Recent Post

Wednesday, December 16, 2015

PDRM, Peguam Negara masih bincang kertas siasatan Dr Mahathir

Polis masih berbincang dengan Jabatan Peguam Negara berhubung kertas siasatan melibatkan Tun Dr Mahathir Mohammad yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah semasa Perhimpunan Bersih 4 Ogos.
Read more ...

Senarai Nama-Nama Bayi Paling Popular Untuk Tahun 2015

Tetapi nama yang diberikan haruslah mempunyai maksud yang baik.

Memilih nama bayi mungkin lebih sulit dibandingkan dengan persiapan lain, kerana nama akan terus melekat pada diri anak, dan tentu kita ingin memberikan yang terbaik untuknya.

Sepanjang tahun 2015, pelbagai nama bayi menjadi viral atas dasar keunikan pilihan ibu bapanya. Kami kongsikan antara nama-nama popular tahun 2015 untuk anda.

Muhammad dan Nur adalah nama yang paling popular bagi masing-masing lelaki dan perempuan bagi setiap tahun.

NAMA BAYI LELAKI PALING POPULAR

  • Muhammad
  • Ahmad
  • Amar
  • Adam
  • Ethan
  • Umar
  • Aqil
  • Danish
  • Izz
  • Aidan
  • Aish
  • Jayden
  • Abdul
  • Hud
  • Daniel
  • Noah
  • Lucas
  • Mikhail
  • Amsyar
  • Yusuf
  • Firash
  • Emir
  • Iman
  • Dani
  • Amir
  • NAMA BAYI PEREMPUAN PALING POPULAR

  • Zara
  • Puteri
  • Nurul
  • Sophia
  • Sara
  • Dhia
  • Ayla
  • Nayla
  • Arianna
  • Keisha
  • Ainul
  • Ayra
  • Alicia
  • Kayla
  • Olivia
  • Amy
  • Maryam
  • Izz
  • Bella
  • Adelia
  • Ini adalah nama-nama yang popular bagi tahun 2015.

    Ada juga yang mempunyai ejaan yang agak unik, tetapi dasar sebutannya adalah sama, seperti contoh ejaan Yusuf menjadi Heusaff dan Nurul menjadi Nouerul.

    Read more ...

    Saya Pun Bergurau Juga, Cuma Orang Tak Faham & Wajah Serius Sangat- Jamal Abdillah

    Akhirnya Datuk Jamal Abdillah telah tampil untuk memberikan penjelasan tentang kontroversi yang terjadi antaranya dengan Nabil Ahmad ketika konsert akhir Gegar Vaganza 2. Rata-rata peminat mengkritik beliau kerana dilihat terlalu serius dan tidak boleh dibawa bergurau ketika Nabil membuat lawak tentang dirinya. Kata-kata Datuk Jamal Abdilllah "Astro bayar aku mahal-mahal bukan untuk jadi bahan lawak kau" masih terngiang-ngiang di telinga para penonton GV2 malam itu.

    nabil ahmad

    Rupa-rupanya Jamal Abdillah turut sama berlawak cuma ia dilakukan dengan wajah yang serius sehingga ramai yang tersalah faham. Kata Jamal Abdillah:-

    Jangan terus hentam, Nabil hanya membuat kerja dia iaitu menghiburkan orang. Kita kena faham tugas dia bukan sesuatu yang mudah untuk buat orang ketawa dan terhibur.

    Dia hanya bergurau dan saya juga membalas kata-kata dia juga dengan gurauan. Bagaimanapun, oleh sebab 'Jamal Abdillah' ini bergurau dengan wajah yang serius, orang anggap saya marahkan Nabil. Sebenarnya, saya langsung tak marah, malah membalas kata-kata Nabil juga dengan niat untuk bergurau semata-mata.

    Nampaknya, orang kurang faham dengan apa yang saya 'guraukan' itu dan membuat tanggapan bahawa saya marahkan Nabil. Saya berharap dengan penjelasan ini, tidak membuatkan orang marahkan Nabil lagi.

    nabil ahmad

    Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak yang salah faham akan jelas dan tidak lagi buruk sangka terhadap Datuk Jamal Abdillah mahupun Nabil Ahmad. Biasalah kadangkala memang ada manusia yang bergurau dengan wajah yang serius. Orang kata gurau kasar. Salah seorangnya daripadanya adalah Datuk Jamal Abdillah. Semoga tahun depan Datuk Jamal akan memeriahkan lagi Gegar Vaganza 3. Seronok juga mendengar komen daripada otai. Sumber Utusan Malaysia.

    PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
    Read more ...

    ISU NABIL - JAMAL ABDILLAH NAFI 'POYO', CUMA BERGURAU

    "Dia hanya bergurau dan saya juga balas dengan gurauan. Bagaimanapun, disebabkan saya bergurau dengan wajah yang serius, orang anggap saya marahkan Nabil.

    "Sebenarnya, saya langsung tak marah, malah membalas kata-kata Nabil dengan niat untuk bergurau semata-mata," ujar Jamal Abdillah berbuka mulut setelah beberapa hari mendiamkan diri.

    Bagaimanapun, disebabkan tidak mahu orang salah tafsir terhadap dirinya, Jamal akhirnya tampil membetulkan kekeliruan itu. Dakwanya, dia bukan marah pada Nabil Ahmad selaku pengacara Gegar Vaganza 2... tetapi membalas dengan gurauan.

    "Nampaknya, orang kurang faham dengan apa yang saya guraukan itu dan membuat tanggapan bahawa saya marahkan Nabil. Saya berhara p dengan penjelasan ini, orang tidak salah faham lagi.

    "Jangan terus hentam, Nabil hanya membuat kerja dia iaitu menghiburkan orang. Kita kena faham tugas dia bukan sesuatu yang mudah untuk buat orang ketawa dan terhibur," tambah Jamal dipetik sebagai berkata

    Untuk info, kontroversi tercetus gara-gara wajah Jamal yang agak serius ketika diusik oleh Nabil hingga membuat peminat mereka berdua saling berbalah. Malah kata-kata Jamal iaitu: "Saya dibayar Astro mahal-mahal bukan untuk menjadi bahan lawak awak" membuat peminat Nabil jadi tersinggung.

    Sehubungan itu, ada yang menyokong Nabil dan ada juga yang menyokong Jamal mendakwa pelawak itu 'menjatuhkan maruah orang' hingga membuat laman sosial menjadi hangat.

    M oga dengan penjelasan tersebut, kita semua dapat memahami hakikat sebenar tentang apa yang berlaku. Bak kata pepatah, buang yang keruh... ambil yang jernih. Tak gitu?

             ________________________

    FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

    TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

    Read more ...

    Bruce Dean Dargus Nama Anak Kedua Betty Banafe

    Pelakon wanita Betty Banafe telah selamat melahirkan anak keduanya iaitu bayi lelaki di Hospital Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada jam 3 pagi semalam.

    Anak keduanya dinamakan Bruce Dean Dargus dilahirkan secara normal dan seberat 3.3kg yang begitu comel.

    Perkhabaran gembira ini, Betty kongsikan menerusi laman Instagram miliknya dengan penuh rasa syukur.

    Kini anak sulungnya , Julia Claire Dargus dah mempunyai adik baru yang boleh bermain bersama.

    Betty berkahwin dengan suaminyaBruce Dargus pada 8 Disember 2012. Tahniah daripada portal Murai.

    Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Rabu, 16 Dis 2015 

     

    Read more ...

    Travel Review Hotel Amari Dhaka

    Terletak di kawasan berdekatan kedutaan-kedutaan utama di kota Dhaka, ibu negara Bangladesh, hotel Amari Dhaka merupakan sebuah hotel bertaraf lima bintang yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.

    Sebagai salah satu hotel terbaru di negara tersebut, Amari Dhaka nampaknya tidak ada masalah untuk membuktikan yang mereka boleh mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya. Lagipun, jenama Amari merupakan salah satu jenama hotel yang sangat popular di bawah kumpulan hotel mewah Amari yang berasal dari Thailand.

    Untitled

    TMempunyai lokasi yang strategik di Dhaka, hotel ini mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sering dilewati kenderaan awam kota Dhaka seperti beca, tuk tuk dan teksi. Diperhebatkan lagi dengan senireka bangunan hotelnya yang moden, pasti ramai yang sukakan senireka bentuk hotel berprestij ini. Dari jauh lagi ia sudah kelihatan seperti sebuah kondominium mewah.

    Berbekalkan 134 bilik yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan salah satu tasik terkenal kota Dhaka yang tidak kurang hebatnya.

