Saturday, February 20, 2016
Polis bakal panggil anak Muhyiddin gara-gara ubah logo polis
(GAMBAR)Eina Azman Selamat Lahirkan Bayi Kembar
Hari ini Datuk Paduka Kaiser yang merupakan suami kepada pelakon Eina Azman telah mengumumkan bahawa isterinya itu telah selamat melahirkan pasangan bayi kembar yang sihat.Jantina bayi itu masih belum diumumkan namun Kaiser nampaknya sangat gembira dengan statusnya kini sebagai seorang ayah. Mereka juga masih belum mengongsi gambar wajah kembar itu namun begitu ia tidak menghalang dari mereka menerima ucapan tahniah dan Eina juga diucapkan selamat berpantang dari pengikut-pengikut mereka di Instagram.
Pasangan ini telah berkahwin pada Februari tahun lepas dan gambar-gambar penyeri keluarga mereka pastinya dinantikan oleh para peminat. Semoga semuanya berjalan lancar buat pasangan ini.
Panggung Seni Ekstravaganza akan mempersembahkan kpd anda Teater Tradisional Randai 'Cindua Mato' di Panggung Sari,…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Friday, 12 February 2016
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.6 GAMBAR + VIDEO - SUASANA MAJLIS ULANGTAHUN KE-57 DATUK K
Majlis ulangtahun suami Datuk Siti Nurhaliza iaitu Dato' Sri Khalid Bin Mohamad Jiwa atau lebh dikenali sebagai Datuk K yang ke-57 telah disambut secara sederhana oleh keluarga tersayang.
Dalam majlis tersebut, Izara Aisyah turut hadir meraikan majlis ulangtahun bakal bapa mentuanya. Heh!
"Datuk K sebenarnya tak suka nak sambut-sambut birthday ni, tapi saya memang degil nak gak surprise.. tapi nape saya nyanyi macam tu yek?? Sakit telinga la ct oii!!," ujar Siti di laman IGnya.
Klik link dibawah ini untuk tonton video VIDEO 1VIDEO 2
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS :: Follow @myartisdotcomSuami Teruja Eina Azman Lahirkan Anak Kembar!
Suaminya, Datuk Paduka Kaiser mengumumkan sendiri berita gembira itu menerusi laman social Instagram.
Menerusi kapsyennya itu, suaminya teruja apabila isterinya melahirkan bayi kembar dan ia merupakan hadiah paling bermakna dalam hidupnya.
Berikut merupakan kapsyennya:
"Today my journey as a husband turn to a father. The greatest gift, the love of my life gave me is the birth of our new born new twins. Im glad to say my wife is safe and my 2 babies are healthy. Thank you everyone for your prayers and your wishes. @eina_azman #datopadukakaiser #eina_azman #einaazman #blessed #lovemyfamily #iamadadoftwins #iamadad,"
Bagaimanapun, suaminya tidak pula menyatakan jantina bayi kembar mereka itu.
Tidak lama selepas itu foto berkenaan telah dihujani dengan ucapan tahniah oleh pengikut instagramnya dan rata-ratanya mendoakan kesihatan Eina serta ti dak sabar untuk melihat wajah kembar tersebut.
Oleh Syafiqah Jalal
Artikel ini disiarkan pada Sabtu, 20 Februari 2016
Penyelewengan LPG tumpas - Utusan Malaysia
IPOH 19 Feb. - Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara (NRRET) Jabatan Peguam Negara bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan gas petrolium cecair (LPG) terbesar di negeri dengan nilai rampasan lebih setengah juta ringgit dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Ringan Sri Rapat di sini, hari ini.
Pengarah KPDNKK negeri, Meor Ismail Meor Akim berkata, serbuan di sebuah stor LPG berlesen itu dilakukan kira-kira pukul 4 pagi selepas mendapati ia dijadikan pusat kegiatan pemindahan LPG daripada tong LPG bersubsidi ke tong LPG industri tidak bersubsidi.
"Nilai rampasan berjumlah RM504,760 melibatkan 1,631 tong LPG berisi, 1,404 tong LPG kosong dan enam buat kenderaan iaitu sebuah treler dan lima buah lori yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pembelian dan penjualan LPG yang diseleweng.
"Lima pekerja di stor berkenaan yang kesemuanya warga Myanmar turut ditahan manakala pemilik stor berkenaan sedang diburu," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Pada 3 Januari lalu melalui laporan khas, Mingguan Malaysia mendedahkan mengenai penyelewengan bahan bersubsidi tersebut yang menyebabkan kerajaan kehilangan RM800 juta pada tahun lalu.
Kerugian itu merupakan 40 peratus daripada jumlah keseluruhan subsidi yang diperuntukkan kerajaan bagi bahan tersebut iaitu RM2 bilion setahun.
Menurut Meor Ismail, KPDNKK turut membekukan 17 akaun bank pemilik syarikat LPG tersebut sebanyakRM7.4 juta untuk tujuan siasatan.
Beliau berkata, jumlah subsidi yang disyaki disalahgunakan di stor itu berjumlah RM70,000 dan dipercayai kegiatan tersebut telah lama dijalankan.
Kata beliau, risikan dijalankan selama dua minggu untuk mengesahkan aktiviti pemindahan gas di setor berkenaan iaitu daripada tong LPG bersubsidi 12 kilogram (kg) dan 14 kg ke tong LPG industri 50kg.
"Ini adalah serbuan kedua di stor yang sama. Nampaknya pemilik stor ini degil dan berani kerana setor ini pernah diserbu pada awal tahun lalu.
"Ketika serbuan, kesemua pekerja warga Myanmar sedang menjalankan aktiviti memindahkan gas menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan hos paip, ais batu dan air panas," katanya.
Menurut Meor Ismail, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
"Jika sabit kesalahan syarikat boleh didenda tidak lebih RM2 juta dan pemilik atau pengarah boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau tidak lebih tiga tahun penjara atau kedua-duanya," jelasnya.
Drama Ekspedisi Cinta Lakonan Shah Jaszle & Lia Natalia
Antara daya tarikan drama arahan Haris Kadir bertajuk "Ekspedisi Cinta" pastinya keindahan dan ketenangan kawasan perkampungan nelayan di Semporna, Sabah yang dijadikan lokasi penggambaran drama ini. Begitu juga plot kisah cinta yang ditonjolkan juga berbeza tanpa menimbulkan isu kisah cinta segi atau gadis yang menjadi rebutan jejaka.
"Ekspedisi Cinta" Shah Jaszle dan Lia Natalia Mengisi Slot Citra Di TV2Menampilkan gandingan pelakon Shah Jaszle dan Lia Natalia, selain turut dibantu oleh Hafizuddin, Jasmin Hamid, Zarynn Min dan Marlin Malalin, telemovie mengisi slot Citra ini menemui penonton pada 23 Februari ini, pukul 10.00 malam di TV2.
Ikuti perjalanan kisah Hadif Anaqi anak kepada Datuk Malek dan Datin Jasmin, ahli perniagaan yang baik dan berjaya. Hadif mempunyai seorang kakak, Malisa. Perbezaan sikap Malisa dan Hadif jelas ketara namun mereka tetap akrab. Hadif sering menggunakan Malisa sebagai orang tengah meminta apa saja kemahuan yang diinginkannya. Hadif adalah anak yang terlalu manja dan sentiasa mahukan kesenangan dalam hidupnya sementara Malisa telah diajar cara-cara berdikari dan berdisplin sejak dari kecil lagi. Malisa lebih lemah lembut dan bersopan santun, mirip Datin Jasmin.
Walaupun Datuk Malek dan Datin Jasmin mempunyai nama dan pangkat, namun mereka juga terkenal dengan sifat baik hati dan suka membantu mereka yang memerlukan. Ini kerana Datuk Malek dan Datin Jasmin sama-sama pernah melalui kesusahan dan hidup susah satu ketika dulu.
Hadif yang baru pulang melanjutkan pelajaran di luar negara masih berterusan dengan sikap suka berhibur dan nakal. Datuk Malek dan Datin Jasmin hampir hilang pertimbangan melihat ataupun mendengar perilaku anaknya. Memikirkan sikap Si Hadif yang sudah tidak boleh dikawal lagi, Datin Jasmin telah mencadangkan kepada suaminya supaya mencarikan jodoh yang tepat buat Hadif. Dengan cara itu diharapkan Hadif dapat belajar bertanggungjawab dan berdikari dalam membangunkan keluarganya sendiri selain menggelakkan ramai lagi gadis bakal dianiaya Hadif.Maka Datuk Malek dan Datin Jasmin telah membuat perjanjian dengan Hadif mengenai perkara itu. Mereka telah menyuruh Hadif mencari jodoh dan berkahwin dengan gadis yang dipilihnya dalam masa satu bulan. Jika tidak, segala kemewahan yang Hadif kecapi sekarang akan ditarik balik. Selain itu, ikatan perkahwinan yg dibina mestilah lebih dari setahun dan jika lebih, Hadif akan mendapat apa saja yang dimahukannya.
Tiba-tiba Hadif dikejutkan dengan tiket kapal terbang ke Sabah. Dalam diam Malisa telah mengatur rancangan untuk mengubah sikap Hadif. Muncul Damek, lelaki Sabah yang diupah kakaknya telah membawanya ke sebuah perkampungan kecil di, Samporna. Segala bayangan tempat percutian yang bakal di rasainya jelas berbeza. Damek memaklumkan Malisa telah mengarahkannya menghantar Hadif disitu dan belum sempat untuk bertanya lebih, Damek telah pergi. Hadif ditinggalkan di perkampungan itu sendiri.
Sehinggalah satu hari, dia bertemu secara tidak sengaja dengan Erina, gadis berasal dari kampung di situ. Pertemuan pertama jelas tidak disukai Erina yg menganggap Hadif anak kota yang kurang ajar. Hadif masih dengan egonya. Namun secara perlahan-lahan Erina mula simpati dengan Hadif. Dia melihat bagaimana Hadif cuba mencari makanan dengan menangkap ikan menggunakan caranya yg sendiri. Jelas Hadif sangat terdesak untuk mendapatkan ikan bagi mengisi kekosongan perutnya. Sejak itu, Erina mula mendekati Hadif. Permulaan masih menunjukkan sikap jual mahal Hadif terhadap Erina. Hadif juga pernah hampir dituduh mahu mencuri wang hasil tangkapan laut orang kampung namun berjaya diselamatkan Erina.
Akhirnya bibit-bibit cinta mereka mula berputik sejak Hadif menyelamatkan Erina yang hampir lemas di pantai. Disitu, Hadif mengakui Erina gadis istimewa dan dia nekad mahu membawa Erina bertemu dengan ibu bapanya.
Namun siapakah Erina yang sebenarnya? Apakah kaitan antara Erina dengan Malisa? Dapatkah keluarga Hadif menerima Erina?
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.
Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
Surat Terbuka Editor Majalan Motor Trader Untuk Tun Mahathir, Proton
Difahamkan, surat tersebut merupakan respon Chips terhadap penulisan Tun M di blognya pada minggu lepas yang menganggap wartawan tidak bersungguh-sungguh memberi liputan terhadap majlis pelancaran enjin baharu Proton.
Di dalam surat terbukanya, Chips mengingatkan Mahathir tentang komitmen para wartawan permotoran terhadap Proton sejak syarikat itu ditubuhkan lebih 30 tahun lalu.
Bagaimanapun, Chips berkata, kepercayaan wartawan bagaimanapun tidak dibalas oleh Proton apabila kesilapan demi kesilapan yang ditegur tidak diperbaiki.
"Bayangkan anda anak kecil yang berada dala kereta Waja dan cermin automatik sering rosak dan anda selalu mendengar ayah anda merungut dia menyesal membeli Proton. Apabila anda besar dan boleh membeli kereta, adakah anda akan memilih Proto n", tulis Chips memberi anologi.
Selain itu, Chips juga berpesan kepada Dr. M agar mendalami kesusahan rakyat biasa dengan berkunjung ke pusat servis dan bengkel bagi menukar komponen rosak yang mungkin tidak dilalui olehnya sebagai mantan Perdana Menteri.
Surat tersebut juga turut mengemukakan beberapa contoh pengeluar kereta lain yang komited dalam menghasilkan produk yang bermutu dan boleh diharap.
Chips menulis pengalamannya berkunjung ke Perodua dan terkejut apabila mendapati timbunan kertas yang merupakan cetakan dari forum 'online' yang membincangkan kelemahan kereta Perodua yang dikongsi oleh pengguna.
Menurut Chips, hal ini berbeza sekali dengan Proton yang tidak mempedulikan cadangan Chips agar wartawan permotoran diberi peluang untuk berkongsi idea untuk projek kereta kebangsaan dan pendapat mereka hanya dipedulikan 20 tahun kemudian apabila Datuk Seri Syed Zainal Abidin meminta sumbangan wartawan dalam memperkaya sudut pandang para jurutera Proton .
Sikap rajin dan rendah diri pemilik jenama kereta nombor satu dunia, Toyota turut dipuji oleh Chips.
Selain itu Chips turut berkongsi saat satu ketika dahulu dia pernah bangga dengan Proton.
"Akhir sekali - tentang rakyat Malaysia tidak bangga dengan kereta Malaysia sendiri. Saya raya kita semua pernah pada satu ketika dahulu. Saya ingat lagi pada awal 1990-an, Saya di Frankfurt dan saya ternampak seseorang sedang parkir kereta Proton 412 (Wira). Saya berlari kearahnya dan dengan bangga berkata saya dari negara yang membuat keretanya. Saya bertanya bagaimana kereta itu dan dia memberikan isyarat bagus dan saya berterima kasih kepadanya kerana membeli kereta kita. Saya sangat bangga pada ketika itu. - Siakapkeli.my
An open letter to Tun Dr Mahathir Mohamad.Proton's Chairman, Tun Dr. Mahathir Mohamad, wrote in his blog that Malaysian...Posted by Motor Trader Malaysia on Monday, 15 February 2016
'Biar Kementerian Kesihatan tentukan terus haram atau tidak ganja'
Kementerian Kesihatan Malaysia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan sama ada mahu terus mengharamkan penggunaan ganja di negara ini atau tidak.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah berkata ini kerana kementerian itu sahaja yang tahu mengenai had kandungan barang larangan itu.
Mengulas lanjut, Ridzuan berkata dalam dunia perubatan hari ini pun sudah jelas di mana semua jenis ubatan mengandungi dadah.
"Kita lihat kalau sakit, semua akan ke hospital untuk dapatkan ubat yang mana dalam ubat itu sendiri semua ada dadah.
"Keputusan sama ada mahu terus mengharamkan atau tidak, kita serah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Dan jika dibenarkan sekali pun ia haruslah mengikut kadar yang ditetapkan," katanya ketika ditemui Malaysiakini.
Beliau diminta mengulas cadangan Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Keagamaan Parlimen Belia Malaysia, Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli supaya kerajaan memperhalusi dasar pengharaman ganja mengikut situasi semasa dengan melihat kegunaannya daripada aspek positif.
Kata Ridzuan, beberapa negara di dunia seperti Colombia dan Belanda menghalalkan penggunaan ganja.
"Ganja pun sebelum ini dibenarkan di Malaysia dan hanya diharamkan selepas perubatan moden ini wujud.
"Di negara luar seperti Colombia pun mereka makan ganja begitu saja dan tidak ada masalah," katanya.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam semalam dilaporkan sebagai berkata penggunaan ganja perlu diperhalusi secara mendalam oleh semua pihak.
Dr Subramaniam berkata semua pihak perlu melihatnya daripada pelbagai sudut.
Malah, Subramaniam berkata kerajaan mempunyai pelbagai isu lain yang perlu diberikan tumpuan berbanding isu ganja dan tidak melihat cadangan menghalalkan penggunaan ganja sebagai agenda nasional.
Dr B Sugumaran ditemui selamat
Tahniah! Eina Azman dan Suami Selamat Sambut Anak Kembar
Jom kongsikannya ke laman sosial anda seperti mereka yang lain
Tahniah kami ucapkan kepada Eina Azman dan juga suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet kerana telah selamat menimang cahaya mata hari ini. Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh suami pelakon wanita berkenaan di laman Instagram.
Kapsyen Eina Azman Selamat Sambut Anak KembarApa yang lebih menggembirakan, pasangan itu dikurniakan dengan cahaya mata kembar. Bagaimanapun, melalui perkongsian suami Eina, tidak dinyatakan jantina penyeri kehidupan mereka itu. Selain itu, Instagram Eina Azman turut mendapat ucapan tahniah dan selamat berpantang daripada peminat.
Sebelum ini, Eina menjelaskan dia dan juga suami tidak mahu membesarkan anak mereka dalam keadaan mewah dan dalam masa yang sama turut merahsiakan jantina anak mereka. Apa pun, semoga semuanya berjalan dengan lancar dan pastinya peminat menantikan kehadiran gambar anak kembar pasangan ini. Sumber Rotikaya.
Jom kongsikannya ke laman sosial anda seperti mereka yang lain
20160213-KHAIRIL ANWAR-ZIKIR PAGI DAN PTG
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...