Thursday, November 12, 2015
Bapa terkejut bayi perempuan dilahir berkepala dua di Bangladesh
Luahan Hati Seorang Penonton Drama Hello Mr Perfect
Sekiranya anda tidak tahu, slot Akasia TV3 (jam 7 malam sehingga 8 malam) sekarang ini sedang menayangkan drama Hello Mr Perfect. Antara pelakon-pelakon drama ini ialah Fattah Amin, Nur Ruhainies, Rafiq Razali, Ezzaty Abdullah, Azlan Mokhtar, Mimi Ernida, Nafiez Zaidi, Keena Mentor, Afzan A.Rahman, Kay Maria, Eizlan Yusof dan Fiza Halim. Kalau tak silap Abang Nara, drama ini telah diadaptasi daripada novel. Jadi sudah tentu para pembaca novel ini teruja untuk menonton drama ini.
Abang Nara ada juga menonton satu dua episod drama Hello Mr Perfect ini. Fuh!!! Memang mencabar minda, jiwa dan akal. Paling tak boleh tahan ialah tahap lakonan para pelakonnya terutama si heroin. Agak rendah mutu lakonan yang ditampilkan. Apa pun, Abang Nara ingin berkongsi satu luahan daripada seorang pembaca BeautifulNara tentang drama ini. Jom baca!!!
As salam Nara,
Sy nak meluahkan rasa tak puas hati dgn cerita terbaru keluaran A Aida Production yg sy rasakan amat tidak berkualiti dari segi jalan cerita dan juga pilihan pelakonnya.
Sejak episod pertama lagi sy merasakan ada tidak kena dgn drama ini. Seperti biasa slot akasia pilihan cerita adalah adaptasi daripada novel. Jln cerita sudah biasa seperti kebanyakan novel2 sblum ini. Tapi cerita kali ini paling teruk. Sy pasti ramai penonton diluar sana bersetuju dgn pendapat saya. Lihat saja komen2 negative di media social ttg cerita ini.
Mmg sbg penonton sy berhak utk menukar channel yg sy inginkan, tp slot akasia mmg mnjadi pilihan sy setiap kali pulang dari kerja. Dengan harapan dapat menenangkan fikiran slps bebanan kerja n kesesakan lalu lintas, tapi bila tiap kali menonton cerita itu membuatkab sy rasa tension pula.
Secara jujurnya sy menilai drama keluaran A Aida Production kebayakannya tidak berkualiti dari segi jalan cerita dan pilihan pelakon. Sbg contoh cerita menantu 10 ribu n halimah jongang. Utk hello mr perfect, lakonan pelakon2 amat hambar. Sbg contoh, watak utama wanita cerita tersebut yg mainkan watak Ain n Alya. Pelakon tersebut bg pendapat sy belum layak diangkat memegang watak penting dlm sesebuah drama yg mana dia perlu byk belajar ttg menjiwAi sesuatu watak. Sy tertanya2 apa logiknya seorang pelakon memainkan 2 watak berbeza tp hakikatnya dlm cerita tersebut mereka tiada kaitan lgsung.
Watak ibu, yg mempunyai anak2 berumur 20 an lakonan Fiza Elite. Adakah logik Fiza memegang watak seorang ibu??? Lain2 pelakon seperti watak2 adik2 Izzu yg sy rasakan agak annoying.
Saya berpendapat tv3 perlu lebih peka n selektif dlm memilih drama utk slot akasia pada masa akan dtg. Slot akasia adalah antara yg berating tinggi, tp jgn smpai rating jatuh oleh kerana cerita2 begini yg sering ditayangkan.
Sekian.
Malah dari pemerhatian Abang Nara di laman sosial, rata-rata yang menonton drama ini berharap agar ia tamat secepat mungkin. Ramai yang kecewa dengan jalan cerita serta mutu lakonan para pelakon Hello Mr Perfect. Pada pandangan Abang Nara, untuk slot Akasia yang sering menjadi pilihan ramai, sekurang-kurangnya ambillah pelakon yang benar-benar boleh berlakon. Janganlah main hentam sahaja. Semoga akan ada perubahan di masa hadapan. Sementara itu diharap anda semua bersabar sehingga drama ini tamat. Hehehe.
Related Category : Malay 57 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: biodata Nur Ruhainies, drama hello mr perfect, fattah amin, hello mr perfect, heroin hello mr perfect, nur ruhainies, siapa Nur Ruhainies PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.FESYEN UMPAMA RAHIB - NORA DANISH MOHON MAAF
Akui melakukan kesilapan apabila tampil dengan fesyen penyerupai pakaian rahib gereja pada pelancaran tudung jenamanya Owl by Nora Danish pada minggu lalu, Nora Danish, 34, tampil memohon maaf.
Menurut Nora, perkara tersebut hanya disedari selepas dia menerima kritikan daripada pengikut di Instagram yang menyifatkan pemakaiannya seperti itu tidak sesuai digayakan.
"Secara jujurnya saya seorang yang berfikiran positif dan tidak sedar tentang gaya saya itu menyerupai rahib seperti yang diperkatakan di laman sosial.
"Namun, saya akui ia adalah kesilapan saya sendiri yang kurang peka, saya yang minta baju dan tudung seperti hoodie tapi bila saya gayakan di pentas, tidak sangka ia kebelakang dan terlibat se perti itu (rahib)," ujar Nora ketika ditemui media pada pelancaran program Ceria All Stars, di Talent Lounge.
Kata Nora, dia akan lebih berhati-hati dalam mengayakan sesuatu fesyen agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat pada masa hadapan.
"Ia silap saya dan Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam mengayakan sesuatu fesyen terutamanya apabila bertudung," jelasnya.
Tambah Nora, dia juga terkilan pengikut Instagramnya menghentam tindakan dia memeggang burung hantu kononnya mahu mempromosi sesebuah fahaman.
Katanya, burung hantu yang dibawa ketika di pentas peragaan itu hanya sebagai simbolik nama jenama itu iaitu Owl by Nora Danish.
"Burung hantu pun mereka persoalkan dan tuduh saya promosi lam bing sebuah fahaman. Walhal ia hanya simbolik sahaja dan tidak pula saya terfikir sampai begitu jauh.
"Saya sedih dan terkilan juga kerana tudung itu baru sahaja dilancarkan, tetapi menerima kecaman daripada orang ramai," katanya.
Sumber: mStar
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomGambar Air Mata Mila Jirin Sekitar Majlis Pernikahannya
Penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia musim kelima Mila Jirin, 28, sudah pun selamat diijabkabulkan dengan pengurus dan rakan niaganya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 36, petang semalam.
Mila yang berwalikan bapanya Jirin Burhan, 54, dinikahkan Imam dan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Jamek Batu 12, Puchong, Ustaz Mohamed Zainal Khamis.
Dalam majlis itu, Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin menerima mas kahwin sebanyak RM1,001 beserta wang hantaran berjumlah RM23,128.70 dan lima dulang hantaran,manakala pihak Mila membalas dengan tujuh dulang.
Mempelai yang sedondon memakai busana pengantin dari rona putih suci itu diraikan dalam majlis yang indah dan manis.
Majlis dihadiri ahli keluarga terdekat kedua mempelai dan teman rapat.
Berikut merupakan foto-foto ketika majlis pernikah Mila dan pasangan yang dikongsi oleh juru foto rasminya di Instagram @bizmila_studio:
Artikel oleh Syafiqah Jalal
Atikel ini disiarkan pada Khamis, 12 November 2015
Jom Tonton Video Pengalaman VVIP Jumpa Finalis AF 2015
Bersempena dengan tajaan Hotlink bagi AF 2015, Hotlink baru-baru ini telah menganjurkan satu peraduan istimewa di mana 20 pelanggan telah memenangi pengalaman VVIP bersama finalis AF 2015, iaitu Bila, Sharul, Sufi dan Syamel, sebelum konsert terakhir AF yang telah diadakan Oktober lalu.
Antara pengalaman istimewa yang dimenangi termasuk melepak di Akademi, menghadiri 'soundcheck', menonton persembahan finale dan beramah mesra bersama finalis!
Peraduan ini adalah salah satu lagi daripada pelbagai pengalaman menarik dan eksklusif yang telah dianjurkan oleh Hotlink khas bagi pelanggannya. Baru-baru ini, Hotlink juga telah bekerjasama dengan Hujan untuk konsert #Hujan10Tahun, dan juga telah memberi para peminat akses kepada koleksi gambar dan rakaman video Hujan yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini, yang merangkumi 10 tahun perjalanan kumpulan tersebut.
Selain itu, Hotlink juga telah bekerjasama dengan bintang hip-hop tempatan, Altimet, untuk melancarkan video muzik terbarunya yang bertajuk 'Aku Tahu' secara eksklusif melalui Aplikasi RED Hotlink pada 22 Oktober lalu.
Jika anda inginkan peluang untuk memenangi pengalaman VVIP seterusnya, muat turun Aplikasi RED Hotlink di Google Play untuk pengguna Android atau di App Store untuk pengguna iOS. Pengguna baru Aplikasi RED Hotlink juga akan mendapat data 1GB secara percuma untuk masa yang terhad sahaja.
Untuk menyaksikan video pengalaman VVIP bersama finalis AF 2015, sila klik sini: https://www.youtube.com/watch?v=JHCW7ymYxOY
Untuk maklumat lanjut mengenai Aplikasi RED Hotlink, lawati www.hotlink.com.my
Komen via FacebookKomen
— 31 Bacaan— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
'Kenapa Perlu Libas Dia Dengan Wayar?'
20 Penumpang Nyaris Maut, Bas Rapid KL Terbakar Pagi Tadi
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi itu menyebabkan hampir 20 orang penumpang nyaris maut.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Damansara, Mustada Silong berkata semua penumpang bagaimanapun selamat.
"Kebakaran bermula di bahagian enjin sebelum merebak ke bahagian lain. Namun kebakaran dapat dikawal 20 minit kemudian," katanya dipetik laporan Bernama.
Jurucakap Prasarana berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di bahagian enjin. - Siakapkeli.my
Jakim tak seharusnya dipolitikkan, kata SHURA
Jabatan Kemajuan Islam Malaysa (Jakim) tidak seharusnya dipolitikkan dan sebaliknya ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memberi kefahaman mengenai Islam, kata Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), Abdul Ghani Shamsuddin.
Jakim perlu dikekalkan namun penambahbaikkan hendaklah dibuat bagi melihat arah tuju sebenar jabatan itu, kata Abdul Ghan ketika dihubungi Malaysiakini.
Abdul Ghani berpandangan bahawa Jakim perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, diurus dengan betul dan tidak dipolitikkan untuk kelangsungan kuasa.
"Jakim dimanfaat dengan memberi kesedaran (mengenai) Islam kepada seluruh rakyat tentang Islam. (Kalau tidak) sudah pasti dari dulu orang faham Islam," katanya.
Sebelum ini, anak sulung bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tawfiq Tun Ismail dilaporkan berkata, Jakim perlukan dimansuhkan kerana mendakwa ia dilihat seolah-olah mencampuri kehidupan peribadi rakyat negara ini.
Tawfik dilaporkan berkata, pada zaman perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, hanya jabatan agama kecil wujud di Jabatan Perdana Menteri dan tidak ada menteri hal ehwal agama.
Mengulas perkara itu, Abdul Ghani berkata kerajaan harus mencampuri urusan peribadi rakyat negara ini terutamanya berkaitan tentang kefahaman agama Islam mengenai kesan terhadap sesuatu perkara.
"Konsep negara tidak boleh masuk campur, sebenarnya agak relatif sebab semakin lama rakyat perlu difahamkan tentang agama dia.
"Oleh itu untuk menyatakan kerajaan tidak masuk campur, itu tidak mungkin, sebab dalam soal arak dan rokok elektronik, mesti ada campur tangan (tentang) apakah kesannya dan adakah ia memudaratkan," kata Abdul Ghani yang juga timbalan penasihat Parti Amanah Negara (AMANAH).
Beliau yang juga bekas pensyarah Tamadun Islam Universiti Malaya (UM) turut berkata, Tawfik tidak boleh kembali kepada masa sebelum merdeka kerana kehidupan masyarakat terus berkembang.
"Nak kembali kebelakang sebelum Merdeka tidak mungkin, sebab kehidupan sentiasa berkembang, berkembangnya kehidupan ini tak dapat kita halang," katanya.
Tanah Runtuh: Polis Nafi Ada Kenderaan Tertimbus
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung insiden itu.
"Laporan awal yang mengatakan terdapat kenderaan tertimbus adalah tidak benar sama sekali.
"Saya menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang mengelirukan berhubung kejadian itu," katanya.
Sebahagian laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup kepada pengguna ekoran kejadian itu.Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...