Recent Post

Thursday, September 15, 2016

Zila Seeron Mohon Maaf Pada Semua, Akui Diri Kurang Didikan Agama

Pergolakkan rumah tangga Along Cham dan Zila Seeron antara cerita panas yang sehingga kini masih dibicarakan meskipun kedua-duanya sudah membawa haluan masing-masing.

Apa yang membuatkan ia mendapat perhatian media adalah ketika foto separuh bogel Zila bersama seorang lelaki mula tersebar saat rumah tangganya bermasalah. Malah, Zila juga ditangkap khalwat di rumah kekasihnya dan cuba untuk bersembunyi di belakang almari ketika serbuan dibuat oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Ingin menjernihkan keadaan, Zila baru-baru ini telah berkongsi kisahnya menerusi slot Apa Cer di rancangan A.M Live! terbitan RTM.

Zila memohon maaf kepada semua pihak atas apa yang terjadi sebelum ini. Menurut Zila, beliau sejak kecil  kurang mendapat didikan agama.

Kepada korang yang baca atau tengok kat laman sosial sekarang, saya nak minta maaf sangat-sangat pada korang, saya manusia biasa yang tidak lari daripada membuat kesalahan dan sekarang saya sedar dengan kesilapan saya.

Sejak kecil saya kurang bimbingan agama dan akan mempelajari agama, InshaAllah. Saya ingin mencari diri saya. Harapnya semua maafkan saya.

Pada masa yang sama, Zila sempat meluahkan rasa rindu kepada anak lelakinya Daniel yang kini dibawah penjagaan bekas suaminya Along Cham.

Zila turut memohon maaf secara terbuka kepada Along dan keluarganya  serta meminta mereka halalkan makan minum beliau sepanjang bergelar isteri.

Jom layan video dibawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai luahan Zila :-

Apa yang jadi sudah terjadi, harapnya Zila dapat kekal tabah meneruskan kehidupan untuk berhadapan dengan semua orang.

Sumber Berita : YouTube Big News

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Musim haji berakhir sempurna walaupun kurang meria... - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 15 September 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY

Syukur Alhamdulillah... walaupun kurang meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini dari segi bilangan yang menunaikan haji namun tiada kejadian buruk melibatkan umat Islam tahun ini.

Awal pagi Khamis atau 13 Zulhijah mengikut kalendar Islam.kira-kira dua juta umat Islam seluruh dunia kini selesai menunaikan ibadat haji selepas menamatkan ibadah melontar tiga jamrat di Sugra, Wusta dan Kubra. Namun ada kalangan jemaah lebih awal selesai melakukannya apabila memilih 'nafar awal' iaitu menamatkannya pada Rabu. Sebahagiannya pula memilih untuk bermabit pada malam 13 Zulhijah iaitu apa yang dinamakan sebagai 'nafar thani' sebelum menamatkan lontaran di tiga jamrat berkenaan. Kesemua jemaah itu telah kembali ke Makkah dari Mina bagi persiapan pulang ke tanah air. Sebelum meninggalkan Tanah Suci Mekah, mereka perlu melakukan 'tawaf wada' di Kaabah iaitu tawaf selamat tinggal. Sebelum menunaikan haji iaitu bermulanya wukuf di Arafah pada 9 Zulhijah, jemaah lebih awal melakukan ziarah dan umrah. Jemaah Malaysia akan pulang dengan penerbangan pertama KT02 pada Sabtu ini dan akan tiba di tanah air pada Ahad iaitu 11 pagi.

Pihak berkuasa Saudi menyatakan hanya sekitar 1.86 juta jemaah termasuk 1.3 juta dari luar negara menunaikan haji tahun ini, merosot berbanding bilangan kemuncak hampir 3 juta beberapa tahun lalu.

Ketua Jawatankuasa Negara bagi Haji dan Umrah, Marwan Abbas Shaaban berkata, bilangan jemaah dari luar negara berkurangan sekitar 20 peratus dan jumlah jemaah dari Arab Saudi sendiri pula merosot separuh daripadanya.-15/9/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Temubual Eksklusif Bersama Pengarah Pemasaran PLAY-DOH

Q&As with Ms. Tamara Grindrod, Asia Regional Franchise Marketing Director

1. You have the dream job envied by many – working in a toy company, being surrounded with toys every day – can you share with us what your typical day is like?No day is ever the same and that is what I love about it! As the Asia Regional Franchise Marketing Director, I have the privilege of working across multiple markets and iconic brands like PLAY-DOH – each with their own unique challenges and opportunities. The one consistency in my day is the ongoing desire to deliver the World's Best Play experience through each one of our brands in every market – that and amassing an awesome toy collection for my office!

2. How do you feel working with a fun and creative brand like PLAY-DOH compared to other brands under Hasbro's portfolio?PLAY-DOH is completely unique because it is quite literally a hands-on experience. When you open a can of PLAY-DOH compound, you are opening a can of imagination with endless possibilities of what you can create. I love seeing kids' imaginations come to life right before my eyes. It also allows me to be really creative and have fun with the brand as a marketer.

3. What is it like working with the product design and manufacturing teams, coming up with inspirations and ideas to make PLAY-DOH appeal to kids and parents?It is like being on a super creative, collaborative team of really passionate people who take pride in what they do knowing it will end up being a birthday present, surprise gift or a favourite toy.

4. What are some of the challenges that you face in (3)?The biggest challenge is prioritising the many amazing project we always have in the mix. It's a good problem to have since it means we are always moving a million miles a minute to bring our brands to life.

5. What do you like the most about your role?Working with really talented, energetic, passionate people – including the Doh Dohs.

6. Do you experiment or play with PLAY-DOH products while you're in the office?Of course! Even more so now getting ready to celebrate the 60th Anniversary of the PLAY-DOH brand. Sometimes I even open a can of PLAY-DOH to inspire creativity on other projects that I am working on!

7. You work way in advance before a new product is introduced to the markets. How do you and your team manage keeping all the excitement within yourselves till the launch date?It's not easy, but we know the wait is worthwhile to ensure everything is finalised and ready to go before we reveal.

8. Which PLAY-DOH product do you like the most or proudest of? Is there a favourite compound colour?I am a big fan of the brand new PLAY-DOH Shape & Learn line. It is a 2+ product with great creative learning tools and guides to play with your little one. Something very cool about this line is that It was actually developed out insights that we have found throughout Asia – parents are looking for toys that are both fun and have developmental benefits. To me, Shape & Learn is the best of both worlds!

My favourite compound colour is blue.

9. PLAY-DOH has been sharing some great sculpting ideas on its social media site and the creative sculpts truly inspire us. Are you good at sculpting? What is the most challenging sculpt you have done so far?There really is no bad creation – no right or wrong way to play. However, those social media posts come in so handy to show me tips to make my creations! I love to be inspired by the creativity I see. I also love to see what our fans sculpt and share with us on Facebook – they are so creative.

10. We are really excited and looking forward to see how the brand has evolved through the decades. Are you able to reveal any upcoming PLAY-DOH products that we can look forward to?I would love to, but have to refer to question #7. I promise it's worth the wait!

11. PLAY-DOH started with 4 colours and has now grown to over 50 colours. Any special colours that you will add to the collection? Maybe a special limited edition colour released every year?We are always exploring new ways to expand the brand experience. There is nothing I can share now, but you of course never know!

12. PLAY-DOH is celebrating 60 years and am sure you grew up with the brand. What is your favourite memory/moment of PLAY-DOH?PLAY-DOH is a multi-sensory experience. I especially love the smell of PLAY-DOH! I remember being a small child and creating an awesome tiger to show off to my parents at our family dinner table complete with tiger roars.

PLAY-DOH takes me back, keeps me young, and makes me want to create new fun and memories. Thanks so much for interviewing me. We love people who are as passionate about PLAY-DOH and Hasbro as we are!

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Penumpang Panik, Pancuran Air Keluar Dari Permukaan Feri

Gambar yang tersebar di Facebook, keadaan permukaan feri. Georgetown 14 Sept: Keadaan dalam feri menjadi kelam-kabut oleh sebilangan pemandu yang menggunakan perkhidmatan feri tersebut, apabila air tiba-tiba keluar dari geladak utama. Menerusi gambar insiden itu, yang tersebar di laman sosial Facebook, orang ramai mempersoalkan bagaimana kejadian luar biasa tersebut boleh berlaku, lapor Harian Metro. Namun begitu, dalam respon di Facebook, pihak Penang Port Sdn Bhd menyatakan ia menyedari kejadian itu dan menjelaskan ia bukan luar biasa, pihak berkuasa pelabuhan itu berkata, pancutan air itu sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP).

Menurut Penang Port Sdn Bhd, kru akan memeriksa paras air (di tangki) apabila feri berlabuh di terminal dan jika paras air rendah, kru akan menambah bekalan air.

"Mereka membuka lubang yang mengeluarkan bunyi ketika air diisi, dan bila air sampai pada parasnya, air akan terkeluar menerusi lubang itu, menunjukkan tangki sudah penuh, dan lubang itu akan ditutup", ulas pihaknya.

Bekalan air itu digunakan untuk bilik enjin, bilik air dan untuk keperluan domestik ketika feri melintasi laut.

Read more ...

Nazri yakin hubungan Umno-MIC cukup kuat berdepan bidasannya

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz percaya kenyataannya mengenai MIC, memang menyakitkan, tetapi dibuat dengan keyakinan penuh bahawa ia tidak akan menjejaskan hubungan antara kedua-dua parti.

"Pada saya (apa yang saya katakan) tidak akan menyebabkan perpecahan parti kita dalam BN, saya masih yakin ini, sebab itu saya membuat kenyataan tersebut.

"Jika MIC tak kenal (Umno) serangan saya akan memang berniat untuk menyakiti mereka

"Tetapi hubungan kami begitu akrab, ini tidak akan menjejaskannya," kata Nazri yang juga adalah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan kepada Malaysiakini.

Beliau berkata BN tidak seperti Pakatan Rakyat, yang hubungannya sebegitu rapuh hinggakan perbalahan di antara DAP dan PAS menyebabkan gabungan itu terkubur.

Bagaimanapun Nazri berkata, beliau memahami rasa tidak puas hati Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam.

Nazri mengulas kenyataan Subramaniam semalam yang membidasnya kerana menyinggung perasaan pemimpin akar umbi MIC.

Nazri dilaporkan memberitahu Malay Mail Online bahawa Umno adalah parti dominan dalam BN kerana parti-parti lain terpaksa bertanding di kerusi yang selamat.

Beliau memetik Subramaniam, sebagai contoh, walaupun berasal dari Pulau Pinang tetapi bertanding di Segamat, Johor.

Sebelum ini, Nazri terbabit dengan pertikaman lidah yang hangat dengan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker MCA, berhubung prestasi buruk parti komponen BN pada pilihan raya umum.

Nazri berkata beliau yakin perkara itu akan bertambah baik di bawah kepimpinan Subramaniam.

"Saya mempunyai keyakinan tinggi terhadap Subramaniam. Dengan beliau menerajui MIC kita akan menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya akan datang."

Pada pilihan raya umum 2013, MIC menang empat daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya, manakala Umno memenangi 88 kerusi.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *