Recent Post
Wednesday, July 08, 2015
Anggota Kabinet Tak Beri Tekanan Kepada PM Untuk Letak Jawatan - KJ
PUTRAJAYA: Anggota kabinet sepakat memberi ruang kepada siasatan membabitkan Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal dana 1Malaysia Dvelopment Berhad (1MDB).
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata mereka juga tidak memberi tekanan kepada Perdana Menteri untuk meletak jawatan.
"Mesyuarat Kabinet hari ini ada membincangkan isu semasa.
"Perdana Menteri menjelaskan kepada kami bahawa beliau masih mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal. Seperti yang sudah diketahui, peguamnya telah mengirim surat tuntutan awal.
"Pasukan tindakan khas membabitkan Peguam Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih menyiasat perkara ini.
"Sehingga pasukan itu selesai menjalankan siasatan, masih terlalu awal untuk berikan sebarang komen," kata Khairy.
Sebelum ini WSJ telah mendakwa dana 1MDB berjumlah AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) telah disalurkan ke akaun peribadi Najib.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Najib dan 1MDB.
Pagi tadi pejabat 1MDB di Jalan Sultan Ismail telah diserbu oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Sumber
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Memandangkan keadaan cuaca yang sangat teruk dengan jerebu dan kepanasan suhu yang agak mencabar, ramai yang telah jatuh sakit. Salah se...
-
Gambar-gambar official 'newborn photoshoot' Putri Aleesya, anak Hanez Suraya dan Romie Razin Adilha yang lahir pada 29 Disember ...
-
KUALA LUMPUR: Beberapa ahli Parlimen yang dikaitkan dengan komplot menggulingkan kerajaan membabitkan 20 pemimpin BN seperti dalam senarai y...
-
Keputusan Pemenang Juara AF 2015 Final Akademi Fantasia Akhir. Berikut adalah keputusan pemenang Konsert Akhir Final #AF2015 yang ...
-
Filem Munafik nampaknya sudah berjaya mengatasi rekod Polis Evo dan berjaya mencatat kutipan RM17 juta hanya dalam tempoh 26 hari tayangan...
Berita Harian
Malaysia Kini
Mypotnews Links
Contact Form
Designed By Blogger Templates |
Powered By Blogger




