Recent Post

Thursday, September 22, 2016

(7 GAMBAR)Sekitar Sambutan Hari Jadi 1 Tahun Yahaira Leanne, Anak Pasangan Yusry & Lisa Surihani

Pejam celik celik, Yahaira Leanne, anak kepada pasangan suami isteri Yusry dan Lisa Surihani sudah pun berusia 1 tahun. Pantas sungguh masa berlalu. Baru-baru ini bersempena hari jadi Yahaira, satu sambutan telah diadakan oleh pasangan suami isteri ini. Kali ini Lisa dan Yusry telah sudi berkongsi beberapa keping gambar puteri kesayangan mereka untuk tatapan para peminat. Memang tersangatlah comel Yahaira Leanne ini. Rasa nak cubit-cubit je kalau jumpa.

yahaira leanne

Bercakap kepada Kosmo, Lisa Surihani memaklumkan yang dia mengawal kuantiti gambar anaknya yang dimuatnaik ke laman sosial. Sebenarnya ini satu tindakan bagus. Kanak-kanak kalau over exposed pun tak berapa baik, lebih-lebih lagi anak selebriti. Namun setiap orang mempunyai pendapat dan cara membesarkan anak yang berbeza. Tak ada satu cara yang tepat dan betul. Yang penting selaku suami isteri, Lisa dan Yusry gembira dengan cara didikan mereka. Kata Lisa:-

Seperti yang saya katakan sebelum ini, adalah mustahil jika saya langsung tidak berkongsi gambar Yahaira di laman sosial. Saya tetap akan berkongsi tetapi ia tidaklah terlalu banyak dan bergantung pada situasi.

Kami cuba mengawal kuantiti gambar yang akan dikongsi dengan peminat. Pelik juga jika sambutan hari lahir Yahaira tetapi dia tiada dalam gambar, begitu juga dengan gambar keluarga ketika hari raya, sudah tentulah dia perlu ada dalam gambar tersebut. Berkenaan gambar yang dikongsi oleh tetamu dan peminat, saya dan Yusry juga sudah bersedia tentangnya.

Setakat ini, apabila kami keluar, memang ada peminat yang mahu bergambar. Saya dan Yusry bersetuju untuk bergambar tetapi tidak melibatkan Yahaira. Alhamdulillah semua peminat memahami. Mereka nampak teruja apabila dapat bermain dengan anak kami selama beberapa minit walaupun tidak boleh bergambar sama.

yahaira leanne

Selamat hari jadi diucapkan buat Yahaira Leanne. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah apabila dewasa kelak. Sama-sama kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

yahaira leanne

yahaira leanne

yahaira leanne

yahaira leanne

yahaira leanne

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Keadaan ekonomi semasa beri kesan penjualan tiket F1 - Kosmo!

Keadaan ekonomi semasa beri kesan penjualan tiket F1

21/09/2016 11:19pm

KUALA LUMPUR - Keadaan ekonomi semasa memberi kesan kepada penjualan tiket perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia khususnya dalam kalangan penonton tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali berkata, situasi itu sememangnya tidak dijangkakan pihaknya yang mengharapkan ianya akan melebihi jumlah yang diperoleh daripada tempoh sama tahun lepas.

"Saya harap trend pembelian saat-saat akhir penonton tempatan akan melonjakkan jualan. Dari segi penonton antarabangsa, kita dapat lihat peningkatan dua peratus dari tahun ke tahun. Ini satu pertumbuhan yang baik khususnya untuk sektor pelancongan.

"Namun dari segi penonton tempatan, penjualan tiket agak perlahan. Saya harap dalam tempoh kurang daripada dua minggu ini, mereka akan mula membeli," kata Razlan dalam sidang akhbar pada sesi minum petang bersama media di sini hari ini.

Malaysia akan menjadi tuan rumah pusingan ke-16 Grand Prix F1 di Litar Sepang pada 30 September hingga 2 Oktober ini. – Bernama

Read more ...

Vokal Luar Biasa Datuk Jamal Abdillah, Zamani Slam & Ameng Spring di KONSERT 3 SUARA

Bagi peminat-peminat Datuk Jamal Abdillah, Zamani Slam dan Ameng Spring, berita penyatuan ketiga-tiga penyanyi hebat ini di atas satu pentas pastinya diterima baik.

Sementelah bukan mudah untuk menyaksikan ketiga-tiga pemilik suara emas itu beraksi bersama meskipun perjuangan mereka dalam bidang seni sudah menjangkau usia yang cukup lama.

Tidak hanya Zamani dan Ameng, konsert berkenaan turut menampilkan Jamilul Hayat yang merupakan adik kepada Jamal sendiri.

KONSERT 3 SUARA

Vokal  Luar Biasa Datuk Jamal Abdillah, Zamani Slam & Ameng Spring di KONSERT 3 SUARA Konsert yang akan diadakan di panggung berprestij Istana Budaya (IB) dilihat seperti kesinambungan kepada Konsert 3 Suara yang pernah dijayakan oleh Ziana Zain, Erra Fazira dan Awie serta Datuk Siti Nurhaliza, Hetty Koes Endang dan Ramli Sarip.

Berkongsi mengenai konsert itu, Jamal berkata, dia sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk mengadakan konsert berkenaan.

"Satu penghargaan bagi saya apabila projek ini diterima pihak IB. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi untuk sampai ke tahap ini. Saya harap, ia berjalan lancar sehinggalah pada hari persembahan berlangsung."

Mengakui pelbagai persoalan dilemparkan kepadanya kerana memilih Zamani dan Ameng, katanya, dia melihat situasi yang menimpa kedua-dua penyanyi itu sekadar ujian dan dugaan dalam perjalanan hidup mereka.

"Saya juga pernah mengalami perkara sama, tetapi kita harus memberi peluang kepada diri sendiri serta orang lain untuk mengubah hidup mereka. Apa yang berlaku ambil sebagai pengajaran dan penglibatan mereka menerusi konsert ini hanya sedikit usaha kecil daripada saya untuk memeriahkan kembali nama mereka di persada seni."

Jamal berharap konsert itu mampu menjadi permulaan baik kepada Zamani dan Ameng untuk kekal aktif sebagai penyanyi selepas ini.

"Ini hanya inisiatif untuk memberikan semangat dan membuktikan peminat masih menyayangi mereka.

"Konsert ini juga akan membuktikan mereka sentiasa diterima walaupun pernah terjerumus dengan najis dadah seperti saya. Pengalaman tersebut bukannya pemutus semangat untuk terus hidup dan berjuang memperbaiki kesilapan diri," katanya.

Berbicara lanjut, kata Jamal, pemilihan Zamani dan Ameng juga kerana dia yakin dengan kemampuan kedua-dua penyanyi itu.

"Saya berjumpa Ameng untuk mengusulkan mengenai konsert ini ketika dia berada dalam penjara lagi. Walaupun dia baru sahaja dibebaskan tetapi saya tahu dia boleh melakukannya dengan baik.

"Zamani juga sama, menerusi persembahan-persembahannya sebelum ini tidak dapat disangkal dia mempunyai vokal yang baik dan aura tersendiri," katanya.

Mengenai pemilihan Jamilul pula, penglibatan adiknya itu merupakan ruang kepadanya untuk kembali mewarnai dunia seni.

"Jamilul juga mempunyai bakat yang baik dalam bidang ini, sayang rasanya jika bakat yang ada terkubur begitu sahaja," katanya.

Kehebatan tersendiri

Sementara itu, Ketua Pengarah IB, Datuk Juhari Shaarani berkata, beliau amat teruja untuk menyaksikan ketiga-tiga penyanyi tersebut bersatu di pentas IB.

"Sebenarnya Jamal yang memberi idea mengenai konsert ini. Apabila dia memberitahu untuk mengundang Zamani dan Ameng, saya fikir mengapa tidak kerana ia kolaborasi yang sangat hebat.

"Lagipun, kehebatan suara dan keistimewaan dimiliki mereka tidak serupa dengan penyanyi-penyanyi lain. Malah mereka mempunyai pengikut tersendiri kerana vokal unik yang dianugerahkan kepada mereka," katanya pada majlis sidang media konsert berkenaan, baru-baru ini

Jelas Juhari, dia yakin penganjuran bermula 22 hingga 25 September itu akan mencipta fenomena di IB.

"Konsert 3 Suara yang diadakan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat.

"Kali ini pasti lebih hebat kerana lagu-lagu nyanyian mereka menjadi siulan sehingga kini. Malah, peminat mereka yang lahir sekitar awal 80-an dan 90-an juga pasti tidak ketinggalan menonton konsert ini nanti," katanya.

Tambah Juhari, konsert mendapat anjuran syarikat milik Jamal iaitu Binjamal Event Sdn Bhd sepatutnya mengisi kalender IB tahun lalu.

"Bagaimanapun kerana sebab-sebab tertentu, ia terpaksa ditangguhkan," katanya.

Konsert berkenaan bakal diiringi oleh 20 muzik profesional bawah pimpinan Raja Mohd Sham Raja Saari.

Sumber: Sinar Harian

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Wanita Tempah iPhone 7 Online, Tapi Dapat iPhone 4 & iPhone 3 Bersama Dengan Kad Fusion Yu-Gi-Oh

China - Kumpulan pertama iPhone 7 habis terjual ibarat pisang goreng panas di China apabila ia mula memasuki pasaran negara itu awal bulan ini.

Kerana kehabisan stok, ada yang sanggup memesan peranti itu menerusi online dan cara itu sudah ada risiko penipuan sebagaimana yang terjadi kepada seorang wanita di China ini.

Lebih malang, wanita itu bukan sekadar ditipu, malah menjadi mangsa troll penjual online tersebut.

Shanghaiist melaporkan, wanita terbabit, Mimi Jiang, memesan iPhone 7 secara online tetapi apa yang sampai kepadanya adalah iPhone 3 dan iPhone 4 bersama dengan sekeping kad fusion kartun Yu-Gi-Oh.

Di dalam kartun Yu-Gi-Oh, kad fusion digunakan untuk menggabungkan dua raksaksa menjadi satu dan dalam kes ini, wanita itu diberikan iPhone 3 dan iPhone 4 untuk digabungkan menjadi iPhone 7.

Wanita itu kemudian memuat naik gambar barangan yang diperoleh itu di laman Facebook dan ia dikongsi lebih dari 3,000 kali bersama dengan 2,900 komen.

"Jika k amu beli dua iPhone 7, kamu boleh gunakan kad Fusion untuk jadikan mereka iPhone 14", usik seorang netizen.

Sumber : shanghaiist

Read more ...

Muktamad, PKR S'gor tolak adakan p'raya mengejut

PKR Selangor berkata pemimpinnya telah bertemu dan menolak sebarang usaha untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu.

Pemimpin PKR Selangor bertemu malam tadi dan sebulat suara membuat ketetapan tersebut, kata Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan pagi ini.

"PKR Selangor sekali lagi menegaskan tidak akan mengkhianati mandat yang diberi oleh rakyat Selangor pada pilihanraya 13 yang lalu.

"Dengan itu PKR Selangor menolak segala usaha untuk mengadakan pilihanraya mengejut oleh mana mana parti," tegas Zuraida.

Beberapa pihak, termasuk DAP, menggesa kepimpinan negeri itu untuk mempertimbang mengadakan pilihan raya mengejut ekoran syor persempadanan semula yang menjadi sasaran kritikan kerana didakwa memihak kepada BN.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *