Recent Post

Wednesday, January 13, 2016

PM bentang pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Jan - Irwan Serigar

Kerajaan juga akan menyemak semula keluaran dalam negara kasar bagi tahun ini yang tidak akan berkompromi dengan mekanisme penyampaian kerajaan dan memastikan projek pro-pertumbuhan diteruskan.
Read more ...

Rozita Che Wan Mahu Beli Pangsapuri Di London?

Rozita Che Wan boleh dikatakan selalu juga bercuti ke luar negara terutama sekali ke London dan juga Paris.

Terpikat dengan bandar London itu sendiri, membuatkan Che Ta berminat untuk membuat pelaburan hartanah di luar negara dan sedang merencana untuk membeli sebuah pangsapuri di London. Wow!

Che Ta mengidamkan sebuah pangsapuri tiga bilik di lokasi yang agak menarik iaitu Knightsbridge. Ia boleh dijadikan sebagai rumah untuk mereka sekeluarga menetap ketika bercuti di sana ataupun ia akan disewakan.

Setakat ini saya masih meninjau beberapa pangsapuri yang bersesuaian dengan bajet. Kalau boleh saya tidak mahu pemilihan dilakukan secara tergesa-gesa kerana banyak aspek perlu diambil kira termasuk potensi jangka panjang.

Perancangan ini sudah lama difikirkan iaitu sejak setahun lalu memandangkan kami sekeluarga suka bercuti di sana. Daripada membayar sewa tinggi, lebih baik mencari aset yang boleh dimiliki dan disewakan.

Kalau hendak membuat pelaburan hartanah di luar negara memang agak lumayan juga pulangan dia, tetapi modalnya juga agak besar. Namun, usahawan berjaya macam Che Ta memang tiada masalah bab mengeluarkan jumlah duit yang banyak ye dak? Kalau shopping duit habis begitu sahaja, kalau melabur adalah juga hasilnya..Heh..

Sumber Berita: Berita Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

AKUI DICERAI TALAK DUA - SYURA TIDAK TOLAK JIKA DISATUKAN SEMULA

Read more ...

'Syatilla Melvin Boleh Layan Perangai Diva SayaĆ¢€™ - Sam

Pelakon lelaki popular, Shaheizy Sam kagum dengan bakal isterinya Syatilla Melvin kerana boleh melayan perangai divanya yang pelbagai ragam.

Syatilla juga seorang yang paling penyabar dan pandai ambil hati ibu Sam dalam pelbagai aspek membuatkan dirinya kagum dengan personaliti pelakon ini.

"Sam terus terang cakap, Sam ni ada pelbagai jenis ragam dan angin. Tapi dia boleh ikut layan perangai Sam yang bukan-bukan ni.

"Saya sibuk dengan kerja, berlakon sana sini jadi mood boleh berubah bila-bila masa saja terutama kali kalau saya penat.

"Walaupun Syatilla seorang perangai yang gila-gila tetapi dia boleh tahan dengan sikap saya ini. Itu antara faktor yang saya kagum dengan dia," kata Sam kepada portal Murai.com.my.

Shaheizy Sam yang ditemui di Majlis Sidang Media Khas Pengumuman Pernikahannya turut ditanya pada waktu bila hatinya terbuka untuk menamatkan zaman bujang.

Dengan tenang Sam menjawab, perasaan untuk bernikah itu sudah lama ada. Tetapi masa tidak mengizinkan kerana terlalu fokus dengan kariernya sehingga mengabaikan kemahuan sendiri untuk berumah tangga.

"Untuk pergi merisik Syatilla, Mummy yang heret saya ke Pulau Pinang. Alasan mummy ialah dah lama tak keluar bercuti bersama-sama.

"Tapi Sam cakap tak boleh sebab sibuk di lokasi penggambaran. Tetapi secara tiba-tiba produser kata dia lepaskan saya untuk bercuti dengan Mummy.

"Dari situlah Mummy aturkan langkah dan perancangan untuk bertemu dengan keluarga Syatilla untuk merisik pada 13 Dis lalu.

"Maka planning mummy berjaya menyatukan hati kami berdua walaupun pada ketika itu semua 'last minute'.

"Alhamdulilah semua perancangan pernikahan ini berjalan lancar dengan bantuan dari kedua-dua belah ahli keluarga," akhiri Sam dengan nada yang tenang.

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Rabu, 13 Jan 2016

 

 

Read more ...

Nuri, Zetty, Qody & Wanie Terpilih Jadi Protege dalam MENTOR MILENIA

Menang kalah adat pertandingan. Tahniah kepada Zetty, Nuri, Qody dan Wanie apabila berjaya melepasi ujian pertama dan kini bergelar protege kepada Azlan dan Black!

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.00 malam, Mentor Milenia, program realiti terbaharu TV3 bertujuan mengasah bakat-bakat muda dalam lingkungan umur 17 hingga 21 tahun untuk menjadi penghibur yang berjaya.

Episod kedua Mentor Milenia merupakan konsert pengenalan pertama telah menyaksikan Azlan dan Black memilih protege mereka. Ternyata bukan senang untuk melakukan keputusan tersebut kerana Nuri, Zetty dan Ain dari kumpulan Azlan serta Haq, Qody dan Wanie dari kumpulan Black telah memberikan persembahan yang penuh bertenaga dalam usaha memikat hati mentor masing-masing.

Namun, teka teki sudah terjawab selepas Azlan memilih Sharifah Nurilmuhayati binti Syed Hussein (Nuri, 17 tahun) dan Nur Izzati binti Mohd Rashid (Zetty, 22 tahun), Black pula memilih Nurul Syazwanie binti Mohd Basri (Wanie, 21 tahun) dan Rossaidi bin Abdul Rani (Qody, 21 tahun) sebagai protege mereka. Pada 17 Januari nanti, giliran Akim dan Hazama pula untuk menentukan siapakah yang layak bergelar protege mereka.

Konsert pertama Mentor Milenia yang telah berlangsung pada 10 Januari membuka tirai dengan persembahan nyanyian oleh Azlan dan Black menerusi rangkaian lagu SAMPAI MATI & POTRET. Bagi kumpulan Black, Qody menaruhkan lagu CINTA MELANKOLIA (nyanyian asal oleh Aan), Wanie memilih lagu Jacyln Victor iaitu JAGALAH DIRI manakala Haq pula beraksi dengan lagu BUKAN DIA TAPI AKU (nyanyian asal oleh Judika).

Bagi kumpulan Azlan pula, Zetty telah memilih lagu ROMANCINTA (nyanyian asal oleh Mojo), Ain mendendangkan lagu popular Dayang Nurfaizah iaitu DI PINTU SYURGA dan Nuri pula mempertaruhkan lagu Jacyln Victor iaitu SEBELAH JIWAKU.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, program Mentor kini dianggap nadi utama program realiti di TV3 khususnya dan tempatan pada amnya. Lebih membanggakan, Mentor Legend telah dinobatkan sebagai Rancangan Realiti Terbaik di Anugerah Skrin 2015. Selepas tujuh musim, Mentor kembali dengan konsep dan format baharu iaitu Mentor Milenia yang membariskan Akim, Azlan, Black dan Hazama sebagai barisan mentor.

Berlainan dengan musim-musim sebelum ini, Mentor Milenia menampilkan empat artis popular yang merupakan idola golongan muda untuk memberikan tunjuk ajar berkaitan bidang nyanyian, seni persembahan dan memperlengkapkan diri sebagai penghibur. Terkenal dengan kekuatan vokal dan sentiasa memukau penonton ketika beraksi di pentas, mereka jelas mempunyai kualiti untuk menyandang tanggungjawab sebagai mentor.

Malahan, mereka juga bukanlah nama asing dalam industri hiburan dan pernah melayakkan diri bertanding di anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL). Pengalaman mereka dalam mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran dalam industri hiburan sehingga berjaya dalam usia muda boleh dijadikan sumber inspirasi kepada anak muda yang berazam untuk berjaya seperti mereka.

Mentor Milenia akan bersiaran sebanyak sembilan episod dan dikendalikan oleh Issey Fazlisham dari kumpulan Titan dan Marsha Milan Londoh sebagai pengacara.

Episod pertama Mentor Milenia pada 3 Januari 2016 memaparkan pelbagai karenah, ragam dan aksi peserta yang mahu bergelar protege di empat sesi uji bakat yang telah berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Lebih daripada seribu peserta telah hadir ketika berlangsungnya sesi uji bakat pada 13 Disember (Hazama), 19 Disember (Azlan), 20 Disember (Akim) dan 26 Disember (Black).

Sebelum memasuki gelanggang Mentor Milenia, Akim, Azlan, Black dan Hazama perlu memilih tiga peserta daripada sesi uji bakat yang telah berlangsung. Tiga bakal protege ini akan membuat persembahan solo mereka di dua episod konsert pengenalan pada 10 Januari (Black & Azlan) dan 17 Januari (Akim & Hazama). Hanya dua protege akan dipilih oleh mentor masing-masing.

Selepas itu, lapan protege tersebut akan bertanding dalam lima konsert mingguan bermula 31 Januari 2016 yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral untuk melayakkan diri ke peringkat akhir. Mentor Milenia memaparkan kelainan daripada musim-musim sebelumnya apabila keempat-empat mentor ini menjadi pengkritik tetap di setiap konsert mingguan.

Program ini tidak akan mempunyai panel juri profesional kerana keputusan persembahan para protege terletak kepada jumlah undian daripada juri awam di studio iaitu sebanyak 30% dan 70% menerusi laman web rasmi Mentor Milenia. Protege yang gagal meraih jumlah undian tinggi akan disingkirkan. Di peringkat akhir nanti, Juara Mentor Milenia bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.

Lebih mengujakan, Mentor Milenia dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku Penaja Utama manakala Tonton sebagai Geng Digital, Hot FM sebagai Geng Radio dan Harian Metro sebagai Geng Media.

Sidang produksi Mentor Milenia diketuai oleh Muhamad Sufian Isa sebagai Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia dan Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) sebagai penerbit. Mentor Milenia ini turut menampilkan Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok-U sebagai pengarah muzik.

Mentor Milenia bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.00 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 9.30 pagi). Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protege disiarkan pada setiap hari Ahad, pukul 6.02 petang.

Layari laman web rasmi www.tv3.com.my/mentormilenia serta Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Gunakan hashtag #MentorMilnenia untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman sosial. Penonton yang terlepas menyaksikan program ini juga boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Berikut ialah senarai mentor dan para bakal protege:

Mentor Kriteria Protege Nama Bakal Protege Hazama Boleh menyanyi dalam pelbagai genre dan versatil Muhammad Fareez Hazwan (FAREEZ)

18 tahun, Selangor

Nurul Amira Bt Mat Nasir (MYA)

20 Tahun, Pahang

Iqbal Bin Jaafar (EBAL)

20 tahun, Negeri Sembilan

Azlan Vokal yang mantap

Kesungguhan yang tinggi

Mental dan fizikal yang kuat

Sharifah Nurilmuhayati Binti Syed Hussain (NURI)

17 tahun, Kuala Lumpur

Nur Izzati Binti Mohd Rashid (ZETTY)

22 tahun, Pahang

Siti Wan Ainnur Binti Mohd Redzuan (AIN)

17 tahun, Kuala Lumpur

Akim Mempunyai karektor suara tersendiri

Penampilan yang baik

Muhammad Afeeq Farhan bin Zulkifli (HAN),

20 tahun, Kedah

Nur Saheeba binti Raja Iftikhar Ahmed Khan (EBBA), 20 tahun, Kuala Lumpur Yusmeerunafishah binti Yusoff (MEEN),

20 tahun, Johor

Black Tak kacak asal bergaya

Suara pertama, muka nombor dua

Sentiasa bersedia dalam semua segi terutama lagu

Nurul Syazwanie Binti Mohd Basri (WANIE)

21 tahun, Selangor

Rossaidi Bin Abdul Rani (QODY)

21 tahun, Kedah

Ridzuan Haqiem Bin Rusli (HAQ)

17 tahun, Selangor

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Balik Umrah, Mia Sara Ambil Keputusan Berhijab

Mia Sara kini tampil dengan imej bertudung.

Mia Sara kini tampil dengan imej bertudung.

PETALING JAYA – Pelakon kanak-kanak Mia Sara, 11, mengambil keputusan bertudung sejak pulang dari menunaikan ibadah Umrah di Mekah, tiga minggu lalu.

Bapa Mia, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh berkata, anaknya meluahkan keinginan itu sebelum ke Mekah pada 21 Disember tahun lalu dan hal tersebut mendapat sokongan baik keluarganya.

"Nak diikutkan Mia berhasrat mahu bertudung sejak setahun lalu. Lebih-lebih lagi apabila melihat semua keluarganya menutup aurat, dia seorang sahaja yang tidak.

"Saya menyokong hasrat itu dan pada masa sama tidak memaksa kerana dia masih belum akil baligh," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Ahad.

Bagaimanapun Ridhuan berharap agar Mia tidak dikritik memandangkan anaknya itu masih lagi mengikat kontrak untuk beberapa drama yang memerlukannya tidak bertudung.

"Sebelum ini Mia telah mengikat kontrak untuk beberapa siri drama yang memerlukan dia tidak bertudung.

"Oleh itu Mia akan tampil tanpa hijab untuk beberapa buah drama buat masa ini. Saya harap, tiada yang menghentam. Apatah lagi niatnya ingin berubah untuk menjadi seorang Islam yang baik, jadi biarlah dia melalui proses belajar itu," ujarnya.

Dalam pada itu, kata Ridhuan, sekiranya selepas ini Mia kurang mendapat tawaran kerana perubahan imej itu, dia dan anaknya sedia menerima dengan hati terbuka.

Malah Ridhuan yakin, niat baik anaknya mahu bertudung akan memberi rahmat dan mungkin rezeki yang diberi bukan daripada bidang seni lakonan.

"Rezeki kita daripada Allah, bukan manusia yang tentukan. Saya percaya Mia sudah bersedia dengan segala kemungkinan," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Mia bakal muncul menerusi telefilem Supergame Boy Mac ini selain menjadi duta kepada produk kesihatan Caliph Supplement.

Dalam pada itu Mia juga mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan tudung menerusi label miliknya, MS Couture. – mStar Online

Berita berkaitan:

Angelina Jolie, Brad Pitt kahwin?

Gomez tertarik dengan Pitt!

Dayang Nurfaizah Akui Sukar Cari Pasangan

Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinan 8 November ini

Ditahan lagi: Benjy berdepan hukuman gantung?

Komen

comments

Read more ...

'Jangan Beli Rumah, Biar Pemaju Yang Zalim Terima Akibatnya!'

Ini adalah suasana yang biasa kelihatan di mana-mana tempat sekarang. Kondominium, pangsapuri, rumah kedai dan pelbagai aset hartanah berlumba-lumba untuk dijual setelah siap dibina. Ini adalah satu petanda yang positif dan mengembirakan.  Harga rumah di Kuala Lumpur umum tahu semakin hari semakin tidak masuk akal harganya. Beberapa projek perumahan yang saya perhatikan dalam beberapa bulan ini, minimum harga untuk kondo/pangsapuri (tak termasuk rumah atas tanah) ialah RM400K dan boleh menjangkau RM799K untuk 1,000 sf. Bermakna, harga minimum RM400/sf. Itu pun susah nak jumpa kerana kebanyakan projek adalah RM500/sf ke atas. Kalau nak dikirakan komitmen bulanan untuk membayar rumah, katakan rumah apartment berharga RM400k, dengan tempoh bayaran 30 tahun serta kadar faedah semasa adalah 4.45%. Setiap bulan perlu membayar RM1,800 dan duit muka sebanyak RM40,000.  Katakan seorang jurutera muda yang baru bekerja, rata-ratanya gaji permulaan adalah RM2,800 bersama hutang PTPTN.  "Mana nak cekau duit?!" Bayar rumah saja sudah tinggal RM1,000. Nak bayar ansuran kereta, minyak petrol, makan, taska anak, duit ibu bapa, tol. Tak logik.  Itu baru harga rumah RM400k yang seolah-olah hampir mustahil untuk dapat sekarang di Kuala Lumpur. Dan itu adalah gaji untuk jurutera. Bayangkan orang lain yang gajinya kurang dari RM2,000? Ada orang nasihat, tak perlu duduk rumah selesa, cari apartment kos rendah, rumah rakyat. Walaupun dengan gaji jurutera, mampu untuk duduk di apartment sederhana. Persoalan saya pula, kalau dah mereka yang bergaji RM2,800 dan ke atas untuk berebut-rebut tinggal di apartment kos rendah, yang bergaji rendah pula nak tinggal di mana?  Semakin tinggi permintaan apartment kos rendah, akan menyebabkan harganya pula naik dan memang sedang berlaku di mana harga rumah kos rendah pun boleh naik sehingga RM250K! Jadi, yang berpendapatan rendah nak duduk di mana? Oleh itu, saya dengan rela hati ingin melabelkan mereka yang mengaut keuntungan dengan perniagaan membeli rumah dan kemudian menjualnya dengan harga yang tidak masuk akal dan juga pemaju-pemaju perumahan yang meletakkan harga yang terlampau tinggi sebagai zalim dan tidak bertanggungjawab.  Ada banyak lagi perniagaan lain yang membawa keuntungan di samping memberikan khidmat kepada orang lain.  Dalam kes hartanah ini, mereka yang dengan sengaja membeli dan terus menjual dengan harga yang tidak mampu dibeli sangat menyusahkan orang lain. Bukan sahaja golongan sederhana (jurutera tadi), bahkan golongan berpendapatan rendah juga menerima kesannya. Saran saya kepada yang masih belum membeli rumah, usah gelisah dan mengeluh resah. Usah juga membeli walaupun tidak mampu dengan berhutang di sana sini. Kelak hutang itu akan memakan diri anda. Teruskan menyewa mengikut kemampuan dan biarkan semakin banyak rumah yang tidak terjual. Semakin banyak tidak terjual, mahu atau tidak dengan cara ini harga rumah akan turun. Biarkan mereka yang zalim ini menanggung akibatnya dan belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab. Tetapi kalau asyik mengelabah dan takut dengan harga rumah akan naik, hidup kita bakal merana kerana terbeban dengan hutang yang menggunung sebelum umur 30 lagi. Mereka yang kaya akan terus kaya dan mari kita ajar mereka kali ini. Saya bukanlah pakar dalam pasaran hartanah mahupun ekonomi. Saya hanya rakyat Malaysia yang belum mampu membeli rumah yang amat kesal dengan sikap segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab. Kini memiliki rumah sudah bertukar daripada keperluan kepada kemewahan. Yang beli rumah hanyalah mereka yang mampu dan kaya. - Rush Dan | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja. 

Read more ...

Wanita, Teman Lelaki Ditahan Tanam Bayi Baru Lahir

NILAI, 12 Jan - Seorang wanita dan teman lelaki antara tiga yan ditahan dipercayai cuba menyembunyikan kelahiran dengan menanam bayi yang telah meninggal dunia selepas bayi tersebut baru dilahirkan di sebuah kawasan rumah di Dangi, Kuala Pilah.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldina Zaludin, ketiga-tiga yang terlibat ditahan petang tadi selepas polis menemui jasad bayi berkenaan di dalam sebuah lubang di kawasan rumah terbabit.

Mereka yang telribat berusia lingkungan 23 dan 25 tahun.

"Hasil siasatan awal mendapati wanita berusia 25 tahun itu melahirkan bayi tersebut pada Ahad lepas di sebuah rumah di Nilai. Bagaimanapun bayi itu meninggal dunia selepas dilahirkan.

"Teman lelaki wanita berkenaan (ibu bayi) bersama-sama adiknya (adik teman lelaki) kemudian membungkus mayat bayi itu dalam kain dan menanamnya di kawasan semak di tepi rumah di Dangi, Kuala Pilah," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Katanya juga, pasukan forensik mengorek lubang yang dika takan lokasi bayi tersebut sambil disaksikan suspek pada jam 6 petang tadi.

Forensik menemui jasad bayi cukup sifat itu di dalam satu bungkusan kain dalam keadaan sudah kecut.

Wanita terbabit dan jasad bayi berkenaan akan dibawa ke hospital Seremban untuk siasatan lanjut. - Siakapkeli.my

Read more ...

Exco: Kes penyakit berkaitan pernafasan meningkat sedikit

Kes penyakit berkaitan pernafasan di Kuantan dikesan meningkat sedikit sepanjang tahun lepas terutama di kawasan yang berdekatan dengan aktiviti perlombongan bauksit.

Tanpa menyatakan statistik, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Pahang Datuk Norol Azali Sulaiman berkata kebanyakan kes dicatatkan meningkat di klinik kesihatan sekitar Bukit Goh, Indera Mahkota dan Balok.

"Trend peningkatan ini kita tidak boleh menolak kemungkinan ia berpunca daripada bauksit namun mungkin juga berpunca daripada keadaan lain seperti jerebu teruk tahun lepas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum melawat Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan semalam. Turut sama dalam lawatan itu Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Datuk Dr Zainal Ariffin Omar.

Berikutan itu katanya kerajaan negeri menerusi Jabatan Kesihatan akan memantau kehadiran pesakit untuk mengenal pasti punca utama berlaku peningkatan kes itu.

"Kita pun baru mengadakan mesyuarat jawatankuasa khas untuk membantu Jabatan Kesihatan dengan turut membabitkan agensi lain untuk mengenal pasti puncanya," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun sehingga kini masih belum ada kematian secara klinikal dilaporkan berpunca daripada bauksit di Pahang.

Dalam perkembangan lain, Norol Azali berkata tanggungjawab masyarakat membasmi nyamuk Aedes sangat diperlukan dalam usaha membendung masalah demam denggi di negeri ini.

Katanya masyarakat pada kini beranggapan tanggungjawab tersebut dipikul oleh kerajaan negeri sahaja.

Norol Azali berkata sambutan orang ramai terhadap program menangani masalah demam denggi juga agak kurang memberangsangkan menyebabkan berlaku pengulangan kes di kawasan yang sama.

- Bernama

Read more ...

Sam & Syatilla Umum Kahwin 8 Feb & Dapat Tajaan RM25 Juta

Dalam sidang media khas Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin hari ini, pasangan itu mendedahkan perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada 8 Februari depan mendapat tajaan bernilai RM25 juta.  Difahamkan, kedua-dua mereka akan mendapat tajaan barangan kemas antarabangsa, Ceres, yang bernilai RM20 juta. Majlis mereka juga turut mendapat tajaan dari Jakel, KL Wedding Ministry, Zaha Wedding Planner, Azasna Design, Atelia Amani, Lord's Tailor, Saiful Baharim dan Arma Couture, lapor BH Online.  Selain itu, Qudyn KL, Laura Daddys, Casaclo, Kaio Studio, Amir Naufal Phootobooth, Moments Photobooth dan Hotel Sunway Putra turut tidak ketinggalan memberikan tajaan. "Kami sendiri agak terkejut dengan jumlah tajaan ini. Bagaimanapun terima kasih kepada pihak yang sudi menaja dan menjadi sebahagian daripada hari bahagia kami. Majlis ini bagai meraikan mereka yang dianggap seperti keluarga kami," kata Shaheizy Sam.  Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah lama mengenali masing-masing semenjak 2010. Hubungan mereka menjadi semakin intim sejak lima bulan yang lalu.  Mereka akan dinikahkan di rumah keluarga Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan diikuti majlis resepsi di Bukit Jawi Golf Club pada 9 Februari dan di Hotel Mandarin Oriental pada 14 Februari.  Tahniah kepada Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Wanita dakwa bawa bom ditahan di LTAPP

GEORGETOWN: Seorang wanita warga Indonesia ditahan selepas mendakwa membawa bom dalam bagasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), pagi tadi.
Read more ...

Pengakuan Mengejutkan Fathia Latiff Selepas Isu Putus Cinta!

8 Shares

Share

Share

Share

Email

Siapa tidak kenal dengan pelakon Fathia Latiff yang sebelum ini pernah bercinta dengan Aiman Hakim tetapi putus di tengah jalan. Dulu dikhabarkan yang mereka sudah merancang untuk berkahwin tetapi malangnya hubungan mereka tidak kesampaian ke jinjang pelamin. – Fathia Latiff Serah Segalanya Kepada Aiman Hakim

Namun, Fathia mengakui yang dia sudah terima dengan hati terbuka tentang perpisahannya dengan Aiman Hakim malah dia akur tentang takdir Tuhan. Dia kini yang sedang fokus kepada kariernya menganggap putus cinta bukan penamat dalam hidupnya.

Bagi dirinya, setiap orang melakukan kesalahan dan pernah merancang tetapi siapa sangka bukan itu yang terbaik baginya.

Fathia Cover

"Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan sebab kita semua tidak sempurna. Malah kalau tidak, kita tidak akan belajar apa-apa tentang kehidupan. Tetapi saya tidak pernah kecewa andai perancangan saya untuk ubah sesuatu (ke arah kebaikan) dalam hidup itu terbantut di tengah jalan"

Beliau juga mengakui yang dia sudah serik untuk berkongsi kisah cinta kepada umum dan dia mengatakan mungkin selepas ini dia tidak akan berkongsi lagi tentang kisah kehidupannya.

"Apabila difikirkan kembali, ada banyak impak yang tidak baik diterima apabila kita terlalu mendedahkan cerita peribadi di media massa. "Saya perlu menolak untuk berkongsi cerita dengan umum. Kali ini pendirian saya tegas."

Aiman

Apapun keputusan yang telah dibuat oleh Fathia, semoga dia tabah menghadapi dugaan ini dan terus maju dalam kariernya.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • Fathia Latiff Mohon Maaf Susahkan Ramai Pihak?
  • #DarahPanas: Pengarah Nafi Cetus Kontroversi Fathia Latiff
  • Video Dubsmash Lawak Versi Aiman Hakim Tiru Fathia Latiff #DILB
  • Fathia Latiff Terdesak Mahu Anak?
  • 1,927 total views, 1,927 views today

    , , , , , , , , , , Gosip Cinta Aiman Hakim Dan Fathia latiff, , , , , , , , , , Gosip Terbaru Fathia Latiff, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
    Read more ...

    Rupa-rupanya Husam TAKUT KELUAR PAS kerana TALAK TIGA

    CELAH GELEGAR Rupa-rupanya Husam TAKUT KELUAR PAS kerana TALAK TIGA Husam memberi ucapan di majlis Amanah awal tahun 2016 Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sebagai seorang penakut kerana masih enggan meninggalkan parti itu. Ibrahim berkata, Adun Salor itu memilih untuk kekal bersama parti Islam itu walaupun lantang mengkritik kepimpinannya. "Mana arah tuju Husam sebenarnya? Jiwa dia dengan AMANAH. Sebenarnya Husam takut nak keluar dari PAS kerana takut dengan baiah. "Di Kelantan ada baiah, jika dia keluar ke parti lain maka jatuhlah talak tiga kepada isterinya," kata Ibrahim Ali. Ibrahim juga mendakwa Husam sengaja mengkritik PAS dengan berharap kepimpinan tertinggi parti itu memecat beliau sekaligus terlepas daripada sumpah baiah yang dimeterai sebelum ini. "Dia kritik PAS sebab dia berharap PAS pecat dia dan maka terlerailah baiah. "Sekarang ini beliau tunggu masa Dewan Rakyat bubar maka tidak akan ada baiah dan beliau boleh sertai AMANAH," kata Ibrahim. Husam pada November tahun lalu dihadapkan ke Dewan Harian PAS pusat untuk memberi penjelasan berhubung kritikannya terhadap kerajaan Kelantan dan parti itu. Walau demikian, beliau selepas itu tetap menghalakan kritikannya, terutama kepada pemimpin kanan di Kelantan. Husam juga hadir dalam satu majlis makan malam anjuran AMANAH yang merupakan parti serpihan kepada PAS dan secara sinis mengatakan kehadirannya direstui kepimpinan tertinggi partinya.
    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *