Recent Post
Showing posts with label Kelakar. Show all posts
Showing posts with label Kelakar. Show all posts

Thursday, August 06, 2015

Hasta La Vista!!!! Majalah Lawak!!! Legenda Ujang & Apo? Sudah Berakhir

Buat kamu yang membesar dengan majalah lawak Ujang  dan Apo? pastinya terkesan apabila menerima berita ini bahawa Moy Publications selaku syarikat penerbitan bagi kedua-dua majalah ini menamatkan operasinya serta merta pada hari ini, 6 Ogos 2015.

Majalah Ujang yang membuat kemunculan pertamanya pada Tahun 1994 dan APO? pada 1 Disember 1998 telah ditamatkan operasinya berkuatkuasa pada petang Khamis ini.

Pengumuman ini dibuat melalui Facebook salah seorang dari krew Ujang iaitu Kartunis Lengkuas dengan statusnya seperti dibawah :

Status Lengkuas


Walau bagaimanapun, melalui status Facebook rasmi Ujang Moy Publications, tiada pengumuman dilakukan pada hari ini, status terakhir dikemaskini pada 5 Ogos pada jam 1:53 petang.

Screen Shot 2015-08-06 at 6.26.13 PM
Berita ini bagaikan memberi tamparan yang kuat kepada peminat-peminat majalah ini terutamanya yang mengenali hasil karya ini dari zaman sekolah lagi. Setelah lebih dari 20 tahun berada di pasaran, akhirnya syarikat penerbitan mengambil langkah yang boleh dikatakan drastik.Sebab dan punca penutupan syarikat penerbitan ini masih belum dikenalpasti.
Read more ...

Wednesday, August 05, 2015

Pengantin Perempuan Jadikan Nenek Yang Berusia 89 Tahun Sebagai Pengapit

Jika menjelang hari perkahwinan, sudah pastinya ramai yang memilih kawan-kawan rapat, adik beradik atau saudara mara sebagai pengapit atau pengiring pengantin di hari perkahwinan. Tetapi hal ini berbeza dengan Christine Quinn.

Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Christine Quinn menjadikan neneknya yang berusia 89 tahun sebagai pengapit di hari bahagianya. Nenek tersebut bernama Nana Betty tidak menjangka akan hal ini.

1.grandma-bridesmaid-89-years-old-nana-betty-5


Selepas Quinn melamar neneknya sebagai pengapit, beberapa bulan kemudian majlis perkahwinan Christine Quinn berlansung , siapa sangka Nana Betty mampu menjadikan majlis perkahwinan tersebut meriah.

"Dia berada disepanjang masa majlis  perkahwinan. Ramai yang terhibur dengan kata-katanya. Kata-kata yang penuh dengan hikmah dan komen-komen yang lucu sepanjang hari", ujar Quinn kepada Huffpost.

2.grandma-bridesmaid-89-years-old-nana-betty-6


Paling meriah, apabila Nana Betty turut menari-nari bersama nenek kepada suami Quinn iaitu Bellsie. Mengenang peristiwa sewaktu Christine meminta neneknya menjadi pengiring, Nana Betty bertanya lebih dari 10 kali, "Kamu pasti? Mengapa kamu mahukan orang tua dimajlis perkahwinan (menjadi pengiring pengantin) kamu?".

3.grandma-bridesmaid-89-years-old-nana-betty-3


"Nenek seorang yang kelakar dan semua orang menyukainya", ujar Quinn. Nana juga turut memberitahu Christine, "Saya berasa muda pada hari ini. Semua orang akan mengalami peningkatan usia, tapi tidak semestinya kita perlu berasa tua".

4.grandma-bridesmaid-89-years-old-nana-betty-7


Buat anda yang masih belum berkahwin dan merancang untuk majlis hari bahagia nanti, sudah dapat idea baru untuk pengiring pengantin nanti?
Read more ...

Monday, August 03, 2015

Terhantar Gambar Lucah Di Forum Line, Wartawan Dipecat



SEORANG wartawan televisyen Jepun di Thailand dipecat selepas tersilap menghantar mesej lucah di sebuah forum dalam aplikasi mesej Line.

Apa yang 'mengharukan', forum tersebut dibentuk oleh Kementerian Luar Negeri Thailand khusus untuk para wartawan asing yang bekerja di negara tersebut.

"Kami meminta maaf kepada Kementerian Luar Negeri Thailand dan kesemua yang terlibat," ujar jurucakap Asahi selepas syarikat tersebut diminta memberikan penjelasan terhadap gambar yang dimuatnaik oleh wartawan penyiaran mereka pada malam Isnin lalu.

Media Jepun melaporkan, wartawan berusia 40an terbabit sebenarnya mahu mengirim gambar lucah berupa alat kelaminnya itu kepada seorang kenalan wanita namun tersilap lalu diterima oleh lebih 150 wartawan yang berada dalam forum Line tersebut.

Sebaik menyedari kesilapannya wartawan yang dipetik The Bangkok Post bernama Jin Morimoto itu segera meninggalkan forum tersebut namun segalanya sudah terlambat.

Beberapa peserta forum bertanya apa sudah berlaku dan ada antaranya memuatnaik ikon 'muntah'.
Wakil Kementerian yang berada dalam forum tersebut pula memberi respon, tindakan akan diambil walaupun si polan terbabit sudah meninggalkan forum kerana ia sepatutnya digunakan untuk tujuan rasmi sahaja. – MYNEWSHUB.CC
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *