Recent Post

Saturday, May 21, 2016

Berita Terkini : Tim Thomas Cup Indonesia Siap Bertemu Denmark Di Final ! - indowarta.com (Siaran Pers)

indowarta.com– Tim Thomas cup Indonesia akan berhadapan dengan tim Denmark pada putaran final Piala Thomas 2016. Denmark berhasil melaju ke babak final setelah mengalahkan Tim Malaysia di laga empat besar yang berlangsung di Stadion Bulu Tangkis Kunshan, Tiongkok pada hari Sabtu 21 Mei 2016. Tim Denmar berhasil menang dengan angka 3 – 2 dengan memetik kemenangan dari tiga partai terakhir tim Negeri Jiran.

Lee Chong Wei yang merupakan atlet tunggal putra Malaysia berhasil mengalahkan pemain peringkat empat dunia yakni Viktor Axelsen dengan dan memberik skor 1 – 0 untuk Malaysia. Lee Chong Wei berhasil mengalahkank wakil Denmark tersebut dengan skor 23 – 21. 21 – 18 dan permainan berjalan selama 54 menit.

Tim Malaysia kembali memetik kemenangan atas Denmark dengan tim ganda Goh V Shem / Tan Wee Kiong di partai kedua. Ganda Malaysia tersebut berhasil mengalahkan pasangan Mathias Boe / Mads Conrad Petersen dengan skor 21 – 18, 21 – 18.

Thomas cup

Namun pada partai yang ketiga, Iskandar Zulkarnain tidak mampu memberikan kemenangan untuk Malaysia. Dia kalah dari wakil Denmark yakni Hans-Kristian Vittinghus. Iskandar dipaksa kalah dengan skor 18 -21, 18 – 21 dalam pertandingan selama 46 menit.

Lalu padi laga selanjutnya Denmar kembali memetik kemenangan dengan ganda Kim Astrup / Andres Skaarup Rasmussen. Ganda dari Denmark tersebut berhasil mengalahkan ganda dari Malaysia yakni Koo Kien Keat / Tan Boon Heong dengan skor 10 – 21, 21 – 8, 21 -13.

Di laga kelima yang merupakan partai penentu, pemain tunggal Denmar Emil Holst menjadi penentu nasib Denmark selanjutnya. Emil Holst berhasil memenangkan laga dengan skor 21 – 15, 21- 18 atas tunggal Malaysia yakni Chong Wei Feng.

Lars yang merupakan pelatih bulu tangkis tim Denmark mengaku masih belum memikirkan laga final yang akan menjamu tim Indonesia. Lars merasa beruntung karena bisa sampai ke partai final. Tapi Lars mengaku optimis menghadapi Indonesia.

baca juga :

Read more ...

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2016 Malam Pertama

Semalam, Budiey dan Cyrill telah hadir di Anugerah Seri Angkasa (ASA 2016) yang berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri, RTM untuk malam pertama. Ternyata Budiey lihat tak ramai sangat artis yang hadir. Jika hadir pun mereka diberi tugas sebagai penyampai anugerah. Mungkin ada yang sibuk atau ruang lebih banyak diberikan kepada calon-calon yang bertanding. Dijangka pada malam ini, iaitu malam kedua, ramai yang akan hadir.

Anugerah Seri Angkasa 2016 - Malam Pertama

Pada malam pertama, ASA2016 menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendominasi kemenangan pada malam pertama apabila meraih 11 anugerah daripada 31 anugerah yang dipertandingkan.

Budiey rasa, event ni diselamatkan dengan adanya pengacara versatile iaitu Adibah Noor yang menjadi hos untuk acara ini. Dengan lawak bersahaja dan celoteh Adibah Noor sedikit sebanyak membuatkan kami terhibur.

Budiey suka dengan dekorasi dan juga prob hiasan yang cukup elegan di acara ini. Cukup memberikan aura yang sangat meriah ala-ala anugerah di Hollywood.

Anugerah Seri Angkasa 2016 - Malam Pertama

Dalam acara yang berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri, RTM meraih enam anugerah menerusi kategori TV dan lima anugerah bagi kategori radio.Antara kategori yang dimenangi oleh RTM antaranya Dokumentari Radio Terbaik, Pengulas TV Terbaik, Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik dan Animasi Penerbitan Tempatan TV Terbaik.

Manakala stesen televisyen Astro pula merangkul anugerah antaranya Liputan Berita TV Terbaik, Suntingan Rancangan TV Terbaik, Rancangan Agama Terbaik dan Bicarawara TV Terbaik.

Tidak ketinggalan juga Bernama Radio 24 memenangi tiga anugerah, ONE FM (1), IM4U (1) dan Suria FM (1).

Sementara itu, penerima Anugerah Khas Juri ASA 2015 kali ini diberikan kepada wartawan Azlinda Md Salim daripada Astro Awani untuk liputan berita Syawal Tanpa Mu.

Laporan Khas Berita TV Terbaik dimenangi oleh Awaludin Abdul Ghani.

Anugerah Seri Angkasa 2016 - Malam Pertama

Acara gilang-gemilang pada malam Jumaat, telah dihoskan oleh Terence Dass dan Adibah Noor. Majlis turut dihiburkan dengan persembahan artis seperti Sufi AF, Ippo Hafiz, Mawi, Waris, De Fam dan Syamsul Yusof.

Antara tetamu yang hadir adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan iaitu Datuk Jailani Johari. Sementara itu, ASA 2016 yang berlangsung untuk hari kedua, Sabtu, bakal menyaksikan sebanyak 28 anugerah disampaikan iaitu 18 menerusi kategori TV dan sembilan bagi kategori radio.

Antara anugerah yang pastinya menjadi tumpuan ramai seperti DJ Radio Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Drama Lelaki dan Wanita Terbaik serta Drama TV Terbaik.

Tidak ketinggalan acara kemuncak pada malam Sabtu juga akan disiarkan secara langsung menerusi tiga saluran iaitu TV1, Astro Ria dan Tonton bermula pada pukul 9 malam.

Senarai pemenang Anugerah Seri Angkasa 2016 malam pembukaan (Jumaat):

Kategori Radio:

1. Promo Radio Terbaik : Onefm Jiang Jiang Jiang Jiang (One Fm)

2. Pengimbang Muzik Radio Terbaik: Yogeswaran A/L Ramalingam (Traxx Fm)

3. Rancangan Interaktif Radio Terbaik: Adam Tahir (Negeri Fm)

4. Rancangan Agama Radio Terbaik: Halim Hafidz (Im4U)

5. Dokumentari Radio Terbaik: Nurul Asian Bidin (Nasional Fm)

6. Bicarawara Radio Terbaik: Adibah Noor & Baki Zainal (Suria Fm)

7. Majalah Radio Terbaik: Emilina Haji Mohd Zamri (Sarawak Fm)

8. Buletin Berita Radio Terbaik: Endok Baleana Bachok (Bernama Radio 24)

9. Pengulas Radio Terbaik: Yasser Md Yusoff (Mutiara Fm)

10. Liputan Berita Radio Terbaik: Ahmad Fawzan Azmie (Bernama Radio 24)

11. Penyampai Berita Radio Terbaik: Nurul Shuhadah Armawan (Bernama Radio 24)

Kategori Televisyen:

12. Promo Tv Terbaik: Ghandimathi S. Suppiah (Astro Vinmeen)

13. Tatarias Tv Terbaik: Jamaludin Nujis/Amran Mahat (Tv1)

14. Montaj Tv Terbaik: Maximillian Tan (Astro Wah Lai Toi)

15. Rekaan Set Tv Terbaik: Rafidah Othman (Astro Ria)

16. Jurukamera Tv Terbaik: Eman Azrin Azhar/ Daniek Chan Swee Tuck (8Tv)

17. Multiple Camera Production Tv Terbaik: Maestro Dato' Johari Salleh (Tv2)

18. Suntingan Rancangan Tv Terbaik: Haikal Fadzil (Astro Oasis)

19. Audio Rancangan Tv Terbaik: Sam Fadil Abdullah (Astro Ria)

20. Penerbitan Sukan Tv Terbaik: Muhamad Ibrahim (Tv3)

21. Rancangan Agama Tv Terbaik: Basirun Othman (Astro Oasis)

22. Dokumentari Tv Terbaik: Khuzaimah Yunos (Alhijrah)

23. Pengulas Tv Terbaik: Shahril Sarapudin (Tv1)

24. Bicarawara Tv Terbaik: Abid Hossen (Astro Warna)

25. Rancangan Kanak-Kanak Tv Terbaik: Sarena Mohd Salleh (Tv2)

26. Animasi Penerbitan Tempatan Tv Terbaik: S Gana (Tv2)

27. Candawara (Game Show) Tv Terbaik: Eean Khoo (Ntv7)

28. Pelakon Pembantu Lelaki Drama Tv Terbaik: Qodi Rasyeed (Tv9)

29. Pelakon Pembantu Wanita Drama Tv Terbaik: Raja Ilya (Tv9)

30. Liputan Berita Tv Terbaik: Lim Kian Yap (Astro Aec)

31. Laporan Khas Berita Tv Terbaik: Awaludin Abdul Ghani (Tv1)

Anugerah Khas Juri : Azlinda Md Salim (Syawal Tanpa Mu/ Astro Awani)

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Polis Dedah Punca Gadis Dirogol, Dirodok Cangkul, 3 Ditahan

JAKARTA - INDONESIA - Pihak polis hari ini mendedahkan motif pembunuhan seorang gadis, Enno Farihah, 19, yang dirogol dan dirodok dengan gagang cangkul pada kemaluannya.

Menurut polis, motif perbuatan itu adalah kerana sakit hati, lapor Tempo.co.

Susulan kes itu, tiga suspek ditahan. Ketiga-tiga mereka, Imam Alis, 24, Arif Alias, 24 dan Rai, 16, ditahan pihak berkuasa.

Pegawai polis berkata, motif individu setiap suspek adalah:
  • Arif - kerana sering diejek hodoh
  • Rai - hajat untuk bersetubuh ditolak
  • Imam - kerana cinta ditolak.
  • "Ketiga-tiga pelaku tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan Awi berkata, pihak polis masih meneruskan siasatan terperinci mengenai kes ini," ujar pegawai terbabit.

    Polis juga berkata, pembunuhan kejam itu berlaku ketika Rai yang mengaku kekasih mangsa, mengunjungi gadis itu di asrama tempat dia bekerja di Banten pada 12 Mei lalu.

    Rai mengaku dia sempat bercium dengan mangsa namun gadis itu menolak ajakan untuk melakukan seks.

    Rai yang kesal dengan tolakan gadis itu kemudian meninggalkan bilik berkenaan dan bertemu dengan dua lagi pelaku Imam dan Arif.

    Ketiga-tiga mereka kemudian berpakat untuk memperkosa mangsa biarpun mereka tidak menganali antara satu sama lain dan hanya mengenali mangsa.

    Eno ditemui dalam keadaan bogel dan hanya ditutupi bantal dan pakaiannya dengan banyak kesan luka dan pemegang cangkul masih pada kemaluannya.

    Menurut polis, mangsa ditekap dengan bantal sehingga lemas selepas memperkosa mangsa sebelum suspek mengambil cangkul dan merodok ke kemaluan wanita itu. - Siakapkeli.my

    Read more ...

    Timbalan menteri nafi sekatan ke luar negara pada pengkritik k'jaan

    Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan sekatan akan dikenakan terhadap pengkritik kerajaan.

    Sebuah harian berbahasa Inggeris pada Rabu lalu melaporkan Jabatan Imigresen membuat peraturan dalaman untuk menyekat pengkritik kerajaan daripada ke luar negara.

    Nur Jazlan berkata sekatan ke luar negara hanya dikenakan terhadap pihak yang melanggar perlembagaan, berdasarkan laporan Oriental Daily.

    "Ini termasuk pihak yang mengancam keselamatan negara atau melakukan tindakan melanggar perlembagaan – ini adalah asas undang-undang yang membuatkan mereka disekat ke luar negara," beliau dipetik sebagai berkata.

    Beliau memberi conth pihak yang menghasut atau membangitkan kebecian kaum dan agama.

    [Baca berita asal]

    Read more ...

    Piala Thomas: Malaysia rebah kepada Denmark

    KUNSHAN (China): Malaysia gagal untuk sekurang-kurangnya menyamai pencapaian dua tahun lalu apabila terkandas di separuh akhir Piala Thomas selepas tewas kepada Denmark 2-3 di Pusat Sukan Kunshan, sebentar tadi.
    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *