Recent Post

Tuesday, August 18, 2015

Polis Thai Sebarkan Rakaman CCTV Suspek Pengebom di Bangkok

Berikutan Polis Thai ada menyebarkan rakaman CCTV kejadian pengeboman di Erawan Shrine, kelihatan kelibat suspek berjalan ke berhala bersama dengan beg sandang. Kemudian, terus pergi meninggalkan tempat kejadian tanpa beg sandang yang dibawa bersama beberapa detik sebelum kejadian letupan yang mengorbankan 21 nyawa dan lebih 120 cedera.

Imej dari CCTV menunjukkan, seorang lelaki sedang membawa beg sandang berhampiran dengan Erawan Shrine berdekatan dengan daerah popular Ratchaprasong. Suspek berkenaan meninggalkan tempat kejadian 15 minit sebelum letupan.

Ketua Junta Thai iaitu Prayut Chan-O-Cha berkata suspek memakai baju T berwana kuning dan cermin mata berbingkai tebal dipercayai  dari kumpulan anti kerajaan yang berpengkalan di Utara-Selatan Thai.

Sambil menyifatkan, serangan bom ini merupakan yang terburuk dalam negara. "Hari ini suspek muncul didalam CCTV tetapi imej tidak jelas.. kami sedang mencari lelaki ini", ujarnya kepada AFP.

Read more ...

Ketua Komplot Guling PM Takut Tengok Wartawan?

PASTI ramai yang tertanya-tanya apakah terjadi pada pertemuan ketua komplot guling kerajaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sepatutnya berlangsung jam 6 petang pada Ahad kelmarin?

Ini kerana tiada sebarang kelibat mana-mana individu politikus dilihat mengadakan pertemuan dengan Najib pada hari tersebut ketika waktu dinyatakan itu, lantas timbul pelbagai andaian konon ini hanya 'gempak' sahaja lebih.

Namun ini jawapan berterus terang apabila wartawan cuba 'korek' sendiri daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sewaktu sidang akhbar selepas satu mesyuarat rasmi di Putrajaya petang Selasa.

Untuk rekod, Naib Presiden UMNO itu sendiri mendedahkan komplot yang cukup mengejutkan pelbagai pihak tersebut ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Tahunan Bahagian Ampang, Selangor pada Sabtu lalu.

"Saya ingin menyatakan bahawa perjumpaan 'orang tertentu' dengan Perdana Menteri yang sepatutnya diadakan pada jam 6 petang hari Ahad lalu telah dibatalkan atas permintaan daripada individu tersebut sendiri.

Ditanya adakah orang itu memberi sebab kenapakah ia tiba-tiba sahaja boleh membatalkan pertemuan besar itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri memberi jawapan: "Ada. Sebab ramai wartawan 'tunggu' dia!"

Beliau seterusnya menjelaskan kehadiran ramai wartawan berkumpul di kediaman peribadi Perdana Menteri di Jalan Duta, Kuala Lumpur dan kediaman rasmi di Seri Perdana, Putrajaya untuk melihat siapakah orang itu.

"Maka atas permintaan individu itu sendiri, maka temu janji tersebut telah dibatalkan," ujar Ahmad Zahid yang kemudian menambah, pertemuan tertutup antara orang itu dengan Najib pasti akan diadakan kemudian.

Bagaimanapun beliau tidak tahu bilakah pertemuan yang baharu akan diadakan. Ada wartawan bertanya kenapakah polis tidak tahan terus orang yang mengetuai komplot dan kebetulan mahu jumpa Perdana Menteri?

Ahmad Zahid segera menjawab: "Ada laporan telah dibuat kepada pihak polis sebagaimana telah dinyatakan oleh Ketua Polis Negara semalam dan prosesnya ialah apabila laporan telah dibuat, maka siasatan perlu dilakukan.

Ini bermakna secara logiknya apabila ada kertas siasatan yang telah dibuka oleh pihak polis dan siap, ia seperti biasa akan diserahkan pula kepada pejabat Jabatan Peguam Negara untuk tindakan pertuduhan seterusnya.

"Dalam hal ini, saya ingin menyatakan bahawa saya telah menyerahkan seluruh maklumat itu kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dan turut bagi kepada pihak Peguam Negara untuk membuka kertas pertuduhan."

Ditanya pula berapa ramaikah sebenarnya mereka yang terlibat dalam komplot jahat tersebut, beliau sekadar berkata, "Itu kena tanya sendiri pihak polis setelah proses siasatan sepenuhnya selesai mereka lakukan."

Mengenai desakan badan tertentu agar beliau mendedahkan sahaja nama mereka, Ahmad Zahid berkata, "Saya tidak boleh dedah nama mereka sebab jika didedahkan, maka ia akan menjejaskan proses siasatan polis pula.

"Tetapi saya ingin menyatakan tidak ada seorang pun daripada 20 nama Ahli Parlimen BN sebagaimana terpapar di dalam blog tertentu pada Isnin yang telah didekati untuk 'dibeli' bagi menandatangani akuan bersumpah itu.

"Saya malah ingin mengesahkan bahawa tidak ada seorang pun daripada 20 orang wakil rakyat itu yang telah menandatangani akuan bersumpah berkenaan. Oleh sebab itu 'bersihkanlah' nama mereka."

Ditanya pula mengenai cakap-cakap spekulasi yang tersebar kononnya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ialah salah seorang anggota komplot tersebut, ini adalah jawapan Ahmad Zahid:

"Saya serahkan kepada pihak polis untuk mengenal pasti dan melakukan siasatan." – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Komen

comments

Read more ...

aku ditumbuk dan ditendang sebelum dir0g0l beramai-ramai

SUNGAI PETANI – Seorang remaja berdepan detik cemas apabila dicabul dan dirogol sekumpulan remaja dalam kejadian di Bandar Amanjaya, 12 Ogos lalu.

Mangsa yang dipercayai berusia 17 tahun mendakwa ditarik menaiki motosikal bersama empat rakan perempuan dengan menggunakan dua motosikal dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam.

Sampai ke satu lokasi, mangsa cuba untuk terjun dari motosikal terbabit, namun dipaksa naik semula sehingga dibawa ke suatu kawasan belukar dekat Amanjaya.

Dia dikatakan ditumbuk dan ditendang sebelum seorang rakan wanita menghubungi rakan remaja lelaki yang kemudian tiba ke lokasi bersama empat orang kesemuanya.

Mangsa yang ditutup matanya cuba melawan dan bergelut, namun dicabul dan dirogol sebelum diugut gambarnya akan disebarkan di laman sosial sekiranya mendedahkan kejadian itu.

Selepas kejadian, dia dihantar ke rumahnya semula dan menceritakan kejadian kepada ibunya yang kemudian membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Mohd Sabri Muhammad berkata, polis menjalankan siasatan selepas menerima laporan pengadu.

Menurutnya, setakat ini empat remaja lelaki dan empat remaja perempuan ditahan reman sehingga 18 Ogos 2015 bagi membantu siasatan.

"Kesemua suspek berusia lingkungan antara 16 hingga 18 tahun dan motif kejadian masih dalam siasatan.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera, Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

Read more ...

Zara Kantoikan Datuk Reezal, Dah Main Tak Nak Bayar

Selepas mendedahkan identiti seorang individu bergelar Datuk, suami kepada seorang penyampai radio IKIM, yang masih berhutang ribuan ringgit, Zara sekali lagi mendedahkan identiti seorang lagi Datuk yang juga berhutang dengannya. Lapor MYNEWSHUB, individu yang bergelar Datuk Reezal yang masih berstatus bujang itu telah mengugut Zara walaupun masih berhutang dengan gadis itu. Tidak gentar dengan ugutan Datuk Reezal, Zara mendedahkan gambar dan perbualan mereka di laman The Diary of Black Widow. Datuk Reezal juga dikatakan pernah mengunjungi kediaman Zara dan Zara mempunyai bukti berdasarkan rakaman CCTV di kawasan kejiranannya. *AMARAN: Perbualan yang menjijikkan ini tidak sesuai dibaca oleh golongan bawah umur. Bacaan 25 tahun ke atas sahaja.  Petikan dibawah ini adalah kata-kata dari Zara sendiri.

Lets meet the next old focker ! Dato' Reezal.. Claimed still single (tak tahu la betul ke tak)

Korang boleh baca sendiri conversation dia dengan zara.. And one more, dia pernah ugut zara juga ye...

Dia berhutang dengan kita, dia pula yang ugut kita... Nak bawa polis datang rumah zara.. kononnya nak takutkan zara la..

Orang2 macam ni lah yang salah guna kuasa.. Mentang2 ada 'dato', main seru je polis tu kan..

Entah berapa ramai dah perempuan yang dia tipu...

***Remember dato, i still have the video from my condo surveillance camera..the day u come to my house.. Remember ???

I still belum terima my 5k hutang seperti yang u janjikan. and 500 tips yang kononnya u nak bg tu.. 

Read more ...

HAMPIR DICULIK LANUN - WAN RAJA BAKAL BERGELAR BAPA

Siapa sangka, perancangan bulan madu, tidak sentiasa penuh dengan pengalaman manis dan menyeronokkan. Ada juga pasangan yang terpaksa mengalami pengalaman mengerikan dan ini diakui sendiri oleh pasangan Wan Raja, 38, dan Yaya Maembong ketika sedang berbulan madu di Pulau Mabul, Samporna, Sabah pada Februari lalu.

Menurut Wan Raja, perkara tersebut berlaku selepas ramai penduduk di pulau itu mengambil gambar mereka yang dikenali sebagai pelakon dan perkara itu sampai ke pengetahuan lanun.

Klik gambar untuk size besar

"Pada hari terakhir kami di sana ramai polis meronda mengawasi kawasan pulau itu, saya ada bertanya dengan beberapa kawan di kalangan pegawai polis dan mereka beritahu bahawa mendapat maklumat ten tang serangan lanun. Mereka juga mengesyaki lanun-lanun tersebut sedang mencari saya dan isteri kerana mendapat tahu kami artis

"Walaupun kami tidak popular tapi kami difahamkan lanun tersebut ingin cuba mengambil peluang untuk mendapat perhatian besar apabila menculik kami," ujar Wan dipetik sebagai berkata.

Disebabkan itu, dia dan isteri mengambil keputusan untuk menamatkan bulan madu mereka lebih awal bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Pelakon drama bersiri 'Teman Lelaki Upahan' itu turut mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa yang berusaha membanteras jenayah lanun di pulau pelancongan tersebut.

Dalam pada itu, pasangan ini bakal menimang cahaya mata nanti kerana kini Yaya disahkan mengandung enam minggu.

Tahniah kami ucapkan!

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Gerombolan pelajar bergasak

hmkk@hmetro.com.my

Sandakan: Pergaduhan dua kumpulan dipercayai pelajar sekolah sehingga ke jalan raya mencetuskan panik orang ramai dalam kejadian di tengah bandar ini berhampiran terminal bas, di sini, Jumaat lalu.

Difahamkan, lebih 50 pelajar terbabit dalam pergaduhan itu yang berlaku kira-kira jam 2 petang sebelum gambar pergaduhan terbabit menjadi 'viral' di laman sosial.

Susulan kejadian itu juga, beberapa orang awam yang ingin menaiki bas turut beredar dari kawasan berkenaan kerana bimbang mereka akan turut dicederakan.

Seorang saksi, Aminah Haris, 40, berkata, ketika kejadian, dia bersama seorang cucu perempuan ingin menaiki bas berhampiran lokasi terbabit.

Menurutnya, dia amat terkejut apabila aksi tendang-menendang tiba-tiba dilakukan beberapa pelajar bersebelahan bas yang ingin dinaikinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Read more ...

Guling kerajaan: Ahli Parlimen BN nafi terlibat, digesa buat deklarasi terbuka

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli Parlimen yang dikaitkan dengan komplot menggulingkan kerajaan membabitkan 20 pemimpin BN seperti dalam senarai yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp pada Isnin tampil membuat penafian.

Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin semalam melahirkan rasa kesal dengan tuduhan yang mengaitkan beliau antara pemimpin UMNO yang didakwa terbabit dalam gerakan untuk menggulingkan kerajaan.

Turut menafikan terbabit di dalam komplot itu adalah anggota Parlimen Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri yang menafikan sekeras-sekerasnya laporan media sosial yang mengaitkan nama beliau dengan 19 anggota Parlimen lain yang dikatakan berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan.

Perkara yang sama turut din afikan ahli parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad .

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis dibuat beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Alam, Pasir Gudang, pada Isnin petang.

Normala berkata beliau mendapat tahu namanya tersenarai dalam 20 orang yang mahu menggulingkan kerajaan pada jam 6.30 pagi Isnin.

Turut sama menafikan dakwaan pembabitan dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Langkah sama turut diambil Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman yang dipetik daripada portal BNBBC sebagai amat terkejut dengan dakwaan tersebut yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Berikutan per kembangan terbaharu ini, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said meminta semua ahli parlimen Barisan Nasional (BN) supaya membuat deklarasi terbuka bagi menunjukkan kesetiaan mereka kepada parti.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata, tindakan itu bertujuan untuk menghentikan semua spekulasi dan masalah berbangkit.

Sambil merujuk kepada isu komplot pihak tertentu untuk menggulingkan kerajaan sedia ada yang termasuk daripada parti UMNO, Azalina menegaskan, perkara itu perlu diberikan perhatian serius.

"Justeru itu, saya berharap Jawatankuasa Disiplin parti-parti BN akan menyiasat perkara ini secara terperinci dengan kadar segera.

"Sekiranya benar dakwaan tersebut maka tindakan keras mesti diambil kerana kita tidak boleh berkompromi dalam soal sabotaj dan derhaka yang juga bertentangan dengan prinsip demokrasi negara," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Azalina berkata, beliau ingin mencadangkan supaya kerajaan menggubal Undang-Undang Anti Lompat parti.

"Maka saya juga berpendapat sudah tiba masanya kerajaan menggubal Undang-Undang Anti Lompat Parti (Anti-Hopping Laws) kerana perkara ini bukan hanya soal kesetiaan kepada parti dan integriti dalam politik tetapi adalah soal pengkhianatan terhadap mandat rakyat yang kita tidak boleh bertolak ansur sama sekali.

"Ini termasuk melakukan pindaan tertentu kepada kebebasan berpersatuan yang termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan supaya tiada percanggahan dengan undang-undang baharu ini nanti," ujarnya.

BACA: Muhyiddin tidak terlibat komplot guling kerajaan - Zahid

BACA: Siasat, ambil tindakan anggota parti terlibat gerakan guling ke rajaan - Shafie

BACA: Ku Li bayangkan tidak terlibat komplot 'guling' Najib

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi pada Sabtu mendedahkan ada 'tokoh tertentu' daripada kalangan parti pemerintah yang ingin menggulingkan kerajaan.

Ahmad Zahid turut mendedahkan kewujudan komplot untuk menarik 37 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai 87 pembangkang serta seorang anggota Parlimen Bebas.

Beliau berkata ini bertujuan untuk membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2016 pada Oktober ini.

Read more ...

Netizen Kritik Program Da'i 3

Sekilas pandang | Daie 3 Saya mengambil inisiatif untuk tonton semula rancangan Da'i 3 ni. Takut semalam marah sangat sampai tahap halusinasi. Salah seorang dari ustaz pada pertengahan rancangan ada menyatakan "Kamu dibawa ke sini bukan semata-mata utk program tv, tapi sebagai harapan ummah" Saya puji dengan inisiatif pihak tv3 dalam mengadakan program sebegini. Namun apa yang saya lihat semalam adalah:

  • Batas-batas pergaulan tak dijaga
  • Wargame lelaki perempuan
  • Pumping lelaki perempuan sekali
  • Para daieyah kurang menjaga adab, duk menjerit sana sini main wargame
  • Kawat sebelah menyebelah tanpa jarak
  • Daieyah buat sesi luahan pasal cinta tak kesampaian
  • Da'i ikat kaki dengan da'iyah semasa explorace atas alasan denda.
  • Hayati semula ayat ini Surah Al-Isra, Verse 32: وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا And go not nigh to fornication; surely it is an indecency and an evil way. Saya mohon pada pihak TV3, murrabi, murabbiah serta mursyid meneliti semula perkara-perkara ini kerana asas dalam membina kekuatan sebagai seorang da'i adalah dengan menjaga batas pergaulan itu sendiri. Janganlah asbab program itu merupakan program tv, dan itu hanyalah permainan maka dihalalkan ikhtilat yang hukumnya adalah haram kalau tiada bersebab? Mohon sama pihak TV3 sedar dan mulai buka mata, episod pertama semalam sudah cukup menjelekkan dan cukup banyak perkara yang boleh menimbulkan fitnah dalam kalangan pendakwah itu sendiri. Mohon sama peserta Da'i 3 lebih tegas menyuarakan pendirian terhadap hal-hal begini kerana in the end antum la yang akan menjadi ikon remaja--kata ustaz syarhan. Jagalah asolah antum sebagai da'i Saya berharap sangat episod akan datang, hal ini dapat dielakkan. Sebolehnya asingkanlah aktiviti antara lelaki dan perempuan. Cukup-cukuplah wahai tv3 menjadi asbab fitnah kepada peserta, asatizah dan pendakwah generally. Kami dah jelek! Emmelynn Amal Alyn
    Read more ...

    Najib minta pesara bantu jernihkan keadaan

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menggesa golongan pesara membantu kerajaan membetulkan pelbagai fitnah yang disebarkan termasuk di media sosial.

    Beliau berkata ini kerana, mereka lebih memahami dasar-dasar kerajaan kerana ada di antara mereka ada yang telah berkhidmat sejak Malaysia mencapai kemerdekaan dan menjadi saksi kepada pelbagai fasa transformasi yang dilalui negara.

    "Saya minta tolong uar-uarkan perkara yang baik kerana (pesara) faham dasar kerajaan... banyak fitnah di media sosial yang terpaksa kita betulkan. Tolong bantu saya jernihkan keadaan," katanya.

    Beliau berucap pada jamuan malam sempena Persidangan Perwakilan Tahunan Ke-28 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) di ibunegara malam tadi.

    Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden PPKM Kebangsaan Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh.

    Najib berkata sebagai perdana menteri, beliau memerlukan komitmen dan sokongan lebih 46,000 anggota PPKM untuk mencapai transformasi yang diimpikan kerajaan buat negara.

    Beliau memberi jaminan bahawa keyakinan, komitmen dan sokongan tidak berbelah bagi golongan pesara terhadap kerajaan tidak disia-siakan dengan kerajaan akan melakukan sebaik mungkin untuk kumpulan itu.

    Sambil menjelaskan pentingnya sebuah negara yang aman dan stabil dengan pengurusan ekonomi berkesan, beliau berkata semua itu mampu dicapai dengan bantuan pesara dalam mencorakkan keadaan yang boleh membuat rakyat terus yakin dengan apa yang dilakukan kerajaan. 

    "Saya beri jaminan kalau negara lebih baik, saya tak akan lupakan kebajikan pesara... kita tak boleh memandang sepi kepada pesara kerajaan, kita tak boleh pinggirkan mereka dan jangan kita tak kenang jasa dan budi mereka," katanya.

    Dalam pada itu, Najib berkata kerajaan meluluskan peruntukan RM5 juta kepada Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia baru-baru ini, dan peruntukan itu akan ditambah dari semasa ke semasa untuk membela kebajikan pesara.

    - Bernama

    Read more ...

    France calls off search for MH370 wreckage off Reunion Island

    Published: 18 August 2015 7:11 AM

    The police at France's Reunion Island off the east coast of Madagascar, in the Indian Ocean, with some debris said to be from MAS flight MH370 earlier this month. French authorities have now called off the search in and around the island after finding nothing new over the past week. – AFP pic, August 18, 2015.The police at France's Reunion Island off the east coast of Madagascar, in the Indian Ocean, with some debris said to be from MAS flight MH370 earlier this month. French authorities have now called off the search in and around the island after finding nothing new over the past week. – AFP pic, August 18, 2015.France yesterday said it was calling off the hunt for wreckage from missing Malaysia Airlines flight MH370 after 10 days of air and sea searches off its Indian Ocean territory of Reunion yielded no resu lts.

    The island's top authority, however, said its search teams would maintain an attitude of "vigilance".

    A wing part washed up on the island on July 29 and was confirmed by Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to be part of the Boeing 777 which went missing on March 8, 2014 with 239 people onboard.

    The find raised hopes of finally solving the mystery of what happened to the plane, prompting investigators to search a maritime surface of 10,000 square kilometres and scour the island's eastern coastline.

    But the searches "have not led to the identification of anything that could have a link with a plane," the French state's representative on the island, Dominique Sorain, said in a statement. – AFP, August 18, 2015.

    Read more ...

    Bursa ditutup rendah, IK jatuh 24.28 mata

    KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia hari ini ditutup lebih rendah dengan penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 24.28 mata disebabkan jualan besar-besar di seluruh papan, terutama saham mewah.

    Pada 5 petang, FBM KLCI disandarkan pada 1,572.54 mata selepas bergerak antara 1,569.19 dan 1,594.46 sepanjang hari.

    Seorang peniaga berkata, bursa tempatan kekal lembap dengan sentimen dipengaruhi kelemahan ringgit berbanding dolar, kelembapan ekonomi China, penurunan nilai mata wang China yuan, kejatuhan harga minyak dan isu domestik.

    Katanya, ekuiti Asia kebanyakannya rendah, dipengaruhi oleh kemungkinan China membenarkan yuan terus menyusut dan data menunjukkan ekonomi Jepun menguncup pada kadar kurang daripada yang dijangkakan bagi suku kedua.

    Dalam kalangan pasaran serantau, Hang Seng susut 0.74 peratus kepada 23,814.65, Indeks Kospi turun 0.75 mata kepada 1,968.52, Indeks Straits Times merosot 1.33 peratus kepada 3,072 manakala Nikkei 225 Jepun meningkat 0.49 peratus pada 20,620.26.

    Di pasaran tempatan, kaunter rugi mengatasi untung 836 berbanding 149 manakala 215 kaunter tidak berubah, 601 tidak diniagakan dan 12 lagi digantung.

    Jumlah dagangan meningkat kepada 2.06 bilion unit bernilai RM1.95 bilion daripada 2.01 bilion saham bernilai RM2.20 bilion Jumaat lepas.

    Pada papan skor, Indeks FBM Emas jatuh 197.95 mata kepada 10,767.97, Indeks FBMT100 merosot 183.56 mata kepada 10,509.87 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 216.30 mata pada 11,169.05.

    FBM 70 turun 279.85 mata kepada 11,493.42 dan FBM Ace jatuh 268.32 mata pada 5,186.06.

    Dari segi sektor, Indeks Kewangan merosot 210.19 mata kepada 14,072.63, Indeks Perusahaan susut 21.38 mata kepada 3,056.30 dan Indeks Perladangan jatuh 123.62 mata kepada 6,870.37.

    Dalam kalangan kaunter cergas, SapuraKencana Petroleum rugi 22 sen kepada RM1.71, Frontken susut dua sen kepada 18.5 sen, KNM kurang 4.5 sen kepada 47 sen, Sumatec jatuh satu sen pada 12.5 sen manakala Tiger Synergy kekal pada 9.5 sen.

    Dalam kalangan berwajaran tinggi, Maybank jatuh 10 sen pada RM8.19, Public Bank susut 22 sen kepada RM17.98, TNB turun 18 sen kepada RM10.40, Axiata merosot lapan sen kepada RM5.73 dan Sime Darby kurang 13 sen kepada RM7.90.

    Volum Pasaran Utama jatuh kepada 1.08 bilion unit bernilai RM1.71 bilion berbanding 1.09 juta unit bernilai RM1.99 bilion pada Jumaat.

    Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurang kepada 337.95 juta saham bernilai RM58.75 juta daripada 338.60 juta saham bernilai RM66.91 juta sebelum ini.

    Waran meningkat kepada 641.30 juta unit bernilai RM179.20 juta daripada 583.25 juta bernilai RM140.97 juta Jumaat lepas.

    Produk pengguna merangkumi 69.80 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan (179.78 juta), pembinaan (58.16 juta), perdagangan dan perkhidmatan (453.81 juta), teknologi (62.29 juta), infrastruktur (15.66 juta), SPAC (42.96 juta), kewangan (57.33 juta), hotel (1.23 juta), hartanah (100.60 juta), perladangan (26.71 juta), perlombongan (10,000), REITs (11.14 juta), dan tertutup/dana (69,300).

    - BERNAMA

    Read more ...

    Hilang Kasut Bernilai RM2,000 Dorong Jimmy Cipta Jenama Selipar 'CuriDose'

    Pengalaman kasutnya dicuri ketika menunaikan solat di sebuah masjid, membuatkan pengacara dan penyampai radio Ultra FM, Jimmy Shanley mengeluarkan jenama seliparnya sendiri yang diberikan nama CuriDose. Difahamkan, kasutnya berjenama Louis Vuitton yang berharga lebih kurang RM2,000 itu hilang ketika Jimmy sedang menunaikan solat di sebuah masjid di USJ 9, Subang Jaya beberapa tahun yang lalu. "Saya berhenti di masjid sebentar untuk menunaikan solat kerana sudah masuk waktu. Selepas selesai solat, kasut bersama stokin saya tiada di tempatnya. Kedua-duanya lesap. Mungkin ada orang yang terambil kasut itu dan saya rasa bukan rezeki saya.  "Nama CuriDose itu sendiri menjadi peringatan kepada sesiapa yang selalu 'terambil' selipar yang bukan kepunyaan mereka. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat positif dan selain selipar, saya juga akan mengeluarkan baju, sweater dan tabung dari jenama yang sama," katanya.

    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *