Recent Post

Friday, July 08, 2016

Trafik mula perlahan di lebuh raya utama - Berita Harian

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat jam 12 tengah hari ini berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama berkata, trafik perlahan dari Hentian Sebelah Bukit Gantang arah selatan menuju Bukit Berapit serta dari Kuala Kangsar menuju ke arah Jelapang.

"Trafik juga dilaporkan sibuk dari Bandar Baharu menuju Hentian Sebelah Alor Pongsu Selatan disebabkan jumlah kenderaan yang tinggi," katanya.

Sementara itu Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Plaza Tol Gombak menuju ke Timur mulai sibuk berikutan peningkatan bilangan kenderaan namun masih terkawal.

"Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur di kedua-dua hala mulai sibuk namun bergerak lancar dan terkawal," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Read more ...

Amaran angin kencang, laut bergelora hingga Isnin

Angin kencang Barat Daya berkelajuan 40 hingga 50km sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, Reef North dan Palawan bermula esok hingga Isnin ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam kenyataan hari ini, berkata keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sementara itu, ribut petir dijangka berterusan sehingga pagi esok di perairan Selat Melaka, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Keadaan itu menyebabkan angin kencang berkelajuan 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil.

- Bernama

Read more ...

Penjenayah berparang serang pusat hiburan, 2 maut satu parah

KUALA LUMPUR: Dua termasuk seorang wanita maut, manakala seorang lelaki parah selepas mereka diserang sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang di sebuah pusat hiburan di Publika Solaris, Jalan Dutamas di sini, malam tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *