Recent Post

Wednesday, August 05, 2015

Pengantin Perempuan Jadikan Nenek Yang Berusia 89 Tahun Sebagai Pengapit

Jika menjelang hari perkahwinan, sudah pastinya ramai yang memilih kawan-kawan rapat, adik beradik atau saudara mara sebagai pengapit atau pengiring pengantin di hari perkahwinan. Tetapi hal ini berbeza dengan Christine Quinn.

Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Christine Quinn menjadikan neneknya yang berusia 89 tahun sebagai pengapit di hari bahagianya. Nenek tersebut bernama Nana Betty tidak menjangka akan hal ini.

1.grandma-bridesmaid-89-years-old-nana-betty-5


Selepas Quinn melamar neneknya sebagai pengapit, beberapa bulan kemudian majlis perkahwinan Christine Quinn berlansung , siapa sangka Nana Betty mampu menjadikan majlis perkahwinan tersebut meriah.

"Dia berada disepanjang masa majlis  perkahwinan. Ramai yang terhibur dengan kata-katanya. Kata-kata yang penuh dengan hikmah dan komen-komen yang lucu sepanjang hari", ujar Quinn kepada Huffpost.

2.grandma-bridesmaid-89-years-old-nana-betty-6


Paling meriah, apabila Nana Betty turut menari-nari bersama nenek kepada suami Quinn iaitu Bellsie. Mengenang peristiwa sewaktu Christine meminta neneknya menjadi pengiring, Nana Betty bertanya lebih dari 10 kali, "Kamu pasti? Mengapa kamu mahukan orang tua dimajlis perkahwinan (menjadi pengiring pengantin) kamu?".

3.grandma-bridesmaid-89-years-old-nana-betty-3


"Nenek seorang yang kelakar dan semua orang menyukainya", ujar Quinn. Nana juga turut memberitahu Christine, "Saya berasa muda pada hari ini. Semua orang akan mengalami peningkatan usia, tapi tidak semestinya kita perlu berasa tua".

4.grandma-bridesmaid-89-years-old-nana-betty-7


Buat anda yang masih belum berkahwin dan merancang untuk majlis hari bahagia nanti, sudah dapat idea baru untuk pengiring pengantin nanti?
Read more ...

SPRM Sah Penderma RM2.6 Bilion Asal Timur Tengah

PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ini jawapan yang pasti ditunggu-tunggu.

Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini lewat Rabu mengeluarkan satu kenyataan rasmi untuk menjelaskan hal sensasi berhubung sumbangan derma misteri berkenaan.

Namun perkara pokok yang paling utama SPRM sudah berjaya mengesahkan ia telah pun tahu identiti penderma yang berasal dari Timur Tengah tetapi tidak dapat mendedahkan identitinya buat masa ini.

SPRM juga telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma mengenai derma yang diberi kepada Perdana Menteri itu sekali gus mengesahkan ia tiada kena-mengenai dengan 1Malaysia Development Berhad.

Pihak suruhanjaya telah mendapat tahu berhubung butiran terperinci penderma tersebut melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank.

Ini kerana ia melibatkan jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri dan dalam dokumen tersebut ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion itu adalah memang sebagai derma.

Sumbangan RM2.6 billion itu malah tiada kaitan langsung dengan isu 1MDB. Perbincangan juga telah dibuat dengan Peguam Negara yang meminta SPRM membuat penjelasan mengenai perkara ini sementara siasatan masih dijalankan.

SPRM juga ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diminta untuk memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM.

BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH SPRM:

PENJELASAN MENGENAI ISU DANA RM2.6 BILION DAN SIASATAN SRC  INTERNATIONAL

Susulan kepada kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menjelaskan bahawa siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun YAB Perdana

Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
SPRM mendapati banyak pihak masih tidak jelas atau terkeliru dengan menganggap bahawa SPRM telah menghentikan siasatan berkaitan dengan isu SRC International atau pun mengenai dana RM2.6 bilion.

Oleh itu, SPRM mahu menjelaskan beberapa perkara.

· SIASATAN BERKAITAN 1MDB
Sebagaimana telah disebutkan beberapa kali sebelum ini, SPRM menekankan bahawa siasatan SPRM tiada kaitan dengan isu 1MDB. Sebaliknya, siasatan keseluruhan kes 1MDB dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia. SPRM berharap orang ramai akan memahami bahawa siasatan SPRM tiada kaitan dengan 1MDB.

· SUMBANGAN DANA RM2.6 BILION DITERIMA OLEH PERDANA MENTERI
Sebagaimana disebutkan dalam kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, hasil siasatan SPRM mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma yang disumbangkan oleh pihak tertentu. SPRM tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang mendermakan dana RM2.6 bilion kepada YAB Perdana Menteri.

Bagaimanapun untuk makluman orang ramai, SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada YAB Perdana Menteri. SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri. Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma.

SPRM telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan sumbangan derma tersebut.
Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB.

Perbincangan juga telah diadakan dengan Peguam Negara Malaysia yang meminta supaya SPRM membuat penjelasan mengenai perkara ini sementara siasatan masih dijalankan.

Sehubungan itu, SPRM juga ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diminta untuk memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM.

· SIASATAN MENGENAI SRC INTERNATIONAL
SPRM juga ingin mengulangi bahawa siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih dijalankan oleh SPRM. Siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dan isu SRC International merupakan dua perkara yang berbeza.

Oleh itu, SPRM mahu menekankan bahawa SPRM tidak pernah menyatakan kes yang disiasat ini telah ditutup. Sebaliknya, SPRM hanya menyatakan ia bukan dari wang 1MDB.

Diharap penjelasan ini akan memberi gambaran sebenar mengenai isu yang disiasat oleh SPRM. SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Adalah diharapkan semua pihak memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh tanpa membuat sebarang spekulasi.

Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.

· KEDUDUKAN PASUKAN PETUGAS KHAS
Mengenai persoalan mengapa SPRM yang membuat kenyataan media pada 3 Ogos 2015 tanpa penglibatan Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, ingin dijelaskan bahawa SPRM membuat pengumuman tanpa melalui Pasukan Petugas Khas selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara Malaysia, bahawa tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas. Sebaliknya agensi-agensi penyiasat terbabit boleh menjalankan tugas mereka berdasarkan undang-undang masing-masing.

Di peringkat SPRM, pasukan petugas khas dalaman bagi menyiasat kes SRC International dan sumbangan derma RM2.6 bilion masih diteruskan.

Agensi masing-masing mempunyai pasukan petugas khas dalaman mereka sendiri dan akan mengemukakan hasil siasatan masing-masing kepada Peguam Negara Malaysia untuk diambil keputusan sama ada terdapat kes untuk didakwa di mahkamah ataupun sebaliknya.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA

Read more ...

budak darjah 4 melahirkan seorang bayi siapa bapa bayi ni???



Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun selamat melahirkan seorang bayi di sebuah klinik swasta di Bahau pagi tadi.

Menurut sumber polis, murid darjah lima berkenaan sebelum itu mengadu sakit perut lalu dikejarkan ke klinik tersebut.

"Bagaimanapun, setibanya di klinik kanak-kanak itu disahkan mengandung dan sakit perut disebabkan mahu melahirkan anak.

"Hasil maklumat awal, kanak-kanak itu tinggal bersama neneknya di pekan Bahau.
"Siasatan lanjut berhubung perkara ini masih dijalankan," katanya.

Sumber: Sinarharian
Read more ...

Siti Nurhaliza Rakam Lagu Tamil Yang Berjudul "Nenje Ezhu"

Buat kamu peminat penyanyi tanah air yang popular di Malaysia ini, pasti teruja mendengar perkhabaran ini, terutama sekali buat peminat dari kaum India. Siti Nurhaliza kini merakam lagu Tamil yang berjudul "Nenzhe Ezhu" yang bermaksud "Bangkitkan Semangat".

Penyanyi yang kini berusia 36 tahun ini menggunakan khidmat komposer terkenal dunia iaitu, A.R Rahman untuk International Super Star merupakan sebuah program dari Astro yang terbaru Astro Ulagam di Saluran 231.

Setelah berkecimpung selama dua dekad didalam industri hiburan tanah air, merakam lagu Tamil adalah merupakan pengalaman yang baru bagi beliau.

"Saya adalah peminat bagi hasil kerja beliau (A.R Rahman) dan selalu berharap dapat berkerja bersamanya, sama ada untuk album atau lagu", ujar Siti Nurhaliza.

Tambah Siti lagi, "Sewaktu diberitahu bahawa saya akan berkerja dengannya, saya berasa seperti bulan jatuh ke riba". Siti juga tidak menafikan bahawa dia turut merasai seperti tidak cukup bagus untuk merakam lagu untuk Rahman. Walau bagaimanapun, peluang ini tidak datang selalu, Siti turut merasakan kesanggupannya menyahut cabaran ini.

"Proses rakaman berjalan dengan lancar dan produser sangat berpuas hati dengan intonasi saya. Saya telah berlatih intonasi Tamil dan ianya merupakan sebuah cabaran yang baru  dan saya menyukainya. Perkara ini merupakan penghormatan kepada saya untuk menyanyikan hasil kerja A.R Rahman untuk International Superstars", akhiri Siti Nurhaliza.

Melalui akaun Instagram miliknya, Siti berkongsi sebalik tabir bagi rakaman lagu tersebut. Video dibawah adalah sebuah video dari Astro Awani yang turut menyiarkan sebalik tabir rakaman Nenje Ezhu.


Selepas memuatnaikkan video terbabit semalam di Instagram, ramai netizen menunjukkan penghargaan atas usaha Siti.

A.R Rahman merupakan seorang penyanyi dari Chennai bukanlah lagi asing di peringkat antarabangsa dan kredibilitinya sebagai artis mendapat banyak penghargaan.

Rahman pernah memenangi Oscar bagi hasil kerjanya iaitu Slumdog Millionaire, pada Academy Awards yang ke-81.
Read more ...

VIDEO - BILA SUAMI LANA NODIN AJAR IBUNYA CAKAP BAHASA MELAYU

Baru-baru ini, Lana Nodin telah memuat naik video di laman IGnya, dimana ia menunjukkan suaminya, David McKienzie begitu gigih mengajar ibu mertuanya bertutur bahasa Melayu dan ia telah menarik perhatian peminatnya.

Menerusi video tersebut, suaminya kelihatan sangat bangga kerana berjaya mengajar ibunya berbahasa Melayu tanpa bantuan Lana Nodin.

Lebih seronok lagi, ibu mertua Lana juga begitu 'sporting' melayan karenah anak dan menantunya sambil membuat sarapan.


 Klik gambar untuk size besar


Rata-rata peminat memang gemar menonton kebanyakan video yang dimuat naik oleh pasangan ini dan antara sebabnya adalah mereka menganggap ragam Lana dan David sangat comel serta sweet.
Malah kapsyen yang ditulis Lana juga sudah cukup membuatkan peminat tersenyum apabila membacanya.

"Pagi2 my hubby @david_mckienzie bagi tutor bahasa Malaysia kat my mother in law... ala macam dia dah pro je tu hehe.. Good try baby," tulisnya.

Jom tonton!
Klik link dibawah ini untuk tonton video VIDEO 1VIDEO 2VIDEO 3VIDEO 4
       
Read more ...

Senarai 7 Bandar Yang Didakwa Selamat Untuk Pelancong Wanita Solo

Senarai 7 Bandar Yang Didakwa Selamat Untuk Pelancong Wanita Solo


Kami yakin bahawa kaum hawa di negara kita ini hampir semua suka melancong, apatah lagi jika berkesempatan ke luar negara, bukan? Untuk melepaskan tekanan bekerja, melancong merupakan salah satu terapi yang berkesan untuk mendapat semula "tenaga" untuk bekerja lagi. Melancong mengisi kalendar tahunan kebanyakan daripada kita yang gemar mengembara untuk melihat kawasan dan budaya orang luar. Namun, tak ramai wanita berani menggembara ke negara luar secara sendirian. Semuanya atas faktor keselamatan sesebuah negara itu yang diragui tahap keselamatan mereka. Walau bagaimanapun, mungkin kaum hawa boleh cuba melancong secara sendirian di tujuh bandar ini yang telah diiktiraf sebagai bandar selamat untuk dikunjungi oleh para pelancong. Berikut adalah bandarr-bandar berkenaan: -Kedahnews.com
 1.  Copenhagen, Denmark
2.  Auckland, New Zealand
3.  Ottawa, Kanada
 4.  Helsinki, Finland
 5.  Perth, Australia
6.  Oslo, Norway
 7.  Hilo, Hawaii 
Read more ...

Menantu!!!! hantu!!!

am@hmetro.com.my

Bachok: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun trauma dan ketakutan selepas cuba dicabul seorang ahli keluarga angkat yang turut mengacukan pisau ke lehernya dalam kejadian, minggu lalu.
Kejadian berlaku di sebuah kampung di daerah ini jam 12 tengah malam, pada 29 Julai, ketika dia bersama ibu angkat dikenali Faridah, 50-an serta ahli keluarganya sedang tidur.

Mangsa dikenali sebagai Yana yang tidak lagi bersekolah, tidur di dalam bilik seorang diri manakala Faridah dan anak perempuannya berusia 19 tahun serta cucu lelaki berumur sembilan bulan tidur di ruang tamu.

Faridah berkata, dia tidak menyedari anak angkatnya itu dalam bahaya sehingga terjaga apabila mendengar bunyi bising dari dalam bilik.

"Sebaik terjaga, saya segera bangun dan ke bilik menjenguk Yana, namun terkejut apabila dia memaklumkan menantu saya berusia 26 tahun menceroboh masuk bilik dan cuba meraba badan serta menindihnya ketika tidur.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Read more ...

E-Rokok di Malaysia, fakta yang perlu anda tahu

ROKOK elektronik atau yang lebih dikenal dengan sebutan e-Cigarette adalah rokok jenis baru yang diharapkan dapat meminimumkan pengaruh-pengaruh buruk dari rokok-rokok konvensional.

Kebanyakkannya rokok elektronik ini hanya mengandung nikotin dan propylene glycol saja dengan perisa pelbagai.

Berikut adalah fakta ringkas mengenai e-Cigarette atau juga lebih dikenali sebagai e-Rokok.

Rokok Elektronik
Read more ...

'Tolonglah Jangan Jual Vape Pada Budak Sekolah!' - Guru


Nampaknya, penggunaan rokok elektronik sudah menjadi semakin kronik apabila ada pelajar sekolah yang berani membawa vapor ke sekolah.

Berikutan itu, seorang guru meluahkan rasa kesal dan bimbangnya di laman Facebook mengenai perkara itu.

KEPADA PENIAGA, PEMBEKAL & PENJUAL VAPOR YANG BUDIMAN,
Saya merayu agar benda alah ini tidak dijual kepada budak-budak adan remaja sekolah. Ini kerana kesannya sangat besar.

Harga benda ini mencecah RM200 dan perisanya pula dijual dengan harga di antara RM15 - RM30.
Kami (guru) terpaksa berhadapan dengan kes membawa dan menghisap vape di sekolah. Kadang-kadang ia melibatkan jumlah yang ramai sebab boleh dikongsi.

Cecair perisanya pula mengandungi minimum 6mg nikotin yang lebih tinggi daripada rokok biasa. Budak-budak bukan tahu kesannya, mereka lebih seronok melihat asap berkepul-kepul tetapi tidak fikir tentang ketagihan yang bakal mereka alami.

Letaklah perisa sirap bandung, kopi o, teh o beng atau sarsi se kali pun,ianya tetap salah jika melibatkan murid bawah umur.

Menurut pelajar yang memilik vape (gambar) ini, dia menggunakan duit raya yang diterima sebanyak RM250 untuk membeli vaper.

Ibu bapa dimoho pantau aktiviti anak-anak. - CIKGU ZAHRAN
Read more ...

BN kesal soalan remeh-temeh tentang dana RM2.6b

Soalan remeh-temeh mengenai kewujudan wang RM2.6 bilion ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diajukan hanya untuk mengaburi mata rakyat, kata BN.

Pengarah komunikasi strategiknya Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, persoalan pokok yang dibangkitkan pembangkang telah terjawab apabila ia bukan daripada rakyat atau 1MDB.

Menjawab soalan yang diajukan dalam rancangan "Dialog" di TV1 malam ini, Abdul Rahman menyifatkan soalan yang dibangkitkan, antaranya oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bertujuan mempolitikkan isu.

‎"Apa yang diutarakan oleh beliau, saya kira akaun bank ditutup dan dibuka adalah prosedur biasa, satu fenomena biasa.

"Bila kita jawab satu persoalan paling pokok, sepatutnya Tuan Ibrahim kata, 'Alhamdulillah, duit rakyat tidak dicuri'," katanya.

Menurut beliau, pembangkang nampak sangat mahu mempolitikkan isu dan tidak minta maaf bila parti dan pemimpin pembangkang menuduh.

"Kalau you tuduh bahawa perda na menteri mencuri duit dan soalan remeh-temeh seperti tutup tidak tutup (akaun) itu, kita mungkin dalam penyiasatan nanti akan dimaklumkan.

"Tetapi kekesalan saya ialah bila satu isu pokok yang besar diselesaikan. ‎Orang seperti Tuan Ibrahim ini dia nak cari isu yang remeh-temeh hanya untuk mengaburi mata rakyat selepas mereka dah kantoi dan terbukti berbohong dengan tuduhan maha besar," katanya.

Ditanya sama ada wang tersebut digunakan untuk pilihan raya umum ke-13, beliau berkata, Najib mengatakan duit tersebut banyak digunakan untuk aktiviti sosial dan politik dalam parti.

"Kita pun faham tentang batas undang-undang akta pilihan raya dan sebagainya. Tapi pada pandangan saya jika ada derma datang kepada parti politik ianya tidak menjurus kepada pilihan raya.
"Parti politik ini ada program sepanjang tahun, apatah lagi sebuah parti yang besar seperti Umno. (Sebanyak) 191 bahagian tidak ada satu inci pun dalam Malaysia ini tiada kehadiran Umno kecuali Saraw ak," jelas beliau.

Tegas beliau, Umno sebagai parti matang mempunyai rakan, penyokong dan penderma seluruh dunia yang dianggap ingin membantu sebuah parti yang berteraskan nasionalisme Melayu dan kepentingan Islam.

"Jadi kadang- kadang bila ada derma-derma yang wujud seperti ini, tidak mustahil. Seperti kita bantu orang-orang di Palestin atau Rohingya.

"Dalam konsep menderma, pandangan saya kalau ada orang ini melihat perjuangan Umno diteruskan serasi dengan apa yang dia nak dan ingin menderma ‎tanpa syarat saya kira itu perbuatan mulia," katanya.

Tempoh sebulan untuk dijawab

Sementara itu, ditanya mengapa kerajaan mengambil masa untuk menjelaskan perkara itu, beliau berkata, keadaan pola politik‎ sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadikan kenyataan kerajaan tidak akan dipercayai.

"Kita kena ingat untuk menuduh mungkin hanya memerlukan tiga minit buat satu kenyataan dalam TV, dalam blog, tapi kadang-kadang kerajaan terpaksa memakan masa tiga bulan untuk menyelesaikan satu isu terutamanya yang melibatkan penyiasatan.

"Sebab kerajaan kena bertanggungjawab, kita tidak boleh turun ke tahap pembangkang yang hanya bermain politik longkang, pada saya.

"Bila nak menuduh dia main tuduh sahaja, tetapi kita kerajaan‎ kita bertanggungjawab kalau kita jawab berdasarkan fakta dan fakta itu kadang-kadang membosankan. Satu membosankan, kadang-kadang memakan masa untuk diolah dari segi penyiasatan," katanya.

Tambah beliau, bila penyiasatan dibuat contohnya sukar untuk perdana menteri menjelaskan kedudukan wang 1MDB sebelum ini apabila tidak dipercayai.

"Kita pun tahu dulu jenuh perdana menteri menjelaskan kedudukan wang 1MDB, bila tidak dipercayai dan bila tidak dipercayai perdana menteri berkata, OK kita siasat.

"Bila disiasat ia memakan masa, begitu juga dalam soal ini bila tuduhan itu bermula kita buat keputusan biar disiasat.

"Jadi oleh kerana melibatkan perdana menteri dan jumlah yang besa r serta melibatkan ekonomi Malaysia, saya kira agak sesuai dalam jangka masa sebulan," katanya.
Read more ...

Anggota polis maut dipercayai akibat serangan jantung



ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa. - Foto ihsan JBPM Johor

JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis maut dipercayai akibat serangan jantung dalam kejadian di hadapan persimpangan Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, dekat sini, jam 11 malam tadi.
Mangsa dikenali sebagai Koperal Salim Sidik, 54, difahamkan bertugas di Balai Polis Kota Tinggi, dekat sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata mangsa yang menaiki kereta berhenti di persimpangan berkenaan dan orang awam memaklumkan perkara itu kepada pihak bomba.
"Anggota bomba berusaha menyelamatkan mangsa dengan memberi bantuan kecemasan namun tidak dapat diselamatkan," katanya.
Read more ...

STATUS Terkini Amran Fans Ini Bakal Buat Ramai Tepuk Tangan SETUJU!!!

STATUS Terkini Amran Fans Ini Bakal Buat Ramai Tepuk Tangan SETUJU…. ini merupakan status Amran Fans yang terbaru berkaitan dengan 2.6 billion yang hangat sedang diperkatakan…..

am


"Derma masih boleh disalurkan. Meskipun sudah ada yang menderma sebanyak 2.6 bilion, itu masih belum mencukupi bagi insan ini."

"Berat mata memandang, berat lagi tangan nak melempang."

ooo

Itulah Status Amran Fans Yang Terkini….

sumber: rakyatviral
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *