Recent Post

Tuesday, October 04, 2016

Marina Juki Menang Kes Saman Terhadap Zizan Razak

Bekas pengurus peribadi kepada pelawak Zizan Razak iaitu Marina Juki hari ini menang kes saman tehadap pelawak berkenaan atas kes pelanggaran kontrak perjanjian kira-kira dua tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Datuk Roslan Abu Bakar membenarkan rayuan Marina Juki terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 4 April lepas yang menolak saman Marina terhadap Zizan.

Peguam Harjit Singh Sandhu yang mewakili Marina memberitahu pihak media mahkamah bersetuju bahawa Marina selaku pengurus peribadi Zizan berhak mendapat 15 peratus komisen ke atas semua pendapatan yang diperoleh Zizan  sepanjang empat tahun kontrak perjanjian antara mereka.

Mahkamah juga memerintahkan Zizan,  selaku defendan membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Marina (plaintif). Zizan dan Marina tidak hadir pada prosiding yang dijalankan hari ini.

Menurut Harjit lagi,  mahkamah juga menolak rayuan Zizan yang diwakili peguam Rishwant Singh terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan tuntutan balas pelawak itu terhadap Marina.

Pada 5 November 2014, Marina memfailkan saman terhadap Zizan atas dakwaan melanggar kontrak perjanjian yang ditandatangani antara Zizan, syarikat Wire Fame dan Marina pada 3 Mei 2011.

Dalam pernyataan tuntutannya, Marina mendakwa pada Mei 2014, pihak Astro telah mengesahkan Zizan berada di bawah pengurusan Astro dengan kontrak bernilai RM2,000,000 tanpa persetujuan syarikat Wire Fame dan plaintif.

Marina mendakwa Zizan telah melanggar perjanjian kerana perpindahannya ke Astro dilakukan sebelum tamat tempoh kontrak dengan plaintif dan syarikat Wire Fame.  Menurut Marina ,  beliau kehilangan komisen 15 peratus ke atas pendapatan Zizan bermula Mei 2014 iaitu selepas pelawak itu menandatangani kontrak baharu dan memohon ganti rugi khas sebanyak RM535,500, ganti rugi am, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Marina juga memfailkan satu lagi saman terhadap Zizan pada 30 Sept 2014 berhubung pembekuan dua akaun syarikat Wire Fame untuk satu tempoh yang lama, bagaimanapun Mahkamah Tinggi telah membatalkan saman itu pada 10 Feb 2015 selepas membenarkan permohonan Zizan untuk berbuat demikian.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Dua anggota tentera hilang semasa operasi di Pulau Perak - Kosmo!

Dua anggota tentera hilang semasa operasi di Pulau Perak

04/10/2016 12:00pm

KUALA LUMPUR - Dua anggota Tentera Darat hilang setelah terjatuh ke dalam laut sewaktu menjalani operasi di Pulau Perak, di perairan Selat Melaka di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 4.40 petang itu, kedua-dua mangsa berpangkat koperal itu dikenali Johbartlee Kanil dan Mohd. Faizol Rosli dari Battalion ke-4 Rejimen Renjer Diraja yang berpangkalan di Oran, Perlis.

TD dalam kenyaatannya memberitahu, kejadian tersebut disahkan oleh Markas Armada, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Katanya, pihak TLDM yang menerajui operasi telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat dengan menggunakan tiga buah kapal iaitu KD Laksamana Tun Abdul Jamil, KD Ledang, KD Selangor dan Pesawat Super Lynx.

"Operasi turut dibantu oleh skuad pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia dari 3 Skuadron di Butterworth.

"Sehingga kini, kedua-dua anggota tersebut masih belum ditemui," katanya di sini sebentar tadi.

Menurut TD, keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut. - K! ONLINE

Read more ...

Kembara Kemanusiaan Bumi Tsunami Bersama Faizal Tahir

Baru-baru ini telah diadakan satu program Kembara Kemanusiaan Bumi Tsunami Banda Aceh bersama Faizal Tahir yang telah disertai oleh 33 orang peserta. Kembara Kemanusiaan anjuran Usrah Billionaire dengan kerjasama iamFaithmen dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Aceh telah membawakan misinya tersendiri dalam menyantuni anak yatim dan golongan yang memerlukan.

FT @ Aceh 4

Peserta Kembara Kemanusiaan ini selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda Banda Aceh pada 15 September yang lalu telah disambut oleh barisan pimpinan PKPMI Cawangan Aceh.

Selain itu, mereka juga diraikan oleh mahasiswa mahasiswi Malaysia di Rumah Kegiatan Mahasiswa Malaysia di Banda Aceh dalam satu majlis "Sharing Moment Bersama Faizal Tahir." Ketika majlis ini Faizal Tahir telah berkongsi pengalaman sepanjang beliau melakukan misi kemanusiaan.

Perkongsian ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar dapat memupuk nilai kemanusiaan dan sikap saling membantu.

Beliau berharap juga mahasiswa Malaysia yang berada di Banda Aceh menjadi mahasiswa yang mampu berbakti, baik dalam program seperti ini mahupun dalam pelajaran.

Menurutnya lagi, usaha seperti ini perlu diteruskan bagi mereka yang berkemampuan untuk menyalurkan bantuan dalam bentuk apapun kerana islam itu bersaudara selain cuba memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat.

Pada hari kedua misi kemanusiaan ini diteruskan lagi dengan aktiviti bersama anak yatim di Rumah Anak Yatim Serambi Melaka Gampong Neuhun. Di rumah anak yatim ini, kebanyakan dari mereka adalah anak-anak yatim yang telah kehilangan orang tuanya dalam tragedi bencana tsunami 12 tahun yang lalu. Misi bermula dari jam 4.00 petang sehinggan jam 6.45 petang.

Selain melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak yatim, turut diadakan perkongsian cerita dari salah seorang mangsa tsunami yang telah kehilangan orang tuanya ketika datang tsunami. Turut hadir adalah Ketua Kampung Kompleks Neuhen dan ahli PKPMI Cawangan Aceh dalam menjayakan program.

Faizal Tahir ketika ditemui berkata,

"Misi Kembara Kemanusiaan yang dijalankan ini bukan sahaja menjadi platform persaudaraan dan berkongsi kegembiraan, malahan turut membawa bersama misi bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Sebagai saudara seagama, kita sewajarnya mengambil peduli dan membantu samada melalui sumbangan atau setidaknya kita sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka."

Hari ketiga kembara kemanusiaan bumi tsunami bersama faizal tahir diteruskan lagi dengan melawat kawasan sekitar banda aceh yang merupakan tempat bersejarah kesan tinggalan tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu orang.

"Meskipun ia sudah berlalu hampir 12 tahun, namun kesannya masih lagi terasa hingga ke hari ini," menurut salah seorang peserta kembara kemanusiaan ini.

Pengarah program yang juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia Cawangan Aceh berkata, tujuan utama program kembara kemanusiaan ini diadakan adalah untuk memupuk rasa kemanusiaan terhadap insan lain yang serba kekurangan di samping menimbulkan kefahaman dan kesedaran manusiawi kepada peserta khususnya melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan.

Menurutnya, setiap percutian yang dilakukan biarlah menjadi satu ibadah dan bukan perkara yang sia-sia.

FT @ Aceh 7

FT @ Aceh 6

FT @ Aceh 5

FT @ Aceh 3

FT @ Aceh 2

FT @ Aceh 1

FT @ Aceh 15

FT @ Aceh 11

FT @ Aceh 8

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

(Video & Gambar) Sekurang-Kurangnya 13 Anggota Tentera Dan 4 Orang Pelajar Cedera, Helikopter Terhempas Dalam Kawasan Sekolah

TAWAU: Sebuah helikopter dilaporkan telah terhempas di atas sebuah dewan sekolah yang masih dalam pembinaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung di sini pagi tadi, lapor Berita Harian.

Menurut pihak Polis Daerah Tawa, jumlah mangsa masih belum diketahui setakat ini.

Lima pelajar SMK Balung yang cedera sudah dikejarkan ke Hospital Besar Tawau untuk mendapatkan rawatan.

KEMASKINI MENYUSUL

Read more ...

Cukuplah gerakan Islam jadi alat sekular

Semua pihak perlu ketepikan sentimen melulu.

Apakah bentuk generasi yang kita impikan bagi negara ini?

Gunakan akal yang dikurniakan oleh Allah bagi mengkaji dan mendalami Islam secara ikhlas dan jujur, insya-Allah kita akan memperolehi hakikat kebenaran dan dasar yang adil untuk semua pihak.

Kebencian yang ditanam oleh musuh Islam sejak turun temurun telah gagal mengemukakan suatu dasar dan sistem yang terbaik bagi manusia.

Kegagalan sistem ekonomi kapitalis dan liberal sosialis mengakibatkan lahir manusia yang rakus dan tamak menggunakan peluang dan kekayaan yang dimiliki bagi membolot kekayaan negara dan membiaknya amalan rasuah, salahguna kuasa, penipuan dan pelbagai penyelewengan yang kini sebati di dalam sistem kehidupan manusia.

Sistem ini telah mewujudkan golongan tidak berkemampuan yang jauh ketinggalan di belakang sehingga wujudnya jurang yang terlalu besar antara golongan kaya dan miskin.

Bukan itu sahaja, wujud satu pihak lain yang memperjuangkan hak dan persamaan taraf dengan melampau sehingga mencabut nilai asas manusia.

Perjuangan ini telah merosakkan nilai kemasyarakatan dan peradaban manusia, sehingga lahir golongan tanpa segan silu menuntut perkahwinan sejenis.

Jadi penentang PAS

Manusia tidak boleh dibiarkan bertindak dengan bebas sehingga menganggap dirinya sebagai Tuhan yang boleh melakukan apa sahaja sehingga tiada pertimbangan hukum halal haram, dosa dan pahala; apatah lagi untuk memikirkan kehidupan selepas kematian yang menjadi teras dan roh bagi agama.

Sebab itu, presiden PAS menggesa agar semua pihak kembali kepada prinsip Islam kerana sifatnya yang lengkap dan sempurna. Kerana sistem Islam datangnya daripada Allah pencipta manusia dan alam seluruhnya.

Tidak mungkin ada suatu sistem dan peraturan yang lebih hebat dari ciptaan Allah.

Yang mencipta sistem yang tempang dan menganggapnya agong dan sempurna ialah manusia.

PAS diminta menyokong pelbagai gerakan dan program pihak lain, namun apabila tiba soal perjuangan Islam yang dipelopori PAS, ada di kalangan mereka bukan sekadar bersetuju untuk tidak setuju, malah menjadi penentang dan menggerakkan penentangan kepada apa yang PAS perjuangkan.

Tiada parti yang mungkin akan bersama dengan pihak yang hanya ingin mengambil kesempatan dengan apa yang dimiliki oleh parti tersebut.

PAS tidak berkecuali dalam hal ini sebagaimana yang ditegaskan oleh presiden PAS bahawa PAS tidak akan bersedia menjadi anak tangga bagi pihak lain.

Sejarah lampau banyak mengajar kita betapa gerakan Islam yang menjadi penggerak kepada perjuangan menuntut kemerdekaan dan keadilan, serta menjadi mangsa kepada kezaliman pimpinan namun hasilnya dinikmati oleh pihak lain.

Cukuplah gerakan Islam menjadi alat bagi mencapai hasrat golongan sekular untuk mencapai hasrat mereka dan apabila mereka berjaya, Islam akan terus ditekan dan terus menjadi mangsa.

Seperti bisnes, di dalam politik juga ada pertimbangan untung rugi terhadap apa yang dianggap bernilai bagi parti masing-masing.

Bagi PAS, Islam berada di kedudukan tertinggi. Oleh itu, PAS sudah tentu menyokong apa yang menguntungkan dan selaras dengan perjuangan Islam yang menjadi dasar PAS.

Ada masanya, PAS hanya memberikan sokongan moral kepada agenda bersama yang dipersetujui PAS, akan tetapi tidak menyertai program untuk mengelak pihak lain mengambil kesempatan terhadap apa yang ada pada parti demi matlamat lain yang tidak selaras dengan matlamat PAS.

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN timbalan presiden PAS

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *