Recent Post

Wednesday, March 02, 2016

Sukan SEA: MOM sedia timbang semula keputusan gugur lapan acara dalam olahraga

MAF dan mana-mana persatuan olahraga kebangsaan dari negara ASEAN perlu memberi alasan kukuh sekiranya mahu merayu terhadap keputusan itu.< /a>
Read more ...

Awie Nafi Kurus Kerana Terkena Ilmu Hitam

Kami pun tidak perasan bahawa penyanyi rock terkenal, Awie sudah sedikit kurus, tiba-tiba pula ada yang mendakwa beliau sudah turun berat badan kerana disihir orang. Eh, biar betul?

Menjawab segala spekulasi, Awie menerusi portal Harian Metro menafikan beliau terkena ilmu hitam. Awie memberitahu beliau kini mengamalkan diet yang lebih sihat tetapi pada masa yang sama menjelaskan tubuhnya semakin susut kerana tertekan memikirkan soal rumah tangganya.

Saya kurus atas kemahuan sendiri. Bukan kerana sakit atau terkena ilmu hitam dan kalau boleh saya tidak mahu bercakap perkara itu. Sebelum ini saya tak menjaga makan, jadi kelihatan berisi. Sekarang saya kurangkan makanan berkarbohidrat .

Saya perlu kuat untuk berdepan semua itu. Boleh dikatakan ke mana saja saya pergi, orang sekeliling pasti bertanyakan perkara ini. Kalau diikutkan orang lain pasti malu, tetapi saya tidak. Jika saya malu tentu saja saya tidak berada di khalayak ramai, sebaliknya berkurung di rumah.

Meskipun bekas isterinya Rozana Misbun sering menjaja cerita tidak benar dan memburukkan nama Awie di khalayak, penyanyi itu sama sekali tidak terkesan dengan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada dirinya.

Buat Awie, apa yang penting adalah rezeki beliau untuk membesarkan anak-anaknya tidak pernah putus.

Apabila dia memburuk-burukkan dan menghina saya, ia tidak memberi kesan pun. Malah bertambah lagi pahala dan rezeki saya. Alhamdulillah sepanjang dua tahun masalah rumah tangga kami dibicarakan di mahkamah, rezeki saya dalam bidang seni tidak pernah putus. Allah SWT masih mengurniakan saya rezeki dan kudrat yang kuat untuk bekerja bagi membesarkan anak.

Biasalah, kalau banyak masalah yang difikirkan pasti badan kita akan semakin susut. Harapnya Awie dijauhkan lah daripada terkena ilmu hitam dan sebagainya. Amin..

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

7 GAMBAR - RAGAM 'NAKAL' TAPI COMEL ANAK STACY

Seperti yang kita sedia maklum, Stacy mempunyai seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina yang kini berusia 4 tahun.

Namun ramai yang tidak tahu bahawa dalam wajah comel Bella, kenakalannya boleh tahan juga. Nasib baiklah ibunya Stacy mempunyai tahap kesabaran yang tinggi melayan karenah anaknya itu. Untung Akim. Heh!

Jom tengok karenah Bella yang suka menyepahkan barang permainan, mengoyak katil tanpa sengaja dan muntah atas katil selepas meraung sepuas hati. Sabar jelah...

SEPAHKAN MAINAN

MUNTAH ATAS KATIL

KOYAKKAN CADAR KATIL

Foto: Stacy IG

         ________________________

:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS ::

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Koolfm Sasar Pendengar Berusia 25 Hingga 44 Tahun

Rangkaian Radio Media Prima (RRMP) telah melancarkan radio baru, Koolfm  yang mensasarkan pasaran pendengar melayu berumur dari 25 tahun hingga 44 tahun menerusi lagu-lagu hits 80an, 90an serta lagu hits terkini.

Ketua Pegawai Esekutif RRMP Seelan Paul berkata dorongan utama untuk membuka stesen Koolfm adalah keboleh pasaran yang tinggi daripada segi pemasaran iklan dan kerjasama dengan penggiat muzik tempatan.

"Target kami dalam masa 2 tahun, ia akan boleh didengari di seluruh negara menerusi frekuensi baru yang perlu dibincangkan bersama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM).

"Ia juga telah menelan belanja hampir 2 juta ringgit dari segi pengisian program dan bajet lain.

"Buat masa sekarang ia hanya boleh didengari di Lembah Klang 101.3FM dan Pulau Pinang 90.2FM.

"Walaupun keadaan ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu, tetapi kami yakin Koolfm boleh meningkatkan sumber pendapatan RRMP menerusi strategi yang telah kami rancangkan," kata Seelan kepada portal Murai.

Seelan yang ditemui media di Majlis Pelancaran Koolfm di ibu negara turut ditanya mengenai pemilihan penyampai radio. Adakah ia releven dengan selera pendengar?

Dengan tenang Seelan membalas, penyampai radio yang dipilih berdasarkan uji bakat yang dibuat sebelum pelancaran radio ini.

"Haiza antara penyampai radio yang mengikuti sesi uji bakat dan dia berjaya. Selain Haiza, Liza, Ikhwan, Ag, Farid dan Prof. Dr Muhaya turut mengemudi radio ini dengan cara mereka sendiri.

"Untuk selera pendengar ia masih terlalu awal untuk dihuraikan, tetapi pengalaman mereka dalam bidang penyiaran sangat diperlukan untuk menjayakan Koolfm

"Apa-apa pun, Koolfm berada dilandasan sendiri dan bakal memberi impak positif kepada stesen radio tempatan," akhiri Seelan.

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Rabu, 2 Mac 2016

 

Read more ...

Apa agenda sebenar WSJ? - Berita Harian

SEJAK setahun lalu, beberapa penerbitan antarabangsa tertentu nampaknya memberi tumpuan luar biasa terhadap Malaysia.

Lazimnya, kita pasti berbangga apabila akhbar seperti The Wall Street Journal (WSJ) dan New York Times (NYT) memberi ruang luas bagi liputan berkaitan Malaysia.

Bagaimanapun, ia bergantung sama ada laporan mereka tidak berat sebelah, selari dengan protokol kewartawanan yang diperakui dan bertujuan memberi maklumat kepada pembaca berhubung isu penting buat mereka.

Bagaimanapun, seperti diduga sebahagian besar daripada kita ialah Kempen Anti-Najib menggunakan media barat ini sebagai antara pengisian kempen bermotif politik untuk menjatuhkan Najib, tanpa menghiraukan kesannya terhadap ekonomi Malaysia, kerajaan dan reputasi antarabangsa.

Ternyata kini, itu adalah keadaan sebenarnya. Sebagai contoh, lihat saja WSJ dan Editor Ekonomi Asia akhbar itu, Tom Wright.

Penghujung Disember tahun lalu, Wright ditanya mengenai laporan berterusan dan agresifnya mengenai 1MDB. Beliau menjawab: "Laporan kami bebas dan perlu ditegaskan, tanpa sebarang agenda".

Benarkah begitu? Jika Wright tidak mempunyai agenda, seharusnya beliau sebagai Editor Ekonomi Asia WSJ menulis mengenai pelbagai topik sepanjang lapan bulan lalu. Asia adalah benua besar dan menaungi beberapa ekonomi besar dunia.

Sebagai Editor Ekonomi Asia, pastinya Wright wajar memberi maklumat terkini berhubung perkembangan perniagaan dan kewangan pelbagai negara buat pembacanya.

Sebagai contoh, Editor Asia Financial Times (FT), David Pilling, banyak menghasilkan artikel mengenai China, Myanmar, ASEAN, India, Jepun dan Singapura serta Malaysia sejak Julai lalu - seperti mana sepatutnya.

Bagaimanapun, Wright memilih untuk tidak menghiraukan apa yang berlaku di Asia sepanjang lapan bulan lalu.

Setiap artikel yang ditulisnya sejak Jun 2015 hingga bulan lalu adalah berkaitan Malaysia - lebih spesifik, mengenai 1MDB dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Tidak pernah sekalipun beliau mengalihkan tumpuan kepada isu lebih besar di benua ini.

Seorang editor akhbar tidak akan membiarkan korespondennya mengabaikan kawasan liputan seperti mana dilakukan Wright.

Bagaimana beliau boleh dibenar meneruskan apa yang kelihatan seperti obsesi itu selama ini?

Tweet yang dimuat naik oleh bekas koresponden WSJ di Kuala Lumpur, Jason Ng, pada 31 Disember lalu memberi petunjuk ke arah itu.

"I think we could all agree 2015 is the year of WSJ v Najib/1MDB. So, who won?" (Saya rasa kita boleh bersetuju bahawa 2015 adalah tahun WSJ menentang Najib/1MDB. Jadi, siapa yang menang?).

Sebuah akhbar bebas yang sah dari negara luar tidak akan mengisytiharkan perang terhadap kerajaan negara lain. Dalam membuat liputan berita, istilah 'yang menang' dan 'yang kalah' tidak wujud.

Apabila istilah 'menang' ditimbulkan, ia jelas membuktikan WSJ bukannya membuat laporan tetapi menyebelahi agenda lawan politik - hakikat mengejutkan bagi sebuah akhbar yang kerap meletakkan kedudukannya sebagai penanda aras terbaik bagi kewartawanan.

Akhbar (dan wartawan) yang bertanggungjawab perlu mendengar pandangan semua pihak, sebelum mengemukakan fakta.

Fakta yang boleh dibuktikan kesahihannya - asas kewartawanan yang nampaknya tidak terpakai bagi Tom Wright dan WSJ seolah-olah langsung tidak mengambil tindakan mengenai perkara itu.

Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh Wright dan WSJ ialah mengitar semula pelbagai dakwaan lama yang sudah dijawab. Sekali lagi, mereka melakukannya tanpa bukti untuk menyokong semua tuduhan liar itu.

Malah, setiap dakwaan Wright dipetik daripada 'pihak yang arif dalam perkara ini', 'pegawai yang tidak dinamakan', 'penyiasat antarabangsa yang tidak dinamakan' dan 'pihak yang mengetahui mengenai siasatan'.

Selain pelbagai dakwaan mengarut yang disiarkan, satu-satunya perkara konsisten dalam siri laporan WSJ itu ialah hakikat tiada langsung individu bernama menjadi sumber 'bukti' yang dikemukakan.

Langkah menggunakan sumber tidak bernama dan mengetepikan fakta diketahui umum jelas bertentangan dengan prinsip asas kewartawanan yang baik.

Justeru, mengapa editor WSJ membenarkannya berlaku?

Kesediaan WSJ menerima setiap tawaran pembangkang untuk memburuk-burukkan keadaan sebenarnya tidak terlalu mengejutkan.

Sejak sekian lama, akhbar itu menjadi penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan banyak menyiarkan artikel mengenai rakan Amerika Anwar seperti Al Gore - pemimpin yang menghina Malaysia dalam kunjungannya sebagai Naib Presiden pada tahun 1998 - dan Paul Wolfowitz, neokonservatif yang menjadi antara perancang utama pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq.

Wolfowitz kemudian meletak jawatan sebagai Pengerusi Bank Dunia selepas didapati mengatur kenaikan pangkat wanita simpanannya.

WSJ berhak menyiarkan lidah pengarang menyebelahi Anwar jika ingin berbuat demikian. Bagaimanapun, mereka tidak boleh berpura-pura kononnya tidak mempunyai 'agenda' apabila memperkatakan mengenai Malaysia, atau mempertahankan laporan mereka adalah 'bebas'.

Mereka dengan jelas telah digunakan sebagai sebahagian rancangan Kempen Anti-Najib untuk memperlekeh kerajaan yang dipilih secara demokratik, menerusi siri laporan berat sebelah yang mengheret reputasi WSJ daripada akhbar berpengaruh tetapi kini terjerlus ke lubuk paling dalam.

Malaysia tidak akan lupa.

Read more ...

Kumpulan Junction Gegarkan Hard Rock Melaka

Kumpulan rock yang popular sekitar akhir 80-an, Junction akhirnya kembali membuat kemunculan selepas lebih 20 tahun mendiamkan diri dari arena muzik tempatan. Kumpulan yang berasal dari Johor Darul Takzim ini bakal mengadakan persembahan sulungnya pada 12 Mac depan, hari Sabtu bertempat di Hard Rock Café Melaka jam 4 petang.

Kumpulan yang terkenal menerusi lagu berhantu mereka berjudul Petualang adalah antara kumpulan rock pelopor ketika era itu selain Wings, Search, BPR dan Ekamatra.

Kumpulan Junction

Malah kumpulan yang terkenal dengan lagu balada berjudul Kembali ini juga pernah menggegarkan industri hiburan tempatan apabila diberi jolokan kumpulan 'heavy metal' pertama negara ketika itu.

Junction dianggotai yang oleh Mohd Rashid Taha selaku vokalis, Noorazman Zainal Abidin (pemain gitar), Misman Kisot (pemain bass) dan Muzamil Mohd Salleh selaku pemain drum adalah barisan anggota baru selepas beberapa pepecahan kumpulan berlaku sebelum ini.

Menurut vokalisnya yang mesra disapa Aceed menyifatkan peluang untuk Junction mengadakan persembahan di Hard Rock Café Melaka ini adalah hadiah istimewa buat peminat muzik mereka yang sudah lama menanti kemunculan ini.

"Jujurnya kami berempat sudah lama meninggalkan dunia muzik. Semua sibuk dengan urusan masing-masing dan kerjaya tetap. Namun peminat dan mereka yang membesar dengan muzik kami masih kenal dan sentiasa bertanya bila untuk kami kembali menggegarkan pentas.

"Hinggalah pihak Hard Rock Café Melaka datang mengundang kami untuk kembali beraksi. Sudah tentunya peluang ini tidak sekali kami persia-siakan memandangkan ia adalah platform terbaik untuk kami kembali mengubati rindu peminat," katanya.

Juction mula mencipta nama pada tahun 1985 dan pernah menerbitkan tiga album keseluruhan namun desakan ekonomi dan persaingan, kumpulan ini senyap begitu saja selepas hampir 10 tahun berjuang.

"Junction tidak pernah hilang dan terkubur sebaliknya masing-masing mengambil keputusan untuk menumpukan kepada urusan peribadi terlebih dulu. Mungkin inilah masanya untuk kami kembali menghiburkan peminat," tambah Aceed lagi.

Peminat yang berminat untuk berhibur dengan Junction dan mendengar kesemua lagu-lagu popular nyanyian mereka bolehlah menghubungi 017-7797091 atau 017-3952865 bagi membuat tempahan tiket bagi menyaksikan persembahan mereka 12 Mac ini di Hard Rock Café Melaka bermula jam 4 petang.

Kumpulan Junction

Kumpulan Junction

Komen via Facebook

Komen

— 206 Bacaan
Read more ...

Teka Nombor : Lelaki Ini Kata Dia Boleh Baca Fikiran Anda Menerusi Video Ini

Seorang lelaki telah menjadi sensasi internet apabila satu video permainan baca minda yang dimuat naik olehnya menjadi viral online.

Sejak dimuat naik pada 24 Februari lalu, video yang bertajuk "i can read your mind" (saya boleh baca fikiran anda) itu telah mendapat lebih dari 260,000 perkongsian.

Lelaki tersebut meletakkan syarat sekiranya dia menjawab dengan betul, penonton perlu berkongsi video ini. Ini bermakna dia telah berjaya meneka lebih 260,000 dengan betul.

Bagaimanapun, kami tidak ingin mencerita penuh video tersebut. Anda alaminya sendiri dan beritahu keputusannya di poll dibawah video ini. - Siakapkeli.my

Adakah Lelaki ini berjaya meneka nombor anda?
Read more ...

Nazri tak setuju PAS dan Umno bergabung

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Nazri Aziz tidak bersetuju sekiranya parti Melayu itu bergabung dengan PAS.

Ia kerana, katanya, kedua-dua parti tersebut merupakan parti politik dan sudah tentu berlaku percanggahan kerusi dalam pilihan raya akan datang.

"Saya tak setuju sebab PAS adalah parti politik, Umno juga parti politik. Pilihan raya nanti, kita bertanding di atas kerusi yang sama iaitu Parlimen dan negeri. Jadi macam mana nak bagi-bagi kawasan?

"Macam kawasan saya, PAS mesti nak Lubuk Merbau. Kalau saya bagi Lubuk Merbau marahlah orang saya yang selama ni berentap lawan PAS di situ.

"Nak kerjasama lepas pilihan raya itu lain. Tapi nak hadapi pilihan raya saya tak setuju," katanya dalam temubual bersama Malaysiakini dan FMT.

Sebelum ini Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan parti itu hanya bekerjasama dengan Umno dalam beberapa perkara melibatkan kepentingan Islam, masyarakat serta negara, dan bukannya menyertai BN sebagai parti komponennya.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, sekiranya PAS ingin bergabung untuk kepentingan Islam beliau mempertikaikan siapakah musuh yang dimaksudkan oleh parti Islam itu memandangkan kedua-dua parti terbesar itu ahlinya beragama Islam.

"Saya rakyat Malaysia. Saya seorang manusia yang menghormati kemanusiaan.

"Bila kata PAS dengan Umno kena bersatu untuk kepentingan Islam. Bila anda cakap macam tu, siapa musuh anda ni? Musuh anda bukan Islamlah kan? kenapa kita nak bermusuh? kita semua rakyat Malaysia," katanya.

Jelas Nazri, generasi muda di negara ini menolak perkara tersebut memandangkan negara ini berbilang kaum dan agama.

"Saya ingat orang muda dah tak mahu dah ini. Kita orang Melayu, Cina dan India kita rakyat Malaysia.

"Saya benci kepada perkauman, memang saya tak suka," tambahnya.

Menurut Nazri lagi, orang bukan Islam di negara ini pun merupakan pengundi Umno.

"Orang bukan Islam pun sokong kita juga. Orang bukan Islam tak sokong kita, kita marah, orang Islam tak sokong kita, kita ajak bergabung. Mana boleh macam ni. Tak logiklah," tegasnya.

Read more ...

Muhyiddin perjelas isu Khamis ini

SEPANG: Timbalan Presiden UMNO yang digantung jawatan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan mengadakan sidang media Khamis ini bagi menjelaskan segala isu termasuk penggantungan tugasnya dalam parti.
Read more ...

Fesyen Rambut Yang Pelik, Inilah Komen Sherry Ibrahim Bidas Kritikan Netizen!

Pada malam Ahad yang lepas, Anugerah MeleTop Era 2016 (AME 2016) telah melabuhkan tirainya untuk tahun ini. Ramai artis tanah air yang hadir dengan fesyen yang tersendiri. Pada malam tersebut, tema AME 2016 tahun ini adalah futuristik.

Yang menjadi tumpuan pada malam AME 2016 tentu pasti fesyen dan juga penampilan selebriti yang hadir. (Gambar) Menarik Fesyen Selebriti Di Malam AME 2016 turut menjadi perhatian netizen.

Sherry 3

Namun, jika tersalah penampilan atau fesyen tentu menjadi perhatian pengkritik media sosial. Semalam, laman Instagram Era Fm telah memuat naik gambar OOTD Sherry Ibrahim bersama Fattah Amin.

Sherry 2

Gambar tersebut dikecam oleh peminat kerana fesyen rambut Sherry yang agak pelik. Namun, Sherry tidak cepat melatah walaupun netizen bertalu-talu memberi komen yang tidak sepatutnya.

Malah, Sherry turut memberi komen yang menunjukkan beliau tidak kisah dengan pandangan orang ramai. Segala kritikan itu diambil secara positif malah, beliau siap bergurau lagi !

Sherry 1

Biasalah kalau dah nama selebriti tentu pasti akan menjadi perhatian orang ramai. Kalau salah bergaya, akan dikutuk, terlebih bergaya pun akan dikutuk. Bukan senang nak jadi artis ni, setiap perlakuan akan dikritik tidak kira positif mahupun negatif.

Sherry 4

Apapun, rasanya isu ini tidak perlu diperbesarkan lagi. Walaupun Sherry dikecam oleh netizen namun Sherry tetap gojes pada malam tersebut.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • Inilah Punca Sebenar Fattah Amin Sorok Percintaan Dengan Sherry Ibrahim Bikin Panas!
  • SENSASI! Sherry Ibrahim Dimaki Teruk Kerana #cintaibadah
  • Hubungan Sherry Ibrahim dan Fattah Amin Sudah Berakhir?
  • Read more ...

    Eskalator terhenti ketika ketibaan Muhyiddin di KLIA tadi

    CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar Eskalator terhenti ketika ketibaan Muhyiddin di KLIA tadi  KUALA LUMPUR- Keadaan ‎panik seketika berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa  (KLIA) apabila eskalator yang dinaiki bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba terhenti seketika.

    Insiden itu berlaku dek kerana terlalu ramai para penyokong dan pengamal media menaiki eskalator yang sama bagi mengiringi Muhyiddin keluar daripada Balai Ketibaan selepas beliau tiba di KLIA hari ini.

    Muhyiddin tiba di KLIA hari ini ‎selepas beberapa hari berada di Vietnam.

    Bagaimanapun keadaan kembali terkawal dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

      Sementara itu, ratusan penyokong Muhyiddin hadir ke KLIA hari ini bagi menyambut kepulangan beliau.

    Ketibaan Muhyiddin disambut dengan laungan 'Hidup Tan Sri' oleh para penyokongnya.

    Dalam pada itu, Muhyiddin ketika bercakap kepada media berkata beliau akan membuat pengumuman penting mengenai perihal karier politiknya pada Khamis ini.

    Saya akan adakan sidang media dua hari lagi (Khamis) di mana saya akan jelaskan semua perkara yang berkaitan dengan penggantungan saya, kedudukan saya di dalam Umno dan hal-hal yang lain yang perlu saya jelaskan.‎"Sementara itu saya masih berada di dalam Umno," katanya.

    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *