yang komprehensif dari peguam negara amat penting demi un tuk menjaminkan keutuhan imej serta kredibiliti jabatan peguam negara pada pandangan rakyat secara menyeluruh khususnya di mana kita sedang menghadapi krisis keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan masakini.

    Dalam masa yang sama; saya secara jujur serta ikhlas ingin menasihati peguam negara agar tidak mengambil ringan di dalam pengumuman isu kes siasatan wang derma rm2.6 billion dan sejumlah wang rm42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi najib tun razak.

    Samada suka atau tidak kita harus tangani fan selesaikan kemelut ini secara professional dan meyakinkan semua pihak di tanahair yang tercinta ini.

    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *