Monday, January 11, 2016
'Bonda Ratu' dibebas dengan jaminan polis
Awie Akui Anak-Anak Izinkan Beliau Kahwin Lagi
Masalah rumah tangga Awie dan isterinya Rozana Misbun cukup memberikan kesan buat anak-anak mereka sehinggakan mereka bersetuju untuk Awie berkahwin lagi.
Namun, Awie memberitahu fokus beliau kini adalah ingin membesarkan anak-anaknya dan mengukuhkan lagi kewangan demi menyara mereka semua.
Apabila anak saya cakap, mereka terbuka hati untuk ayahnya kahwin lagi, saya hanya tersenyum dan tergelak dengan telatahnya. Tapi saya rasa buat masa sekarang memang tidak terlintas langsung untuk ke arah itu. Kes mahkamah saya pun masih belum selesai.
Lagipun saya lebih selesa sibukkan diri dengan karier seni dan pada masa yang sama banyak luangkan masa bersama dengan anak-anak.
Perkara seumpama itu amat penting buat kami agar hubungan ini terus akrab dan melihat mereka membesar dengan lebih baik.
Enggan melupakan segala kenangan pahit yang menimpa dirinya, Awie bertindak untuk berpindah ke rumah baharu tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu mendedahkan lokasi kediaman baharunya itu.
Pindah rumah adalah perkara yang penting untuk membina suasana baru. Ke mana saya pindah itu tidak perlu tahu kerana ia adalah rahsia.
Terlalu banyak sangat kenangan pahit yang wajar untuk dilupakan. Jadi diharapkan di rumah baru nanti, kehidupan saya dan anak-anak kembali menyinar.
Meskipun Awie seorang lelaki yang tampak "ganas" beliau masih lagi memerlukan kasih sayang seorang wanit yang mampu menjaga beliau dan anak-anak. Harapnya ada jalan terbaik untuk Awie dan Rozana menyelesaikan persengketaan mereka.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.ALHAMDULILLAH - MIA SARA KINI KEKAL BERHIJAB
Rezeki Allah SWT tak ada siapa yang menyangka!
Begitulah halnya dengan pelakon kanak-kanak Mia Sara, yang dibuka hatinya untuk kekal berhijab selepas dia menjadi tetamu Allah di tanah suci Mekah baru-baru ini.
Bapanya, Muhammad Ridhuan, telah mengesahkan perkembangan terkini anaknya itu. Katanya, Mia memang sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung.
"Nak diikutkan Mia berhasrat mahu bertudung sejak setahun lalu. Lebih-lebih lagi apabila melihat semua keluarganya menutup aurat, dia seorang sahaja yang tidak.
"Saya menyokong hasrat itu dan pada masa sama tidak memaksa kerana dia masih lagi belum akil baligh," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun, bapa Mia sejak awal lagi meminta masyarakat agar tidak mengecam anaknya nanti sekiranya tidak bertudung kerana dia masih lagi terikat dengan beberapa drama yang memerlukannya tidak berhijab.
"Sebelum ini Mia telah mengikat kontrak untuk beberapa siri drama yang memerlukan dia tidak bertudung.
"Oleh itu Mia akan tampil tanpa hijab untuk beberapa buah drama buat masa ini. Saya harap, tiada yang menghentam. Apatah lagi niatnya ingin berubah untuk menjadi seorang Islam yang baik, jadi biarlah dia melalui proses belajar itu," tambahnya.
Sumber : mStar
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomUjian Kelajuan OOKLA Bukti U Mobile Rangkaian Mudah Alih Terpantas Malaysia
Kedudukan tertinggi U Mobile ini berdasarkan data ujian kelajuan yang dikumpul melalui aplikasi Android dan iOS milik Ookla dalam tempoh enam bulan. Lebih 5 juta keputusan ujian dikumpul setiap hari dan data tersebut dianalisa dengan teliti sebelum pemenangnya disahkan pihak bebas. "U Mobile percaya dengan usaha menawarkan pelan data mudah alih dengan nilai terbaik berserta pengalaman pelanggan terbaik.
"Pendekatan ini berkesan kerana kami telah memenangi pelbagai penghargaan tahun ini dan terbaharu, Ookla mengakui bahawa U Mobile mempunyai rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia. "Ia adalah bukti bahawa kami benar-benar memberikan pengalaman pelanggan mudah alih yang terbaik kepada rakyat Malaysia. #DATASTRONGNETWORK!" kata Wong Heang Tuck, Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile. Maklumat kedudukan U Mobile boleh didapati di: http://www.speedtest.net/awards/MY Tambahan 1GB percuma dari 1 hingga 31 Disember 2016. Tawaran ini hanya sah untuk pengguna U Mobile sahaja. Untuk meraikan pengiktirafan terkini U Mobile, syarikat telekomunikasi yang tertumpu kepada data ini akan memberikan data percuma* 1GB selama sebulan kepada pelanggan prabayar, pascabayar dan jalur lebarnya sebagai penghargaan di atas sokongan mereka.
Tawaran tambahan 1GB ini sah dari 1 hingga 31 Disember 2016. Tawaran ini hanya sah untuk pengguna U Mobile sahaja. Maklumat selanjut: http://www.u.com.my/umi
Peraduan Menang Tiket MET10 Awards 2016
Tahun 2016, pastinya menjengah dengan pelbagai acara anugerah. Terbaru, MET10 Awards yang akan dianjurkan pada 16 Januari depan dijadual berlangsung pada jam 6 petang bertempat 15th Floor, StarXpo Centre @ KWC Fashion Mall. Anugerah ini dijangka bakal menggegarkan industri hiburan tanahair!
Budiey turut dijemput untuk buat liputan di acara ini serta pihak penganjur, Astro Radio juga memberi peluang kepada anda semua untuk menghadiri acara anugerah ini.
Anugerah ini juga adalah bertujuan untuk meraikan kejayaan serta memberi pengiktirafan kepada barisan artis Malaysia yang menyanyikan lagu berbahasa Inggeris yang mengungguli carta mingguan Malaysia English Top 10 (MET10) di hitz fm sepanjang tahun 2015.
Bertemakan "Back In Time", acara yang dijangka berlangsung selama 3 tiga jam akan membawakan barisan artis tempatan dari pelbagai generasi yang berbeza, untuk menggegarkan pentas pada malam itu nanti!
Antara senarai artis artis yang tercalon dalam kategori yang dipertandingkan boleh dilihat di bawah ini. Turut memeriahkan lagi malam anugerah adalah Jake Abdullah, Jason Lo, Arnold dan Ryan yang menjadi sebahagian daripada pengacara MET 10 Awards!
Barisan artis popular tanahair seperti KARTEL Crew (Sonaone, Jow Flizzow, dan Altimet) Paperplabe Persuit, OJ Law, Jin Hackman, Resh, Kyoto Protocol dan De Fam turut memeriahkan acara pada malam tersebut.
Budiey membuka peluang kepada pembaca dengan memberikan 30 keping tiket untuk diberikan kepada 15 orang pemenang kepada pembaca yang menyertai peraduan ini. Seorang pemenang akan dapat 2 tiket MET10 Awards 2016. Apa yang korang perlu buat ialah:1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan dengan MET10 Awards di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.
2. Sila LIKE Fanpage Budiey.com : www.facebook.com/budieydotcom , Follow Twitter : @Budiey & Instagram: @Budiey & hashtag #BudieyDotCom
3. Sila cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #met10awards. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Tweet Slogan: MET10 Awards akan lebih meriah jika…. (tidak lebih dari 140 huruf)
4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #met10awards. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Selain kena Tweet, jangan lupa untuk hantar slogan paling KREATIF anda itu kepada emel Budiey
Slogan: MET10 Awards 2016 akan lebih meriah jika…. (tidak lebih dari 140 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Soalan 1:
1. Siapakah penganjur MET10 Awards?
Soalan 2:3. Sebutkan tiga selebriti dan penyanyi yang akan hadir di MET10 Awards 2016.
Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:MET10 Awards akan lebih meriah jika…. (tidak lebih dari 140 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:Nama:Twitter:Alamat surat menyurat:Email:Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket MET10 Awards 2016
Tarikh tutup peraduan:Jam 5 petang 15 Januari 2016
15 orang pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.
Terima kasih Astro Radio atas tiket jemputan tersebut.
Nantikan gambar selebriti di karpet merah MET10 Awards 2016 di blog ini dan kemaskini terkini di Twitter @budiey & Instagram Budiey. Jom follow me ya.
MET10 Awards nominees:
Categories Nominees MET 10 BEST MALE ARTIST BALAN KASHMIR KARMAL JIN HACKMAN RESH OJ LAW ROSHAN JAMROCK MET 10 BEST FEMALE ARTIST EUNICE HOO DASHA LOGAN TALITHA TAN FROYA ELIZABETH TAN MET 10 BEST BAND/GROUP TRES EMPRE PASTEL LITE KYOTO PROTOCOL DE FAM PAPERPLANE PURSUIT MET 10 BEST SONG RESH <HALF THE MAN> OJ LAW <INTROVERT> DE FAM <#SUPERGIRLS> JIN HACKMAN <BANANA> PAPERPLANE PURSUIT <WHO'S GONNA STOP ME?> ROSHAN JAMROCK <THE BOSS> MET 10 BEST LIVE PERFORMER PAPERPLANE PURSUIT KYOTO PROTOCOL JIN HACKMAN RESH TRES EMPRE MET 10 BEST MUSIC VIDEO PAPERPLANE PURSUIT <WHO'S GONNA STOP ME?> JIN HACKMAN <BANANA> DE FAM <SUPERGIRLS> OJ LAW <INTROVERT> GOLDFISH & BLINK <SOMEWHERE NEW > RESH <HALF THE MAN> MET 10 BREAKTHROUGH ACT DE FAM GTEXPERIMENT JON LIDDEL EUNICE HOO ALI AIMAN +2DB Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
'Mana Niat Asal Kamu Berniqab?'
Wanita Dikejarkan Ke Hospital Selepas 'Diserang' Ikan Duri
Pekerja ambulan yang terlibat mengambil gambar kejadian pelik itu yang memaparkan bagaimana ikan tersebut terlekat di perut wanita berkenaan ketika membawa mangsa ke hospital untuk membuang objek tersebut.
Difahamkan, wanita tersebut sedang berenang di pusat peranginan Itanhaem di Sao Paulo ketika kejadian berlaku.
Salah seorang pekerja ambulan, Marcelo Araujo menulis di Facebooknya : "Satu kejadian yang jarang berlaku. Seorang perenang di serang seekor ikan".
Tambahnya : "Kami menerima laporan kejadian dimana satu objek telah menembusi badan seorang perenang dan apabila kami sampai di tempat kejadian, kami medapati ianya seekor ikan.
Difahamkan, wanita itu dikejarkan ke hospital setelah penyelamat tidak berupaya membuang tulang belakang ikan tersebut yang bergerigi.
"Dia (perenang) berada dalam kesakitan. Kami tidak boleh membuang tulang belakang (ikan) yang tersekat kerana hanya doktor boleh melakukannya. Kami membawanya ke hospital untuk pembedahan mikro."
Marcelo Araujo berkata, dia banyak menerima pesakit yang dicederakan oleh ikan, tetapi untuk kes ikan terlekat di perut, ini kali pertama. - Siakapkeli.my
Hakisan pantai terus belenggu pendudukk pesisir pantai T'ganu
"Tidak mustahil, akibat hakisan yang tidak berpenghujung, generasi akan datang hanya tahu kewujudan pantai dan bukannya sebuah perkampungan".
Ia antara keluhan penduduk kepada Bernama ketika tinjauan di beberapa perkampungan di sekitar Dungun dan Kuala Terengganu yang menghadapi masalah hakisan pantai ekoran musim tengkujuh setiap tahun.
Pengerusi Wakaf Kebajikan Nelayan Kampung Tengah, Kuala Terengganu Abdullah Abd Ghani, 58, berkata, kejadian hakisan paling dahsyat pernah berlaku di kawasan berkenaan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Tidak mustahil, suatu hari nanti, generasi akan datang hanya mengetahui tentang kewujudan pantai dengan cerita sejarah semata-mata, jika tiada langkah segera untuk mengekang masalah hakisan yang kian teruk ketika ini," katanya.
Menurut Abdullah, fenomena hakisan pantai berkenaan secara tidak langsung akan menjejaskan pendapatan nelayan yang bergantung sepenuhnya pada hasil laut dan paling membimbangkan ialah bangunan yang menjadi tempat pengumpulan hasil laut, juga akan lenyap jika masalah hakisan tidak dibendung.
Jelasnya, sebagai usaha untuk menyelamatkan bangunan Wakaf Kebajikan Nelayan Kampung Tengah yang menjadi pusat pengumpulan hasil dan stor air batu, dilakukan sendiri pihaknya dengan membina benteng pasir.
Justeru, penduduk berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan membaik pulih tebing pantai yang terhakis dan membina semula benteng pemecah ombak yang lebih kukuh.
Sementara itu, bagi 30 keluarga di Kampung Pantai Laut, Paka, Dungun setiap kali musim tengkujuh dan angin kencang melanda, tidur mereka terganggu sejak empat tahun lalu kerana bimbang rumah dipukul ombak sekali gus menyebabkan hakisan berlaku.
Tinjauan Bernama di kampung berkenaan mendapati beberapa kediaman kini berada pada tahap berbahaya kerana dikhuatiri pada bila-bila masa sahaja ia boleh runtuh sekiranya berlaku ombak besar.
Benteng pemecah ombak yang dibina pada 2014 juga dilihat tidak mampu menahan ombak yang besar kerana batu yang digunakan telah runtuh akibat hakisan.
Seorang penduduk Mohamad Osman, 67, berkata ekoran itu mereka terpaksa memindahkan barangan rumah ke rumah waris terdekat dan menumpang di sana kerana bimbang tentang keselamatan sekeluarga.
"Kami tiada pilihan dan rumah lain untuk berteduh selain menumpang di rumah anggota keluarga kerana bimbang perkara lebih buruk berlaku," katanya.
Zuremi Mohamad, 30, yang menetap di kampung berkenaan 13 tahun lalu, turut mengambil langkah sama dengan menumpang di rumah anggota keluarga terdekat.
"Apabila tiba musim ombak besar, saya sering risau rumah dipukul ombak yang boleh menyebabkan kejadian lebih buruk berlaku.
"Kini, saya menumpang di rumah anggota keluarga yang lain namun bila menjelang tengah malam, saya tetap pulang untuk melihat keadaan rumah takut dihanyutkan ombak," katanya.
Keadaan sama turut membelenggu kira-kira 37 nelayan di Kampung Tengah Mengabang Telipot, Kuala Nerus apabila hakisan pantai yang melanda Kampung Tanjung Gelam, sebelum ini, telah merebak ke penempatan mereka.
Keresahan mereka itu berasas apabila dalam tempoh kira-kira tiga tahun, dianggarkan lebih 50 meter kawasan pantai telah ditelan ombak dengan sebahagian daripada bangunan telah pun lenyap.
- Bernama
TMJ kini pemilik pasukan JDT
(GAMBAR) Sekitar Kemeriahan Majlis Resepsi Marsha Milan Dan Mohamed Shaiful Nizam
10 Shares
Share
Share
Share
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Marsha kerana telah sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan pada 31 Disember 2015 yang lalu.
Baru-baru ini telah berlangsung majlis resepsi pasangan bahagia Marsha Milan dan juga suami Shaiful yang diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
Majlis tersebut diadakan dengan cukup meriah dan turut dihadiri rakan terdekat dan juga rakan selebriti yang lain.
Kami kongsikan anda beberapa keping gambar ketika majlis resepsi berlangsung baru-baru ini. Enjoice!
Artikel menarik:- OHSEM!! Biodata Menarik Mohamed Shaiful Nizam, Suami Marsha Milan Pasti Buat Anda Terkejut
1,716 total views, 1,716 views today
(GAMBAR) Sekitar Kemeriahan Majlis Resepsi Marsha Milan Dan Mohamed Shaiful Nizam, Artis Malaysia, BeautifulNara, Facebook Artis, gosip, Gosip Artis, Gosip Artis Malaysia, Gosip Artis Terbaru, Gosip Artis Terkini, Gosip Hangat, Gosip Hangat Marsha Milan, Gosip Hari Ini, Gosip Malaysia, Gosip Marsha Milan, Gosip OHBULAN!, Gosip Panas Marsha Milan, Gosip Sensasi, Gosip Sensasi Marsha Milan, Gosip Terbaru, Gosip Terbaru Hari Ini, Gosip Terbaru Marsha Milan, Gosip Terkini, Gosip Terkini 2016, GosipMalaysia, Hiburan, Hiburan dan Gosip Artis, Instagram Marsha Milan, Izyan, Katak Comel, Mangga Online, Marsha Milan, Marsha Milan Londoh, Media Karangkraf, Murai, MyArtis, Ohbulan, Oktavita, Pelakon Marsha Milan, Penyanyi Marsha Milan, Rotikaya, Selebriti, Selebriti BeautifulNara, Selebriti Malaysia, Twitter Marsha MilanMelaka : Jalan-Jalan Cari Makan
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...