Recent Post

Sunday, May 29, 2016

Mingguan Malaysia kekal akhbar nombor 1 - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 28 Mei - Mingguan Malaysia kekal mengatasi akhbar bahasa Melayu yang lain di negara ini apabila mencatatkan jumlah edaran paling tinggi iaitu sebanyak 336,233 naskhah sepanjang Julai hingga Disember tahun lalu.

Perangkaan terkini yang diaudit oleh Biro Audit Pengedaran (ABC) itu menyaksikan Metro Ahad di tangga kedua dengan edaran sebanyak 207,119 naskhah, Kosmo! Ahad (205,520) dan BH Ahad (109,811).

Dalam pada itu, ABC merekodkan dalam tempoh enam bulan itu, Kosmo! mengatasi akhbar-akhbar harian bahasa Melayu yang lain dari segi jumlah edaran.

Kosmo! yang mula diterbitkan pada 31 Ogos 2004 mencatatkan 187,967 naskhah sehari dalam tempoh enam bulan itu, diikuti Harian Metro (179,231), Utusan Malaysia (154,776) dan Berita Harian (106,754).

Sementara itu, bagi akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star mencatatkan jumlah eda­ran ter­tinggi sebanyak 248,413 naskhah diikuti Sunday Star (246,652 naskhah).

Menurut perangkaan itu, akhbar New Sunday Times menca­tatkan edaran sebanyak 64,850 naskhah, New Straits Times (62,113 naskhah), The Edge (23,087 naskhah) dan The Edge Financial Daily (4,051 naskhah).

Akhbar Sin Chew pula me­ngatasi akhbar bahasa Cina lain di negara ini dengan jumlah edaran sebanyak 352,686 naskhah bagi keluaran edisi pagi dan petang diikuti China Press (202,745 naskhah) dan Guang Ming (81,082 naskhah).

Secara keseluruhan, akhbar bahasa Melayu mencatatkan jumlah edaran 1,487,411 naskhah setiap keluaran berbanding sebanyak 649,166 naskhah bagi akhbar bahasa Inggeris dan 636,513 naskhah untuk akhbar bahasa Cina.

Read more ...

Pendapat Penonton Tentang Filem TAKE ME HOME

Seramai 130 orang Budieyators sudah pun menonton filem TAKE ME HOME pada minggu lepas. Jom tanpa berlengah lagi, kita bacalah sikit tentang pendapat mereka tentang filem seram dari Thailand ini.

Wahida Alidrus

Whoaaa … mlm tadi had the opportunity to watch this horror movie Take Me Home… a premier hosted by Budiey Isma @budiey www.budiey.com and I was actually scared! This thai horror managed to make me scream in fear and jumped out of my seat a number of times! Phewwwh!!!Tan lost his memory after an accident and he was searching for his family or who's left of the family.. he discovered that his father committed suicide and went back to his family home with hope that his memory will return… there he found that he actually has a twin sister Tubtim ( she is sgt sesuatu) and not only that! Everyone in the house are weird!.The house itself is weird! What happen next??? Haishhh go watch this movie! I give 4 stars u ols!

Chie Moy

Movie TAKE ME HOME mengisahkan tntg Tan (Mario Maurer) hilang ingatan akibat kemalangan, dia cuba untuk mencari identiti sebenarnya tapi satu pon dia tak ingat kecuali nama die sahaja. Die ragu2 tentang diri sendiri dan tak tahu di mana keluarganya berada. Pd suatu hari, dia akhirnya berjaya balik ke rumahnya. Die bertemu dgn kembarnya Tubtim (Wannarot Sonthichai) serta Waw (Nabhada Sukhakrit), org gajinya. Masa Tan mula mengenali mereka, ia mengimbas kembali akan masa lalunya bersama keluarga dan semua yang berlaku pada dirinya …..Sampai sini sj yg mampu sy olahkan, seterusnya anda pergi la ke pawagam berhampiran untuk mengetahui akan cerita selajutnya. Sy berikan ⭐️⭐️⭐️⭐️ darpd 5 star … Yeay !

Tarquin

Sedih…Satu perkataan yang dpt sy rumuskan selepas menonton filem Thai berjudul Take Me Home.Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Tan (Ten) yg telah terjaga disebuah hospital, hilang ingatan, tanpa identiti diri setelah terlibat dlm satu kemalangan. Tan berusaha untuk mencari identiti dia dan juga tempat tinggal dia sebelum dia mengalami kemalangan itu..Setelah berusaha mencari, Tan akhirnya jumpa dimana rumahnya, dan kembali ke rumah itu.Setelah kembali ke rumah itu, dia disambut oleh orang gaji rumah tersebut yg kini didiami oleh kakak kembarnya Thubtim.Tan belum lagi sedar yang rumah tersebut adalah rumah tinggal setelah berlaku beberapa tragedi yang membuatkan tanah tersebut disumpah..Ingin tahu lebih lanjut?Tontonlah filem ini dipawagam berhampiran!!Saya berikan 3 🌟 / 5

Erra Asmuni

Ini dia ulasan saya tentang filem TAKE ME HOME..Bagi pendapat saya, jalan cerita filem ini akan membuatkan penonton berfikir dan cuba membuat susunan jalan cerita sendiri kerana ada beberapa scene yg throwback dan menjawab kenapa boleh berlakunya pengalaman seram yg terjadi pada watak utama tersebut.Bagi scene seram mmg sy rasa memang seram laa dan effect sound yg sesuai dengan scene dlm filem ini.p/s: Terima Kasih kepada Budiey Isma kerana sudi memilih saya sebagai salah seorang penonton untuk tayangan Premiere Take Me Home ini. 😉Setelah membuat diskusi dengan kawan yg hadir sama, kami sepakat untuk memberikan 2.5/5 bintang. Hehehe.

Reez Ryan

Ini dia ulasan saya tentang filem TAKE ME HOME… Cerita berkisar mengenai seorang pemuda yang hilang ingatan dan menerima petunjuk untuk pulang kembali ke rumah keluarganya…berbagai flashback tentang sumpahan terhadap rumah tersebut yang menyebabkannya hilang ingatan..Apabila dihayati…rupanya semasa kecilnya pemuda ini membuat perjanjian dengan dunia lain untuk memulihkan wajah kembarnya yg buruk dari lahir…akibat perjanjian itu berlaku beberapa tragedi sehingga meragut nyawa keluarganya..Saya kasi 3/5.

Elmiza

Ok my review ttg film ‪#‎takemehome‬… Dah name cite hantu 💀msti la seram😱 kan, wpon 👀 agak mengantuk, tp jadi terang sbb citer ni dlm seram ade kelakar… 😂…seorang lelaki👨 bernama Tan yg hilang ingatan cube mncari kuarga👫 nya,tp ble dia telah kmbali ke rumah 🏠 itu, byak kjadian n sesuatu yg ganjil menghantui 💀nya sehingga tan x dpt kluar dr rumah itu yg telah di sumpah oleh seorg wanita 👱jahat zaman dlu… Nak tau slanjut nya, sila ke pawagam berdekatan…

Bubu Bear

Ulasan ringkas tentang filem Take Me Home merupakan sebuah filem seram dari Thailand.Cerita bermula apabila Tan yang hilang ingatan berusaha keras mencari ahli keluarganya kembali sehingga suatu peristiwa yang membawanya kembali ke rumah tempat asalnya.Banyak kejadian aneh yang berlaku setelah ia menjejakkan kakinya kembali kerumahnya. Apabila ia sedar semua yang berlaku merupakan illusi matanya sahaja dan dari itu dia mula menggigati sedikit demi sedikit kisah silamnya dirumahnya. Apa yang berlaku pada Tan dapatkah dia menyelamatkan dirinya untuk keluar dari rumahnya? Jangan lupa saksikan dipawagam berdekatan anda!Saya bagi 3/5 untuk Kesuluruhan cerita.Jalan cerita agak tergantung mungkin ada sambungan daripada cerita ini.

AJ Razak

Thai movies the last few years no longer frighten you off your seats like the good old horror movies where there would be eyeballs dropping off the socket, creepy crawlies oozing from the bodies and good old fasioned bloodied scenes.TAKE ME HOME takes you back when Tan met a near fatal accident causing him to lose his memory. Fast forward, he managed to reconcile with his twin sister and more spooky revealations unfolded thereon.TAKE ME HOME is weaved ala a Stephen King's novel. There is a no forlorn ending. Go watch it yourself to explain the unexplained.PARENTAL GUIDANCE REQUIRED.MY RATINGS 3 OF 5 STARS

Hailan

Peminat Mario Maurer wajib menonton filem Thai ini. Plotnya perlu difahami dengan teliti kerana filem ini agak psikotik. Filem seram ini mengisahkan seorang pemuda yang hilang ingatan kembali ke rumah beliau dengan imaginasi bahawa rumah tersebut masih wujud dan berpenghuni tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. 3.5 ★

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

TV AlHijrah Bersiaran 24 Jam, Perkenal Radio Hijrah.FM

tvah-pic-1

Setelah lima tahun dalam dunia penyiaran tanah air, stesen televisyen Islam Malaysia,TV AlHijrah mengorak langkah lebih besar dengan mengumumkan beberapa pembaharuan yang dijadualkan bermula pada 1 Jun ini.

Antaranya ialah AlHijrah mulai tarikh itu bakal beroperasi selama 24 jam dan stesen itu juga akan memperkenalkan stesen radio baharu dinamakan Hijrah.FM yang dijadualkan bermula pada 1 Ramadan 1437 Hijrah akan datang.

Stesen ini dijangka memberi saingan kepada IKIM.fm terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Salam FM diuruskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia selain program kapsul agama disiarkan radio milik stesen RTM.

Antara yang bakal diperdengarkan selain daripada lagu-lagu keagamaan ialah rancangan bual bicara bersama agamawan, kumpulan profesional, berita dalam negara dan antarabangsa serta pelbagai rancangan menarik lain.

Lazimnya stesen TV AlHijrah bersiaran dari 6 pagi hingga 12 tengah malam dan hanya bertambah menjadi 24 jam sepanjang bulan Ramadan untuk menyiarkan secara langsung ibadah solat tarawih dari Masjidil Haram di Makkah.

Dua perubahan besar itu adalah antara langkah penjenamaan semula stesen tersebut dan kini di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, Haji Izelan Basar, yang dahulunya ialah bekas pengurus stesen Astro Oasis.

Beliau yang pernah terkenal dengan program Imam Muda di Oasis dan kini baharu lapan minggu bertugas di stesen AlHijrah mengumumkan langkah menarik itu dalam satu majlis gilang-gemilang di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri personaliti terkenal antaranya Datuk Ustaz Kazim Elyas, Profesor Dr. Muhaya, Ustaz Don, Dr. Azizan Osman, Asyraf Muslim, Mizz Nina dan bekas gangster Singapura yang bertaubat, Abang Long Fadhil.

Penjenamaan semula stesen TV AlHijrah tersebut ujar Izelan, 57; bukan sahaja lebih berani dan hebat bahkan ia menjangkau sasaran yang jauh lebih besar dengan memperkenalkan slogan sensasi "Islam Is First Class".

Izelan yang menggantikan Datuk Che Wan Alias Wan Abdullah sejak 1 April lalu turut membentangkan program 7 Wonders sepanjang Ramadan bermula 1 Jun ini dengan menggunakantagline "Ramadan Bulan Kegembiraan".

Katanya, sebagai sebuah stesen yang sudah cukup kukuh, sudah sampai masanya untuk ia tidak sekadar menjadi seperti jaguh kampung, tetapi jaguh dunia. Justeru tiba masa stesen itu perlu bersiaran 24 jam mulai 1 Jun ini.

"Sebagai sebuah stesen bersandarkan ilmiah, ia harus bergerak 24 jam. Bagi saya ia jauh lebih mudah dan bermanfaat kerana banyak bahan yang baik boleh dikongsi bersama-sama dengan penonton sepanjang masa.

"Misalnya rancangan ngaji al-Quran, tarawih dari tanah suci Makkah. Sebaik mungkin siaran kita menguasai waktu tahajud," kata anak jati Muar yang sebelum ini pernah bertugas 22 tahun di beberapa stesen terkemuka luar negara.

"Kita memulakan siaran 24 jam supaya orang tidak tidur sebaliknya boleh beribadat. Untuk itu program Ramadan Bulan Kegembiraan akan dimulakan seawal 1 Jun ini dengan pengisian untuk orang dapat beribadat." ujarnya.

Izelan turut memperkenalkan team produksi wanita sepenuhnya untuk TV AlHijrah pada malam tersebut dan ia merupakan kumpulan penerbitan televisyen disertai 100 peratus wanita yang pertama seumpamanya di negara ini.

Sepanjang Ramadan, semua rancangan bercorak drama dan hiburan mahupun persembahan nasyid ditiadakan bermula 1 Jun ini. Ia hanya akan kembali ke udara menjelang Hari Raya Aidilfitri dan seterusnya," jelas beliau lagi.

Tambah Izelan, pembaharuan yang dibuat itu bukan sahaja baik untuk penonton bahkan meningkatkan moral serta semangat kakitangan stesen tersebut sejak diwujudkan pada 1 Jun 2011 di bawah AlHijrah Media Corporation.

"Apa lebih penting dan jadi asas ialah bekerja demi Allah, bukan untuk saya," tegas Izelan yang pernah menerbitkan Pencetus Ummah, Ustazah Pilihan, Tanah Kubur, Salam Muslim dan Ustaz Kazim – Kalau Dah Jodoh.

Beliau yakin, sebagai stesen yang kukuh, TV AlHijrah akan menjadi stesen Islam yang lebih bermutu dan terkenal di serata dunia sambil berkata: "Sebab itu disebut Islam Is First Class. Kerana memang itu hakikat yang sebenarnya."

Ramadan Bulan Kegembiraan diisi program bermutu dari pelbagai genre seperti dokumentari, kerohanian, masakan dan travelog di samping penonton berpeluang 'hantar' berita secara telefon bimbit melalui "Kongsi Berita". – Mynewshub

Komen

comments

Read more ...

Ingatkan Orang Bergaduh Tapi Rupa-Rupanya Ular kena Ketuk

PASIR MAS - Seorang suri rumah, Norazila Mat Hussain, 44, pada mulanya menyangka bunyi bising dari luar rumahnya adalah bunyi orang bergaduh namun terkejut apabila mendapati sebenarnya sekumpulan remaja sedang memukul seekor ular sepanjang empat meter.

"Awalnya saya sangka ada pergaduhan di hadapan rumah, tapi sebaik saja buka pintu, saya lihat sekumpulan remaja sedang memukul seekor tedung selar sepanjang empat meter."

Dalam kejadian yang berlaku di Kampugn Bukit, Bunut Susu pada 12.30 tengah malam itu, Norazila berkata dia sedang bersiap-siap untuk tidur.

"Mula-mula saya tak mahu keluar sebab seolah-olah ada pergaduhan sedang berlaku, tetapi seorang anak mahu saya keluar untuk lihat apa yang terjadi. "Bagaimanapun, sebaik sahaja keluar rumah, saya terkejut mendapati sekumpulan remaja sedang memukul seekor tedung selar," katanya.

Sinar Online melaporkan, mereka difahamkan ular itu cuba masuk ke dalam rumah Norazila namun gagal sebelum bergerak menyeberangi jalan dan ditemui oleh sekumpulan remaja tersebut.

Sementara itu, salah seorang penduduk, Hassan Deraman, 70, berkata sejak dia menetap hampir 50 tahun di situ, ini kali pertama di amelihat secara dekat spesis ular sepanjang empat meter itu.

"Pakcik sebelum ini hanya lihat ular tedung biasa yang ada di kampung ini," katanya.  - Siakapkeli.my

Read more ...

Hasan nafi Good Star milik Jho Low

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin hari ini menafikan syarikat Good Star Ltd - yang dikaitkan dalam skandal 1MDB - adalah milik Low Taek Jho.

Dalam kenyataan medianya petang ini Hasan berkata tindakan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) mengaitkan hartawan yang lebih dikenali sebagai Jho Low adalah tidak tepat.

"Ini kerana Bank Negara Malaysia sendiri menyatakan maklumat yang diberikan (kepada PAC) adalah bertaraf risikan.

"PAC bukan badan perisikan dan maklumat yang diterima mestilah sahih dan benar," katanya.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim membuat laporan polis terhadap WSJ ekoran pendedahan dokumen diklasifikasikan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Dokumen itu didakwa surat daripada Bank Negara kepada Hasan untuk memaklumkan kaitan antara Jho Low dan syarikat Good Star Ltd.

Kenyataan WSJ itu ditweet semula ketua editor WSJ Asia, Tom Wright pagi semalam.

Hari ini pula WSJ mempertahankan laporannya itu yang didakwa dibuat secara bertanggungjawab dan "demi kepentingan awam."

Jurucakap Dow Jones - syarikat yang menerbitkan WSJ - memberi respon terhadap laporan polis yang dibuat Muhammad semalam.

Hasan berkata disebabkan keadaan surat itu juga, maklumat diberi Bank Negara tidak boleh dimasukkan ke laporan PAC kerana ia bercanggah dengan tugas dan tanggungjawab agensi berkenaan, serta boleh menimbulkan prejudis terhadap pelbagai pihak.

"Selain itu, Bank Negara sendiri sudah menyatakan siasatan terhadap 1MDB sudah selesai dan syarikat berkenaan sudah dikenakan kompaun secara pentadbiran.

"PAC juga telah membentangkan laporan (siasatan mereka) ke parlimen. Oleh itu perkara ini telah selesai dan tidak perlu dipolitikkan," katanya.

Read more ...

Rashford cipta nama aksi sulung bersama England

SUNDERLAND: Marcus Rashford hanya memerlukan 135 saat untuk muncul penjaring ketiga termuda England apabila penyerang Manchester United itu melakukan penampilan sulung antarabangsanya menentang Australia, di Stadium of Light, awal pagi tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *