Recent Post

Thursday, June 30, 2016

(VIDEO)Episod Khas Nara TV Sempena Hari Raya Aidilfitri

Tak sampai seminggu lagi, Hari Raya Aidilfitri akan tiba. Fuh. Semangat raya dah menjelma dalam diri Abang Nara. Dah terbayang ketupat, rendang, lemang, dodol, nasi himpit dan pelbagai jenis makanan yang bakal terhidang di pagi raya. Itu belum kira kemeriahan anak-anak buah berkumpul nak duit raya. Ingat raya tahun nie bagi sorang seringgit je. Bagi alasan GST dan juga kos sara hidup yang semakin tinggi.

naratv

Sempena Aidilfitri ini, Nara TV ada episod khas dengan Abang Nara turut membuat kemnuculan istimewa. Hehe. Maafkan muka agak penat. Satu hari keluar sana sini sebelum shooting. Biasalah cari baju raya.

Hensem jugak pengacara Abang Nara bila pakai baju Melayu kan? Ish, ish, ish. Korang jangan nak ngorat dia sangat. Abang Nara ingat nak jadi pengurus dia. Budak nie ada future nak pergi jauh nie. Buat anda yang terlepas episod Nara TV ketika Ramadhan dulu, boleh layan di bawah. Mungkin ada yang masih blur dan tak tahu apa itu Nara TV sebenarnya, jangan risau, sila tengok episod di bawah untuk pencerahan.

Di kesempatan ini, Abang Nara dan krew-krew Nara TV serta para penulis BeautifulNara ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga raya kali ini lebih bermakna untuk anda semua. Jangan lupa subscribe YouTube Channel Nara TV untuk tidak ketinggalan sebarang episod.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Tangkapan Guan Eng kesan kemenangan BN - Malaysiakini (caruman) (subscription)

SUARA MP l Tangkapan ke atas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang atas dua pertuduhan rasuah adalah satu daripada lapan kesan selepas kemenangan besar BN pada pilihan raya berkembar di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu.

Kemenangan dengan majoriti besar itu memberi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, keyakinan untuk melancarkan serangan politik habis-habisan.

Beliau mempercayai kemenangan itu memberinya lesen untuk melakukan apa sahaja yang disukainya demi mengukuhkan kedudukan kuasa politiknya walaupun mewujudkan paradoks untuk Malaysia - seorang perdana menteri yang seolah-olah begitu berkuasa dan kukuh di negara ini tetapi dianggap oleh masyarakat antarabangsa sebagai perdana menteri paling teruk bagi Malaysia.

Tindakannya itu hampir menjadikan negara ini sinonim dengan rasuah global dengan skandal RM55 bilion 1MDB dan derma RM4.2 bilion yang diterimanya dan sedang disiasat di tujuh negara yang berbeza.

Lapan kesan berkembar pilihan raya kecil itu adalah:

1) Memberi Najib keyakinan dan kepercayaan bahawa beliau boleh 'menutup begitu sahaja' skandal RM55 bilion 1MDB dan 'derma' RM4.2 bilion di negara ini, sama ada dengan menakut-nakutkan atau mendiamkan pengkritik atau perbezaan pendapat, sama ada di media, masyarakat awam atau politik, menutup penerbitan media, menyekat laman internet, penangkapan dan pendakwaan.

Malah dalam tempoh 10 hari selepas pilihan raya kecil berkembar itu, media antarabangsa terus mendedahakan kesan daripada skandal 1MDB, termasuk menonjolkan mengenai keberadaan jutawan Pulau Pinang Jho Low dan peranan sebenarnya dalam skandal mega Najib.

2) Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dari Umno dan penggantungan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai ahli Umno.

3) Siri tindakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, termasuk serangan propaganda, siasatan polis berhubung kenyataannya menyamakan Najib dengan diktator Uganda Idi Amin dan percubaan untuk menarik balik bantuan kerajaan ke atas projek-projek Mahathir seperti Yayasan Kepimpinan Perdana.

4) Rombakan besar-besaran dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan kedua-dua pegawai tertinggi suruhanjaya itu.

5) Kempen untuk mencetuskan ketegangan kaum dan agama oleh Utusan Malaysia selepas pilihan raya kecil itu, termasuk tohmahan mendakwa DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.

6) Kenyataan DAP sebagai kafir harbi oleh mufti Pahang yang tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja diberi keutamaan dan disiarkan di halaman utama akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, tetapi dimaafkan oleh Pejabat Perdana Menteri dan kabinet.

7) Rombakan kabinet untuk membawa masuk lebih ramai anggota 'kaki jilat' dan 'pak turut' yang kesetiaan tunggal mereka adalah untuk survival Najib dan bukan kepada negara atau rakyat.

8) Penangkapan Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di atas dua tuduhan rasuah dalam cubaan terbaru untuk memusnahkan pembangkang dan mempertahankan kedudukan politik Najib.

Ini adalah sesuatu kesedihan dan memberangkan melihat Najib dan kabinet 'pengampunya' tidak melihat keperluan untuk memastikan Malaysia tidak terjerumus menjadi negara gagal ataupun dikuasai oleh penyangak.

Seluruh tujuan penangkapan dan pendakwaan terhadap Guan Eng didedahkan dalam pengakuan yang dibuat dalam satu kenyataan media oleh Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, menteri baru di Jabatan Perdana Menteri semalam, yang berkata tangkapan itu membuktikan DAP bukanlah sebegitu bersih yang didakwa.

Ini adalah masa untuk semua rakyat Malaysia bangkit tanpa mengira bangsa, agama, kawasan atau fahaman politik untuk 'Selamatkan Malaysia' daripada menjadi sebuah negara gagal dan kerajaan penyangak.

Read more ...

Peraduan Premiere Filem COLD WAR 2

Bersempena demgan tayangan filem COLD WAR 2 yang akan berada di pawagam mulai 8 Julai ini, Budiey dengan kerjasama RAM Entertainment mahu mengajak 40 orang pembaca untuk menonton filem yang padat dengan aksi ini.

Cold War 2

Kejayaan Filem COLD WAR 2 Yang Anda Perlu Tahu Filem COLD WAR, filem Hong Kong dengan untung kasar tertinggi pada tahun 2012 telah mencatat kutipan domestik setinggi HK$44,857,162 dan kutipan RMB253 juta di China. Filem ini juga memenangi 9 anugerah utama di Anugerah Filem Hong Kong termasuklah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, dan pelakon utama Tony Leung Ka Fai turut merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

Tayangan Filem COLD WAR

Sequel to the blockbuster hit COLD WAR, the story continues where it left off in 2012 with Chow Yun Fatt joining the assembly of casts. Aaron Kwok reprising his role as DCP Sean Lau, who is now promoted to Commissioner of Police after the success of the Cold War rescue operation. The main villain – who was briefly mentioned in the first film – returns to the scene to kidnap Sean's wife and daughter. Sean convinces former rival, the retired DCP of Operations officer Waise Lee (Tony Leung), to return to his post to help Sean solve the tricky kidnapping case.

Release date: 8 July 2016 (Friday)Language: CantoneseGenre: Cop Action ThrillerDirector: Longman Leung and Sunny LukCasts: Aaron Kwok, Tony Leung Ka Fai, Chow Yun Fatt, Eddie Peng, Aarif Rahman, Charlie YeungTrailer: https://youtu.be/mC9nzAE94OA

Kalau nak tahu, filem arahan Longman Leung dan Sunny Luk ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 18 Julai 2016.Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang padat dengan aksi ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer COLD WAR 2 yang telah diriliskan di dada Youtube RAM Entertainment.

Sinopsis Filem COLD WAR 2

COLD WAR adalah nama kod kepada operasi menyelamatkan lima orang anggota polis yang telah diculik. Disebabkan oleh campur tangan unsur-unsur politik, operasi tersebut dianggap kurang berjaya. Dengan adanya penglibatan kuasa politik, operasi tersebut diketuai oleh Ketua Polis Sementara, Sean Lau (Aaron Kwok) lalu memberikannya peluang untuk mencapai pangkat tertinggi dalam pasukan polis.

Ia turut menjejaskan kerjaya dan kedudukan Timbalan Ketua Polis, Waise Lee (Tony Leung Ka Fai). Joe Lee (Eddie Peng Yu Yan), anak lelaki Waise dan suspek tunggal dalam konspirasi tersebut diculik dan ditawan. Selain daripada itu, van polis berteknologi canggih yang telah hilang semasa anggota polis diculik kekal sebagai kesengsaraan bagi pihak polis.

Namun begitu, sebelum kes tersebut ditutup, sebuah ancaman yang lebih besar muncul di hadapan Sean, Ketua Polis yang baru dilantik di mana isterinya telah diculik di khalayak ramai. Si penculik mengemukakan syaratnya iaitu Sean mesti melepaskan Joe dan sendiri menghantarkannya agar isterinya dibebaskan.

Tanpa sebarang pilihan, Sean terpaksa mempertaruhkan kerjayanya jika dia ingin menyelamatkan isterinya. Walaupun isterinya diselamatkan, Joe berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh seorang lelaki misteri. Sean mula menyedari bahawa Joe bukan bertindak berseorangan tetapi seseorang yang amat berkuasa merancangkan setiap langkah dan sentiasa mendahului tindakan polis.

Jawatankuasa Kehakiman memulakan prosiding pendakwaan terhadap Sean atas tuduhan salah guna kuasa. Salah seorang juri jawatankuasa ialah Osward Kan (Chow Yun Fat). Penasihat undang-undang senior dan ahli Lembaga Kehakiman yang berpengaruh besar ini telah menjadi faktor penting untuk menentukan nasib Sean. Tiada orang tahu sama ada dia seorang sahabat ataupun musuh. Musuh-musuh Sean di dalam pasukan polis yang ingin musnahkan kerjayanya berusaha mendapatkan Osward berdiri di pihak mereka.

Dengan adanya musuh-musuh dari jalanan hingga arena politik, dalang sebenar yang bersembunyi di dalam kegelapan mula melaksanakan rancangan utamanya.

Sequel to the blockbuster hit COLD WAR, the story continues where it left off in 2012 with Chow Yun Fatt joining the assembly of casts. Aaron Kwok reprising his role as DCP Sean Lau, who is now promoted to Commissioner of Police after the success of the ColdWar rescue operation. The main villain – who was briefly mentioned in the first film – returns to the scene to kidnap Sean's wife and daughter. Sean convinces former rival, the retired DCP of Operations officer Waise Lee (Tony Leung), to return to his post to help Sean solve the tricky kidnapping case.

Peraduan Premiere Filem COLD WAR 2

Sensasi Selebriti dengan kerjasama RAM Entertainment ingin menghadiahkan 40 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton filem COLD WAR 2 Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:4 Julai 2016 (Hari Isnin)

Masa Pendaftaran:8.00 malam

Tayangan Filem:9.00 malam

Tempat:GSC Pavilion KL

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere Filem Cold War 2 – Budiey.com di GSC Pavilion KL . Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #ColdWar2

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. 'Like' Facebook page Budiey Dot Com dan 'Follow' Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/RamEntertainmentMovie & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #ColdWar2 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan 2 pelakon filem Cold War 2

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton dan meramalkan filem COLD WAR 2 kerana – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere Filem COLD WAR 2 – Sensasi Selebriti

Tarikh tutup peraduan:

3 Julai 2016 (Hari Ahad)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada RAM Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/RamEntertainmentMovie dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel RAM Entertainment : www.youtube.com/RAMEntertainment

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

_ColdWar_TPoster_bomb_Tony_F_lo-re

_ColdWar_TPoster_bomb_Fat_F_lo-re

_ColdWar_TPoster_bomb_Aaron_F_lo-re

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

(Video Eksperimen Sosial) Apakah Reaksi dan Layanan Orang Ramai Terhadap Kanak-Kanak Gelandangan?

Sekiraya anda melihat seorang kanak-kanak bersendirian di khalayak ramai, apakah yang anda akan lakukan?

Inilah persoalan bagi eksperimen sosial yang dilakukan oleh pihak Unicef untuk melihat adakah orang ramai akan melayan kanak-anak kecil itu berdasarkan pemakaiannya.

Unicef, ataupun United Nations Children's Fund, memuat naik satu video di laman Facebook mereka semalam (28hb) akhirnya membuahkan hasil yang sangat mengejutkan.

Video tersebut kini telah ditonton sebanyak 3.2 juta netizen semenjak ia dimuatnaikkan dan menerima sebanyak 1.8 ribu jumlah komen dari orang ramai.

Pada mulanya eksperimen itu, seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang juga seorang pelakon bernama Anano dipakaikan dengan pakaian yang elok dan berdiri dikhalayak ramai. Eksperimen ini diadakan di Tbilisi, Ibu negara Georgia.

Tidak mengambil masa yang lama untuk orang ramai mula memberi perhatian dan mendekatinya bertanya adakah dia sesat.

Ada sesetengah mereka cuba untuk memegang dan menenangkan kanak-kanak tersebut.

Setelah itu, senario ditukar, kali ini Anano dipakaikan dengan pakaian seolah-olah dia adalah seorang kanak-kanak gelandangan dengan pakaian kotor, kesan-kesan kotor pada muka dan rambut.

Kali ini kita boleh melihat tiada seorang pun yang berhenti dan memberi perhatian walaupun dia berada di tempat yang sama pada senario sebelumnya.

Eksperimen diulangi lagi di sebuah restoran dan hasilnya tetap sama.

Orang ramai kelihatan mengalihkan beg mereka apabila "gelandangan" itu mendekati mereka seakan-akan dia seorang penyeluk saku.

Lebih teruk lagi, seorang lelaki dalam restoran tersebut memanggil pekerja retoran untuk menghalau dia keluar.

Tidak dapat menahan rasa sebak, sedih dan tertekan diperlakukan sebegitu, pelakon kanak-kanak itu secara emosi terus melulu keluar sambil menangis dari restoran berkenaan.

Setelah ditemuramah oleh kru-kru, dia menyatakan perasaannya ketika tidak dipedulikan dan ditolak tepi oleh mereka-mereka yang tidak dikenali. "Kerana wajah saya nampak kotor, pakaian saya kotor itulah yang membuat saya rasa sedih", katanya

"Tak tahu, mereka suruh saya pergi dari situ" tambahnya lagi.

Mendengar kata-kata dari kanak-kanak itu walaupun dia hanya sekadar berlakon sebagai seorang budak gelandangan seakan-akan merasa dan mengerti apakan perasaan kanak-kanak gelandangan sebenar. — Siakapkeli.my

Read more ...

3 lelaki ditahan kes buli jalan raya

Gara-gara berebut jalan, seorang pemandu lori berusia 29 tahun lebam di muka dan tangan akibat dipukul tiga lelaki dalam satu kes buli jalan raya di Persiaran Mokhtar Dahari, di Shah Alam semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata polis menerima maklumat kira-kira jam 7.18 pagi semalam mengenai seorang pemandu lori cedera akibat dipukul dengan sebatang besi oleh suspek yang menaiki sebuah van di persiaran itu.

Beliau berkata tiga suspek itu, bagaimanapun ditahan beberapa minit kemudian di sekitar Shah Alam.

"Hasil siasatan mendapati mangsa yang kini menerima rawatan di Hospital Besar Shah Alam dicederakan suspek kerana berebut jalan," katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp.

Shafien berkata polis merampas sebatang besi dan serangkai kunci lori milik mangsa daripada suspek berusia antara 23 dan 38 tahun, yang bekerja sebagai pemandu van sekitar Kuala Selangor.

Katanya ketiga-tiga mereka ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Pr osedur Jenayah.

Sementara itu, di Alor Setar, seorang wanita cedera parah selepas diragut ketika sedang menunggang motosikal di hadapan Bazar Ramadan Jalan Kuala Sungai, Alor Janggus semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata dalam kejadian pukul 1 petang itu, Nor Ruzanna Shamsudin, 25, sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Mergong dengan menunggang motosikal.

"Sampai di tempat kejadian, seorang lelaki yang menaiki motosikal telah meragut beg mangsa yang diletakkan di dalam bakul motosikal. Akibat itu, mangsa gagal mengawal motosikal dan terjatuh manakala suspek melarikan diri.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala turut luka di bahagian muka, kaki dan tangan telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan. 

- Bernama

Read more ...

Remaja kerat kaki Mek Som kena penjara 11 tahun

PASIR MAS: Seorang tukang rumah dikenakan hukuman penjara 11 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan cuba membunuh seorang warga emas, pada 19 Jun lalu.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *