Monday, November 09, 2015
'Jual cecair vape bernikotin di farmasi bunuh perniagaan anak Melayu' - Ismail Sabri
10 Perkara Anda Wajib Tahu Sekiranya Ingin Kahwin Dengan Orang Melaka
(14 FOTO) Ulangtahun Kelahiran Pertama Anak Fasha Sandha Raysha Jemyma
Pada hari Sabtu lepas, Fasha Sandha dan keluarga telah meraikan ulangtahun kelahiran pertama anak perempuannya, Raysha Jemyma .
Majlis dengan tema warna merah jambu itu berlangsung dengan cukup meriah sekali dengan kehadiran rakan-rakan artis, kenalan serta saudara terdekat.
Melalui muat naik terbaru di Instagram Camora Arts berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis harijadi Raysha buat tatapan anda semua dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Related Category : Malay 3 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: foto majlis harijadi raysha jemyma, foto ulangtahun pertama raysha jemyma, majlis ulangtahun putri raysha jemyma, Putri Raysha Jemyma, ulangtahun pertama anak perempuan fasha sandha PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri."KECIL HATI INI BILA MELIHAT AYDA PAKAI BAJU ITU" - LANA NODIN
Baru-baru ini, Lana Nodin meluahkan rasa terkilan apabila pakaian perkahwinannya dipakai oleh Ayda Jebat untuk penggambaran iklan program 'Juara Perodi' selain menyifatkan baju pengantin tersebut sebagai sesuatu yang sangat istimewa.
Menurut Lana, apa yang membuatkannya sangat terasa hati adalah kerana pakaian pengantinnya diberikan kepada Ayda dan dipakai semata-mata untuk menjayakan iklan program televisyen kerana dia sangat menyayangi busana mewah itu.
"Sebaik melihat sendiri gambar yang dimuat naik Ayda dalam laman sosial Instagramnya, saya tertanya-tanya bagaimana baju itu boleh dipakai Ayda untuk menjalani penggambaran iklan. Cuma saya hairan mengapa apabila peminat mengaitkan baju itu dengan majlis pe rkahwinan saya, dia terus memadam komen terbabit.
"Perkara itu juga membuatkan saya berasa kecil hati. Kalau benar Ayda mahu menggayakan baju itu kerana menyukainya, seharusnya dia mengakui di laman sosial miliknya apabila orang mula bercakap dan menyatakan ia pakaian pengantin Lana Nodin.
"Saya tidak akan menjadikan perkara ini sebagai satu isu jika baju yang dipakai itu adalah biasa, sebaliknya pakaian itu digayakan pada hari bersejarah dalam hidup saya," ujar Lana dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun, Ayda enggan mengulas perkara itu dan memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu memanjangkan isu itu.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcom12 Perkara Menarik Gegar Vaganza 2 Minggu Ke-4
Minggu ketiga Konsert Gegar Vaganza 2 yang bertemakan 'Berdua Lebih Baik' nyata mengegarkan Auditorium MBSA dan juga penonton di rumah.
Berduet dengan penyanyi-penyanyi ternama negara amat menghiburkan serta menusuk gegendang telinga yang mendengarnya.
Lagu-lagu duet yang dinyanyikan peserta Gegar Vaganza telah berjaya mengembalikan memori silam terutama lagu Memori Kekasih hasil nyanyian Siti Nordiana dan Lan Kristal
Kini, hanya tinggal 9 sahaja peserta yang akan terus memperjuangkan bakat mereka di minggu hadapan yang bertemakan 'Hits Di Radio'
Jadi portal Murai, kongsikan kepada anda 12 perkara yang menarik yang berlaku sepanjang konsert minggu keempat GegarVaganza.
1. Sudah minggu ke-4 Auditorium tetap dibanjiri dengan limpahan penonton yang luar biasa. Namun ia berjaya dikawal oleh pihak produksi agar mereka memperoleh tempat duduk yang selesa.
2. Pengurus pentas seperti biasa akan membuat 'rehearsal' dengan penonton di Auditorium untuk membuat ombak manusia terutama bagi penonton yang berada di level atas.
3. Kebanyakan artis mahupun selebriti membawa kenalan sekitar satu atau 2 orang memenuhi ruang kerusi di Auditorium.
4. Pelakon wanita Yasmin Hamid bawa kawan lelakinya tetapi siapakah lelaki itu?
5. Kelab peminat Datuk AC Mizal tidak mengecewakan kerana berjaya mengubah Auditorium kepada Stadium.
6. Gimik jeritan filem seram Hollywood iaitu Chucky menjadi viral dalam Auditorium
7. Nabil mengusik Jaafar Onn sebagai ahli Puteri Umno kerana dia memakai sut serba merah jambu.
8. Jihan mengusik Nabil mengenai telinga capangnya yang sudah lohong ketika 'commercial break'
9. Nabil ternyata adalah hos yang sangat nakal apabila mengusik Sheeda yang terlupa nak ucap selamat hari lahir kepada suaminya ketika 'commercial break'.
10. Kelab penyokong peserta Gegar Vaganza sanggup menunggu penyanyi kesayangan mereka sehingga pukul 1 pagi ke atas, semata-mata untuk mengambil gambar secara selfie mahupun berkumpulan.
11. Persembahan paling mantap minggu ke-4 ialah Siti Nordiana, Faradhiya dan Acong dengan pasangan duet masing-masing
12. Misha Omar berjaya memukau penonton apabila karakter nyanyiannya telah mengimbas kembali semasa membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Isnin, 9 Nov 2015
Review Holiday Garden Hotel di Kaohsiung, Taiwan
Taipei telah lama menjadi sebuah destinasi pelancongan pilihan di Asia buat mereka yang mencari percutian di tengah kota. Biarpun ibukotanya Taipei mengungguli senarai kota pilihan pelancong di taiwan, namun ramai yang mula untuk menjenguk dan mengenali bandaraya kedua paling maju Taiwan, iaitu Kaohsiung.
Terletak di selatan Taiwan, Kaohsiung juga merupakan sebuah bandaraya yang tidak kurang hebatnya dari Taipei. Suasananya yang lebih santai daripada Taipei menjadikannya satu destinasi yang sangat disenangi. Terkenal dengan pusat-pusat membeli-belah serta banyak tempat-tempat menarik, Kaohsiung juga mempunyai banyak hotel-hotel moden yang sesuai untuk didiami. Salah satu daripada hotel yang masih menjadi pilihan di Kaohsiung adalah hotel Holiday Garden.
Hotel ini merupakan hotel bertaraf antarabangsa pertama yang dibina di Kaohsiung pada tahun 1957. Setelah melalui beberapa dekad, ia juga telah mendapat beberapa pengubahsuaian. Dan kini, hotel ini tampil segar dengan gaya kontemporari moden, sejajar dengan hotel-hotel seangkatannya yang lain.
Ia terletak di kawasan yang agak strategik kerana berada dekat dengan lokasi-lokasi menarik seperti pasar malam pelancong Liuhe, dan stesen MRT City Council juga hanya beberapa minit sahaja perjalanan dari hotel. ini memudahkan para tamu untuk menjelajah seluruh kota Kaohsiung tanpa banyak masalah pengangkutan. Malah, sungai terkenal Kaohsiung yang dikenali sebagai 'Love River' juga terletak beberapa minit sahaja dari hotel ini.
Dengan lebih dua ratus bilik-bilik yang dihias dengan konsep moden kontemporari, hotel ini menepati keperluan kebanyakan tamu yang menginap di situ.
Setiap bilik mempunyai sambungan internet wi-fi secara percuma , sebuah TV layar leper LCD dan juga pemain DVD. Seperti kebanyakan hotel, setiap bilik mendapat sarapan percuma, dan sarapan dihidangkan di Dragon Restaurant. Makanan berasaskan sayuran juga diasingkan untuk kemudahan tamu yang hanya memakan sayuran (vegetarian). Holiday Garden juga mempunyai beberapa restoran lain iaitu Mongkok Lounge serta Hua Shia Hall.
Tambahan lagi, hotel ini turut dilengkapi dengan sebuah kolam renang, gimnasium, dan juga ruang perniagaan untuk urusan kerja di mana tamu boleh menggunakan komputer serta internet secara percuma!
Dengan perkhidmatan yang baik bertaraf antarabangsa, harga yang sangat berpatutan serta para pekerja hotel yang ramah, Holiday Garden memang layak untuk dijenguk dan didiami sekiranya berkunjung ke Kaohsiung.
oleh Shah Shamshiri
Komen via FacebookKomen
— 84 Bacaan— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
'Taubat Dah, Tak Nak Guna Local Beauty Product!'
Gitar John Lennon Terjual Pada Harga RM10.4 Juta
Laporan dari CNN menyebut, gitar terbabit; sebuah Gibson J-160E; dihasilkan pada 1962 dan digunakan oleh John Lennon ketika pembikinan lagu "I Want To Hold Your Hand" dan beberapa lagi lagu terawal kumpulan itu.
Gitar tersebut berharga 161 pound (RM1,056.04) dan pernah ditampilkan bersama Lennon dalam video lagu I Want To Hold Your Hand. - Siakapkeli.my
Zahid bincang isu LGBT, hak asasi di London
Kerjasama soal keselamatan negara dan jenayah transnasional antara Malaysia dan United Kingdom (UK) menjadi tumpuan perbincangan semasa lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke London mulai hari ini.
Ahmad Zahid yang dijangka tiba lewat petang ini untuk lawatan empat hari akan mempunyai jadual padat merangkumi perbincangan dalam soal imigresen, hak asasi manusia dan aktiviti cegah keganasan.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Ahmad Rasidi Hazizi berkata lawatan ini, yang pertama oleh Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri bertujuan mengeratkan hubungan dan kerjasama dua hala antara kedua-kedua negara dalam semua aspek termasuk keselamatan.
Dalam lawatan ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri antara lainnya dijadual bertemu rakan sejawatannya Setiausaha Dalam Negeri UK Theresa May pada Selasa.
'Mereka dijangka berbincang isu-isu kepentingan bersama termasuk soal imigresen, jenayah transnasional, LGBT dalam konteks Islam dan isu hak asasi manusia,' katanya pada sesi taklimat kepada media Malaysia di London hari ini.
Ahmad Rasidi berkata Timbalan Perdana Menteri juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Penasihat Agensi Keselamatan Nasional UK, Sir Mark Lyall Grant dan menghadiri sesi taklimat mengenai perhambaan zaman moden.
Ahmad Zahid akan juga menghadiri jamuan malam Diaspora Malaysia di Manchester pada Isnin, yang djadual dihadiri hampir dua ratus rakyat Malaysia termasuk pelajar Malaysia, katanya.
Beberapa mesyuarat tertutup juga telah disusun untuk Ahmad Zahid, termasuk bersama National Border Targeting Centre (NBTC) dan mesyuarat cegah keganasan juga di Manchester pada Selasa.
Pada hari akhir lawatan Rabu, Timbalan Perdana Menteri dijadual memberi ucaptama pada Sidang Kemuncak Ekonomi China Sedunia (WCES) Ketujuh serta pertemuan dengan Menteri di Pejabat Luar dan Komanwel UK, Hugo Swire, di London.
Ahmad Zahid juga dijadual melawat Penjara Belmarsh di London.
Selain diiringi isteri Datin Seri Hamidah Khamis, delegasi Ahmad Zahid termasuk Pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Sakib Kusmi.
-Bernama
Isu imigresen, keselamatan agenda utama lawatan Zahid
Pengakuan Mengejutkan Mas Khan Bongkar Kisah Silam Bersama Lana Nodin!
Pengakuan Mengejutkan Mas Khan Bongkar Kisah Silam Bersama Lana Nodin!
Nama Mas Hidzhir Khan atau lebih dikenali sebagai Mas Khan bukanlah nama yang asing dalam industri hiburan tanah air. Namun mungkin ada dalam kalangan peminat yang masih tidak mengenali kemunculan beliau. Untuk pengetahuan, Mas Khan antara pelakon yang membintangi drama bersiri Gerak Khas TV2.
Pelakon yang kini semakin meningkat naik mendedahkan beliau pernah terjebak dengan cinta lokasi bersama pelakon seksi Lana Nodin. Mengulas lebih lanjut, Mas Khan yang digandingkan dengan Lana Nodin memberitahu Lana Nodin sangat berlagak pada awal pertemuan mereka sekitar tahun lalu.
Kali pertama bertemu ketika sesi bacaan skrip filem berkenaan, pelakon berbadan sasa berusia 21 tahun itu menjelaskan lagak Lana yang sedikit "kekwat" atau sombong mula membuatnya gementar.
Lalu hasil inisiatif pengarah yang mahu mewujudkan keserasian mereka berdua, dua pelakon itu pernah terjebak dengan cinta lokasi namun tidak berpanjangan. Difahamkan hubungan mereka hanya bertahan enam bulan. Lana juga sedang bahagia melewati fasa indah bersama suami, Mohd Daud Mckienzie.
"Memang awal jumpa, dia (Lana) memang tak mahu borak dengan saya. Biasalah. Saya pula artis baru. Tapi akhirnya kami jadi akrab. Atas usaha pengarah yang mahu kami cipta keserasian, daripada situ kami kerap keluar bersama dan jadi rapat selepas seminggu terbabit dalam penggambaran.
"Cuma selepas itu, kami bawa haluan masing masing. Kisah lama itu biarlah berlalu. Baru-baru ini, kami ada bertemu balik kerana menjayakan sesi fotografi yang diaturkan untuk mempromosi filem ini. Saya tumpang bahagia dengan rumah tangganya," kata Mas Khan yang sudah dua tahun berkecimpung dalam arena seni.
Menerusi filem romantik thriller itu, Mas Khan kali pertama membawakan watak utama. Biasan juga menjadi percaturan pertamanya melangkah ke layar perak. Sebelum ini, Mas Khan pernah berlakon drama Gerak Khas, Eksperimen Cinta dan Kasih.
Selain menyanyi dan berlakon, Mas Khan juga menjadi pengacara. Ketika ini dia sedang terbabit melunaskan baki penggambaran program Eskpresi Eko sebanyak 13 episod untuk RTM. Dia juga akan ke lokasi filem Abang Long Fadil 2 arahan Syafiq Yusof tak lama lagi.
12,414 total views, 12,414 views today
Berita Buletin TV3 Kerajaan Benarkan Guna SAMPAN di Sg Klang Sebagai Pengangkutan Alternatif Elak Tol TIDAK BENAR
Berita ini sebenar merupakan sindiran pedas terhadap Kerajaan atas kenaikan kadar tol yang mendadak beberapa minggu yang lalu.
Mulai 15 Oktober 2015 yang lalu, 18 syarikat konsesi lebuhraya telah mengenakan kadar baharu bagi laluan tol.
Hampir kesemuanya melibatkan laluan di Lembah Kelang, namun laluan KL-Karak dan juga Lingkaran Luar Butterworth di Pulau Pinang juga turut terlibat.
Ia menyaksikan kenaikan harga lebih 17 hingga 80% di antara 20 sen hingga RM1. "Nak elak tol, bangun awal, guna laluan tidak bertol, baru jimat," – Rahman Dahlan
Susulan kenaikan kadar tol, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan telah mencadangkan pengguna jalan raya menggunakan alternatif lain jika terbeban dengan peningkatan harga tol baru-baru ini. Menurutnya lagi, peningkatan harga tol itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menggalakan pengguna memilih pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian. "Kalau nak elak tol, bangun awal pagi, lalu laluan yang tiada tol baru la boleh jimat," katanya berseloroh. "Pada masa hadapan diharap, perkhidmatan LRT, MRT dan Monorail serta bas dan juga teksi perlu diletak pada harga berpatutan supaya pengguna akan beralih pada jenis pengangkutan lain. "Kami mahu kemudahan pengangkutan menjadi berpatutan buat semua pengguna dan menyenangkan semua pihak," kata beliau pada sidang media berhubung isu kenaikan harga tambang KTM baru-baru ini, disini.10 Perkara Anda Wajib Tahu Sekiranya Ingin Kahwin Dengan Orang Melaka
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...