    Seperti kebanyakan hotel yang mempunyai bilik-bilik tingkat eksekutif, para tetamu di bilik-bilik tersebut juga mempunyai kemudahan untuk menggunakan lounge khas buat aktiviti tertentu. Biliknya juga mempunyai kemudahan wi-fi buat tamu yang ingin melayari internet.

    Amari Dhaka juga mempunyai sebuah gimnasium, dan sebuah kolam renang untuk beriadah dan menenangkan diri. Ini diserikan lagi dengan beberapa tempat untuk menjamu selera seperti Amaya Food gallery dan Cascade yang menyajikan hidangan terbaik di samping Deck 41 bagi yang ingin menikmati minuman di tepian kolam renang sambil menghayati pemandangan matahari terbenam.

    Ia juga mempunyai bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga dewan utama untuk mengadakan majlis besar-besaran seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya.

    Lebih memudahkan lagi ia tidaklah terlalu jauh dari lapangan terbang Antarabangsa Dhaka serta kawasan membeli-belah dan pelancongan. Andai tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Amari Dhaka di Dhaka, kerana ia benar-benar strategik dan berbaloi!

    Untitled

    Untitled

    Untitled

    Untitled

    Untitled

    Amari Dhaka memang istimewa dan selesaoleh Shah Shamshiri

    Komen via Facebook

    Komen

    — 197 Bacaan
    Read more ...

    ‘Problem’ ERL: Tak adil salahkan Tun M sahaja

    image (4)

    SHAH ALAM – Penganalisis politik berpendapat tidak adil untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan kesalahan terhadap kepimpinan terdahulu dalam soal kenaikan kadar tambang pengangkutan awam seperti Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) yang diumumkan baru-baru ini.

    Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, kerajaan hakikatnya mampu mengawal harga pengangkutan awam di negara ini.

    "ERL ini isu sekarang, bukan soal pemimpin terdahulu. Perkara ini diluluskan oleh Kabinet maka kerajaan mampu kawal naik harga atau tidak.

    "Rakyat akan melihat kenaikan ini berlaku pada pemerintahan Datuk Seri Najib kerana ia berlaku sekarang. Kalau harga naik turun, barang naik pun berlaku zaman sekarang. Orang akan melihat zaman dia juga," katanya kepada Sinar Online.

    Najib dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno berkata, masalah perjanjian konsesi yang disifatkan berat sebelah itu hanya legasi yang diterima daripada pemerintah sebelum ini.

    ERL mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 kepada RM55 bagi tiket sehala KL Sentral ke KLIA/klia2 berkuatkuasa 1 Jan tahun depan menerima pelbagai reaksi kurang senang daripada rakyat,

    Menurut Azizuddin, beliau bimbang kenaikan demi kenaikan kadar tambang akan menyebabkan rakyat kembali menggunakan kenderaan sendiri hingga mengundang kesesakan di bandar.

    "Projek ini asalnya memang untuk kebaikan rakyat dan perancangan dasar itu pula memang daripada pemimpin dahulu tapi kerajaan ada kuasa tentukan kadar harga yang relevan.

    "Jadi, nak salahkan keseluruhannya kepada kepimpinan sebelum ini, tidak adil bagi pandangan saya. Sebab keputusan (kenaikan) itu dibuat sekarang," katanya.

    Sementara, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, meskipun tidak dapat dinafikan masalah itu memang diwarisi daripada pemerintahan terdahulu, namun Najib juga perlu sedar bahawa menjadi tanggungjawabnya untuk menyelesaikan perkara itu.

    "Kita tidak nafikan bahawa Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) juga bukan pemimpin yang sempurna. Beliau juga banyak lakukan kesilapan dan kesalahan dari segi politik, ekonomi juga beberapa dasar lain termasuk berkaitan sistem pengangkutan negara.

    "Jadi, beban daripada masalah itu tidak dapat dinafikan memang diwarisi pemimpin kemudian tetapi pada waktu yang sama, menjadi tugas dan tanggungjawab pemimpin yang mengambil alih kuasa itu untuk selesaikan masalah yang ada…yang diwarisi itu," katanya.

    Katanya lagi, perkara sama akan berlaku apabila zaman pemerintahan Najib berlalu, pemerintahan akan mengambil alih kepimpinan itu bakal 'membersihkan' segala masalah yang wujud ketika ini.

    "Jadi, setiap kepimpinan itu ada masalah, ada isu, ada skandalnya. Dalam konteks Malaysia ini, setiap pemimpin, setiap zaman ada skandal kecil dan besar. Lebih-lebih lagi melibatkan skandal kewangan. Skandal ini tidak harus diletakkan atas bahu rakyat untuk memikulnya.

    "Jadi, sedaya upaya, menjadi tugas dan tanggungjawab pemimpin yang memerintah untuk memastikan bahawa rakyat terus tidak terbeban dari segi ekonomi, kos sara hidup kerana itu merupakan salah satu faktor utama yang akan menentukan hidup matinya seorang pemimpin dan kepimpinan itu," katanya.

    Dalam pada itu, katanya, kenyataan Najib yang seolah-olah menuding jari kepada Tun Mahathir itu mungkin sedikit sebanyak  dapat meredakan kemarahan rakyat dan membuatkan rakyat berfikir.

    "Rakyat akan fikir, 'betul juga. Najib hanya mewarisi masalah itu dari pemimpin terdahulu dan tidak adil menyalahkan beliau'. Tapi harus diingat pada masa sama, ada pelbagai isu lain yang membelenggu beliau sebagai perdana menteri sehingga rating populariti beliau terjejas teruk di mata rakyat.

    "Apa pun, beliau perlu terus berusaha tangani masalah yang ada sekarang tapi saya fikir, untuk adil kepada beliau, beliau telah mengumumkan beberapa langkah dengan memberikan diskaun kepada golongan sasar tertentu. Ini merupakan satu tindakan bijak memperlihatkan beliau seolah-olah prihatin dan mendengar rungutan rakyat di peringkat akar umbi," katanya.

    Berita berkaitan:

    Bayi terselamat dalam kemalangan empat kenderaan

    Sindiket Hasilkan Dokumen Palsu Tumpas

    Kenduri kahwin bertukar majlis tahlil

    Harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter mulai esok

    Komen

    comments

    Read more ...

    'Saya Dikurung & Dipaksa Bayar RM10,000'

    Muhammad Yusuf Azmi (kiri) menyaksikan pengembalian wang oleh jurujual kepada mangsa, Dipres Nasution Mohd Arifin selepas menerima aduan penipuan di Kompleks Kota Raya, Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR - Seorang pemuda dikurung dalam sebuah bilik selama empat jam oleh beberapa lelaki yang tidak dikenali kerana tidak mahu meneruskan pembelian empat telefon bimbit di sebuah kedai yang tiba-tiba mencecah RM10,000 berbanding harga asal yang dipersetujui, RM800, lapor Utusan Malaysia. Mangsa, Dipres Nasution Mohd. Arifin, 28, berkata, dia pada awalnya berminat untuk membeli empat telefon bimbit kerana tertarik dengan tawaran penjual tersebut yang setiap satu telefon bimbit itu berharga RM200.  Malangnya selepas membuat pembayaran, penjual terbabit enggan menyerahkan telefon bimbit yang dibeli dan mengarahkan mangsa masuk ke sebuah bilik kecil di sebuah premis lain yang berhampiran.  "Setelah menunggu selama kira-kira sejam di dalam bilik itu, seorang lelaki lain datang membawa bil dan apabila melihat bil tersebut, saya terkejut kerana harga pembelian telefon bimbit mencecah RM10,000. Saya bertanya kepada lelaki itu, kenapa harganya lain daripada yang dipersetujui iaitu RM800 tetapi dia memberi pelbagai alasan. "Saya terkejut dan mempersoalkan proses awal pembelian. Apabila saya ingin membatalkan semula pembelian itu dan menuntut kembali wang sebanyak RM800 itu, mereka enggan mengembalikannya malah mengugut yang nama saya akan di senaraihitamkan oleh jenama telefon tersebut. "Lelaki itu memaksa saya keluarkan duit dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM), saya katakan hanya mempunyai RM5,000 sahaja dan jumlah itu tidak cukup untuk menjelaskan harga semua telefon bimbit tersebut. Selagi tidak bayar, saya tidak akan dilepaskan. "Setelah mendapati akaun saya benar-benar tidak mempunyai wang yang cukup, dia akhirnya bersetuju menerima RM5,000 untuk empat telefon bimbit malangnya jenis telefon bimbit yang diserahkan kepada saya tidak sama dengan pilihan asal," katanya. Mangsa terus membuat aduan pada beberapa agensi yang bertanggungjawab termasuk KPDNKK, namun tiada sebarang tindakan yang diambil menyebabkan mangsa melaporkan perkara itu pada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).  Berikutan itu, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi, membuat serbuan di Kompleks Kota Raya, semalam.  Menurut Yusuf, beliau percaya wujudnya rangkaian yang dijalankan oleh pihak-pihak terbabit di kompleks itu untuk melakukan penipuan terhadap pelanggan.  "Dalam serbuan itu, kita dapati banyak kedai yang menjual telefon bimbit tiruan pada harga yang mahal. Sebanyak RM11,900 berjaya dituntut semula dari beberapa pemilik premis perniagaan berkenaan dengan melibatkan tujuh mangsa," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

    Read more ...

    Vape : Individu Pertama Didakwa di Mahkamah

    KOTA BHARU, 15 Dis  - Seorang peniaga berusia 27 tahun menjadi individu pertama di Kelantan yang didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu berikutan kesalahan yang membabitkan penjualan cecair vape.

    Muhd Azahar Safie bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

    Muhd Azahar didakwa memiliki cecair racun jenis nikotin sebanyak 518 milimiter di sebuah premis di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini pada 11.15 malam pada 5 November lalu.

    Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952.

    Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

    Berikutan penafian oleh tertuduh, kes ditangguh pada tarikh sebutan semula pada 14 Januari depan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000. - Siakapkeli.my

    Read more ...

    Kelewatan penyerahan laporan Ketua Audit mengenai 1MDB kepada PAC

    Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak akan menerima laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB seperti yang dijadualkan Khamis ini.

    Malaysiakini difahamkan kelewatan itu adalah atas permintaan dari Ketua Audit Negara.

    PAC dijadual bermesyuarat pada hari Jumaat (18 Disember) di mana ia mungkin dapat memberi bayangan bila laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akan diserahkan kepada PAC.

    Pengerusi PAC Datuk Hasan Ariffin enggan mengulas mengenai perkara itu.

    "Kami akan keluarkan kenyataan akhbar, mungkin esok atau Khamis," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

    Sebelum ini, Hasan telah berkata PAC akan menerima laporan pada 17 Disember

    PAC telah menerima laporan awal Ketua Audit Negara mengenai 1MDB pada 9 Julai tetapi ia tidak akan didedahkan kepada umum sebelum dibentangkan ke Parlimen.

    Pendengaran PAC terhadap 1MDB terganggu apabila pengerusi ketika itu, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan tiga anggota PAC dari BN telah dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam rombakan kabinet Julai lalu.

    Selepas tiga bulan, Hasan, yang merupakan ahli Parlimen Rompin, telah dilantik sebagai pengerusi baru PAC dan kekosongan anggota jawatankuasa itu turut diisi.

    Berikutan itu, PAC menyambung semula siasatan terhadap 1MDB yang bergelut untuk membayar balik hutangnya AS$11 bilion, di tengah-tengah dakwaan berlaku penyelewengan.

    [Baca berita penuh]

    Read more ...

    KimK Makan Uri Sendiri, Elak Stress

    Kim Kardashian atau KimK dan suaminya Kanye West baru saja menimang anak kedua, Saint West pada 5 Disember, Sabtu lalu.  Baru-baru ini, KimK, 35, mendedahkan bahawa dia memakan urinya sendiri untuk mengelakkan dirinya stress selepas bersalin.  Dakwanya, dengan amalan pemakanan uri sendiri itu menjadikan tubuhnya kekal sihat dan bertenaga. KimK mengakui dia mula mengamalkan pemakanan uri sendiri ini semenjak kelahiran anak pertamanya, North West. Amalan yang menjijikkan itu juga turut diamalkan beberapa selebriti Hollywood seperti January Jones dan Kim Zolciak, katanya.  Bagaimanapun KimK menjelaskan bahawa uri yang dimakan itu bukan dalam bentuk organ mentah, mahupun dimasak sebelum di makan, tetapi urinya ditukarkan menjadi pil dalam bentuk kapsul.  Jelas KimK lagi, jika amalan memakan uri itu tidak mendatangkan kebaikan pada dirinya, sudah pasti beliau tidak akan memakannya. Sebaliknya, amalan itu berkesan dan membawa perubahan yang amat ketara pada kesihatannya. - THEHYPEMEDIA.COM

    Read more ...

    Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 diluluskan

    KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 diluluskan di Dewan Negara malam ini selepas hangat dibahaskan sejak 7 Disember lalu.
    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *