Recent Post

Wednesday, June 08, 2016

Aksi Snapchat Nora Danish Dikritik Netizen Kerana Menyerupai Anjing

Rasanya semua orang sudah menggunakan aplikasi Snapchat yang cukup popular, kadang-kadang ada pelangi keluar daripada mulut dan pelbagai lagi aksi lucu bukan?

Baru-baru ini, Nora Danish ada memuat naik video Snapchat beliau di Instagram tetapi ia mendapat pelbagai kritikan daripada netizen kerana Nora menyerupai  seekor anjing. Haish..nampaknya apa sahaja yang Nora lakukan pasti mengundang kontroversi.

Boleh tahan juga komen netizen terhadap Nora , ada yang anggap Nora suka menjadi anjing dan macam-macam lagi.

Berikut antara komen di Instagram Nora :-

Kami bukan hendak memihak kepada sesiapa tetapi benda begini janganlah terlalu serius. Mereka yang guna Snapchat sekadar ingin menghiburkan diri. Kalau hendak tegur pun biarlah dengan cara yang baik dan bukannya menghina seseorang.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Empat mangsa culik warga Malaysia akhirnya dibebas... - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 08 Jun 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY

Lama berita mengenai empat lelaki rakyat Malaysia yang diculik Kumpulan Abu Sayyaf ini hilang dari 'berita Malaysia'.

Tapi senyap-senyap ada pihak yang bekerja di belakang tabir... berunding dan berunding yang kemudiannya membuahkan hasil iaitu dengan pembebasan empat orang Sarawak yang diculik di Pulau Ligitan, Sabah pada 1 April lalu.

Menurut laporan dari Jolo, perunding Malaysia dan Filipina berjaya membawa kepada pembebasan empat rakyat itu selepas beberapa rundingan dilakukan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Empat mangsa culik itu adalah ahli keluarga adik beradik Wong Teck Pang, 31, dan Teck Chi, 29, sepupu mereka, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34, (bukan ahli keluarga).

Empat lelaki yang berasal dari Sarawak itu diculik dari kapal 'Masfive 6' yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila oleh sekumpulan lelaki bersenjata Filipina.-8/6/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Buku Resipi DatoĆ¢€™ Fazley Yaakob Menang Anugerah Antarabangsa

Buku resipi pertama tulisan Dato' Fazley Yaakob memenangi tempat pertama di anugerah buku resipi antarabangsa.

Penyanyi-pencipta lagu, pakar motivasi, personaliti TV dan Juara MasterChef Selebriti Malaysia, Dato' Fazley Yaakob, telah melancarkan buku resipi pertamanya berjudul "My Sucre Story" pada bulan Mac 2016 di Singapura, dan sebelumnya pada bulan Oktober di Kota Paris, Perancis dengan kerjasama Le Cordon Bleu Paris tempat pengajian beliau sebelum ini.

640_JudyAnn_2016_06_01_14_33_43

Kini "My Sucre Story" telah menerima tempat pertama dalam sebuah pertandingan buku resipi antarabangsa anjuran Gourmand International, Barcelona, Sepanyol di mana hampir 205 buah negara bertanding. The World Gourmand Cookbook Awards ini seumpama upacara Oscars dan Olympic untuk para penulis-penulis buku masakan.

Buku yang mengandungi sebanyak 35 resipi ini telah memenangi tempat pertama dalam kategori "Best Recipe Book by a TV Personality outside Europe" atau Buku Resipi Terbaik dari Personaliti TV luar Eropah, mengalahkan Ana Maria Braga dari Brazil dan juga Judy-Ann Santos Agoncillo dari Filipina untuk 3 tempat teratas.

Ketiga-tiga penerima anugerah ini merupakan chef personaliti terkenal di negara masing-masing. Tahun ini, pengumuman untuk pertandingan ini diadakan di Yantai, China bersempena festival makanan di sana.

Paris Launch 1

Pertandingan "Gourmand World Cookbook Awards" bermula pada tahun 1995 memberi pengiktirafan kepada chef-chef dari semua pelusuk dunia yang menghasilkan buku-buku resipi yang unik dan berkualiti.Pengumuman pertandingan buku resipi ini kerap diadakan di kota Paris, kota Frankfurt dan juga Barcelona, Sepanyol. Pada tahun 2006, Kuala Lumpur juga pernah menjadi tuan rumah untuk acara berprestij ini.

Antara resipi-resipi yang diketengahkan dalam buku "My Sucre Story" adalah Rendang Uwan, Daging Masak Lemak Cili Api, Madagascar Vanilla Creme Brulee, Popcorn Macaron dan Puteri Mandi. Diantaranya merupakan resipi-resipi warisan Negeri Sembilan, tempat lahir Dato' Fazley Yaakob. Buku ini juga memuatkan resipi-resipi moden dan manisan-manisan dari Perancis untuk citarasa anak muda yang ingin mencuba memasak dan baking untuk kali pertama.

'My Sucre Story' adalah keluaran MPH Publishing.

Singapore Launch 2

Singapore Launch 1

Paris Launch 4

Paris Launch 3

Paris Launch 2

Related

Komen via Facebook

Komen

— 97 Bacaan
Read more ...

(Gambar) Bas Bawa Penuntut Universiti Terbalik, 11 Dikejarkan ke Hospital

Kota Kinabalu, 8 Jun: Sebelas orang pelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) cedera dan dikejarkan ke hospital apabila bas ekspress yang dinaiki oleh mereka terbalik ketika menuruni bukit berhampiran simpang masuk pusat pentadbiran dalam kejadian petang tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 4.30 petang itu, 23 pelajar lain yang turut berada dalam bas berkenaan mendapat rawatan pesakit luar di klinik Warga UMS dan dilaporkan hanya cedera ringan.

Difahamkan kumpulan penuntut itu menaiki bas yang disewa khas untuk mengambil mereka di fakulti pengajian masing-masing sebaik tamat sesi kuliah.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati bas yang dipandu oleh lelaki 34 tahun itu hilang kawalan semasa menuruni bukit sebelum terbabas dan terbalik berhampiran simpang masuk pusat pentadbiran pengajian tersebut.

"Akibat kemalangan itu 11 penuntut dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE ) II manakala 23 pelajar lagi menerima rawatan sakit luar di klinik Warga UMS. "Pemandu bas turut cedera di siku kiri," katanya lapor Harian Metro.

Tambah beliau lagi, siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan kegagalan fungsi brek bas itu.

Polis masih mengenal pasti tahap kecederaan 11 penuntut yang dikejarkan ke HQE II dalam kejadian itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS Profesor Madya Dr Ismail Ali meminta orang ramai agar tidak membuat andaian sendiri dan tidak menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh memberi kegusaran kepada orang luar khususnya ibu bapa pelajar.

"Pihak universiti sentiasa mengambil berat kepada isu kebajikan pelajar termasuk yang terbabit dalam kemalangan itu. "Justeru sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS di talian 088-320000 sambungan 4219," katanya.

Read more ...

Politik, agama dan cadangan pindaan Akta 355

ULASAN Dalam hal beragama, adalah tidak adil bagi mana-mana pihak meletakkan had kepada cara penganutnya mengamalkan ajaran agama masing-masing. Malah sebenarnya tiada apa yang perlu dimalukan dengan amalan agama masing-masing.

Contohnya, tiada sesiapa yang harus menggunakan undang-undang pencemaran alam sebagai alasan untuk menghalang dan mengugut orang bukan Islam daripada melakukan kewajibannya membakar bahan-bahan yang disembahkan ketika melakukan sembahyang kubur atau di tempat beribadat mereka.

Orang agama lain tidak perlu sibuk berhujah mengambil contoh daripada agama mereka untuk memujuk orang bukan Islam meninggalkan upacara membakar bahan-bahan yang disembahkan hanya kerana agama mereka tidak mengamalkannya. Bayangkan sekiranya ada perkara sedemikian berlaku, sudah tentu keharmonian antara kaum dan agama akan terjejas teruk.

Perkara yang sama juga dengan orang Islam dan agama Islam. Di dalam agama Islam, ada larangan-larangannya terhadap penganut. Dan di dalam agama Islam, sudah ada ketentuan hukuman bagi penganut yang menyalahi larangan-larangan tersebut. Tidak perlulah ada suara-suara mempertikaikan mengapa agama Islam menetapkan ketentuan sebegini dan mengapa umat Islam mahukan perkara ini dilaksanakan. Ia adalah sebahagian daripada tuntutan agama sebagaimana seorang Muslim akan cuba menunaikan haji apabila peluang tiba dan dia sudah mampu melakukannya.

Adalah lebih elok kalau masing-masing dapat mengikut ajaran agama masing-masing dan mengiktiraf kewajipan agama lain asalkan ia dapat membawa kebaikan daripada keburukan dan mengukuhkan keharmonian dan hubungan antara kaum dan agama.

Hari ini, had hukuman Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) terhadap pesalah beragama Islam sahaja dalam 4 perkara iaitu minum arak, qazaf (tuduh zina), murtad dan berzina adalah seperti berikut: denda tidak melebihi RM5,000, penjara tidak melebihi 3 tahun dan sebatan tidak melebihi 6 sebatan atau mana-mana kombinasi.

PAS hanya mencadangkan agar pesalah beragama Islam dihukum lebih berat dengan menaiktaraf Mahkamah Syariah agar had hukuman (RM5,000 denda, 3 tahun penjara dan 6 sebatan) dapat dipinda kepada satu angka yang memenuhi tuntutan Islam agar pesalahlaku beragama Islam akan menghindari perbuatan jahat seperti zina, qazaf, arak dan murtad.

Orang bukan Islam tidak mungkin dibicara di Mahkamah Syariah dalam 4 kesalahan ini.

Akta 355, juga tidak berkaitan dengan kesalahan awam seperti kecurian atau rompakan kerana di bawah kuasa kerajaan persekutuan. Oleh itu, tiada hukuman potong tangan seperti yang diwar-warkan. Akta 355 juga tidak melibatkan hukuman bunuh dan tidak boleh digunakan dalam kes-kes rogol, kerana itu melibatkan kuasa undang-undang persekutuan di bawah Akta Jenayah.

Itulah ringkasnya cadangan bagi menaiktaraf kuasa Mahkamah Syariah ini. Ia sebuah inisiatif dari orang Islam kepada orang Islam agar mereka sentiasa berkelakuan baik dan jangan sesekali berbuat jahat demi memelihara keharmonian dan keamanan dalam masyarakat.

Teruk sangatkah, dan gerun sangatkah cadangan pindaan yang sedikit ini terhadap Akta 355 melalui RUU persendirian Presiden PAS? Apakah reaksi berlebihan parti-parti politik bukan Islam setimpal dengan apa yang dicadangkan? Apakah hak orang Islam untuk melaksanakan ajaran Islam perlu dinafikan hanya kerana mereka sengaja mempolitikkan perkara yang tidak melibatkan mereka?

Bayangkan kalau ada parti yang hendakkan kerjasama meletakkan syarat di mana penganut agama lain tidak lagi boleh melakukan pembakaran, termasuk pembakaran mayat kerana kekangan undang-undang alam sekitar, apakah kerjasama itu masih akan wujud? Oleh itu, adalah mustahil kerjasama politik dilakukan dengan mana-mana pihak yang sanggup menghalang kewajipan bagi umat Islam mengamalkan ajaran agamanya, terutamanya apabila perkara sekecil seperti mengusulkan pindaan Akta 355 untuk menaiktaraf Mahkamah Syariah menjadi titik pertikaian. Dan itulah yang berlaku antara DAP dan PAS.

Orang Islam mempunyai kewajipan terhadap agamanya, sebagaimana penganut agama lain melaksanakan kewajipan mereka. Kewajipan orang Islam ini tidak pernah pun mencampuri urusan agama lain.

PAS tidak mengambil jalan pendek untuk melaksanakan tuntutan agama dalam pindaan Akta 355. Presiden PAS mengemukakan cadangan Pindaan RUU 355 melalui Parlimen untuk dibahas dan diterima. Ia memenuhi semua prosiding dalam sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara ini.

Di manakah alasan bahawa ia bercanggah dengan perlembagaan negara?

Menumbangkan kerajaan Umno-BN memang menjadi agenda perjuangan politik PAS sejak mula ditubuhkan. PAS tidak pernah berubah dasar dan perjuangan bahkan sejarah pertembungan politik negara ini adalah pertembungan antara PAS dan Umno. Ahli-ahli PAS ditekan dengan pelbagai bentuk bahkan kerajaan Kelantan terus dianaktirikan dan sistem federalism tidak berjalan sebagaimana sepatutnya.

Semua ini ditanggung oleh ahli PAS.

Adalah aneh ada pihak yang bertubi-tubi menuduh PAS hendak bekerjasama dengan Umno. Apa lagi bukti PAS ialah musuh politik Umno yang lebih jelas daripada tindakan PAS melawan Umno di semua PRU dan PRK?

Kerjasama politik blok pembangkang memang menjadi hasrat rakyat negara ini, bahkan PAS juga melihat keperluan yang sama. Namun, bagi PAS, parti tidak boleh bersetuju dengan kerjasama politik yang menyekat PAS daripada melaksanakan kewajipan sebagaimana yang dituntut ajaran Islam sebagaimana PAS juga tidak akan bersetuju mengadakan kerjasama politik bagi menyekat pengamalan bagi agama lain.

PAS berjuang di atas prinsip Islam sebagaimana kami diasaskan. PAS sejak dahulu tidak bersama Umno. Semua ini adalah berpaksi kepada pertembungan dasar antara PAS dengan Umno.

PAS menyambut baik apabila pihak kerajaan memberi ruang bagi presiden PAS membentang RUU di Parlimen, kerana ini membuka ruang bagi untuk orang Islam mengamalkan ajaran agama mereka. Ini melibatkan agama, sebagaimana kelulusan diberikan kerajaan Umno untuk membina kuil mahupun tokong di kawasan pembangkang. Tapi dalam isu TPPA, GST dan 1MDB, PAS tidak akan berganjak daripada posisi membantah kerajaan.

PAS akan terus berjuang memastikan orang bukan Islam bebas untuk mengamalkan agama mereka. Pada masa yang sama, PAS akan terus berjuang agar orang Islam juga diberi kebebasan yang mengamalkan ajaran agama secara penuh dalam keadaan perlembagaan negara mengiktiraf Islam sebagai agama persekutuan. Hormatilah kewajipan dan tuntutan agama masing-masing demi keharmonian bersama. Tolaklah pihak yang menyemai kebencian.

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN adalah timbalan presiden PAS

Read more ...

11 termasuk 7 polis terbunuh serangan bom di Turki

ISTANBUL: Satu serangan bom menyasarkan polis Turki di daerah tengah Istanbul, hari ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 orang maut dengan tujuh daripadanya adalah anggota polis.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *