Thursday, December 10, 2015
Haiza Kesal Ada Pihak Jadi Batu Api Lagakan Azian Mazwan Sapuwan & Faradhiya
Kerana satu gambar dengan caption bertulis "Alhamdulillah dapat nyanyikan lagu Karok Tarikkk 'Sedalam Mana Cintamu'… Bukan karok mendatar ye!" oleh Azian Mazwan Sapuwan, terus timbul desas-desus bahawa kata-kata itu ditujukan kepada Faradhiya. Semua sedia maklum bahawa Azian Mazwan Sapuwan telah tersingkir pada peringkat separuh akhir Gegar Vaganza 2 yang menyaksikan para peserta berentap dengan tema "Karok Tarik". Susulan caption tersebut, ramai yang beranggapan ia ditulis dengan tujuan mahu menyindir Faradhiya yang gagal memberikan persembahan terbaik kerana masalah kesihatan.Secara jujur, Abang Nara baca kata-kata yang ditulis oleh Azian Mazwan Sapuwan memang tak ada terlintas ia adalah satu sindiran. Cuma ia adalah satu luahan hati dari Azian yang puas hati dengan persembahannya di Gegar Vaganza 2. Pelik sungguh bila ada manusia-manusia yang cuba mengaitkan kata-kata itu dengan Faradhiya. Enggan pihak luar salah faham, salah seorang finalis GV2, Haiza tampil menjelaskan hubungan mereka di dalam GV2 adalah seperti adik beradik. Kata Haiza:-
Kami sesama bintang GV semuanya dah macam adik-beradik. Saya kesal dan terkilan ada segelintir pihak cuba nak melaga-lagakan kami.
Kami rapat dan saling menyokong antara satu sama lain tetapi macam-macam analisis yang orang di luar sana buat hingga cuba melagakan kami.
Saya harap kami bintang peringkat akhir GV tidak termakan atau terpengaruh kata-kata yang melaga-lagakan. Harap semuanya bertenang dan bersangka baik pada dunia hiburan.
Untuk mereka yang suka menjadi batu api harap hentikanlah sikap begitu sebab ini cuma hiburan. Rasanya pengguna laman sosial perlu tahu ini bukan medan bertempur untuk dapat jawatan penting hingga perlu nak berbalah.
Kami kembali ke pentas GV untuk menghiburkan semua peminat dan kami berterima kasih di atas sokongan yang sangat luar biasa
Kadangkala Abang Nara kagum dengan mereka yang boleh spekulasi macam-macam hanya daripada beberapa patah perkataan. Tinggi sungguh imaginasi mereka. Kadangkala sian pun ada. Tak penat ke buat analisis dan cuba mencipta teori? Kalau Abang Nara baiklah tidur ataupun buat kerja lain. Tak gitu? Sumber ManggaOnline.P.S: Dapatkan segera koleksi Telekung Cotton Exclusive keluaran khas Gudangmy! Beserta dengan beg bagi memudahkan utk dibawa ke mana2! Telekung Cotton Exclusive mempunyai 2 warna pilihan : putih & cream yang menarik dan juga FREE SIZE sesuai utk semua golongan! Harga hanya RM79 free pos tage seluruh Malaysia! Boleh click: facebook.com/Gudangmy Call/sms/Whatsapp: +60192361986 dan juga Instagram : @gudangmy
PERNAH KAHWIN 3 KALI - TAUKE JEMPUT BEKAS ISTERI KE PERKAHWINAN KE-4
"Kami baik-baik sahaja. Mana tahu mungkin saya akan jemput bekas-bekas isteri ke majlis perkahwinan saya nanti," ujar Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 39, mengenai perkahwinan terbarunya nanti.
Sebagai rekod, Tauke dan Nadia selamat bertunang pada 6 Disember lalu.
Tambah pelawak itu, sebelum ini memang dia tidak berhubung dengan bekas isteri pertama. Bagaimanapun, mereka sudah berbaik-baik baru-baru ini sekaligus dapat berhubung dengan anak-anaknya.
Tauke yang pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai enam orang anak hasil hubungan dengan isteri pertama dan kedua sebelum ini mempunyai ramai kekasih hingga membuat media sosial menjadi kecoh seketika.
Namun akhirnya Tauke menutup mulut pengkritiknya apabila mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita bernama Nadia, 26, yang merupakan kenalannya selama empat tahun.
Meskipun merancang untuk berkahwin pada Disember 2016... namun mereka berdua tidak menolak tarikh itu dipercepatkan jika sudah sampai jodoh.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomTiket Akhir GV2 Sedang Rancak Dijual
Tiket malam akhir Gegar Vaganza 2 (GV2) sedang rancak dijual kepada penonton yang bakal menyaksikannya pada Ahad ini jam 9 malam di Auditorium MBSA.
Sekitar 60-70 peratus keseluruhan tiket telah dijual lebih-lebih lagi tiket VIP bernilai RM1,000 telah ada pembelinya pada 6 Disember lalu.
Walaupun terdapat rungutan yang mengatakan kononnya tiket GV2 mahal dan keterlaluan namun sambutan serta galakan yang diberikan oleh penonton setianya amat luar biasa.
Kepada yang belum lagi membeli , tiket yang berharga RM200 dan RM250 masih dibuka untuk pembelian secara sendirian mahupun pukal.
Bagi yang duduk luar kawasan lembah Klang, anda boleh saksikan pentas akhir GV2 pada Ahad ini yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan tayangan serentak di Ria HD (123) jam 9 malam.
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Khamis, 10 Dis 2015
Hadiah Untuk Budieyators Nonton STAR WARS: THE FORCE AWAKENS Jam 3 Pagi?
Mungkin apa yg berlaku semalam tu ada hikmah dan pengajaran. Tidak semua suka dengan cara gurauan kita. Jadi, hati-hati. Sekali buat silap, akan menconteng segala yg baik-baik. Fikir sebelum bertindak. Aku skrg ni redha dan bersedia je jika aku diberi hukuman setimpal. Samada talian hayat disambungkan atau dinoktahkan. Its okay guys. Korang jgn risau pasal aku. Mungkin ini takdirnya. Don't worry guys. I'm okay… walaupun… kan? Aaaagituh! Luah perasaan jap.
BTW, ni nak habaq kat korang semua ni, berbalik dengan cerita semalam tu la kan. Ada berita baik untuk Budieyators. TGV kasi hadiah sempena ulangtahun budiey.com yg ke-9 ini… special untuk korang, TGV bermurah hati kasi satu hall iaitu 250 tiket untuk kita semua menonton filem terhebat STAR WARS: THE FORCE AWAKENS pada 17 Disember 2015. Syaratnya, korang macam biasa kasi viral tentang event ini.
Happy? Happy ke tidak? Ini yang korang nak sangat kan?
Seperti yang Budiey kasi tau semalam, tayangan ini akan berlangsung pada jam 3.15 pagi. Tidak pernah kita buat tayangan awal pagi kan? Pecah rekod. Ini bermakna, korang kena collect tiket jam 2 pagi dan hangout sesama sambil bergambar sebelum tu la kan. Haaa, sanggup ke tidak?Keutamaan diberikan kepada Budieyators yang ada baju T Budieyators. Kpd yang belum ada, sila beli ya, Just DM Budiey.
Kita nak tengok semua yang hadir di Premiere ini memakai baju T Budieyators.
Apa yang korang semua sekarang perlu buat ialah senang sahaja.1. Repost SHARE posting ini di Facebook korang! Make it VIRAL okay!
Follow FB: Budiey.com – Blog Sensasi Selebriti
2. Tag kekawan, jiran tetangga, sepupu sepapat korang semua yang minat giler dengan filem STAR WARS: THE FORCE AWAKENS.
3. LIKE & Comment! Dan jangan lupa kita buat ulasan ramai-ramai tentang filem ini nanti dan post di Instagram dan Facebook.
Budiey ingin mencari selebriti popular yang akan memeriahkan TAYANGAN STAR WARS: THE FORCE AWAKENS ini.Kita akan menonton bersama dengan beberapa selebriti dan influencers yang akan Budiey jemput nanti.Jika ada selebriti yang nak hadir, sila kasi tau ya.
Terima kasih semua kerana sudi support event Premiere With Budiey!
Korang perlu berterima kasih kepada TGV CInemas kerana menyediakan satu hall besar untuk korang semua nonton filem TER-hebat ini
LIKE jika korang SUKA! Jangan LIKE jika sudah BENCI. K bye!
Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
'Najib Cuba Sogok Saya Agar Tidak Bangkitkan Isu 1MDB'
Hanya di China : Pengguna Perlu Jawab "Teka-Teki" Untuk Beli Tiket Keretapi
BEIJING, 9 Dis - Di Malaysia, setiap kali tiba musim perayaan, orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam sudah pasti pernah merasai perit untuk membeli sekeping tiket untuk bersama mereka yang tersayang. Mana tidaknya, dalam sekelip mata tiket boleh habis walaupun penjualan baru sahaja dibuka.
Perkara yang sama terjadi di China, lebih-lebih lagi ketika tiba perayaan Hari Raya Cina. Namun mereka di China perlu menempuh satu lagi keperitan apabila dipaksa menjawab teka-teki yang memerlukan pengetahuan yang meluas dan skill yang bagus sebelum dapat membeli tiket secara online.
Penguatkuasa keretapi di China telah mencipta satu sistem penjualan tiket secara online pada 2011 bagi menyenangkan pengguna membeli tiket. Namun sistem itu dimanipulasi oleh "ulat tiket" yang bertindak membeli tiket dengan banyak sebelum menjualnya semula dengan harga mahal.
Oleh sebab itu, China Railway Corporation pada tahun ini tampil dengan penyelesaian terbaru untuk masalah itu deng an memperkenalkan satu sistem verifikasi grafik.
Namun, teknik terbaru itu nampaknya bukan sahaja menyusahkan "ulat tiket" malah penggunanya juga, walaupun yang bijak pandai.
Menurut ThePaper.cn, pembeli akan dipaparkan dengan teka-teki terbabit (bergambar) setelah mereka berjaya login menggunakan kata nama dan kata laluan. Namun apa yang lebih menyedihkan, ada juga jawapan-jawapan yang diberikan didatangkan dalam gambar yang kabur dan tidak jelas.
Sekiranya pembeli cuba untuk me'refresh' website itu dengan harapan mendapatkan teka teki yang lebih mudah, website itu akan memberi amaran "Anda refresh laman ini terlalu kerap. Sila cuba lagi".
Mereka yang membeli tiket berkata sistem baru itu sama susahnya seperti mengambil peperiksaan untuk kemasukan ke kolej.
"Saya dah cuba banyak kali untuk mengesahkan akaun saya. Ianya halangan yang susah untuk majoriti pembeli, bukan sahaja ulat tiket.", kata Dai Zhenya, seorang elajar dari Tsinghua University.
"Semua tiket ke kampung saya habis dijual sekelip mata selepas penjualan online dibuka. Saya mungkin hilang peluang untuk membeli tiket jika saya tidak menjawab soalan dengan cepat, walaupun sekali", tambah Dai.
Ini antara contoh-contoh soalan yang perlu dijawab oleh pembeli :
Yang mana satu alat perakam ?
Yang mana satu seekor cicak? Yang mana satu selat Bosphorus. Yang mana satu alat untuk mengukur tekanan darah Yang mana satu menunjukkan itik panggang?Yang mana menyerupai salad atau beg tidur?
Dan yang paling teruk :
Siapakah lelaki yang paling hensem?
- Siakapkeli.myMIC beri peluang 800 cawangan kembali pada parti
MIC memberi peluang kepada kira-kira 800 cawangan yang tidak menyertai pemilihan semula pada Julai lalu untuk
mendaftarkan semula keanggotaan mereka dengan parti.
Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata ibu pejabat parti akan mula menghantar borang keanggotaan kepada cawangan berkenaan hujung minggu ini.
"Oleh kerana mereka tidak menyertai pemilihan lepas atas sebab-sebab tertentu, maka kita beri peluang kepada mereka untuk mengaktifkan semula cawangan-cawangan mereka melalui pendaftaran keanggotaan parti.
"Cawangan-cawangan yang terlibat perlu mengisi borang keanggotaan mereka sebelum 19 Disember ini kerana pada tarikh itu kita akan adakan penamaan cawangan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC semalam.
Dr Subramaniam berkata pemilihan bagi cawangan-cawangan berkenaan dijadual diadakan seminggu selepas proses penamaan itu.
"Sekiranya tiada pertandingan selepas penamaan, ketua cawangan akan diumumkan sebagai ketua cawangan yang dipilih secara sah dan tidak perlu mengadakan mesyuarat agung dan pemilihan," katanya.
Dr Subramaniam, yang juga menteri kesihatan berkata langkah yang diambil itu bertujuan menyatupadukan anggota akar umbi parti, khususnya cawangan dan mengurangkan perbalahan.
Cawangan MIC terlibat membuat keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam proses penamaan calon dari 10 hingga 12 Julai lalu kerana dilaporkan menyokong kepimpinan bekas presiden Datuk Seri G Palanivel semasa krisis dalaman parti itu.
- Bernama
âBukan Rezeki Sayaâ â Azian Mazwan Sapuwan
"Bukan Rezeki Saya" – Azian Mazwan Sapuwan
Penyanyi Azian Mazwan Sapuan, nama yang sering kali kita dengar ketika konsert Gegar Vaganza 2 (GV2), kini tewas di peringkat separuh akhir pada konsert Ahad yang lalu.
Selepas lapan minggu berada di pentas GV2 ini, nampaknya rezeki tidak berpihak padanya kali ini kerana gagal untuk melayakkan diri ke peringkat akhir. Pada konsert yang lepas, beliau telah mempersembahkan lagu 'Sedalam Mana Cintamu' nyanyian Safura.
ARTIKEL SEBELUM: MENGEJUTKAN! Faradhiya Tarik Diri Dari Gegar Vaganza 2?
Namun, beliau mengatakan walaupun tidak tercalon sebagai finalist GV2, dia tetap akan meneruskan karier nyanyian dan juga bekerja sebagai pekerja awam.
Bagaimanapun, karier nyanyian itu perlulah mendapat keizinan dari suaminya supaya tanggungjawab terhadap keluarga tidak terabai.
"Bertahan selama 8 minggu dalam pertandingan ini, saya dah raih pelbagai pengalaman yang cukup bermakna bersama dengan semua peserta.
"Adat bertanding ada yang menang ada yang kalah. Perasaan tersingkir ini sudah lama saya bersedia setelah 2 minggu berada di bottom 2.
"Jadi, untuk persembahan saya dengan lagu Sedalamn Mana Cintamu, saya dah lakukan sehabis daya agar penonton semua terhibur."
Mengulas tentang anugerah yang diterima beliau baru- baru ini, anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan dan kecemerlangannya dalam kerja-kerja yang telah dilakukan.
"Anugerah ini terbahagi kepada dua, satu untuk wanita dan satu lagi untuk lelaki. Ia juga antara penyuntik semangat untuk diri saya agar terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang."
"Dengan kesempatan ini juga, saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan sekerja, peminat dan penonton setia GV2 yang sangat 'supportive'."
LAGI ARTIKEL MENARIK:
Walaupun beliau tersingkir di peringat separuh akhir, tapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarier. Kami ucapkan selamat maju jaya!
4,811 total views, 4,811 views today
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...