Recent Post

Wednesday, September 07, 2016

Saya Bukan Suami Orang Alasan Pembatalan Hanya Diketahui Fafau – Hafiz

Kalau sebelum ini sumber mendakwa punca pembatalan perkahwinan antara Fara Fauzana adalah kerana Hafiz telah pun berkahwin, ternyata dakwaan tersebut adalah tidak benar. Setelah mendiamkan diri sekian lama, Hafiz muncul untuk menepis segala tohmahan, dakwaan dan fitnah tidak berasas yang telah dilemparkan kepada dirinya. Menurut Hafiz, dirinya masih belum berkahwin, bukan suami orang dan baru berusia 30 tahun, bukannya 38 seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

hafiz fara fauza

Kata Hafiz:-

Status perkahwinan saya bukan alasan pernikahan saya dibatalkan oleh Fara Fauzana. Alasan mengapa perkahwinan itu dibatalkan hanya diketahui oleh Fara. "Saya juga ingin menyatakan ada beberapa perkara tidak tepat dan spekulasi yang dilaporkan oleh banyak media cetak dan media atas talian. "Pertama, saya tidak menghadiri sidang media (bersama Fara) berdasarkan kepada persetujuan bersama dengan Fara.

Ia dilakukan untuk melindungi privasi saya dan keluarga saya. "Satu lagi perkara tidak tepat ialah usia saya. Sebelum ini dilaporkan saya berusia 38 tahun dan ini tidak benar. Saya hanya berusia 30 tahun, tahun ini,

Saya masih lagi cuba menenangkan diri daripada pembatalan perkahwinan saya sendiri. Ia sangat memberi kesan mendalam juga kepada saya,

fafau

Hafiz juga turut mengakui penerbitan dakwaan berbentuk fitnah tanpa mendapatkan pengesahan itu menyebabkan keaiban tidak dapat dipulihkan kepada nama baiknya dalam masyarakat serta komuniti perniagaan. Malah Hafiz mengalami tekanan emosi yang tidak sepatutnya dan kerugian kepada beliau serta ahli keluarga terdekat. Apa-apa pun nampaknya punca pembatalan perkahwinan Fara Fauzana dan Hafiz akan terus menjadi misteri. Mungkin inilah yang dinamakan tiada jodoh. Apa pendapat anda? Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Dakwaan viral kes Zika di Pahang tak benar - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan perkongsian maklumat viral di Internet bahawa terdapat kes terbaru virus Zika di Pahang.

"Untuk makluman, sehingga kini tiada kes Zika dikesan di Negeri Pahang," menurut kenyataan kementerian.

Kementerian menjelaskan, sehingga 5 September, di Malaysia terdapat dua kes Zika yang telah disahkan iaitu kes pertama di Selangor dan kes kedua di Sabah.

Berhubung pemantauan pula, kementerian menjejaskan setakat ini seramai 22 orang dipantau di seluruh negara kerana mengalami demam dan pernah melawat negara yang terdapat kes Zika.

"Kesemua mereka ini telah dibuat ujian Zika, dan mereka disahkan bebas daripada jangkitan Zika.

"Salah seorang daripada mereka adalah penuntut IPTA (institut pengajian tinggi awam) dari daerah Kuantan, Pahang yang tersebar di laman sosial.

"Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus menjalankan pemantauan ini untuk memastikan ancaman Zika dapat ditangani terutamanya mereka yang melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA)," kata kementerian.

Read more ...

Video Muzik Terbaru EXO – Lotto Trending di Youtube Malaysia

Minggu lalu menampakkan banyak sekali muzik video terbaru dimuatnaik di Youtube. Ini menjadikan ramai sekali penonton Youtube di Malaysia telah menonton beberapa video termasuklah video Cheap Thrills dari Sia yang menampilkan Sean Paul. Turut sama menjadi viral ialah video dari kumpulan Kpop terkenal EXO yang melancarkan MV terbarunya berjudul Lotto.

Weekly YouTube Top 5 Trending searches in MalaysiaLast 7 days (Sept 2)

For top videos, people around the world view YouTube for information. What follows is a summary of the top gainers on www.youtube.com.my for the last seven days.

1) Cold WaterAgainst The Current performed this cover of the Major Lazer feat. Justin Bieber & MØ's song to the delight of fans.

2) Sia Cheap ThrillsFans of Sia uploaded covers and remixes of her song featuring Sean Paul.

3) Sucker For PainSuicide Squad fans are listening to the original soundtrack from the movie by Imagine Dragons.

4) CloserMalaysians tuned into the live performance of this song by The Chainsmokers featuring Halsey at the 2016 MTV Video Music Awards.

5) EXO LottoKpop fans of the popular idol group EXO tuned into the live performances of their new catchy song.

* These are separate but related search items, so we grouped them into one line.

Note: This list shows the fastest rising searches, meaning these were the search terms that saw the largest spike in video searches this week.

Related

Komen via Facebook

Komen

— 140 Bacaan
Read more ...

Kereta Melambung ke Dalam Parit, Kemalangan Babit 4 Kenderaan

Shah Alam: Penunggang motosikal lelaki patah peha kiri manakala pembonceng wanita mengalami pendarahan dalam kepala selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan tiga kereta di Persiaran Sultan, di sini, semalam.

Dalam kejadian 5.15 petang itu, Myvi dari arah Bulatan Setiajaya dipercayai melanggar tayar belakang Vios yang dalam perjalanan dari bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, akibat perlanggaran itu, pemandu Vios hilang kawalan lalu melanggar Proton Saga dan motosikal dinaiki kedua-dua mangsa yang berada di sebelah Vios berkenaan.

"Menerusi perbualan ringkas dengan mangsa yang menunggang motosikal, Myvi terbabit melambung ke dalam parit selepas bertembung dengan Vios dan turut menyebabkan mereka tercampak ke taman rekreasi bersebelahan bulatan berkenaan.

"Semua mangsa termasuk pemandu kenderaan yang mengalami cedera ringan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan susulan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Read more ...

Kenapa diskaun rumah bumiputera tak berguna

ULASAN Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) melihat polisi baru kerajaan negeri Selangor yang mewajibkan pemaju membina unit mampu milik dalam setiap pembinaan pangsapuri perkhidmatan, SOHO (rumah pejabat) dan Sovo (pejabat maya di rumah) sebagai langkah ke arah perlaksanaan kawalan harga rumah.

Polisi tersebut selari dengan cadangan HartaGuam sebelum ini yang mahukan kerajaan sama ada kerajaan negeri mahu pun persekutuan, memperkenalkan harga siling sesuatu harta tanah untuk mengawal harganya yang makin meningkat dari tahun ke tahun.

Dasar itu juga sewajarnya diperluas untuk kesemua jenis hartanah kediaman di negeri tersebut dan bukannya sekadar terhad untuk unit pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan Sovo sahaja.

Melalui dasar itu, dilaporkan pemaju diwajibkan membina 10 hingga 20 peratus unit mampu milik pada harga RM230,000 hingga RM270,000 berbanding harga jualan hartanah SOHO dan Sovo yang kini melebihi RM450,000 hingga RM500,000.

Walaupun melalui dasar itu kerajaan negeri telah "menghapuskan" diskaun 10 peratus pembelian harta tanah untuk bumiputera, ia dilihat tidak akan memberikan kesan terhadap pemilikan harta tanah oleh bumiputera.

Tiada guna menawarkan diskaun kepada bumiputera sedangkan harga jualan asal harta tanah yang ditawarkan oleh pemaju sejak daripada awal lagi memang tidak mampu dimiliki oleh golongan tersebut, khususnya belia.

Perlu perincian

Misalnya, jika harga jualan asal untuk sesuatu harta tanah pun sudah melebihi RM500,000, jika diskaun 10 peratus ditawarkan kepada bumiputera sekalipun, ia tetap tidak mampu dimiliki golongan bumiputera berpendapatan sederhana.

Akhirnya apabila tiada golongan bumiputera yang mampu membeli, harta tanah tersebut akan ditawarkan kepada golongan bukan bumiputera.

Sebaliknya, menetapkan harga siling untuk bumiputera bagi sesuatu projek perumahan baru mampu memberi peluang kepada golongan bumiputera berpendapatan sederhana memiliki rumah.

Pun begitu, dasar kerajaan negeri tersebut tidak harus hanya sekadar terhenti setakat itu sahaja.

Ia perlu diperincikan dengan lebih teliti supaya tiada pihak cuba mengambil kesempatan dengan membeli harta tanah tersebut secara pukal dan kemudian menjualnya kepada orang ramai dengan harga lebih mahal.

Kuota tersebut seharusnya dihadkan untuk golongan berpendapatan sederhana yang masih belum memiliki rumah sahaja.

Dasar 'harga patut'

Proses pemilihan juga haruslah dikaji dan diperketatkan untuk memastikan hanya golongan yang berhak sahaja dibenarkan membeli harta tanah dalam kategori tersebut.

Yang paling penting, kerajaan negeri perlu memberi latihan dan pendedahan awal secara percuma kepada golongan belia atau golongan bumiputera berpendapatan sederhana.

Ini supaya mereka merancang dan menguruskan pendapatan serta kewangan dengan baik sebelum membuat keputusan membeli harta tanah dalam kategori harga tersebut.

Apalah gunanya dasar "harga patut" diperkenalkan dengan matlamat supaya lebih ramai golongan belia dan berpendapatan sederhana memiliki harta tanah sendiri, tetapi semuanya tidak lepas dari segi pembiayaan perumahan dengan bank.

Ini disebabkan kegagalan mereka merancang dan menguruskan pendapatan dan kewangan mereka dengan baik sejak daripada awal lagi.

Sudah pasti dasar tersebut tidak akan mencapai sasaran yang diharap-harapkan.

SALKUKHAIRI BIN ABD SUKOR presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam).

Read more ...

Garuda aibkan Harimau Malaysia di Solo

KUALA LUMPUR: Harimau Malaysia dimalukan pasukan jiran, Indonesia selepas tewas 0-3 pada aksi persahabatan Kelas A di Stadium Manahan, Solo sebentar tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *