Recent Post

Monday, June 27, 2016

Erra Fazira Akui Idam Lelaki Lebih Tua Tetapi Sukar Untuk Menolak Cinta Shahir

Kami tahu mungkin ada yang cakap "alamak story diorang lagi, kahwin je lah senang dah bosan lah" , relaks, hendak buat macam mana sebab memang pasangan ini sedang hangat diperkatakan sekarang. Hehe..

Berbalik kepada kisah cinta Erra Fazira dan Shahir, beliau mengakui pernah mengidamkan lelaki yang lebih tua dan matang untuk dijadikan teman hidup. Walaubagaimanapun, agak sukar untuk Erra menolak cinta Shahir.

Jarak usia 14 tahun mungkin sedikit janggal bagi sesetengah orang, namun Erra berharap orang ramai memandang ia daripada sudut yang positif.

Saya pernah berniat untuk mencari orang yang lebih tua dan macam-macam lagi, tetapi bila hati terima ciri-ciri (lelaki muda) begini, sukar untuk saya menidakkannya.

Kita masih tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan, saya serahkan soal jodoh ini kepada takdir sahaja, sebab Allah sahaja yang mempunyai kuasa terhadap hati saya.

Ternyata tidak banyak yang boleh saya kongsi, tetapi ketika ini fasa hubungan kami masih lagi mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain.

Sebelum ini Erra pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali dan kedua-duanya pernah dilabelkan sebagai Wedding Of The Year.

Perkahwinan pertama Erra adalah bersama Yusry KRU pada tahun 2003 sebelum bercerai pada tahun 2006. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Kemudian Erra mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran sekitar tahun 2007 tetapi cerai pada tahun 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya yang kini sudah berusia 7 tahun.

Kita doakan sahaja yang terbaik buat Erra dan Shahir, siapa tahu leh ikut jejak langkah Che Ta dan Zain Saidin? Hehe…

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Britain didesak segera keluar EU - Utusan Malaysia

LONDON 26 Jun - Negara-negara kuasa besar Eropah menggesa supaya Britain segera dikeluarkan daripada Kesatuan Eropah (EU), ketika kesan pungutan suara itu mencetuskan perpecahan kepada Britain dan blok tersebut.

Pemimpin-pemimpin Eropah, kebanyakannya negara anggota asal EU mahu Britain tidak mele­ngah-lengahkan tindakan mereka keluar daripada EU, di tengah-te­ngah kebimbangan kesan domino pungutan suara di Britain diikuti negara anggota lain yang akan menjejaskan integriti blok tersebut.

"Kami bersama-sama menyatakan bahawa proses ini mesti bermula secepat mungkin supaya kami tidak berada di dalam tempoh tidak menentu yang lama," kata Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier selepas menghadiri mesyuarat di Berlin.

Menteri-menteri anggota enam negara asal EU iaitu Jerman, Pe­rancis, Itali, Belanda, Belgium dan Luxembourg mengadakan mesyua­rat tergempar bagi melihat kesan pembelotan pertama dalam sejarah 60 tahun penubuhan blok itu.

Keputusan pungutan suara di Britain, kelmarin bukan sahaja menyaksikan Perdana Menteri Britain, David Cameron mengumumkan peletakan jawatan, malah ia mengakibatkan penduduknya mula berpecah dan satu petisyen dikeluarkan yang ditandatangani lebih dua juta orang menuntut pungutan suara itu diadakan semula.

Malah, terdapat sokongan supaya kemerdekaan Scotland daripada United Kingdom dipercepatkan ketika Cameron mengesahkan akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga beliau menemukan penggantinya dalam kalangan partinya sendiri, Parti Konservatif.

Parti Konservatif mengekalkan penguasaannya sehingga Oktober ini ketika Perdana Menteri baharu akan membincangkan langkah Britain keluar daripada EU.

Menteri Luar Perancis, Jean-Marc Ayrault pada masa sama menggesa Cameron segera melantik Perdana Menteri baharu.

Canselor Jerman, Angela Merkel sementara itu berkata, rundingan Britain untuk keluar daripada blok berkenaan tidak seharusnya berlarutan dan sebelum perkara tersebut dimuktamadkan, Britain kekal sebagai anggota EU.

"Tidak ada sebab untuk marah dalam rundingan ini, kita juga perlu mengikut peraturan per­mainan," kata Merkel. – AFP

Read more ...

Program Syahadah 2016 Musim Ke-11 Pertembungan Timur รข€“ Barat

Rancangan dokumentari Syahadah untuk siaran sepanjang Ramadan terbitan Unit Dokumentari dan Majalah RTM bakal bersiaran bagi kali kesebelas (11) tahun ini.

Syahadah 2016 memfokuskan kejayaan umat Islam di peringkat global dan memaparkan jalinan ukhwah Islamiah bagi membentuk komuniti Islam yang kuat. Fokus Syahadah kali ini ialah Asimilasi Islam di Korea dan masyarakat Islam di Bosnia Herzegovina.

Program Syahadah bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan di TV1 (Bahasa Melayu) bermula 6 Jun hingga 5 Julai ini, jam 6.30 petang, dan ulangan jam 5.30 pagi pada keesokan harinya. Sementara di TV2 (Bahasa Inggeris) pula mulai 7 Jun hingga 6 Julai setiap Isnin hingga Ahad, jam 7 petang dan ulangan jam 10.30 pagi pada keesokan harinya. Syahadah turut disiarkan menerusi TVi (Bahasa Melayu) mulai 6 Jun hingga 5 Julai ini, pukul 8.00 malam.

Tahun ini Syahadah akan mengetengahkan kehidupan masyarakat Islam di barat Bosnia dan timur Korea Selatan. Kedua-dua negara ini pernah mengalami perang saudara pada satu ketika tetapi masih berdiri teguh hari ini. Selain daripada budaya mereka sendiri, sejarah dan survival umat Islam di Bosnia dan Korea Selatan menekankan bahawa Islam bukan bukan sekadar agama tetapi Islam telah membawa banyak nilai-nilai positif kepada rakyat di kedua-dua negara.

Syahadah 2016 menampilkan empat orang penerbit iaitu Rosli Nordin dan Mohd Jasmaidy Mat Aroff, episod di Bosnia Herzegovina manakala Zadil Hayat Arsad dan Faizal Said, episod di Korea Selatan.

episod bersama tentera wanita bOsnia

Siaran program ini ditaja oleh Serai Mas Herbs Trading.

Korea Selatan ( 15 Episod )

Korea Selatan kini di ambang kemahsyuran dalam pelbagai bidang setelah melalui detik dibelenggu kemiskinan pada ketika dahulu. Dugaannya bertambah lagi dengan terputus silaturahmim angkara politik dunia sewaktu tercetus perang saudara. Di sebalik detik berat ini, Allah menghadirkan Nur yang sebenar bagi rakyatnya memahami erti kehidupan. Armada tentera Turki adalah pemula bagi melonjaknya Islam di bumi Korea Selatan. Seterusnya, Islam bertahan dan berkembang seiring melalui zaman-zaman revolusinya.Ramai watak-watak utama yang berhempas pulas menghabiskan umurnya melakukan kerja Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. Kini, walaupun Korea Selatan gah dengan fenomena Hallyu-nya, ada segolongan kecil yang kental, teguh dan mantap mempertahankan apa yang dikatakan kehidupan sebenar. Syahadah membongkar senario Muslimin dan Muslimat di Korea Selatan.

Bosnia Herzegovinia ( 15 Episod )

Titik hitam 1992 tidak pernah dilupakan umat Islam Bosnia. Tempoh 3 tahun yang perit mengajar mereka tentang kesetiaan dan pengorbanan kepada bangsa dan agama. Hari ini Islam terus mekar di bumi balkan. Syahadah menjengah saudara sesama islam kita bagi melihat perkembangan syiar Islam dalam arus pembangunan ekonomi, pendidikan dan senibudaya Bosnia Herzegovina. Antara paparan yang bakal menemui penonton, krew Syahadah meninjau kesinambungan pendidikan Islam di Madrasah Gazi Huzrev Beg yang telah diasaskan 500 tahun lalu mekar hingga ke hari ini. Turut mendapat perhatian operasi sebuah stesen televisyen terkenal Al Jazeera wilayah Balkan berpusat di Sarajevo. Ia merupakan satu penghormatan dan kepercayaan dalam menerbit dan menyiarkan berita di kawasan liputan yang terdiri dari etnik Bosniak, Serb dan Croat yang pernah melalui sejarah hitam. Ikuti Syahadah musim ke 11 untuk pelbagai paparan menarik bakal menemui anda.

episod di Bosnia

episod di Korea Selatan

Korea Maritime

Masjid Busan Al Fatah di Korea

Masyarakat Islam di Korea

penggambaran Syahadah di Bosnia

Syahadah di Korea Selatan

Related

Komen via Facebook

Komen

— 157 Bacaan
Read more ...

Pelancong Australia Ini Kongsi Kisah Aneh & Seram Yang Sedang Berlaku Kepada Keluarganya Selepas Bercuti di Malaysia Beberapa Hari Lalu

Hai semua, saya sudah lama membaca (reddit) secara senyap, tapi ini penulisan pertama. Saya cuma perlukan satu tempat untuk bercakap mengenai perkara pelik yang berlaku di rumah baru-baru ini.

Sedikit pengenalan, kami 6 sekeluarga (ibu, ayah, dua abang, saya serta adik perempuan) dan kami semua lahir dan dibesarkan di Melbourne, Australia. Ibu dan ayah saya masih lagi bekerja dalam bidang farmasi, saya dan abang-abang saya sedang belajar di universiti (Semua di Monash Univerity) manakala adik perempuan saya bakal bergraduasi dari sekolah (kami jangkakan dia akan lulus cemerlang).

Sekarang, kami sedang cuti pertengahan sem dan cuti sekolah. Sebagai ganjaran, ibu bapa saya bercadang untuk bercuti selama seminggu dan bertanyakan jika kami mahu pergi ke Asia Tenggara, lebih tepatnya Malaysia. Tanpa banyak soal, saya setuju, begitu juga dengan adik beradik saya yang lain.

Jadi kami pergi Lapangan Terbang Melbourne 2. Semua berjalan lancar. Naik pesawat dan 'menikmati' perjal anan  selama 6 jam di dalam tube besi itu.

Akhirnya, kami mendarat, masuk ke bilik hotel, makan malam, mandi dan bersedia untuk pengembaraan yang sudah kami rancang untuk minggu itu. Ia kelihatan seperti bakal menjadi cuti yang menenangkan; seperti yang saya harapkan. Namun tidak.

Disinilah saat semuanya menjadi sedikit pelik. Fakta ringkas tentang keluarga saya, kami adalah pelancong-pelancong yang 'biasa', dengan kamera tergantung di leher. Kami tak pernah 'lari' dari laluan normal pelancong. Kami tidak mencari tempat-tempat eksotik yang mana pelancong-pelancong seperti kami tidak mahu peduli pun dan kami sudah tentu tidak akan melakukan sesuatu secara spontan; semua dalam hidup saya sudah pun dirancang oleh ibu bapa saya dan ia sudah menjadi sebati dengan diri saya.

Jadi ia sedikit pelik buat saya apabila bapa saya memberi cadangan - daripada melawat Putrajaya, lebih baik kami biarkan kereta 'membawa ke mana kami patut pergi'. Tidak, ini serius. Bapa saya - seo rang lelaki yang mengambil jalan yang sama setiap hari bekerja - tiba-tiba mencadangkan untuk melakukan sesuatu yang spontan dan tidak masuk akal (kepada saya) dengan mengembara ke satu tempat yang belum diketahui lagi. Lebh pelik, semua yang lain bersetuju dengannya.

Jujur, saya rasa seperti tidak mahu mengembara ke dalam belantara Malaysia, jadi saya mengambil keputusan untuk tidak ikut dan berehat di bilik hotel dengan wifi percuma. Keluarga saya semuanya OK dengan itu dan kami berpisah. Saya tahu ianya sangat 'cliche' tapi dalam hati saya berkata perjalanan ini tidak akan berakhir dengan bagus dan saya rasa ianya salah saya juga tidak menasihati bapa saya untuk tidak teruskan idea bodoh ini.

8 jam kemudian (mereka bergerak pada tengahhari waktu tempatan), mereka masih belum pulang dan saya mula menjadi risau dan berfikir perkara yang bukan-bukan. Tidak ada cara buat saya untuk menghubungi mereka jadi saya menetapkan akan menghubungi pihak berkuasa tempatan dan konsul Australia jika mereka tidak pulang selepas pukul 10. Pada 9.20, saya terdengar bunyi 'beep' kad pada pintu dan mereka semua berjalan masuk terhuyung hayang; seolah-olah seperti baru belajar berjalan. Untuk menenangkan fikiran, saya memberitahu diri saya : selepas berjalan selama 10 jam, saya mungkin jadi macam mereka juga.

Mereka juga berbau. Busuk. Ianya bau yang sangat teruk, seperti bangkai busuk dan sulfur.

Mereka pulang ke hotel dan saya, yang juga penat ketika itu, pergi menghadap katil dan tidur. Pada pagi esoknya, saya terbagun semula dan dikejutkan dengan perkara yang tidak dijangka. Biarpun percutian masih berbaki seminggu lagi, saya lihat 'keluarga' saya mula mengemas barang dan 'bapa' saya memeriksa kami di bahagian bawah. "Bapa" saya kemudian naik ke atas semula dengan senyuman tidak ikhlas (saya tidak pernah lihat senyuman itu sejak dari lima tahun) dan memberitahu yang kami perlu balik ke Melbourne kerana ada hal kerja yang memerlukan khidmat dia dan ibu.

Sekali lagi, sebagai anak yang patuh, saya cuma ikut sahaja. Keluarga saya masih lagi berbau busuk dan tidak ada bukti bilik air sudah digunakan oleh mereka tapi seperti yang saya katakan sebelum ini, saya sangat sopan dan lemah lembut dan tidak suka banyak soal.

Kami check out, panggil teksi, dan pergi ke KLIA. Semua berjalan lancar (memandangkan kami memegang pasport Australia) dan kami naik ke dalam pesawat. Di sinilah perkara menjadi teramat-amat pelik. Bagi yang tak pernah terbang ke Australia, setiap penumpang perlu mengisi 'inbound travelling card' yang mengatakan siapa kamu dan apa yang kamu bawa ke dalam negara. Antara maklumat yang perlu diisi adalah nama, tarikh lahir dan nombor pasport serta beberapa soalan yang perlu dijawab. Kami tidak kekok dengan benda ini kerana sudah beberapa kali melancong, tapi tiada seorang pun dalam keluarga saya tahu bagaimana nak guna sebatang pen. Seterusnya, selepas melihat mereka mencakar ayam kertas itu (kelihatan seperti bah asa cyrillic atau hebrew atau benda yang sama seperti itu), saya mengalah dan mengisi kad itu untuk semua orang. Bermula dari sini, saya ketakutan.

6 jam kemudian, kami mendarat, pergi ke arah kastam dan selepas beberapa jawapan mengarut dari 'ibu bapa' saya, saya berjaya menyakinkan pegawai kasstam bahawa mereka mempunyai masa yang sukar ketika di luar negara dan masih belum pulih. Dia melepaskan kami kerana kami warga Australia dan tidak ditahan kerana tiada isu yang besar. Satu perkara yang pelik adalah saya perasan tiada seorang pun perasan bau busuk pelik yang keluar dari keluarga saya. Hanya saya, dan juga anjing yang menjaga tempat kuarantin.

Dua ekor anjing yang bertugas mencium bagasi penumpang itu, memberi reaksi negatif terhadap bau keluarga saya - dengan hidung mereka mengerut. Pegawai kuarantin yang sedar dengan perkara itu bertanya jika kami ada apa-apa untuk 'dideclare'. Dia cuba menyuruh anjing itu pergi mencium kami tapi ia tidak mahu. Memandangkan tiada apa yang pelik di bahagian x-ray, kami tidak ditahan dan dibenarkan lepas.

Kami meninggalkan lapangan terbang, ambil bas shutte ke arah kereta kami. Bermula saat ini, saya sudah mula berfikir benda jahat sudah terjadi kepada keluarga saya ketika 'perjalan spontan' mereka. Kami masuk ke  dalam kereta dan ayah saya bertanya soalan yang hampir membuatkan saya menangis ketakutan. Dia beritahu saya dia lupa jalan pulang ke rumah (kami tinggal di rumah yang sama sejak lahir lagi) dan jika boleh dia mahu saya menjadi penunjuk arah atau tolong pandu kereta ini ke rumah.

Saya yang terlalu takut ketika itu melompat ke tempat pemandu. Kami tinggal di pinggir bandar di timur selatan yang akan mengambil masa 1 jam dari lapangan terbang. Akhirnya kami sampai di rumah dan saat ini, saya seolah-olah sudah 'tidak berfungsi', di dalam fikiran yang kacau. Dari jelingan mata, saya ternampak 'bapa' saya melihat-lihat rumah itu dan senyum dengan banggsa seolah-olah dia tidak pernah sampai k e sini dan rumah itu diberikan sebagai 'hadiah' kepadanya.

Kesemua ahli keluarga saya masuk ke dalam rumah dan tidur di bilik masing-masing. Itu sahaja tapi ini mengesahkan bahawa saya telah membawa masuk sesuatu yang jahat ke dalam rumah saya.

Sekarang sudah 1.07 pagi (kami sampai di tengah malam) ketika saya menulis ini dan saya tak dapat tidur langsung, sama seperti mereka di atas. Setiap 10 minit, keluarga saya akan membuat bunyi dengungan berirama tapi ia sudah berhenti 15 minit sebelum pukul 1 tadi. Saya tak pasti apa maksudnya tapi saya teringin untuk tahu. Memandangkan kami muslim, saya cuba berhubung dengan seorang Sheikh yang tahu tentang benda ini dan berharap agar dia boleh menolong saya. Tapi jujur, saya tak tahu apa yang akan mendatang. Saya tak tahu kenapa saya menulis, memandangkan sebelum ini saya tidak pernah 'minat' dalam menulis. Saya cuma takut dengan apa yang berlaku. Saya cuba kemaskini pada pagi nanti, saya cuma penat dan tak tahu apa yang perlu d ifikirkan.

** bahagian dua menyusul.** kisah ini diambil dari laman reddit menerusi satu posting yang bertarikh 21 Jun.** sehingga kini, penulis kisah ini masih lagi mengemaskini kisahnya di reddit dan sedang menunggu seorang Imam datang membantunya.

Read more ...

Pakai apa untuk raya? Corak ringkas, warna pastel

Busana tradisional bercorak ringkas dengan tona pastel (warna lembut) dilihat menjadi trend dan pilihan kepada wanita untuk digayakan pada lebaran tahun ini.

Tinjauan Bernama mendapati, rata-rata busana yang dipasarkan oleh pereka fesyen tanah air sempena hari raya ini menampilkan pakaian tradisional seperti baju kurung, baju kurung Kedah atau kebaya dengan suntikan elemen moden dan kontemporari.

Bagi Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara, Faizal Hamid, sejak tiga tahun lepas, rekaan busana untuk Hari Raya sudah lebih terbuka dengan pelbagai corak, fabrik dan warna lembut ditawarkan butik fesyen di seluruh negara.

Namun menurutnya, dengan lambakan rekaan di pasaran sekarang, si pemakai perlu bijak memilih memperagakan busana tradisional yang mempunyai ciri kesopanan, ketimuran dan sesuai mengikut sosiobudaya masyarakat.

"Fesyen terkini di pasaran biasanya banyak variasi daripada campuran tradisional dan moden di mana si pemakai tidak harus keliru dengan kehadiran kepelbagaian fesyen tersebut.

"Malah, pelanggan haruslah mengikut cita rasa dan bajet sendiri supaya membeli busana yang bersesuaian dengan penampilan mereka," katanya kepada Bernama.

Katanya, walaupun industri fesyen semakin menyinar namun pemilihan rekaan klasik masih malar segar dengan suntikan elemen terkini.

"Sentuhan busana tersebut diserikan dengan sedikit aksesori seperti manik, renda mahupun dihiasi corak batik sebagai aksesori, ia cukup memberikan variasi kepada pelanggan untuk memilih dan membeli," kata Faizal.

Kehadiran ramai bakat muda yang kreatif dan sentiasa mengikuti perkembangan fesyen semasa termasuk fesyen Muslimah juga dilihat menghasilkan rekaan terkini tampak segar.

Menyedari hakikat itu, pemilik Taufik Idros Creation Mohd Taufik Mohd Idros, 30, berkata kebanyakan rekaannya adalah ilham daripada pelanggannya sendiri.Katanya, ia bagi membolehkan pelanggan berkongsi idea walaupun memilih untuk mengekalkan rekaan busana tradisional sebagai pilihan utama.

"Ia susah untuk ditafsirkan. Ini kerana, kebanyakan pelanggan saya suka dengan pemilihan dua atau tiga tona warna dan mereka seakan play safe (berhati-hati) tanpa meletakkan rekaan yang terlalu gah," katanya yang hanya menyediakan rekaan 'custom-made' (ditempah khas) sahaja.

Menurutnya lagi, pemilihan fabrik juga memainkan peranan mengikut keadaan cuaca tidak menentu di negara ini.

Mereka (pelanggan) memilih fabrik seperti satin kerana ia sejuk dan sesuai dengan cuaca sekarang yang dihiaskan dengan jahitan manik atau renda, katanya.

Sempena lebaran ini, Radiusite turut menawarkan koleksi kurung dan kurung moden yang diserikan dengan aksesori bunga di bahagian tengah baju mengetengahkan fabrik 'polycrepe' yang diimport dari China dan Vietnam.

Pengurus Sumber Manusia Radiusite Hafsah Shaari berkata pelanggan mereka lebih berminat dengan corak polos serta kombinasi warna lembut yang terkini.

"Antara warna yang menjadi pilihan adalah seperti pastel, hijau zamrud dan biru gelap," katanya dan menambah butik itu menawarkan harga mampu milik bermula RM200 hingga RM250 sepasang.

Begitu juga dengan koleksi tudung yang variasi seperti Kekhya Shawl, Dija Shawl, Wilma Instant Shawl dan Freyrosa Halfmoon Shawl yang menggunakan fabrik amozin chiffon.

- Bernama

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *