Recent Post

Monday, November 23, 2015

Sistem tebatan banjir bernilai hampir RM6 juta tidak dimanfaat - Laporan Audit

Pelbagai peralatan bagi pemasangan sistem tebatan banjir di Kelantan dan Sarawak yang dianggar bernilai RM6 juta tidak dimanfaat kerana masalah teknikal dan pemasangan.
Read more ...

Syazwan Zulkifly Ubah Fikiran : Tidak Jadi Berhenti Berlakon

Dihimpit kontroversi apabila kes beliau mencederakan Shenty Feliziana tersebar, Syazwan Zulkifly sebelum ini telah meluahkan hasratnya untuk berhenti daripada dunia lakonan.

Pengumuman tersebut dilakukan olehnya menerusi akaun Twitternya dimana beliau menyatakan drama  2000km Ke Al Haram adalah drama terakhirnya.

Keputusan itu dibuat kerana khuatir isu beliau dan Shenty akan berpanjangan dan sekaligus memberikan kesan buruk kepadanya.

Terbaru, Syazwan nampaknya sudah berubah fikiran dan memberitahu beliau tidak akan berhenti berlakon dan memohon maaf kepada semua pihak kerana membuat keputusan mengikut emosi.

Ya, saya akan terus berlakon. Saya minta maaf kerana mengeluarkan kenyataan mengikut perasaan.

Kalau nak cakap kerana takut akan kontroversi berpanjangan, ia adalah risiko atas perbuatan anda sendiri. Jika berhenti berlakon sekali pun ia tidak bermakna tiada masalah yang akan selesai. Mulut orang ini akan selalu bercerita tentang perkara buruk orang seseorang artis meskipun mereka tidak lagi aktif dalam industri hiburan.

Sumber Berita: Mangga Online

Related Related Category : Malay 17 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

ALYAH SEDIA TIMANG ANAK TAHUN DEPAN

Read more ...

10 Perkara Menarik Gegar Vaganza 2 Minggu Ke-6

Minggu ke-6 Konsert Gegar Vaganza 2 yang bertemakan 'Kenangan Terindah' telah banyak menyentuh jiwa dan hati penonton.

Lebih-lebih lagi lagu Rindu Serindu Rindunya yang pernah menjadi hits sewaktu ketika dahulu membuatkan penonton menyanyikan lagu ini bersama-sama dengan Nizam Laksamana.

Bagaimanapun nasib dan rezeki tidak menyebelahi Nizam kerana tersingkir pada minggu ini.

Kini, hanya tinggal 7 sahaja peserta yang akan terus memperjuangkan bakat mereka di minggu hadapan yang bertemakan 'Rockdut'.

Jadi portal Murai, kongsikan kepada anda 10 perkara yang menarik yang berlaku sepanjang konsert minggu ke-6 Gegar Vaganza.

1. Petugas 'live update'media sosial Astro Gempak terpinga-pinga apabila tempat duduk mereka telah diduduki oleh penonton yang tidak dikenali. Namun tidak mahu merumitkan dan bertikam lidah petugas tersebut telah beralih ke tempat lain.

2. Kemasukan penonton ke dalam Auditorium MBSA agak bergerak perlahan pada minggu ini tetapi ia berjalan dengan lancar.

3. Penonton di Auditorium telah diberi peringatan agar menjaga tingkah laku, tidak beraksi sumbang di depan kamera ketika siaran langsung oleh pengurus pentas.4. Datuk Khadijah Ibrahim tampil dengan persalinan 'pink' ala-ala Princess Frozen.5. Ketika iklan, Nabil mengusik produksi Astro kerana mahu menyingkirkannya daripada menjadi hos GV dengan ugutan tidak mahu membayar bil Astro. Usikannya itu telah buat penonton tergelak besar6. Sementara nak menunggu Nassier Wahab membuat persembahan, petugas dan tenaga produksi bertungkus lumus membersihkan pentas yang agak berselerak dengan cebisan kertas.7. Mahkota berkilau-kilau Datuk Seri Vida menjadi simbolik baru buat penonton di Auditorium8. Ketika iklan, Jihan telah mengusik Micheal Ang mengenai rambutnya yang agak semakin menipis itu.9. Jihan jerit Nabil kerana pijak kainnya yang meleret sebelum siaran langsung bermula di tengah-tengah dewan. Namun mereka berdua juga sempat selfie secara selamba dengan penonton sambil berjalan.10. Tok Ram masih lagi bawa stok coklat untuk diagihkan kepada rakan-rakan artis yang berada di dalam Auditorium.

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Isnin, 23 Nov 2015

Read more ...

Edry KRU Dapat Anugerah Komposer Pendapatan Terbanyak MACP 2015

Komposer terkenal Edry Abdul Halim terpilih buat kali kedua sebagai penerima anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak pada Malam Mesra Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2015 yang diadakan di Hotel Royale Chulan Damansara di sini, Ahad.

Pengerusi MACP, Habsah Hassan pula menerima anugerah Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak.

Penyanyi dan komposer, Amir Jahari pula dipilih sebagai penerima trofi kategori Komposer Muda Berpotensi.

Untitled

Manakala, komposer era 50-an, Sharuddin Amin menerima Anugerah Nadi Cipta atas sumbangannya dalam industri muzik.

Edry ketika ditemui berkata, dia bersyukur dengan anugerah berkenaan dan ia sebagai pemangkin semangat untuknya terus berkarya pada masa hadapan.

"Dalam berkarya harus ada keikhlasan kerana dengan cara itu sesuatu lagu itu dapat sampai kepada peminat.

"Anugerah ini adalah suatu pemangkin semangat kepada komposer seperti saya untuk terus berkarya," katanya.

Anugerah MACP merupakan penghargaan kepada penggiat seni yang banyak menyumbang hasil karya untuk perkembangan industri seni negara.

Hasil royalti yang dikutip oleh MACP adalah daripada persembahan muzik di stesen-stesen televisyen dan radio, konsert, majlis makan malam dan lain-lain organisasi yang dilesenkan oleh badan berkenaan.

Dalam perkembangan sama, penyanyi Yuna menerima anugerah Persembahan Lagu Inggeris Terbanyak menerusi lagu Rescue.

Manakala lagu Gadis Jolobu pula terpilih memenangi kategori Persembahan Lagu Melayu Terbanyak nyanyian Waris dan Datuk Hattan.

Syarikat Luncai Emas Sdn Bhd masih mengekalkan kemenangan menerusi anugerah Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak.

Sementara itu, Habsah Hassan berkata penganjuran MACP kali 26 membuktikan industri muzik Malaysia berpotensi untuk berkembang disebalik perubahan teknologi terutama internet.

Justeru itu, Habsah meminta anggota-anggota MACP supaya terus menghasilkan karya terbaik, beliau berharap mereka dapat membuktikan anak Malaysia dapat menghasilkan karya-karya bertaraf dunia yang mengharumkan negara.

"MACP juga akan berusaha memastikan anggota kami diberikan bayaran setimpal dengan usaha dan kreativiti mereka," katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Sumber: Mstar Online

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

'Astaghfirullahalazim! Saya Termasak Spaghetti Babi!'

Kepada peminta spaghetti terutamanya Prego, sila baca.  Saya ingin menasihatkan anda agar berhati-hati membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak speghetti. Apabila membeli makanan yang diimport dari luar negara, bacalah label kandungannya terlebih dahulu.  Di bawah, cerita dari seorang penggemar Spaghetti: Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan sebagainya. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masaklah.  Bila spaghetti selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya; "Umi, daging kecil yang masin sedikit itu daging apa?" soalnya. "Rasanya seperti keju balls. Dikunyah rasa masin-masin," kata abangnya, Salim. Kamal makan sampai dua pinggan. Sedap sangat spaghetti yang Ummi masak, katanya. Kebetulan pula speghetti itu makanan kegemarannya. Saya cuma makan sepinggan kecil, sekadar mahu merasa sahaja.  Setahu saya, sauce spaghetti biasanya tomato dan kadang kala ada cendawan. Tetapi yang ini pula agak lain sedikit. Saya pun terus bergegas ke dapur dan melihat botol sauce yang diberikan nama Italian Sausage for Spaghetti keluaran Prego, made in USA. Ligat mata membaca label pada botol. Hati sudah tidak sedap, tekak sudah rasa mual seperti wanita hamil. Tiba-tiba terlihat Ingredients: Tomato, etc semua dan Pork Minced Meat!  Astaghfirullahalazim. Saya masak spaghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi, semuanya terperanjat! Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi.  Kuah sauce spaghetti dengan kualinya sekali saya buang. Yang tertelan spaghetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah mengampunkan dosa kerana alpa untuk membaca label makanan sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada letak daging babi.  Kata orang tua-tua, mimpi makan daging babi nak dapat rezeki. Tetapi kalau makan bukan-bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.  Astaghfirullahalazim. Siapa-siapa yang ada air zam-zam, mintalah sedikit. Saya nak bersihkan perut yang termakan babi. Tolonglah, sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spaghetti itu lagi. - Penggemar Spaghetti teraniaya Jadi, ambillah iktibar dari cerita ini. Sebelum membeli sesuatu barangan itu, bacalah labelnya terlebih dahulu. Jangan sampai jadi seperti ini. - Elys  Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

2 Pelajar 15 Tahun Ditahan 'Hanyut' di Hotel Bajet

KUALA LUMPUR, 23 Nov - Dua pelajar perempuan berusia 15 tahun sanggup datang ke sebuah hotel bajet semata-mata untuk menghilangkan ketagihan dadah yang dialami oleh mereka.

Kedua-dua pelajar terbabit diserbu di sebuah hotel bajet di Cheras kira-kira jam 2.30 pagi, Jumaat lalu oleh polis hasil dari maklumat dan risikan.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Cheras, Asisten Superintendan Mohd Ahsril Md Johor, pihaknya telah mengetuk pintu di sebuah bilik di hotel berkenaan sebelum ia dibuka oleh seorang lelaki.

Lebih memeranjatkan kedua-dua pelajar terbabit dijumpai bersama dengan empat orang lelaki.

"Memeranjatkan, kita dapati terdapat dua pelajar perempuan berusia 15 tahun bersama dengan empat lelaki.

"Semakan mendapati, dua pelajar berkenaan baru sahaja mengenali kesemua lelaki tersebut dan baru sahaja terlibat dalam penyalahgunaan dadah," katanya memetik laporan Sinar Online.

Pihak polis turut menemui satu tiub straw yang disyaki mengandugi dadah jenis syabu di dalam bilik tersebut.

Hasil ujian air kencing juga mendapati kesemua mereka positif dadah.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Siakapkeli.my

Read more ...

Saifuddin: Harapan boleh menang PRU14 atas gelombang anti-Umno

TEMUBUAL | Pakatan Harapan boleh memenangi pilihan raya umum akan datang - dengan atau tanpa PAS - atas gelombang sentimen anti-Umno, kata seorang bekas pemimpin parti pemerintah itu.

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, yang kini bersama PKR, berkata sentimen Asalkan Bukan Umno (ABU) masih menjadi faktor dalam pilihan raya akan datang.

"Dalam pilihan raya umum lepas, kira-kira separuh daripada pengundi mengundi pembangkang, tidak semestinya kerana mereka mengundi pembangkang, tetapi mereka telah mengundi menolak BN.

"Masih ingat ABU? Saya pun kena la," katanya, merujuk kepada kekalahannya di kerusi Parlimen Temerloh kepada calon PAS, Nasruddin Hassan pada tahun 2013.

ABU adalah satu gerakan yang bermula pada tahun 2011, yang mana mesejnya ialah mana-mana parti lain, adalah lebih baik daripada Umno-BN dalam mentadbir negara.

Saifuddin keluar parti dan menyertai PKR pada 14 Oktober, selepas beliau diberi surat tunjuk sebab kerana menghadiri meja bulat Pakatan Harapan awal bulan tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu temu bual di ibu pejabat PKR pada Jumaat lepas, Saifuddin menyentuh tentang kemungkinan pakatan pembangkang yang dilahirkan semula, untuk meraih undi Melayu tanpa PAS.

Ini, katanya, akan bergantung kepada kekuatan parti serpihan PAS - AMANAH - pada masa itu, dan juga bagaimana ia boleh meyakinkan pengundi Melayu bahawa Pakatan boleh menjaga mereka dengan lebih baik, berbanding dengan Umno.

"Kita mesti menjelaskan dengan baik dasar-dasar kita kepada pengundi bumiputera, tunjuk rekod prestasi kita di Pulau Pinang dan Selangor untuk meyakinkan rakyat bahawa kita akan menjaga kepentingan orang Melayu," katanya.

[Baca berita penuh]

Read more ...

India juara hoki remaja Asia

KUANTAN: Trofi Piala Remaja Asia akhirnya kembali ke bumi India apabila pasukan gergasi Asia itu mudah menewaskan Pakistan 6-2 di pentas final edisi kelapan di Stadium Wisma Belia Kuantan, di sini sebentar tadi.
Read more ...

KECOH! Gambar Kena Delete Zul Ariffin, Ayda Jebat Tampil Beri Komen

KECOH! Gambar Kena Delete Zul Ariffin, Ayda Jebat Tampil Beri Komen

Nama Ayda Jebat tidak asing lagi dalam industri tanah air malah sering menjadi sebutan ramai apabila seringkali dilanda kontroversi panas. Terdahulu Ayda Jebat pernah digandingkan dengan pelakon popular Zul Ariffin menerusi drama bersiri Rindu Awak 200%. Melihat lakonan mantap yang dilakonkan tidak hairanlah jika ada yang beranggapan mereka ni seolah-olah mempunyai hubungan istimewa di luar lokasi.

Dan apa yang menarik, Zul Ariifn juga ada memuat naik gambar Ayda Jebat di laman Instagram miliknya sebelum ini namun kini ia dipadam oleh pelakon terbabit!

Kecoh mengenai perkara itu, pelakon Ayda Jebat kini tampil memaklumkan beliau tidak kisah jika gambar-gambarnya bersama pelakon itu dibuang kerana menurutnya dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Zul Ariffin.

Artikel sebelum:- Ayda Jebat Mahu Lupakan Zul Ariffin… Apa Kes?

KECOH! Gambar Kena Delete Zul Ariffin, Ayda Jebat Tampil Beri Komen

Ayda Jebat mengetahuinya menerusi laman-laman blog di media sosial mengenai perkara itu, tetapi situasi dirinya sekarang tidak ambil kisah dan menganggap ia perkara biasa.

"Saya tidak ada masalah atau mempunyai sebarang hal kerana akaun Instagram adalah hak miliknya. Bagi saya hal setakat buang gambar adalah perkara remeh dan mungkin wajar bagi dia.

"Jadi mungkin dia ingin mengemas kini akaunnya dan membuang apa sahaja yang dirasakan tidak perlu," katanya.

Jelasnya lagi, ada di antara peminat tidak bersetuju dengan tindakan Zul memadam gambar-gambar tersebut.

"Kalau saya, dia tidak akan memadam mana-mana gambarnya di Instagram dengan mana-mana artis sekalipun kerana bagi saya itu adalah kenangan dan mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri.

"Jadi setiap orang mempunyai pandangan dan pendirian masing-masing. Apa yang terjadi biarkan terjadi, yang paling penting ialah tanggungjawab saya dalam karier lakonan dan nyanyian tetap diteruskan," katanya.

Biarkanlah, lagipun hak masing-masing nak simpan ataupun tidak. Mungkin Zul Arifin ada alasan tersendiri mengapa dia berbuat demikian. Siapa tahu kan? Hmmm…

15,647 total views, 15,647 views today

Read more ...

Veteren UMNO: Apakah Obama boleh dengan bebas berjumpa dengan sesiapa saja tanpa merujuk kepada Wisma Putra?

CELAH GELEGAR Veteren UMNO: Apakah Obama boleh dengan bebas berjumpa dengan sesiapa saja tanpa merujuk kepada Wisma Putra? SHAH ALAM - ‎ Veteran Umno menyatakan  kekesalan dengan sikap Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang tidak tahu menghormati tuan rumah Malaysia apabila berjumpa pemimpin pembangkang dan antikerajaan.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub mendakwa, tindakan itu ketika kehadirannya sebagai tetamu negara dan menjalankan tugas rasmi menghadiri Sidang Kemuncak Asean telah menunjukkan sikap tidak menghormati tuan rumah.

"Sikap seperti ini jelas menunjukkan 'ketua negara koboi' itu mahu menunjukkan keangkuhannya dan tidak sensitif terhadap negara tuan rumah.

"Apakah Obama berpandangan bahawa berjumpa dengan pembangkang dan kumpulan antikerajaan itu sebahagian dari tugas rasmi dalam lawatannya ke negara ini?

"Apakah Obama boleh dengan bebas berjumpa dengan sesiapa saja tanpa merujuk kepada Wisma Putra?" katanya dalam satu kenyataan.

Mustapha berkata, Veteran dengan tegas ingin menyatakan kalaupun tuan rumah Malaysia memberi kelonggaran kepada Obama kera na untuk menjaga hati dan persahabatan, beliau tidak sepatutnya menggunakan kelonggaran itu demi menjaga hati Malaysia.

"Apakah Obama boleh dengan bebas berjumpa dengan mana-mana pihak yang antikerajaan kalau dia melawat negara lain seperti China?

"Dalam hal ini, ternyata kedutaan AS telah tersalah nasihat kepada Obama. Atau dutanya dengan sedar sengaja mengatur perjumpaan itu," katanya.

Katanya lagi  Veteran memang menyedari Kedutaan AS di Kuala Lumpur merupakan duri dalam daging sejak sekian lama.

"Mereka telah menghantar isyarat yang salah kepada Washington dalam hal Bersih dan kes Anwar Ibrahim.

"Justeru itu, Veteran yakin perjumpaan Obama dengan Bersih, LGBT dan pembangkang berkait rapat dengan usaha untuk pembebasan Anwar dan yang bersangkutan dengan kepentingan isu Bersih dan LGBT. Ini membuktikan AS bersedia untuk campur tangan dalam masalah dalaman Malaysia," katanya.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *